Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Feb 2011

Misteri suara tangisan dari dalam kubur

KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur semalam.

JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.
Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit. Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut. Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi

Untuk renungan bersama Sabda Nabi SAW daripada Ibn Abbasradhiallahu’anh : Sesungguhnya Nabi SAW melalui (melintas) dua kubur, lalu baginda bersabda :

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika membuang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang”

Kemudian Baginda SAW meminta sati pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda “Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga kisah diatas menjadi iktibar dan panduan kita bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

11 ulasan:

  1. assalamualaikum abg AAP..

    semoga kita ambil iktibar dari kisah ini

    BalasPadam
  2. As salam...

    Pernah dgr kes org dikuburkan hidup2..
    Org sangkakan dia dh mati padahal belum..

    BalasPadam
  3. mmg patut dijadikan pedoman dan iktibar....

    BalasPadam
  4. ~muda atau tua, bkn mampu melepaskn diri dr kekuasaan-Nya~
    same2 menginsafi kealpaan diri...

    BalasPadam
  5. insaf...
    rahsia tuhan tak siapa yang tahu...

    BalasPadam
  6. semoga menjadi pengajaran bagi kita yg masih hidup ini...kita pasti akan kembali kesana juga

    BalasPadam
  7. tak cuci air kencing dengan betul pun kena azab. bagaimana pula dengan yang tak mandi junub - penzina/pelacur dan alasan tak sempat mandi junub pada waktu pagi sebelum ke ofis akibat bangun lewat.. macam2 la..ambil iktibar.

    BalasPadam
  8. Sebagai pengajaran kepada kita yang masih hidup... Sama-samalah kita beringat. Terima Kasih kerana berkongsi cerita yang boleh mengingatkan kita tentang amalan kita.. Tak cuci air kencing pun kena azab, inikan pula perkara atau perbuatan yang lebih buruk daripada itu.. Wallahualam :)

    BalasPadam
  9. mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah dunia akhirat..
    sungguh alam ghaib itu benar dan ilmu Allah meliputi sekalian bumi dan isinya serta seluruh makhluk yang ada,,..insyaAllah..iktibar untuk semua =)

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :