Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

24 Mac 2011

Mainan berdosa.

Kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.


Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan. - Sumber Kosmo.

AAP -  Hidup masih menjadi suatu yang tidak pasti. Masa depan manusia tidak diketahui secara pasti. Teknologi yang semakin maju ini rasanya mempermudahkan hidup kita. Namun terkadang teknologi juga memunahkan manusia. Dunia makin canggih manusia kian hilang sifat kewarasanya. Moralnya perkara seperti  ini perlu dibendung oleh semua pihak termasuk ibu bapa sendiri.

Sesekali kena jenguk juga... pastikan anak-anak kita main game apa :( jangan ayahnya main bender macam nie sudah sebab tak ada org nak jenguk huhuhu....

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

10 ulasan:

  1. salam..
    target market budak-budak la nih
    deme tu semuanya nak belajor..adehh
    teknologi jepun ke nih?patutlah.....

    BalasPadam
  2. Semuanya itu gejala yang menyumbang kepada kehancuran.... :(

    BalasPadam
  3. Teknologi yang tidak berasaskan pedoman agama dan kemanusiaan. sangat bimbang kepada cabaran2 sebegini. kita usahalah jaga anak2 dan keluarga kita baik2.

    BalasPadam
  4. Semuanya sudah berbalas
    tsunami melanda ganas
    Anak-anak muda sekalian
    berfikirlah dengan waras
    jadikan iktibar dan kias.

    BalasPadam
  5. kalau ayah nya yang main game camni... mak nya pulak kena rajin jenguk... hehehe

    dunia akhir zaman... teknologi canggih berleluasa.. kemunculan dajal..

    BalasPadam
  6. Permainan yg merosakkan institusi kekeluargaan .
    anak dan bapak kalau sama main.
    Habislah ..

    Haramkan VCD ini !

    BalasPadam
  7. Payoh ni Sin..zaman kita tak ander benda2 gini..main tepuk gambar ada lah..

    BalasPadam
  8. Salam..

    Teknologi yang ade sekarang ni pon boleh mendatangkan keburukan ..

    :)

    BalasPadam
  9. patut la budak skrg dah tau tanye pasal anu huhuhhhh

    BalasPadam
  10. As salam..
    Sapa cipta benta tu?
    Aduh..bertambah-tambah rosak pemikiran generasi skrg dan akan datang...

    Peria Goreng | Teratak Usang

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :