UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

30 Nov 2010

Tips tahan lama lagi...

Salam semua... rupanya masih ada yang tak berapa puas hati dengan petua tahan lama. Pada entri yang lepas kat SINI ada yang masih bertanya tak de ke part II pulak ke ?.... hehehe lain macam aje bunyinya... saya bagi tahu kat dia amalkan aje yang tu dulu... yang itu pun mmg boleh tahan lama juga :)... nak lama sangat naya kat orang :)  "Ubat kuat ada bang?" hehehe saya belum buka perusahan ubat-ubatan lagi... nantilah saya pencen esok baru boleh join ngan badan tertentu kuar ubat kuat hehehe... boleh buat bisnes tu....  masuk baik punya :)

Moralnya adat manusialah kan... dah kaya nak kaya lagi, dah senang nak senang lagi, dah hebat nak hebat lagi... cuma yang susah, tak nak susah lagi... yang pasti selagi hidup kita tak akan puas dgn segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lama-lama sangat jemu juge dek orang weh :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Aku rindu pada mu... kata Pungguk

Jauh disudut hati aku masih tercari... 
wajah-wajah indah yang
pernah menemani kolam hati.
aku rindu pada wajah itu...
kemana hilang sang purnama 
sudah tidak berseri lagi...
daku sudah tidak tahu jalan pulang
perlukah aku menanti disini sehingga 
purnama berseri kembali....

Agaknya kalau dah rindu gitula yak... :(

Ini kata Purnama...

Aduhai pungguk, malam mu kian rebah
jiwa mu kian parah.. aku pasrah jika 
malam mu sudah suram 
bukan aku mewarnai suram malam mu
kententuan illahi kita sudah ditakdir
tidak bersama lagi....
aku jua terasa hiba kerana malam mu
kian gelap gelita.

Nukilan akuanakpahang

Agak-agak anda kalaulah Pungguk tu... terdengar rintihan Purnama macam tu... apa akan terjadi pada dirinya? 


Apakah jawapan anda ?

Lama juga dah Saya tak buat Puisi Jiwang karat nie huhuhu...sesekali layan :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Hadirlah sayang...

Tika rindu menghempas diri...
aku pasrah meniti di kaki langit  
tika awam nan kelam
tersadai jua daku di pinggir duka..
hadirlah sayang tika 
aku mengharap sinar kasih mu....
...dan bla..bla...

Hehehe.... tu intronya aje abaikan intro dan tajuk entri ini ...Sebenar saya amat berterima kasih pada anda semua. Kerana biar pun blog ini saya ini sekadar duduk dipinggiran sahaja. Namun saya amat terharu juga dgn kehadiran pengunjung ke blog ini sepanjang minggu ini. Walaupun duhulunya kunjungan pengunjung dalam seminggu entah brpa puluh org aje yang datang. Hari ini, dan minggu ini alhamdulillah kehadiran pengujung bertambah dengan ketara sebelum ini lebih kurang utk satu minggu kurang drp 1000 UV  minggu ini bertambah 50% satu pencapaian yang amat baik utk blog yang kerdil dan kecik seperti saya ini.

 Ini adalah catatan drp Nuffnang.

Tiada kata secantik bahasa nak ku puji anda semua....  Apapun  terima kasih berbanyak pada anda semua yang terus menyokong tanpa jemu blog saya yang tidak seberapanya ini. Semoga hadirlah sayang tanpa jemu keblog aku anak Pahang ini kesudian anda kesetian saya juga. Semoga dengan kehadiran anda semua. Menjadikan blog saya ini semakin ceria dan bertambah meriah terima kasih banyak-banyak.

Tanpa anda siapalah saya .... terima kasih daun keladi :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

"Aku Menulis Ikut Cara Aku"

Tadi sambil saya jejalan di alam maya dunia berblogger ini. Saya terjumpa satu blog itu tertulis perkataan dengan ayat ini "Aku Menulis Ikut Cara Aku"  jadi saya tertarik juga utk menulis artikel ringkas daripada perkataan tersebut... mahu tidak mahu itu realitinya.

Kita kena ikut cara kita dan jangan sesekali kita terikut dengan cara org lain. Kerana ayat power disini kita adalah kita, aku bukan dia dan dia bukan aku... hebat sebenar ayat itu kalau kita renung-renungkan... mungkin juga jika menulis dalam blog tak ubah juga seumpama kita nak menjadi seorang penyanyi sebagai contohnya... perlukah kita terikut-ikut cara nyanyian org lain? malanglah kalau gitukan... bagaikan kita tak de suara pulak kan... apa salah kalau kut suara kita  garau ke, sengau ke dan sebagainya kita nyanyi ajelah .. yang pasti kita tidak terikut-ikut cara orang dan orang tidak akan berkata kita klon org itu org nie .. buat pening kepala aje.

Kerana dunia ini luas tanpa sempadan tidak mustahil tidak ada org yang sukakan suara-suara sedemikian .:) begitu jugalah contohnya bila kita menulis, pun begitu perlu di ingat minat sesorang itu tetap berbeza. Sebab itu dalam istilah bahasa ada disebut kita manusia ini sama tapi tetap berbeza. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jadi minat kita juga tetap berbeza yaa tak?

Moral disini usah malu-malu bila kita hendak menulis... kita menulislah dengan cara kita. Kerana itulah gaya kita dan identiti kita sebenarnya dan itulah juga keunikan semulajadi kita, keunikan tetap ada kerana gaya kita  berbeza dangan cara orang lain. Ayat power . "ada aku kisah" apa yang awak nak tulis. Jangan tulis bender yang bukan-bukan sudah dalam ertikata menyalahi undang-undang.

Terbaik utk sesuatu penulisan kita di blog usahlah di copy paste... kadang nak uat mana  bila idea kureng saya pun cedok-cedok juga :(  ... kerana selera org inginkan yang segar bugar. Dalam gitu entah-entah ada juga yang minat dengan cara kita menulis siapa tahu ..kan.... tapi dia org taklah bagi tahu kat kita. Oklah setakat ini dahulu berceloteh. Jom sambung menulis cerita yang lainnya.

Moralnya amat penting kita menulis dengan cara kita... Jom menulis redah aje... janji kita puas hati dan orang lain boleh menerima cara penulisan kita.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

29 Nov 2010

Carilah Calon Blog Personal Suami Pilihan Anda.

Salam semua hari ini saya pun nak berkongsi rasa kegembiran saya juga. Kerana blog ini telah tercalon di halaman BPM2010 sebagai Calon "Blog Personal Suami Pilihan" terima kasih kerana sudi mencalonkan blog saya yang tidak seberapanya ini. Jika di lihat calon-calonnya itu bukan calang-calang blog,  disini bukan soal menang atau kalah yang saya nak ceritakan. Cukup memadai dan alhamdulillah bagi saya jika blog saya ini dapat di kenali pun sudah menjadi satu hadiah yang amat besar untuk saya dan blog ini. Blog ini pun baru berumur setahun jagung.

Sekiranya jika anda ingin membuat undian boleh klik  DISINI lihatlah mana yang patut. Untuk makluman tarikh undian peringkat pertama akan dibuka pada jam 10 malam 26 november (jumaat) sehingga jam 8 pagi 30 november (selasa)


Akhir kata terima kasih banyak pada semua yang terlibat dan kepada mereka yang sudi mencalonkan blog akuanakpahang ini didalam senarai Blog Personal Suami Pilhan TQVM



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

"Awak tau tak, betapa saya sayang kat awak"

Anda penah dengar tak ayat macam ini... "Awak tau tak, betapa saya sayang kat awak" ayat ini memang power semua org boleh cakap dan diungkapkan untuk sesiapa sahaja yang dia suka dan sayang tak kiralah awek,  pasangannya atau sahabat taulan. Persoalanya macam mana kita boleh percaya dengan kata-kata sedemikan? kalau setakat nak berlakun atau borak-borak kosong semua orang boleh buat kan...

Mungkin anda tidak tahu rahsianya.... meh kita kongsikan sama. Pada Pancarindera manusia ada sepasang benda yang di sebut mata. Mata terbahagi pada dua jenis. Satu mata luaran...  mata yang selalu kita lihat dan satu lagi mata yang tersimpan didalam diri  iaitu mata hati. Hari nie saya nak citer bab mata luaran sahaja.  Mata adalah suatu benda yang paling ikhlas.. dia tak pandai menipu... tapi kerap kena tipu,  tulah nasib mata... :) sebenar mata amat ikhlas jika ianya melihat sesuatu. Cuma benda lain yang mempengaruhinya termasuk telinga, akal dan fikiran serta raja dalam diri iaitu hati.

Biasanya bila seseorang menuturkan kata-kata yang baik seperti ayat diatas .. tengok aje  mata dia macam mana....  ikhlas atau tidak dirinya itu. Sebab mata tidak boleh menipu dan ditipu biasanya kalau dia ikhlas matanya tenang sahaja tidak memandangnya tajam atau liar tidak tentu arah.  Paling mudah jika ingin melihat bahasa mata ini... jika seseorang itu tidak berapa sihat demam dan sebagainya tak kira budak atau org tua. Matanya tetap kuyu dan tidak bertenaga...  org sihat tidak boleh kata dia demam kerana matanya tidak pandai menipu.

Pernahkah anda melihat org menuturkan ayat diatas sambil memejamkan matanya? tentu tidak, kerana matanya ikhlas bezanya macam keadaan matanya sahaja. Kalau dia tutup matanya silap-silap emboh singgah penampar kat muka dia hehehe... (seandainya sajer dia cakap menipu gitu kan...) Kesimpulannya jangan suka main dgn mata.... kesian kat mata sebab dia tak reti nak menipu. Sebenarnya bahasa mata ini cukup banyak... mehlah kita cari dan pelajari bersama.

Jadi kat disini... saya juga ingin mengatakan "betapa saya sayangkan anda semua"  tapi sayang, anda tidak boleh melihat mata saya hehehe..... agaknya kalau ada org yang menuturkan ayat diatas, apa rasa anda dan bagaimana dengan mata anda?

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Cemburu-cemburu nie apa?

Hari ini banyak dikalangan kita memperkatakan soal cemburu... dalam ayat ringkas.. "nie cemburulah tu...",  "awak nie cemburu sangatlah..." atau  ayat paling tak paham "awak nie cemburu buta :)" ada juga orang kata "cemburu itu tanda sayang".  DEFINISI cemburu menurut kamus dewan adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Sifat cemburu adalah sebahagian drp cabang sifat diri juga seperti malu, takut, sedih, gembira dan sebagainya. Cemburu juga ada dua keadaan satu cemburu yang baik dan satu lagi yang tidak baik. Cemburu diatas kebaikan bagus juga kalau kita rasa cemburu melihat orang lain berjaya dan seterusnya kita berusaha sedaya upaya berikhtiar utk mendapat kejayaan seperti mereka bagus juga.

Namun jika cemburu pada orang yang kita sayangi seperti  awek, kekasih, kawan  hatta yang duk kat umah itu suami atau isteri... kena berpada juga. Cemburu terkadang bukan hak muktlak seorang wanita sahaja. Lelaki juga memiliki sifat cemburu ini.  Agak-agaknya cemburu itu... macam mana kalau kita nak gambarkan didalam kehidupan ini?

Saya berpendapat cemburu itu bagaikan kita memasak makanan juga perkara asas didalam penyediaan makanan tersebuat adalah garam. Bayangkan jika seenak mana pun masakan yang kita masak atau kita lihat. Jika tidak berasa garam sememang masakan tersebut  tak sedap lalu tawor hebel kata orang Pahang. Cuba pulak kita lihat sekiranya makanan tersebut terlebih pulak garamnya ia akan menjadi masin terngage kata orang Pahang sudahnya makanan tersebut tidak termakan juga. Silap-silap kena kena campok @ campak ke tanah jua. Paling baik makanan tersebut kena dengan garamnya. Didalam ayat disebut secukup rasa bagi menyesuaikan segala asam garamnya didalam masakan tersebut. Bila sudah secukup rasa pastinya makanan tersebut akan menjadi makan yang paling best yang kita rasai.  Kesimpulannya garam sangat diperlukan didalam masakan tersebut,  tak berasa garam atau terlalu masin sememangnya tak kena langsung. Jadi  bersesuaian sangat ayat cemburu itu tanda sayang kerana kita amat memerlukan kemanisannya didalam masakan tersebut.

Moralnya cemburu tetap kena ada, cuma jangan berlebih-lebih :)
Amacam anda ada sifat Cemburu tak?

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Nov 2010

Mana mau kena ikut atau mengikut?



Salam semua... bila berbicara soal follower kebanyakkan dari kita ada pandangan dan cara tersendiri dalam hal ini, antaranya ada org suka ikut,  tak kisah siapa janji ikut dan redah aje....(saya laa tu agaknya.. muka tak malu) ... ada setengah orang bila kita ikut, baru dia mengikut kita (segan-segan laa tu agaknya)...  ada setengah org dah kena ikut baru dia mengikut (macam terpakasa la pulak)... ada setengah org tak kisah pun... awk nak ikut ker tidak, dia buat ded aje  ( tak baik laa gitukan)

Moralnya bagus juga kalau kita jadi follower org lain... setidak-tidaknya kita dapat ramai kawan dan sahabat tak gitu?  agak-agaknya kalau saya bertanya pada anda sendiri bagaimana?  apakah pandangan anda  didalam soal follower ini?

Tak kenal maka tak cinta... kawan biar seribu berkasih biar satu :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Awas!! Risiko Berbolgger

Satu kajian klinikal daripada Badan tidak bertauliah (bebas) oleh seorang Pakar Kesihatan mengatakan risiko berblogger pada kaum lelaki adalah berpontensi tinggi mengalami SINDROM METABOLIK atau “SINDROM PERUT BUNCIT"  seorang blogger hebat telah di temubual oleh badan tersebut mengatakan Sebelum beliau menjadi seorang blogger tegar...  saiz seluar beliau sekitar 34 inci  sahaja. Kini selama lebih dua tahun berblogger saiz seluarnya sudah mencecah 38 inci ... pergh!! hebat nie :)


Sementara itu bagi blogger wanita juga akan mengalami sindrom yang sama. Bezanya bukan diperutnya tapi keadaan punggungnya yang semakin melebor huhuhu... kajian itu juga ada mengatakan sekiranya seseorang tu mengambil masa lebih drp 8 jam sehari utk meng update blognya risikonya semakin tinggi terkena sindrom tersebut. Sindrom ini adalah disebab seseorang itu lebih banyak duduk tanpa membuat perkerjaan yang berat dan tidak berpeluh.  Senaman adalah jalan terbaik bagi mengimbangi dan mengurangkan terkenanya sindrom tersebut :) - kalau dah tegar mana masa nok bersenamnya huhuhu :(

Anda percaya atau tidak? Agok-agoknya yaa laa tu yerk... keknya kena baca molek kenyataaan ini  dikeluarkan oleh badan yang tidak bertauliah :) Agak-agaknya sehari berapa jam anda berblogger atau mengadap PC?


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Mana lebih murah seutas tali dgn seekor lembu?

 

Salam semua.... Mana lebih murah diantara seutas tali dgn seekor lembu? dan mana lebih berharga antara nyawa sekor lembu dan nyawa seorang manusia? Gambar diatas ehsan daripada sahabat FB Jerantut Kampungku. Gambar diatas adalah pemandangan diwaktu malam di sebuah perkampungan di Jalan Jerantut - Temerloh berdekatan Kampung Temin. Apa yang dapat anda fikirkan berkaitan dgn gambar diatas? pastinya haiwan tersebut menganggu laluan kenderan dijalan tersebut. Mungkin agak-agaknya ungkapan kata-kata "lebih mudah menjaga lembu sekandang drp membela anak dara seorang" langsung tidak sesuai dgn gambar diatas ini, bagi pemilik lembu tersebut. Dalam pada gitu.. biasa juga kita mendengar org berkata "lembu boleh beli, tali tak mampu nak beli, jauh sekali nak membuat kandangnya. 

Moralnya kalau membela lembu usahlah buat keje semacam ini menyusahkan org sahaja. Berapa ramai yang telah menjadi mangsa patah riuk, cedera parah dan sebagainya. Mungkin sudah ada yang bergelar arwah dan telah menemui ajalnya gara-gara pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab ini. Kerana membuat kerje yang tidak bertanggungjawab. Jangan hanya membuat kerja mudah, sebaliknya menyusahkan orang. Pendek kata... kalau reti membela lembu, reti juga menjaga lembu. Jika tidak mampu menjaga lembu, usahlah membela lembu tak gitu? tak menyusahkan orang.



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

27 Nov 2010

Mari tolong selesaikan !

"Saya adalah seorang isteri kedua. Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan.

Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain.

Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ?

Tolong nasihatkan saya...sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?"

Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan....
Artikel diatas diambil sepenuhnya drp blog : http://kadikluang.blogspot.com  DISINI

Ini komen awal saya  :  Salam Tuan. Persoalan ini mmg payah utk di rungkaikan, pun begitu tidak ada masalah yang tidak dpt diselesaikan. Saya hanya dapat mengatakan SABAR dan bertenang terlebih dahulu... terkadang sebarang dugaan itu jika kita bersabar sedikit mungkin membuahkan hasil yang baik nanti. Hanya mereka yang tabah dan sabar sahaja akan memiliki kejayaannya nanti. Perlu diingat hidup ini tidak lebih hanya satu dugaan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya. Mmg berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


Artikel ini sekadar satu pengkongsian bersama. Anda mungkin ada pandangan tersendiri meh layangkan buah fikiran anda.


Menung kejap mikir... kalau ada niat nak tambah cawangan :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Kenapa orang dulu-dulu hebat bercinta?



Nak tahu dengar aje lagu abg Razis Ismail ini... saya teringat kisah seorang teman semasa beliau tengah sakan bercinta sekitar tahun 1980an duhulu .. dia cakap  "saya kalau dengar lagu nie macam terasa duduk diatas awam" pergh !! sampai boleh duduk atas awam itu hehehehe... mmg org dulu-dulu semua raja cinta... orang hari tak de dah kut :)

Sebenarnya saya baru sahaja terdengar lagu tersebut dekat radio tadi.... lalu kenangan saya pun teringat pada kisah sahabat saya ini. Dengan lagu yang menjadi kegemaran beliau ketika itu :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Susahlah saya, kalau nak jadi orang kolumpo :(

Baru-baru nie saya ada mendapat mesej kat shoutbox drp sorang awek cun, mesej dia lebih kurang macam nie..... "salam, kalau nak komen sikit, marah tak? pendapat saya aje, k! x ada niat buruk..just pendpt. maaf dulu. ur blog ni susah nak baca. maaf lg..." Tak pe awek cun AAP tak kisah kalau nak tegur.. nak pulak kalau teguran yang membina tu mmg sangat-sangat di alu-alukan...

Untuk pengetahuan awek cun dan anda semua seperti dijelaskan didalam Profile tu... ada saya catatkan  Untuk makluman anda Bahasa yang dicatatkan diblog ini, bagi sesetengah artikel lebih kepada loghat kampung di Negeri Pahang sebelah Jerantut dan Lipis. Jika di imbau daripada peringkat awal terciptanya blog ini. Identiti blog akuanakpahang ini menampilkan loghat Pahang. Sedikit sebanyak bahasa org dulu-dulu terus digunapakai dan akan menjadi pengetahuan dan rujukan jenerasi muda hari ini. Kalau bukan kita yang membudayakan bahasa ibuanda kita siapa lagi yang membudayakannya.... ya tak ?

Jangan pulak macam keluar dalam paper (dulu-dulu) ada sorang artis drp sebuah Negeri tu... dia kata dia tak reti bercakap dalam loghat Negeri dia... sain kat Negeri dia... kan berasa hati juga orang di Negeri itu kan.. huhuhu... Untuk makluman anda juga blog ini tidak ada langsung unsur keNegeriannya kerana mungkin bersuaian dangan pepatah melayu tempat jatuh lagikan di kenang :)  Sememang penulis anak kelahiran Pahang yang sebenar.

Antara lain kebaikannya jika saya menggunakan loghat Pahang ini anda yang berada di luar drp Negeri Pahang boleh juga mengenali dan berlajar loghat orang Pahang dan anak Pahang sendiri boleh berlajar dan meningati kembali bahasa ibuanda kita. Mungkin jenarasi muda hari ini telah jauh terpinggir drp bahasa ibuanda mereka sendiri. Sedikit sebanyak perkara ini merugikan juga kita semua sebagai anak bangsa tersebut. Seperti didalam Slogan : Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa menunjukkan bangsa.   Semoga anda semua ceria datang kesini. Sekiranya jika ada bahasa atau loghat Pahang yang ada diblog ini anda kurang faham atau tidak berapa  faham, boleh sahaja bertanya terus pada AAP.

Maaf jika ada salah silapnya.
Terkadang Penulis amat sinonim dengan loghat Negerinya.
Sekian terima kasih akuanakpahang.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

9 ekor anak toyol kena tembak.

Pandai toyol nie nyorok dalam PC kita nie ya... klu dia mudah aje... kalau line internet ok ..PC slow tak pasal aje...  ada laa dia duduk kat dalam tu... nanti saya cuba bidik tengok berapa ekor  yang kena... nak main ngan kita nie hehehe...agaknya PC nie pun dah laa tak up date dan scan virus hehehe.. tu pasal dia suka sangat berkeliaran kat dalam nie...jaga ko.. dapat karang siap :)


Ini lah hasilnya ada 9 ekor anak toyol yang tengah duduk bergolek2 dalam PC ini.  Tu pasal PC jadi lembab semacam aje.... rupanya  di kacao dek anak toyol 9 beradik nie mmg punah kalau dibiarkan... nasib dapat ditembak :)

Moralnya PC atau labtop semmg selalu kena scan virus tapi malas  :(

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Nov 2010

Penat ker ?

Hari ini mmg penat sikit,  bukan sikit penat banyak sebenarnya... kalau nak timbang penat mungkin tak nampak :) mana nak menyudahkan kerje yang hakikinya dan tidak ketinggalan nak meng update blg yang kecik molek nie... blog kekawan kena singgah juga ada tugasan di sana menunggu kita.... apapun kata org... letih macam mana pun yang penting ada kepuasan dalam diri kita bila melaksanakan sesuatu tugasan tersebut... bila puas tu ertinya sempurna laa kan :)  bila sebut tak puas hati tak sempurnakan laa tu....kena buat sampai puas hati baru ok.

Apapun bila dah sampai umah tak sampai hati pulak nak membiarkan blog ini sepi aje... rajin-rajinkan juga menyuruh jari jemari yang dah berkematu nie menaip apa aje yang terlintas didalam benak fikiran ini... Tadi ada janji  nak gi blog sahabat nak singgah kasi komen kat entri dia hehehe... entahlah lain semacam aje penatnya saya nie...insyallah lepas isyak nanti kita ronda-ronda kalau free .. nei pun dah nak masuk maghrib.. tak elok jejalan waktu maghrib nie banyak.. byk bender tak elok kat jalan tu .. jom kita rehat dulu :)


Hahaha.. nak aje terlentang macam nie rasanya ya :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Rugikah... jika kita tidak meninggalkan balasan komen?

Bagi saya jawapannya rugi,  setidak-tidaknya kita telah pun meninggalkan jejak juga pada pemilik blog tersebut. Jika ditambah semmgnya blog tersebut tidak ada shoutbox, langsung kehadiran kita tidak dapat dikesan oleh Pemilik Blog tersebut.

Sekiranya pada shoutbox tersebut ... kita juga malas meninggalkan jejak, bagaikan datang sesajer aje rugikan... Kesan langsung apabila kita meninggalkan balasan komen setidak-tidaknya juga... kita menghargai penulisan daripada entri Pemilik blog tersebut. Mungkin pemilik tersebut juga terasa penulisannya dihargai jua. Begitu juga disebaliknya diblog kita. Jadi jom sesama kita membudayakan balasan membalas komen :) Mungkin bagi sesetengah org lain hanya mengharap traffik sahaja,  pun begitu balasan komen juga amat penting tidaklah sesaje aje kita buat entri bagaikan tidak ada orang mahu membacanyakan.... :(


Moralnya membalas komen pada entri ini menguntungkan kedua belah pihak... sekadar pandangan ikhlas drp saya sahaja. Selamat berblogger :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Mimpi best malam semalam...

Semalam dapat satu mimpi best... macam mana boleh termimpi bawak kereta Mercedes?  agaknya semalam terpandang sorang awek tengah bawak kereta Merc. agaknya hehehehe... sudah malamnya tak pasal-pasal termasuk dalam mimpi,  dalam mimpi tu gi jalan-jalan pusing- pusing Kota Raya pergh!! bersama seorang sahabat.. tapi siapa dia sahabat tu... saya tak perasaan... mmg gilerlah bestnya...hehehe... kereta Merc. tu kaler gelap hehehe....
Agak-agaknya macam nie lebih kurang kereta tu. Bagi peminat nombor tak de lah.... saya lupa nak nengok nombor kereta Mercedes tu hehehe... 

Dalam pada gitu banyak juga ayat yang berkaitan dalam bahasa mimpi ini meh kita baca antaranya :

Tak penah termimpi - makna tak penah terpikir
Tak mimpilah - tidak  mengharap langsung.
Usah mimpi - maknanya usah mengharap.
Mimpi disiang hari - makna berangan tak tentu pasal.
Mimpi jadi kenyataan - penah bermimpi tapi jadi betul.
Mimpi mainan tidur - ayat ini merangkumi semua aspek, maknanya usah mengharap, usah takut. usah berangan dan segalanya dgn mimpi tersebut dan macam-macam bahasa mimpi lagi.

Jadi kesimpulannya mimpi saya itu boleh dikatakan "hanya main tidur" dan "usah mimpilah" kata dek org tu huhuhu...kut dia nak jadi "mimpi nak jadi kenyataan" siapa tahu.: ) nasib tak mimpi basah-basah yerk... sebab semalam hujan lebat sangat :)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

25 Nov 2010

Malam jumaat yang hujan...


Semasa saya menulis entri ini hujan begitu lebat disini... dengan anginnya sekali.. cakap org tua-tua kalau hujan malam jumaat sah, ianya akan hujan untuk tiga malam berturutnya... :) bagi mereka yang sentiasa didalam kepanasan, mungkin malam sebegini boleh menyenyakkan tidur mereka dengan lenanya juga.

Semoga hujan ini membawa rahmatnya juga untuk kita semua :) jadi sebelum anda tidur dengan lenanya pada  malam jumaat yang indah ini moh baca doa ini dulu :

 • Doa Sebelum Tidur  :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.

Doa-doa sunat yang lainnya tu... molek juga di baca sekali sebelum tidur kalau boleh :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

APAM BALIK DAUD JERANTUT

Salam semua jom jalan-jalan cari apam balik :) Hari ini berkesempatan saya singgah kat gerai apam balik Pakcik Daud ini. Beliau seorang Penjual Apam balik yang amat terkemuka dan ter'terer di Daerah Jerantut ini. Seingatan saya , masa saya masih kecik-kecik lagi beliau sudah menjual apam balik... masa tu regenya 20sen aje sekeping...  dek kerana era globalisasi sekarang ini apam balik Pak cik Daud ini terus berkembang setanding dengan arus kemodenan semasa.
Kalau dahulu Apam balik beliau hanya di jual sejenis dan serasa aje... hari ini apam balik beliau terus maju sudah menjadi tiga rasa... tidak ketinggalan apam balik biasa, special dan super  harganya sekitar 50sen ke RM 1.00 pergh!! mmg best... tak caya cuba ajelah lalu aje kat gerai beliau aromanya sahaja sudah cukup membuatkan anda terpikat, tertarik, terpukau dan the boom. :) 
Pakcik Daud ini adalah satu-satu penjual apam balik tetap di Daerah Jerantut ini. Pendek kata kalau aok me teringin nak makan apam balik dia datanglah... ada sokmo... kecuali laa kut dia tak sihat,  tak delah niaganya  :)  apapun jika ada ke Jerantut jangan lupa cari apam balik beliau mmg best keenakkannya usah di pertikaikan lagi. Sekian terima kasih jom jalan-jalan cari apam balik :)

Wassalam. Wa'allahhualam. :
 

Kita cucuk dia dahulu, sebelum dia cucuk kita.

Dua tiga hari lepas bawak citer ala-ala 18sx... campo job sikit...  hari ini  kawan nak bawak citer serius pulak amacam? tapi pikir, punya pikir tak dapat juga citer serius yang kawan nak ceritakan itu. Jadi tajuk entri kawan hari ini  masih tak pasal juga "kita cucuk dia dahulu, sebelum dia cucuk kita" cerita ini tidak ada kilas atau kiasan kelain hanya yang benar... tulus dan ikhlas sahaja. :)

Ceritanya macam ini,  mungkin sekarang ini musim org membuat kenduri kahwin. Sekiranya kita di ajak ke kenduri kahwin  ... sebelum hari besar... akak-akak dan makcik-makcik akan di ajak atau disuruh menyiyang bawang atau mengupas bawang bukan sikit-sikit berapa raga tu... nak pulak bawang merah kecil tu nak di kupaskan nangis dan berairlah biji mata jawabnya.

Jadi disini kawan nak bagi satu petua yang sangat popular...  mungkin ramai dah tau.. dalam gitu rasanya ramai juga yang tak tahu... sekiranya kita ingin menyiyang bawang, mengupas dan sebagainya sebelum kita buat kerja-kerja tersebut. Terlebih dahulu kita ambil sebiji bawang tersebut lalu dicucuk pada mata pisau dibahagian hadapan pisau tersebut. Selepas itu kita buatlah kerje-kerje menyiyang atau mengupas bawang tersebut macam biasa insyaallah kepedihan mata kita dapat di elakan. Kerana mungkin juga simboliknya "kita dah cucuk dia dahulu, sebelum dia cucuk kita" Apa pun selamat mencuba petua yang mudah ini.

Minggu hadapan bersusun org ajak kenduri kahwin :(

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

24 Nov 2010

Mengopek lagi dah kena...


Salam semua... mungkin minggu ini, minggu saya berkongsi petua gamoknya... jadi disini saya turunkan lagi satu petua... biasanya kalau budak menyusu badan atau mengopek dalam loghat orang Pahang tu... selalu terkena penyakit yang disebut dalam loghat tempatan kerak susu pada mulut bayi tersebut, seakan ada kepingan yang lain pada bahagian lidah atau pada bibir mulutnya itu.

Jadi cara untuk menghilangkan kerak susu tersebut anda gunakan sebelah kelapa bahagian kepalanya dikukur atau di mesin, tak payah banyak dapat sekepal pun dah cukup... lalu terus diperah guna penapis jgn dicampo dgn air, kelapa sahaja. Lalu di ambil santannya terus disapu pada mulut bayi tersebut. Seperti biasa jgn lupa bacalah Bismilah dan berselawat pada Junjungan Besar Nabi s.a.w ketika menyapunya. Amalkan 2-3 kali sehari. Sehingga kerak susu itu semakin menghilang Insyaallah petua ini berkesan.











Untuk Perhatian : Bagi Ayah budak kalau terkena kerak susu ini… suruh aje dia gi gosok gigi dan cuci lidahnya, tak pun gigit aje tinge dia cakap kat dia… org dah tua tak malu nak mengopek lagi hehehe….

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Adik dah muntah-muntah...

Salam semua hari ini saya nak berkongsi satu petua org tua-tua dahulu jika anak-anak kecil selalu muntah-muntah kecil.. biasanya utk anak-anak di bawah usia drp 1 - 3 tahun macam tulah... petua ini agak simple sahaja tapi ada keunikkannya... caranya kita ambil tali kasut yang sudah di pakai, disimpulkan dan terus dikalungkan sahaja di leher anak tersebut... insyaallah dgn izin Allah jua muntahnya akan berkurang. Jika tidak melarat budak tersebut tidak akan muntah lagi. Jika masih berterusan sila dpt nasihat Doktor, ini sekadar petua awalnya sahaja.

Mungkin simboliknya petua ini kerana peranan tali kasut itu sendiri utk mengikat kasut, bila kita kalungkan dileher ianya seakan kita mengikat atau menahan muntah tersebut juga.  Sebarang amalan dan petua jika kita ingin menlaksanakannya jangan lupa bacalah Bismillah dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi s.a.w jua.

Untuk perhatian : Sekiranya Mak budak yang muntah-muntah usahlah dibuat macam ini. Bawak ajelah ke Hospital checklah mana yang patut...  kut mana tahu ada budak dalam perut goner nok mengikat tali kasutnya :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

23 Nov 2010

PETUA TAHAN LAMA

(Artikel untuk pembacaan orang dewasa yang sudah beristeri sahaja)

Tadi sambil bersembang dgn seorang sahabat dia ada bertanya.. "aok ada dak petua tahan lama... tahan lama sikit aje pun dah cukup" hehehe.... jadi kalau mengikuti petua dan amalan org tua terdahulu mmg banyak. Perlu diingat,  org dahulu tak makan ubat kuat untuk tahan lama kita hari ini bagi sesetengah para suami (org lelaki) beria benor nak mencari bender ini. Jadi disini suka juga kawan berkongsi sedikit cerita daripada amalan orang-orang tua terdahulu  boleh "tahan lama" . Sebelum pada itu meh kita tengok  Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Jika di amati cukup banyak amalan, petua serta pantang larangnya org-org tua terdahulu, boleh dikatakan untuk lebih tahan lama. Pengaruh drp amalan permakanan amat di utamakan selain daripada kawalan pernafasan, permikiran (minda)  dan melayan nafsu itu sendiri. Semua di gabungkan didalam satu amalan yang di khususkan untuk lebih bertahan lama. Disini disertakan drp beberapa amalan dan petua tersebut ;

*Jangan amalkan memakan sayuran yang bersifat lembik seperti keladi (sayur atau gulai keladi kemahang dan sebagainya) terung, kangkung dan bayam.

*Jangan kencing didalam air, sebaiknya kencing diatas batu itu amalan org tua terdahulu.

*Jangan makan sambal bermalam seperti contoh orang Pahang, suka makan sambal colek durian kalau tak abis diwaktu malam tu buangkan sahaja.

*Banyak memakan ulaman yang bersifat daun atau pucuk kayu didalam hutan.

*Jangan makan nasi sambil minum air kalau nak minum, minum sebelumnya sebaiknya minumlah selepas makan nasi.

*Bangun tidur jangan sesekali membongkok sebaiknya bangun dgn cara mengiring. Tidak kisah ke kiri atau ke kanan.

*Buat sedikit senaman khas utk org lelaki... jangan terambil senaman orang perempuan abis terperesok kedalam. Contoh senaman dibawa ini tidak sesuai bagi kaum lelaki :
Disini suka juga saya nyatakan senaman diatas yang sememang dikhaskan untuk orang pompuan sahaja, tetapi org lelaki yang tak tahu bender buat juga punah.. (senaman membongkokkan badan sambil menarik jari kaki... di tegah sama sekali utk org lelaki) kesannya senjata anda lama kelamaan mungkin semakin terperosok. Sebaiknya amalkan cara senaman seperti dibawah ini :
Sememang senaman jenis ini dikhaskan untuk orang lelaki orang perempuan jangan buat pulak! Senaman cara ini jika diamalkan kesanya senjata anda semakin "terkeluar" dan tidaklah semakin tersorok.

Oit banyak dah tu nanti kita sambung yak...:) jadi cubalah anda amalkan petua-petua diatas kut boleh membantu. Perlu diingat petua bukan hanya sehari dua untuk menghasilkan perkara yang baik, ianya memerlukan masa yang lama tidak gitu ianya tidak di sebut Petua dan AMALAN. Ok setakat ini dahulu :)

Wassalam. Wa'allahhualam. :
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :