Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Mac 2011

Info dan Definisi ASNAF 8

Info dan Definisi ASNAF 8
 
Pengenalan
Asnaf telah ditetapkan kepada lapan golongan sahaja, pun begitu terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk melayakkan mereka tergolong sebagai penerima zakat. Perkara ini perlu bagi memastikan hasil zakat tidak dieksploitasi  oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
 
Dalil Berkaitan Asnaf Zakat 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan bekalan) dalam perjalanan, (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana “
 (surah at-Taubah 60)
 
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
“Daripada Zaid bin al-Haris al-Suddai berkata : Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w maka aku berbaiah kepadanya, (maka dia telah bercerita panjang) kemudian dia berkata : tiba-tiba telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata : berikan kepada ku sebahagian daripada zakat. Maka Rasulullah s.a.w berkata kepadanya : “ Allah tidak meredhai keputusan Nabi dan manusia lain dalam pembahagian zakat sehingga Dia sendiri yang menentukan keputusannya, maka Dia telah membahagi zakat kepada lapan bahagian (asnaf). Sekiranya kamu termasuk dalam bahagian tersebut, aku akan berikan hak kamu“
 (Riwayat Abu Daud)
 
Pembahagian Asnaf
1.         Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan halal atau menerima pendapatan tidak sampai 50% daripada keperluan asas harian diri dan tanggungannya mengikut ukuran hidup yang sederhana.
2.         Miskin
Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi mencapai haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan tanggungannya.
 3.         Amil
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.
4.         Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya.
5.         Riqab
Memerdekakan diri daripada cengkaman perhambaan, kejahilan atau kongkongan pihak-pihak tertentu.
6.         Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan syarak.
7.         Fi Sabilillah
Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan Islam.
8.         Ibnussabil
Orang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak.

Sumber Zakat Pahang.

"Bayar zakat membawa berkat"

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

1 ulasan:

  1. mohon lebih jelas lagi dalam menjelaskan asnaf baik dari segi dalil ataupun pendapat-pendapat ulama baik yang salaf maupun yang khalaf (kontemporor)

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :