Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

Perbezaan antara botol susu bayi polikarbonat dengan Bisphenol A (BPA) yang tidak selamat digunakan (kanan) dan polipropilena (kiri) yang ditunjukkan pada sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya, Isnin. Botol susu polikarbonat akan diharamkan penggunaannya dalam pasaran.




PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai". Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya. Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my. Sumber Mstar.com


AAP : Susu ibu @ susu badan adalah yang terbaik untuk bayi. Sebaiknya anak-anak tidak digalakan berterusan mengisap susu botol dibimbangi akan menjadi jonggang kata dek orang. Seandainya terus-terusan menggunakan botol susu :) Moralnya susu ibu adalah yang terbaik :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :



[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

9 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. salam Yassin..
    ki pun tak tahu yang mana tu
    yang mahei rasanya pasti molek
    kalau murah kita yang di haramkan
    la tu..dah guna mende tak baik
    jadi bahannya..anak koi memang minum
    botol..sebab maknya kerja..he he

    BalasPadam
  2. Zul - Wmsalm, org sekarang nie kalau tak keje pun tak memberi susu badan juga takut kendur kata dek demanya huhuhu..

    BalasPadam
  3. Koi baru kire2 nok cari botol....

    BalasPadam
  4. kome memang pengguna tetap botol susu nih...2 org askar kome hisap botol nih hihihhi

    susu ibunya dah abis...2 tahun lebih dah huhuh

    BalasPadam
  5. Kome ngisap tak guna botol dah Sin...haha!

    BalasPadam
  6. susu ibu sememangnya yang terbaik..

    BalasPadam
  7. bahayanyer...nanti saya akan dapat anak saudara ni..bagus2 info ni...6ti saya maklumkan kat akak saya supaya beli botol susu yang terbaik...

    saya nak ajak u join new segment bagi blog saya ni, jom r join ek if lapang...ajak r geng2 seklai join..tuk suke2 jew..untuk keterangan lanjut, jomr lawati blog saya tau. sya ada 2 blog tp bg segment ni, ni linknyer tau...

    http://enjoyurblogbaby.blogspot.com/

    jom r join tau..huhu:-))

    BalasPadam
  8. lupa2 bagitau, sy pom da tag u tau..:-))

    BalasPadam
  9. ada jer botoi BPA free byk di pasaran tapi mahai sikit dr botoi2 yg bahaya ni...kaler botoi tu xsanteekkk..kelabu asap gitu..anak2 keh mmg guna botoi bpa free simpan stok susu ibu pun dalam botoi bpa free, keh dah tau hal ni dah lama cuma kadang2 bila dah buat kenyataan mcm ni baru masyarakat buka mata. apa2 pun yang penting susu ibu yang terbaik untuk anak-anak...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...