UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Dis 2010

Selamat Tahun Baru 2011 daripada akuanakapahang.

Salam semua, sempena tahun baru 2011 Blog akuanakpahang ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 pada semua sahabat, rakan taulan dan pengunjung setia blog akuanakpahang.

Harapan Tahun Baru ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin .. blog gaya baru dan azam baru. Pendek kata yang lama,  yang buruk, tak baik kita tinggalkan jadikan yang baik dan baru semuanya 

Kemaafan juga dipinta sekiranya sepanjang berblog ini ada ayat terlepas pandang, terburuk bahasa dan terusik rasa, terguris dijiwa, tersilap bahasa atau pun memendam rasa :) utk semua itu kemaafan dipinta. Selamat Tahun Baru 2011 untuk anda semua!

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

akuanakpahang masuk dalam KOSMO.

Nak tulis apa nie.. tak tahu apa nak cakap :( muka dah terpampang kat Kosmo :)  Kalau anda ada apa nak tanya bolehlah tanya. Hari apa keluar? entah lupa pulak dah tarikhnya :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Aku bukan orang Politik :)

Salam semua,  pagi nie nak bebel citer apa ? lepas-lepas mengetea tadi buka surat kabar.. macam-macam citer baca lepas berkenan jugak dgn satu artikel tu.. lalu di jadi entri kat SINI dah siap send... timbul rasa tak sedapnya mana le tau nanti ada yang komen bender yang bukan-bukan susah jugak kita.. bagi saya sendiri tidak ada kepentingannya didalam dunia politik ini. Sekadar duduk diatas pagar sahaja... mahu tidak mahu entri tersebut terpaksa juga di matikan kotak komennya.

Walaupun isu itu agak besar namum bukan kita orangnya harus mempersoalkan hal seumpama itu. Sekadar baca sudah mencukupi... dahulu ada juga cadangan dari pengunjung ke blog ini yang minta saya selitkan sedikit kisah politik ini. Namun bagi saya tetap tidak berminat... biarlah org politik dengan dunia politik mereka dan kita dengan dunia kita...kan lebih indah jika berada disuasana kita :) tak de nak pening-pening kepala, cakap tidak merapu entah apa-apa.. sudahnya kata maki dan cacian jugak yang keluar.

AAP - Moralnya saya bukan org politik dan politk jugak tidak ada kepentingan untuk saya :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Anak bantah lantik Isa Samad?

Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Moh Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuat kuasa 1 Januari ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, Moh Isa disifatkan tidak layak untuk menerajui masa depan hampir dua juta peneroka menerusi organisasi itu kerana terlibat dengan pelbagai masalah terutama politik wang.

Menurutnya, Anak mempertikaikan mengapa individu yang sudah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan rasuah dan digantung keahlian dari parti UMNO dipilih menerajui institusi itu.: “Masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada individu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Sumber Sinar Harian Selebihnya DISINI

AAP - Saya tidak ingin mempolitikan isu ini. Namun keluhan si ANAK perlu dipandang serius oleh BAPA. Mungkin anak amat bimbang dengan pepatah melayu ini BAPA borek ANAK rintik maknanya anak ikut perangai bapaknya. Kotak komen tidak disediakan utk entri ini harap maklum.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

30 Dis 2010

Alahai Facebook.

Salam semua... Jom borak pasal FB sikit... kisahnya kenapa saya kurang minat layan facebook? kalau on facebook pun paling lama 5 minit aje.. pas tu terus rasa macam nak gi ke tandas huhuhu :( mmg tak jadi duduk lama-lama kat situ. Kalau tengok member saya tu mmg ralit dia layan bender ini.

Bagi saya tiada yang bestnya... entah tak de jawapan..... cuma kurang minat sahaja ... kalau ikut rekodnya dahulu saya penah dah padamkan akuan saya kat Facebook ini seawal facebook di perkenalkan... lepas tu saya on semula.. rupanya kalau anda dah padam pun akuan anda kat facebook...  bila anda on atau  masukkan email anda semula pasti FB  akan aktif semula tanpa banyak kerenahnya...lebih-lebih FB akan bertanya adakah anda ingin aktifkan semula akaun anda? bila anda jawab YA sahaja semua paparan yang penah anda paparkan dahulu akan keluar semula.

Buat waktu ini... cuma yang saya nampak Blog ini terus dilinkkan ke Facebook itu ajelah kelebihannya. Bagi anda yang minat kat facebook ini apa kelebihannya FB ini? meh kita kongsi sama :) bagi saya tak dapat kesedapannya FB ini . Berblog lagi best kut :) Citer rasa kita ttp berbeza dan tidak sama itu jawapan yang pasti!

Sekadar alunan rasa tiada kaitan apa-apa.. jangan marah kalau saya jarang-jarang on facebook :(
 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Kata kunci drp Nuffnang 30.12.2010 aku pening :(

 
Salam semua, sebab esok dapat cuti umum semua orang nak tahu pasal kisah cuti, entri saya Esok cuti umum 31.12.2010 pagi tadi mendapat paparan yang agak tinggi  :) dah cuti nak tahu kisah LUNA MAYA pulak kaco... BOLOK tu apa? Bolok tu lebih kurang maknanya benar atau mengiakan akan sesuatu, didalam loghat Pahang... mmg benar MANUSIA KEJAM  :) terkadang lebih daripada gambar HANTU LANGSUIR... mmg ada yang naik kereta KELISA nak gi nengok PIALA SUZUKI AFF AKHIR agaknya :) ESOK CUTI UMUM?  tak lah yah tanya banyak kali sah dah esok bercutinya  :) nak buat LEMANG hari hujan tak yah le :) ayat ini saya tak tahu menahu minta maaf banyak-banyak jangan tanya saya, siapa CURI SELUAR DALAM WANITA HANIS ZULAIKA huhuhu paling-paling kaco :(

*Harap maklum kata kunci diatas direkodkan oleh Nuffnang.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Serabut dengan nombor :(

U kiss U pay, or,
U pay U kiss..(K155=KISS) moral jgn dekat dia, dia suka kiss :)

HUH..Ada bau jugak..(TAH1=TAHI) cuba eja :)

Kereta die punye, nombor plat pun die punye,
jadi korang nak cakap ape lagi??(JAD1)

Dah guna, dah pegang, sila samak..
HUHU..(BAB1=BABI) naya kete nie :(

Gambar-gambar di copy paste drp halaman : http://3luv.blogspot.com Kredit buat Tuan punya blog :)

Salam semua, hujung-hujung tahun nei serabut dengan nombor-nombor sudah sesekali tengok nombor-nombor ini membawa seribu erti  :)

 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Esok cuti umum 31.12.2010

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.- Sumber : Bernama.


Salam semua nak ucap tahniah juga pada Negara kita di atas kemenangan ini TAHNIAH MALAYSIA!  Disebabkan hari esok cuti umum 31.12.2010, hari ini pendek kata sesiapa juga yang buat kerja dibahagian/ unit akaun kena buat penutup akaun tahunan awal le... sepatutnya hari esok 31.12.2010, tak kiralah gomen atau pun swasta akaun kena tutup senang nak tahu kira-kira untung rugi yaa tak :)  jadi saya pun kena jugak tempiasnya.

Selamat bercuti... nak siap kerje awal semangat nak bercuti hari esok, jangan ajak berborak yaa bimbang tersalah campo duit orang... nak balas komen kat sini boleh hehehehe:)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

29 Dis 2010

Pasal bola semua macam nak gaduh :)

.....yang pasti bola sebiji ahje....duduk (tengah padang ) yang nak main ramei dua pasukan...  22 orang tak termasuk simpanan punya...  yang tukang nengok hampir 100,000 orang... tu dalam Stadium kat rumah, kat skrin besor tak campo atas padang, rumah kongsi lagi...aduh jutaan aku rase.... ribu riban yang nak nengok bola "aku agak pelik jugee dia nei nak nonjolan bole die kalo berani campak tengak padang bior gawat hehehe " -  kena sebut dalam bahasa Jawa :) apa dia ingat org kita tak  penah tegok ape? ape dia ingat bola dia cantik..  kata Wak Leman yang sikit marah kerana membaca Harian Metro kat SINI


Wak Leman Jawa peranakan berstatus Warga Negara Malaysia :)

......daripada sepak mula hingga ke minit akhir Wak Leman menanti di hadapan skrin besor malang SOSOKnya enggak kelihatan waduh....main-main aje sama gue :)

Terima kasih dan tahniah MALAYSIA diatas kemenangan ini!

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Saya pun nak buat macam ini anda setuju?


Apa-apa hal jika anda nak masuk ke blog ini anda dikehendaki klik "SAYA MEMAHAMI DAN SAYA MAHU MENERUSKANYA" :) Amaran ini mungkin untuk blog yang ada mengandungi unsur 18SX dan 18SG. Blog kita ganas juga hehehehe... anda setuju? Moralnya kalau budak-budak atau sesiapa pun lagilah dikliknya yaa tak ? :)

Lepas dah tulis cantik dengan panjang lebar anda disuruh memasukkan "WORD VERIFICATION" anda setuju? alangkan tak letak itu pun terkadang ada juga yang malas nak tinggalkan komen yaa tak? :(

Last sekali keluar ayat ini "Ulasan anda telah disimpan dan akan boleh dilihat selepas kelulusan pemilik blog.":( - bender ini mmg ramai yang guna. Tujuaanya utk keselamatan dan sebarang maklum balas yang tidak diingini. Tidaklah dipaparkan terus dan tidak boleh dibaca oleh pihak lain tanpa kelulusanya ada kebaikkanya jugak,  amacam anda setuju?


Untuk makluman anda semua perkara tersebut diatas tidak digunakan didalam blog ini, kerana saya amat yakin anda semua baik :)   apapun citarasa kita tidak sama dan tetap berbeza. Perkara diatas juga amat bergantung pada Pemilik blog tersebut diatas alasan dan tujuan tertentu. Apa komen anda?


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Cerpen Pagi...

CERita PENdek Pagi, pagi ini cuaca agak redup dan dingin sekali  bersama gerimis... sesudah solat subuh badan terasa ketat tidak ringan seperti hari biasa ...kepala pun terasa berat... sakit kepala datang menganggu aku... sememang aku sudah biasa dan situasi ini aku pasrah setiap kali kehadiranya ... mungkin semalaman mengulit blog agaknya, sudah bangun pagi tak larat nak gi kerja.... tiba-tiba handset ku berbunyi irama mesejnya tidak seksi tapi cukup mengiurkan.... jejari jemari begitu pantas mencapai handset on mesej.. "ok kad awk dah di cop..." (punch kad) mesej drp sahabat,  tanpa lengah aku membalas "ok TQ..."  dalam hati kecil ku berkata juga tak suruh pun... kalau suruh pun salah :(  batal juga niat nak bercuti hari ini sebab kad dah di cop.

Mahu tidak mahu aku terpaksa datang juga ke opis....on PC... buka Blog selak sana selak sini... terjumpa ayat ini dari blog seorang sahabat "ada tag utk anda AAP..". aku hanya membalas komen  "ok terima kasih nanti kita ambil..."  kembali ke blog aku sembil melihat apa yang perlu untuk di edit dan dilhat .... cari sumber nak buat entri dan sebagainya... buka punya buka... tag yang sama telah di jawab sebelumnya DISINI  apa pun terima kasih banyak pada sahabat saya kerana sudi dan seikalas hatinya memberi tag ini pada saya. Terima kasih banyak kepada Miecyber's Blog dalam leka aku menaip cerpen pagi ini jam didinding sudah hampir pukul sembilan pagi... aku kena keluar sebentar kerana ada tugasan sedikit diluar sana... nanti lepas minum akan aku sudahkan cerita pendek ini namun tajuknya mungkin bukan PAGI  lagi...  cerpen TENGAH HARI  :) 


Ok semua... selamat menjalankan tugasan masing-masing :)



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Warna Warni Piala Suzuki AFF.

SKUAD bola sepak negara menjalani latihan di sekitar hotel didiami mereka menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang tuan rumah Indonesia, di Jakarta, 28 Dis. Malaysia terpaksa membatalkan latihan di gelanggang asal berhampiran Stadium Senayan atas faktor keselamatan. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN 
SEKUMPULAN penyokong pasukan bola sepak Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia, di Jakarta, 28 Dis. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

RIBUAN penyokong pasukan bola sepak Indonesia berbaris panjang untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia, di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 28 Dis. Sistem penjualan tiket itu menggunakan sistem kupon. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN - Sumber Utusan Malaysia.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Dis 2010

Andai kitalah si anak ikan kecil itu…

Salam semua, sekiranya diumpamakan berblog ini jika diperingkat awalnya, kita seperti seekor si anak ikan,  Si anak ikan kecil kenalah menumpang dilubuk yang besar. Tidak dapat tidak tumpang bermain dan mencari sedikit sumber makanan. Sambil mengutip lumut-lumut yang ada disitu utk dijadikan makanan. Sambil berkawan dengan ikan yang besar dilubuknya. Bukan sekadar inginkan makanan, namun yang lebih hebat kita inginkan kesesuaian. Sementara kita pulak akan jadi ikan besar juga satu hari nanti jika rajin berusaha Insyaallah.

Sememang nasib sianak ikan kecil ini peratusan utk hidup tidak banyak…pasti akan mati jika tidak bersesuai dgn air, arus kuat sikit pun tak tahan juga…namun begitu pandai-pandai berlindung  untuk kesejahteraan diri. Seumpama pepatah berakit-rakitlah kehulu, berenang- renang ke tepian bersakit-sakit-sakit dahulu bersenang-senang di kemudian.

Perlu diingat tidak ada ibu dan bapak ikan terus tinggal selesa dilubuknya. Sebelum ianya dahulu… juga di kenali sebagai seekor anak ikan yang kecil :) Semangat ini dilontakkan bersama… untuk anda yang baru menerjah dunia seorang Blogger termasuk saya sendiri... jangan mudah lemah semangat dan patah semangat. Usaha tangga kejayaan anda tentu berjaya :)

Banyak org membuat kesilapan namun sejuah mana kejujuran kita mahu mengaku kesilapan itu dan begitu juga ramai org yang inginkan kejayaan namun sejauh mana kita berusaha utk memilik kejayaan tersebut.

Selamat berblogger utk anda semua.
... saya selalu duk tumpang dilubuk ikan yang besar :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Adus Cik Kak Comel, beratnya awak :)

Salam semua,  tadi ada Cik Kak Comel ajak kat kita singgah kat umah dia...kat pintu depan pun tak lepas nak masuk.... bila terjah dalam rumah dia... kita dah tak boleh nak bergerak...ada yang melambai, kelik-kelik mata, ada salji turun, anak gadis senyum-senyum hehehe naik kelemasan abang di dalam dambaan mu.... huhuhu....nak tahu berapa berat badan Cik Kak Comel nie nah....meh tengok....

473.90 KB0.23 seconds0 seconds

Dengan keadaan internet yang slow nie.... abg tak leh duduk lama-lama kak umah Cik kak tu, sudah main terjun ikut tingkap tadi tak dapat jalan kuar...macam lari kat JAIP hehehe....

Moral blog org pompuan mmg berat giler tak macam blog org lelaki ringan aje.... mungkin selera dia orang lebih sikit agaknya macam-macam perhiasan nak letak. Sesekali meh timbang blog anda kat blog saya nie. Blog yang di syorkan kurang daripada 100.00KB baru senang sahabat nak singgah dan lepak-lepak :)

Apa-apa pun blog cik kak tu mmg comel :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Hu..hu.. padan muka :)

 
 SEBAHAGIAN daripada 17 kaki judi yang ditahan dikumpulkan di dalam gelanggang sabung ayam selepas polis menyerbu pusat kegiatan itu di Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor semalam. - Sumber Utusan. com

AAP - Agaknya kalau ayam itu boleh berkata-kata mesti dia cakap macam nie  "hu..hu..pada muka sabung lagi aku kan.. dah kena hehehehe" org kita dah jarang buat kerja macam nie sebelah pantai timur kecuali Pahang ada lagi kut :) Moralnya berjudi tak kira macam mana rupa bila ada pertaruhan tentunya haram.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Serbuk aneh ditemui semasa Malaysia bertemu Indonesia.


TEMPO Interaktif, Jakarta - Ketua Umum PSSI Nurdin Halid mengatakan pada pertandingan Indonesia melawan Malaysia kemarin, ditemukan serbuk di depan gawang kiper Indonesia Markus Haris Maulana.
Nurdin mengatakan serbuk tersebut mengakibatkan Markus dan pemain belakang Indonesia gatal-gatal. Menurut tim dokter PSSI, kata Nurdin, serbuk itu menyebabkan alergi yang menyebabkan gatal-gatal bila terkena kulit.
"Markus sampai mengalami bengkak-bengkak," kata Nurdin yang mengunjungi latihan tim nasional di lapangan PSSI, Senin (27/12) sore.
fotoPada pertandingan pertama final Piala AFF di Stadion Nasional Bukit Jalil, Malaysia, Indonesia kalah 3-0.
Tim PSSI sudah menyelidiki temuan serbuk yang dianggap aneh itu dan akan menindaklanjutinya. Masalah serbuk tersebut juga sudah disampaikan ke pihak penyelenggara pertandingan di Malaysia.
Nurdin juga mengaku tim nasional Indonesia sudah mengalami teror sejak di bus saat menuju Stadion Nasional Bukit Jalil.  BASUKI RAHMAT

Mungkinlah agaknya bila rumah sudah siap pahat pun berbunyi... tak pun org Malaysia kita pandai jugak pakai ubat guna-guna agaknya, apa komen anda?


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

27 Dis 2010

Indahnya Persahabatan.

 AAP & AUC

Salam semua, hari ini adalah hari yang istimewa juga bagi saya kerana telah dikunjungi oleh seorang sahabat Blogger. Bukan sekadar sahabat, juga seorang waris dalam loghat Pahang  Pertemuan agak singkat sahaja tak sempat nak mengetea atau minum tea dahulu kata orang tu. Sebab sahabat saya ini mahu segera pulang ke Kuantan,  kerana beliau dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan cuti dikampung halaman beliau iaitu di Ulu Cheka, sempat singgah sekejap sahaja. Untuk makluman anda Kampung Ulu Cheka ini adalah diantara kampung yang terhebat juga disuatu ketika dahulu bagi Daerah Jerantut ini,  kerana kampung tersebut adalah kampung Pawang Di Raja, Pawang Nong yang terkenal dengan kehebatan ilmu Pawangnya di zaman Penjajahan dahulu. Jika anda ingin mengenali sahabat saya ini dengan lebih dekat jom singgah ke Blog beliau ...::Anak Ulu Cheka::... 



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Segan jugak saya, kalau org main ikut-ikut :)

Salam semua, adus tengok tajuk entri macam gedik laa pulak... tapi org lelaki mana ada ada penyakit gedik,  pompuan aje kut :) geduk laa tu kalau bukan gedik....  alhamdulillah follower blog ini semakin hari semakin bertambah walaupun 2-3 org utk sehari tapi cukup bermakna buat diri saya. Sebenar saya juga kerap buat kerje pollow dan memollow nie biasalah kita nak cari kawan kena buat macam tu... apapun saya segan juga kalau org dah pollow blog kita sewajibnya kita kena pollow blog dia org pulak kan.... pun bergitu terkadang bila kita klik pada gambar kat follower tu ada masa link blog anda tidak tersenarai... itu yang membuatkan saya tidak dapat utk mengikuti kembali blog anda. Saranan saya ada baiknya jika anda tinggalkan jejak anda dekat SHOUTBOX tu berserta url blog anda ... tulislah apapun,  nanti senang-senang kita boleh jejak semula blog anda seterusnya menjadi follower blog anda..

Ok, terima kasih sekali lagi pada anda semua yang sudi mengikuti dan menjadi follower Blog akuanakapahang TQVM.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Tidak layak kah aku berblog ?

Salam semua, ayat macam sedih campo hiba aje...huhuhu tidak layakkah aku berblog? sekali tengok mmg saya tidak layak utk berblog. Sebabnya saya ada tugasan hakiki dan lain-lain tanggungjawab sepatutnya yang perlu saya ambil perhatian dan selesaikan.

Terkadang mmg agak sibuk sedikit dengan tugasan hakiki.  Namun kebelakangan ini sedikit sebanyak bagai terkucil juga :) nak buat macam mana minat punya pasal dengan berblog kita terjah juga... yang paling penting rasanya kita kena bijak juga membahagikan masa.. kalau ikut selera sebelah aje mmg sebelah lagi hancurr... terkadang terpikir juga begitu banyak masa yang digadaikan disini ...bila sudah berblog... banyak sekali tugasan dan tanggunjawabnya, bab itu malas nak huraikan. Jika anda sebagai seorang Blogger sudah tentu ada jawapannya.


Terkadang menung juga dengan kerje yang banyak serta tanggunjawab yang lainnya :(  Bestkan jika anda sememangnya seorang Blogger sepenuh masa :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Saya Blogger Pahang


Salam semua, Sebenarnya saya amat berbesar hati bila dapat join Blog Pilihan Malaysia (BPM) dalam kategori Sahabat Blogger Negeri Pahang . Siapa yang berminat jom join kat sini  BPM Bacalah mana yang patut utk pengetahuan anda terlebih dahulu :) Mungkin saya jugak sudah agak terlewat apapun kita mintak ehsan kat Admin dia :)


* Nama anda - akuanakpahang

*Status anda - Sudah berkahwin.

*Cara hubungi - Facebook atau didalam blog ini sendiri boleh tinggalkan mesej anda :) atau anda boleh sahaja email kat saya : yassinsalmanshah@gmail.com

*Daerah/Jajahan - Jerantut

*Tempat tinggal - Di Bandar Jerantut, Pahang Darul Makmur.

*Apa yang menarik di tempat anda -


Haa.. tu dia... tengok papan tanda tu, tentu anda sudah dpt membayangkan Jerantut ini Bandar Taman Negara. Macam-macam keindahan alam flora dan faunanya ada disini. Hutan semula jadi,  gua, sungai dan sebagainya serta kepesatan Bandar Jerantut ini  yang terus berkembang maju. Jom cuti-cuti Malaysia di Taman Negara Jerantut nak lebih indah anda kena datang dan saksikan sendiri :)

Ok itu sahaja, selamat berkenalan dari saya bagi mereka yang belum mengenali akuanakpahang.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Dis 2010

SHOUTBOX pentingkah untuk Blog kita?


Salam semua, sekadar nak bertanya pada anda semua manalah tau kut ada jawapan yang bernas dan terbaik yang boleh jadi panduan bersama. Soalanya sejauh manakah pentingnya SHOUTBOX ini pada sesuatu Blog? Bukan apa, sekali saya tengok macam tidak ada kegunaannya..(tidak penting sangatlah kan...) dua kali tengok macam ada pulak... nak dibuang tak kena juga... ada juga rasa sayangnya... bukan apa mudah jugak kalau anda nak meninggalkan apa-apa jua pesanan dan sebagainya.. pun begitu terkadang bagai ada jugak yang tak kena SHOUTBOX  tersebut. Bila ianya dipenuhi mesej-mesej yang tidak sepatutnya (spammer) jadi apa pandangan dan cadangan anda sendiri terhadap SHOUTBOX ini ?

Hari tu penah dah saya buangkan sekejap, pas tu kuarkan semula... sekali tengok macam tak kena aje  SHOUTBOX nie :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Jom Join Blog list LM

Salam semua, hari ada masa sikit boleh le join apa-apa juga program yang dibuat para blogger kita. Hari ini kita nak join blog list LM pulak :)

Kategori puteri atau putera aku nei?  hehehe suami org le kut :)

Nyatakan kenapa nak masuk dalam bloglist LM . / Nyatakan pandangan korang terhadap blog ini .
Pertama kita nak cari kawan dan teman blogger sebanyak dan seramai yang mungkin. Ikhlas sahaja nak berkawan sambil kita kenalkan blog kita pada sesiapa yang nak bersahabat :) jadi blog LM nie tidak terkecuali le... blog anda  mmg best entri yang bersahaja cool dan menarik saya suka juga syabas LM :)

Ok tu aje yang LM nak, so harap-harap semoga blog kita yang tak seberapa ini dapat le menjadi penghias langsir kat blog beliau nanti TQVM. Kalau berasa nak join kat SINI


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

500 BLOG !


Salam semua, agak jarang saya join apa-apa jua program yang dibuat oleh En Ben ini kerana mungkin terkadang saya tidak mencukupi banyak masa.. sibuk denga tugasan seharian.... sudah jadi pembaca senyap sahaja diblog beliau, Latar berlakang saya, saya anak Pahang keje ngan gomen anak 3 org aje, tapi isteri sorang aje hehehe..berblog tak lebih sekadar utk kepuasan sendiri sambil mengisi sedikit kelapangan yang ada.. kut boring-boring dengan keje kita boleh borak-borak kat blog sambil cari rakan dan sahabat.. lain-lain tujuan tak de rasanya,  apapun berblog mmg best:)

Katanya kat sana ada harta karun.hehehe..jom ramai- ramai join...

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading