Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Mac 2011

Kehilangan Mykad tidak perlu buat laporan Polis.

Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini."Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam. - Kosmo.

Mulai 01.03.2011 sesiapa yang kehilangan kad pengenalan @ Mykad tak perlulah buat lapuran Polis. Pernah juga  kehilangan kad pengenalan dulu-dulu dan pernahlah buat repot... sesajer kena marah kat Datuk di Balai itu... bila saya bagi tahu, saya nak buat repot kehilangan kad pengenalan ... dia kata ini bukan nak buat repot cuma nak bagi tahu kad pengenalan awak hilang  @ nak buat lapuran kad pengenalan hilang :( katanya.

Report, repot, dan lapuran lain juga maknanya yak :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

10 ulasan:

  1. Koi bimbang ande yang menyaloh gune je nanti.

    BalasPadam
  2. kena bayor tu weh sape yg hilang KP nih...mengikut berapa kali dia hilang

    lagi byk kali hilang lagi byk kena bayar

    BalasPadam
  3. JD - kawan bimbang gitu juga... ada yang salah guna... keknya tak silap kalau mykad hilang kena denda seratus.

    BalasPadam
  4. AUC - betul tu bukan free kena denda brapa entohlah setahu kawan kalau nak buat mykad disebab hilang dendanya RM 100

    BalasPadam
  5. As salam..
    Kalau mykad tu serbaguna, maksudnya kad tu la utk touch n go, keluarkan duit, sbg kad kredit, macam mana ek?
    Kang silap2, lesap duit dlm bank..

    BalasPadam
  6. kad pengenalan kawan mudah ngat reput Sin..letak dalam par..tak sampai 2 bulan patoh..

    BalasPadam
  7. AAP--
    ayu singgah sini utk bertanya khabar, terima kasih sering singgah ke blog CR..

    PS: ayah ada masalah KP bulan lepas, chip tak boleh baca...nasiblah caj hanya RM10... dan tak perlu bt laporan polis..
    tQ. sbb berkongsi info yer

    BalasPadam
  8. Koi pun nak buat lapuran repot nanti...Huhuhuhuh

    Asam Rom

    BalasPadam
  9. sy daa taubat nak hilangkan ic lagik.
    mahal nyer bayaran tok ganty kad baru..
    baru2 nie ilang kena 230.kalau hilang lagik sekali daa 330 leh kopak lau cmtu..

    BalasPadam
  10. salam..
    oleh lah tu..
    menyenangkn kerja
    cuma harapan tak
    ande pulak nanti
    kes nak nipu ic hilang
    yang lama jual..he he

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :