Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

7 Jan 2011

Jangan marah-marah...

Salam semua, diantara lain sifat buruk manusia ini adalah suka marah-marah atau mudah naik angin pantang ditegur, apatah lagi jika tersalah tegur nak pulak sememang jenis tidak boleh menerima teguran. Silap-silap jeling-jeling pun boleh mendatang kemarahanya. Disini sekadar berpesan pada diri sendiri dan pada org lain amnya jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, ada baiknya kita perlu beredar daripada tempat kejadian. Tinggalkan tempat anda naik darah itu pergilah ketempat lain dan menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu.

Bagi yang beragama Islam, individu tersebut boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan, petua yang lain, anda digalakkan minum air masak banyak-banyak bagi menyejukkan jiwa anda. Kerana jiwa anda sebenar sedikit terbakar didalamnya,  ada baiknya jiwa yang panas dan terbakar itu kita sirami dia dengan air bagi meredakan keadaannya. Lebih sempurna anda membaca Bismillah dan berselawat ketika meminum air tersebut.

Terkadang ada baiknya jika kita menerima dahulu sesuatu teguran tersebut dengan hati yang tenang , berfikiran waras sambil muhasabah diri, jangan marah-marah berfikir sejenak apakah teguran itu ada kebenaranya. Kerana sifat kita yang bergelar manusia ini terkadangnya tidak seratus peratus sempurna. Berfikirlah sejenak adalah jalan terbaik jangan mengambil sikap terburu-buru yang mana mungkin merugikan diri sendiri. Lebih malang jika seseorang itu mengambil tindakan yang lebih keras atau diluar jangkaan. Sudahnya kita juga yang akan menyesal bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
 

Semalam ada org marah-marah kat orang lain kita diam aje :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

19 ulasan:

  1. GK pun tak nak mare2...nnt cepat tua

    BalasPadam
  2. jangan marah... nanti kena jual..hehehe..

    BalasPadam
  3. kita slalu dok ingat bila bagi nasihat orang tu dengki... tu yang asik nak marah je...

    BalasPadam
  4. saya nak marah tp nak marah sape hahahaha

    BalasPadam
  5. bila marah2 biasanya syaitan akan menghasut supaya lagi marah.. sbb tu nabi ajar supaya kita ambil wuduk jika tak dpt tahan kemarahan..

    BalasPadam
  6. salam..

    Sifat marah pasti ada pada semua org cuma bergantung pada dirinya utk mengawal kemarahannya.

    BalasPadam
  7. salam,

    jgn marah2.. hari ni hari jumaat... mesti kena ceria, sbb bsk dah cuti... hehehe

    BalasPadam
  8. Kalau kita marah tunjukkan kemarahan kita itu..Kalau kita malu tunjukan ke......eh!

    BalasPadam
  9. tak baik marah2 nanti kawan2 habis cabot....

    BalasPadam
  10. jangan..jangan..jangan... jangan cepat marah
    nnti naik darah..lg masalah ! hehe ~

    BalasPadam
  11. Kadang kadang lepas termarah menyesal lah pulak...

    Pencuri kabel di belasah

    BalasPadam
  12. Salam...

    Biasanya org2 muda yg cepat marah sbb x matang..
    Tapi lama kelamaan sifat tu akan ilang seiring dgn pertambahan usia..

    Saya suka dengar sessi soal jwb dgn Kiai Haji Abdullah Gymnastiar yang kat Astro Oasis tu..
    Dia ckp kalau rasa marah kita kena sabar,diam n move..Dan bila kita kena marah plak kita kena bersyukur krn bukan kita yang marah tu,pastu kasihankan org yang marah kita tu krn dosa dia akan bertambah...

    BalasPadam
  13. Salam semua, saya pun nak marah jugak hari ini.. nak marah BZ dgn keje tak de masa nak buka blog huhuhu :)terima kasih semua berkongsi pendapat anda disini TQVM :)

    BalasPadam
  14. marah tempat paling mudah syaitan masuk kedalam diri kita...

    BalasPadam
  15. sabar itu separuh daripada iman :)

    BalasPadam
  16. Salam semua, senyuman itu adalah segala penawarnya :)

    BalasPadam
  17. salam..
    terima kasih..
    nasihat berguna ni
    Yassin..agak paneh
    lari adalah
    jalan terbaik..

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :