[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

30 Sep 2010

Kalaulah lalu keretapi....


Kalaulah nyer lalu keretapi... tak ker naya.... alamat kempunanlah kawan nie.....sesok kawan nengok gambo nei.... aok me ada bender nok komen? Baring dan bergambolah di tempat lain kannsss..... hehehehe.... buat kawan sejuk lutut aje :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Serlahkan kejelitaan yang sensual dan berkeyakinan.

Nak Jelas klik gambo.

Serlahkan kejelitaan yang sensual dan berkeyakinan.... pergh!! sesekali layan iklan drp nuffnang nei...lain macam aje bunyi ayatnya..... silap-silap tak paham kawan...hehehehe...kalau org rumahnya kawan nyer  buat kerje  terlentang gitu aje.... tak jadi kerje kawan hehehehe... sesekali nak lawo kena try tak gitu? apapun  layannn Nuffnang. :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Jika anda ada masalah membuka blog ini dgn Google Chrome.

Sebenarnya masalah Warning Malware kat blog ini masih tidak selesai... dah pening kapala saya mikirkan... dah cuba berbagai cara untuk mengatasi masalah ini....macam-macam cara dah dibuat kat Webmaster Tools dah buat ...bagi mengesan virus malware tersebut tapi tiada.... buang semua link dan pautan ke blog ini mmg tiada link sahabat di blog ini. Cara terbaru buang ikon dekat pautan blog sahabat juga telah dibuat ..tapi masih tidak berjaya membuang tanda amaran Malware diatas.... biasanya amaran diatas bagi mereka yang menggunakan pelayaran Google Chrome sahaja. Mozila firefox ok tak de masalahnya.... yang peliknya drp mana datangnya  www. bokehphotostudio.com. ini??? sedang ianya tidak ada langsung dalam senarai pautan ke blog ini.

Cuma cara yang ada sekiranya anda menggunakan pelayaran Google Chrome di blog ini , utk menggelakan terjadinya tanda amaran Malware tersebut anda bolehlah mengikuti tatacara yang diberikan diatas ini.


Dan seterusnya mengikuti tatacara diatas ini... yang pasti tanda amaran Malware itu tiada.


Sebaiknya utk waktu ini anda disyorkan menggunakan pelayaran Mozila Firefox utk menlayari blog akuanakpahang ini. Saya juga memohon jika ada diantara anda yang mengetahui cara lain boleh mengatasi masalah ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Lawa sexy pun abis...

Semalam ada sorang kawan ajak kawan 'mengetea' dekat warung biasa tu...jadi kawan gilah... tunggu punya tunggu... air tea dah abis secawan...dia nya tak datang lagi...makanan tak order lagi...lepas tu dia antor mesej ..."sorry weh kawan x dapat mengetea ada hal x dpt nok di elokkan nie".  kawan pun balas "ok... nok goner." dalam pada gitu kawan pun order nasi lemok dengan air suam aje...sambung mengetea semula sorang-sorang... :( sambil  layan surat kabor kat warung tu.... dalam gitu kawan terdengor dua org sahabat tengah berborak best aje... kawan kenal deme tu tapi tak berapa biasa aje...deme tu En. Ahmad Zaki dangan En Rosli.

Lie : " Ki...Cer aok tengok surat kabor hari nie.. kawan pelik artis nie bini lawo, cun, sexy giler abis  kena cerai juga...."

Zaki : "Nok buat goner jodoh deme dah abis...."

Lie : "Jodoh tu betul laa...kadang kawan mikir abender lagi deme nok cari bini lawo ngat dah... kalau singgoh ker kawan harus tak kuar rumah dah.... nok mengetea dgn aok pun payoh..."

Zaki : "aok kabor lawo...sebab aok tengok luor aje...dalam.... ada penoh aok tengok?"

Lie : "aok bior pasal zaki....hehehe...."

Zaki : "maksud kawan tu hati budinya bukan anu nya....."

Lie : "kawan rasa deme nie laki bini mmg tak pasal berlake... sebab tu menjadi....hehehe... kalau gitu padam juga niat kawan nok mengejas Milah.... anok tokey kedai nie...."

Zaki : "Nape??"

Lie : "Sebab kawan tengok hok luor aje...hak dalam tak tau lagi hehehe....."

Zaki : "ada juga kena pelangkung aok nie karang...........hehehe...."

Katanya En Ahmad zaki dan En Rosli nie mmg kawan baik sokmo duk lepak kat warung tu... mmg sokmo ada cerita menariknya dema nie.  :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Gambar Otai Jerantut era 70an.

Sebenar saya tertarik juga dgn gambo ini, sekadar diabaikan di blog akuanakpahang ini. Gambor ini sumbernya drp Halaman Facebook Dato' Azizan Yaakub dgn izin beliau saya memohon mengambil gambor ini. ( Bekas YB. Adun Pulau Tawar Jerantut) (Duduk ditengah yang pakai spet mata tu.) apa yang menariknya gambo ini ramai di antara mereka yang saya kenali walaupun bukan seusia dgn saya... kira pangkat abang-abang laa dgn saya nie.... jika sekitar tahun 70an saya masih di sekolah rendah lagi  tapi sesetengah drp mereka ini amat saya kenali seperti En. Mubin yang duduk dikanan sekali tu....dan yang lain-lain saya sudah lupa nama mereka. Cikgu Razmin yang pakai t/shirt biru duduk ditengah selalu kawan jumpa.

Tertanya juga dimana mereka semua sekarang ini?  adakah diantara mereka ini sudah kembali ke rahmahtullah?

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

29 Sep 2010

Main kutu haram di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
**Jadi pada permain kutu tegar kena fikir-fikiran haram bender ini ...pun begitu haram bender lain lagi besor semacam buat dek orang... apa pun sendiri mau ingatlahkan. Dulu-dulu rajin juga main kutu ini taklah besor sangat nilainya sikit-sikit aje... :)



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Sep 2010

Filem animasi Jepun bahaya.

KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

AAP - Moralnya kita sebagai ibu bapa kena lebih berhati-hati bila membeli DVD atau VCD animasi drp Jepun nei dibimbangi ada perkara-perkara yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak kecil kita. ** Dulu-dulu suka juga layan citer Jepun nie awek dia comel-comel berlake. Zaman kita dulu citer animasi Jepun nei dah ada keknya tak seganas hari ini. Pendek kata hari ini jangan dibuat. Tengok upin dan ipin selamat kut.... :)


Wassalam. Wa'allahhualam.
 

27 Sep 2010

Ku sangka panas sampai ke petang...

Rupanya hujan ditengah hari...ku sangka bokband molek dah rupa hanya seketika aje...tak lebih sekadar nok menyedapkan ke hati aje  huhuhu....pagi tadi seperti entri disini selepas tepon pihak Celcom ok laa kejap... tak lebih hanya lima minit aje lepas tu main putus2 aje... sudah kembali keasalnya juga dapat EGDE aje.... nak buka satu page pun azab nak nulis entri pun sakit... apatah lagi nak melawat blog sahabat semua.... nampak gaya kemelut BB ini mmg teruk tak taulah liputan ditempat anda...  kutnya ok. Nak tak nak nampak gayanya kawan terpaksa membuat dan mencari pilihan lain juga.

Ada sesiapa nak beli modem Vodafone kawan nei? hehehe....

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Pagi-pagi dah tepon En. Celcom

Pagi nie hati rasa macam nak naik hangin aje..huhuhu sebab layan line Bokband yang sekadar dapat EDGE sepanjang minggu ini. Seperti entri disini semalam. Dek kerana berasa amat tak puas hati... masuk aje opis pagi tadi saya terus tepon En Celcom bertanyakan masalah BB ini.... jaminan telah diberi masalah akan diambil dalam masa 3 hari berkerja kata Pegawai yang berkenaan ...dengan sepantas kilat saya cuba On semula BB ini... linenya dah dah ditukar dan terus dapat 3G dan HSDPA macam "main silap mata" aje bender ini... dengan saya.... tertanya juga dalam hati agak-agaknya kalau saya tak tepon pihak celcom harus masalah ini tak akan selesai lagi ...apapun mungkin saya dah buat fardu kifayah saya dah tepon org lain tak payah. :)

Harapan tinggi mengunung juga jangan bagaikan peribahasa "bagikan pahat dengan tukul". Terima kasih diatas kerjasama dan keprihatinan pihak Celcom.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Sep 2010

Susah nak Online.

Salam semua... sepanjang minggu ini mmg payah nak Online dan meng update blog ini line broadband sekadar EDGE sahaja. Mmg sakit  jiwa dibuatkan... bukan masalah sudah terlebih had penggunaannya, tapi line Broadband  mmg azab tahap siput....huhuhu..... ditambah pulak kesibukan sedikit  dgn jemputan kawin serta rumah terbuka... saya sendiri pun buat juga sikit.......buka sebelah pintu aje hehehe..... utk rakan taulan terdekat dan jiran-jiran terdekat sekitar Taman nie.... kira majlis sederhana aje... jadi penat juga ....ditambah dgn line berukband yang amat azab ini membuatkan saya langsung tak berminat nak online. "Kesulitan amat dirasai"  memohon maaf juga jika tidak dpt hadir keblog sahabat semua. :(

* Harapan tinggi mengunung semoga pihak Celcom di Bandar Jerantut dapat mengambil perhatian tentang permasalahan Broadband ini ...jangan sekadar indah khabar drp rupa sahaja. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

24 Sep 2010

Jom Solat Jumaat





Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”.


Riwayat Abu Daud
Huraian :


1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin
2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga
3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.

- Sumber Jakim.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

23 Sep 2010

Ikan kering sambal belacan...


Gambo sekadar hiasan drp En Gugel

Semalam sempat kawan borok dengan seorang sahabat dia kata "popalit weh sedaknya makan nasi hari semalam... agoknya sebab lepas raya nei selere betul kawan" .....kawan nanya "lauk bender sedak amat tu? " "ahh... lauk ikan kering dengan sambal belacan aje... dua pinggan kawan bantai".... kawan pun nanya "raya dulu aok balik ke mana?" .... " balik umah org rumah kawan laa di JB nun...." oit brapa abis ? "kedebuk kedebak rabok juga RM 1000 lebih".... "padan laa kawan kabor minyak mahal sekarang nei...."  "bukan minyak aje semua bender mahal tak tertanggung dek kita ..." tiba-tiba kabor dek sahabat kawan tu.... "tapi hari nie kawan rasa tak emboh dah makan nasik ikan kering dengan sambal belacan"...."nape kawan nanya sebab hari nie org gomen dah gaji hehehehe...."

Azab juga ginie..sendiri mau ingat juga... :)
** Hari nie org gomen dapat gaji awal sikit 23.09.2010


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 Sep 2010

Untuk menghilangkan 'Malware Detected'

Hari ini seharian saya mencari penawar 'Malware Detected' akhirnya saya terjumpa satu blog sahabat yang menerangkan permasalahan ini, sila rujuk untuk keterangan lebih lanjut disini > : Cara untuk mengakses blog dan laman web yang dikenali sebagai 'Malware Detected' Bagi pengguna Google Chrome sila  ikuti langkah dibawah ini : 




Sekadar satu perkongsian utk kebaikan bersama Kredit utk http://ouhstory.blogspot.com/ Terima kasih. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Peribahasa Melayu moden hari ini

Mungkin agak-agaknya peribahasa dulu dah tak sesuai di zaman sekarang. Jadi semua peribahasa itu telah di naik taraf (upgred) dan di beri nafas baru sesuai dengan peredaran semasa... jadi moh kita layan antara peribahasa yang telah di modenkan ini :)

1. kemana tumpahnye kuah, kalau tak ke bawah
2. tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan
3. tiada rotan,pelempang berguna juga
4. biar lambat asalkan tak cepat
5. biar putih tulang jangan kuning gigi
6. dimana ada gula disitulah ada gula-gula
7. kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar
8. carik-carik bulu ayam,lama-lama jadi shuttlecock
9. secupak takkan jadi 18 cupak
10. gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia
mati meninggalkan dunia
11.sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut
12.harapkan pagar,pagar tak boleh diharap
13.alang-alang mandi biar gunakan sabun
14.berat mata memandang,berat lagi seguni beras
15.cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa pun
16. diam-diam ubi berisi,diam-diam orang.....bisu
17.hidup segan,mati ditanam
18.ikut hati mati,ikut rasa merasa
19.lembu punye susu cap teko dapat nama
20. sehari selembar benang,lama-lama habis
21. jika mata kail panjang sejengkal,beli la yang panjang skit kalu nak mancing katlaut (beli pukat tunda lagi baik)
22. hendak seribu daya,tak hendak takpa
23. membujur lalu lintang-pukang
24. hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik tak payah hujan
25. sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut
26. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili
27. tuah ayam boleh nampak di kaki,tuah manusia boleh makan ayam
28. kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah la lu..!!
29. Lembut gigi pada taik gigi.
30. Bersatu kita teguh bercerai nikah lain.


** agak-agak boleh punah juga bahasa kalau macam ini.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Adus Malware Detected menyerang lagi..


Hari ini blog akuanakpahang pulak diserang Malware... masalah besarnya saya tak dapat nak membuang link yang membawa Malware tersebut ke Blog ini. Persoalannya daripada datangnya nama "bokehphotostudio.com" ?? (mungkin saya sendiri kurang arif agaknya)   Disebabkan blog ini sendiri tidak ada pautan drp mana-mana link.... dimana sebenar masalahnya atau Google Chome ini ada mengalami masalahnya. Utk anda yang ingin membuka blog ini sila gunakan Mozila Firefox. Jika anda dapat membantu amat dialu-alukan :(  Terima Kasih.

"Kesulitan amat dikesali"


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

21 Sep 2010

Melukut di tepi gantang.


Hari ini saya nak nulis sikit peribahasa Melayu lama. Iaitu  melukut di tepi gantang. mungkin anda tahu apa maksudnya …. Jangan main suka cakap je, kena tahu maksud dan penggunaannya.  Jika ada yang menyebut anda jangan main angguk-angguk geling-geling aje... hehehe
Bahasa asalnya adalah Lemukut di tepi gantang', tapi dek sebab orang muda menjadi moden dan susah nak paham bahasa org dulu-dulu, maka di tukarkan kepada istilah sekarang, “melukut di tepi gantang”. Pengertian bagi peribahasa ini adalah ‘Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.’ 
Bahasa yang diganding kan dengan peribahasa ini untuk menjelaskan maksud adalah …. "Keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi". Bahasa modennya adalah , lu ada ke tak de, gua tak de hal,  ada aku kisah”  maksud MELUKUT  ialah serpihan beras yang dah pecah-pecah. maksud GANTANG pulak ialah penyukat utk sukatan.
Jika nak di halusi peribahasa ini ada ker org nak jadi beras yang pecah-pecah dan duduk melukut ditepi gantang? tentu tidak... yang pastinya kita berkeinginan yang sama, pada sesuatu yang hak bersama dgn org lain namun apa daya nasib tidak menyebelahi kita. Bersabar aje lah :(
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Tak abis lagi Malware Detecded

 
Tak abis lagi rupanya serangan Malware Detecded ini masih terdapat blog-blog kekawan yang diserang dan terus dibiarkan sahaja. Nak balas postting pun tak lepas antaranya Blog Semuanya Manisss.. dan   BLOG LIPISLADY  walaupun semalam blog saya sendiri ( bloghentiakuanakpahang ) terkena juga, jadi cara yang paling berkesan kita kena pastikan Malware tersebut bersumber drp mana dan tindakan seterusnya, kita padamkan pautannya ke blog kita. Biasanya link tersebut kita letakan di pautan blog sahabat. Sebagai contoh blog Semuanya Maniss dipautkan drp link Blog Yunusbadawi.blogspot... pautan tersebut perlu dideletekan buat sementara waktu. Baru blog anda pulih seperti sediakala. Sekadar satu perkongsian saya pun tak tahu juga. Tapi kalau dah jadi cam nie susah juga org lain nak masuk ke blog kita... apatah lagi utk meninggalkan komen.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksumnya.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakitan dan  bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Artikel sekadar satu perkongsian sumber drp : www.iluvislam.com

** Percayalah setiap drp kita ada kelebihan dan kekurangannya dan Allah itu amat mengetahui. Jaga diri dan hiasi peribadi yang indah itu budi, yang baik itu bahasa." Kerana diri anda begitu berharga" :)

Wassalam. Wa'allahhualam.
:

20 Sep 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.


Menjana pendapatan


Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaituwww.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya. Selebihnya anda boleh baca :  DISINI 




Catatan di kaki : Memang benar utk mencari kesenangan bukan mudah... kadang kita nie banyak yang suka berangan aje...usahanya kurang, bahkan kadang tu macam tak de.. dah macam mana? tak kata kat org saya pun sama. :) Namun usaha tangga kejayaan bukan barang mustahil jika kita berusaha. Pada sahabat yang berkerje keras kearah itu selamat menempuh kajayaan jua saya doakan.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Serangan virus dan malware di blog hentianakuanakpahang

(Klik gambar utk lebih jelas)

Adus sakit cam nei macam mana blog http://hentianakuanakpahang.blogspot.com/ diserang malware pulak dah?  blog khas ini hanya utk menyimpan link drp blog rodong sahaja. Tujuan utamanya hanya mahu mengurangkan bebanan blog akuanakpahang ini. Langkah awal yang di ambil menukarkan Templatnya tak jalan juga.. sayang jugak kat blog tu semua link sahabat ada kat situ... nampak gayanya saya mengalami sedikit masalah utk menjejak blog anda semua... tertanya juga kenapa boleh jadi macam ini?

Tambahan : Perkara diatas disebabkan link blog kita di linkkan pada blog mereka yang membawa malware ini seperti gambo diatas link hentianakuanakpahang di linkkan ke blog orang muo. Jika anda mengalami  perkara yang sama sila anda pastikan malware itu bersumberkan drp mana dan link tersebut perlu dibuangkan drp link blog kita utk sementara waktu. U/P : Blog Lipislady, blog anda juga terkena perkara yang sama tetapi drp blog CITARASAWAN sila buangkan dahulu link tersebut. Cara mudah kita buat pautan blog sahabat yang baru yang lama padamkan sahaja . Harap maklum.


U/P Blog http://hentianakuanakpahang.blogspot.com/ dak ok. :)
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :    

19 Sep 2010

Salam hujung minggu.

Salam semua... dua tiga hari ini mood semacam aje... campo sikit penat macam2 hal ada... jadi nak buka blog pun rasa mood kurengg aje..ilham terus terbang entah kemana intai sana intai sini.. nak buat entri tak menjadi... minggu lepas dah mula keje jadi sibuk sikit... sebab byk member lain masih cuti jadi kita yang kena cover keje huhuhu... badan macam tak cukup rehat aje... disambung pulak dgn rumah terbuka kekawan, jiran setaman... undangan perkahwinan pun ada...jadi sibuk semacam aje... sibuk banyak makan  :) badan pun mula rasa penat.... campo malas, mata pun nak pejam aje... oklah selamat berhujung minggu semua. Semoga anda ceria sentiasa.

Ada sesape nak buat rumah terbuka hujung-hujung nie?  hello-hello lah kekawan nei hehehe...:)


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

16 Sep 2010

Selamat Hari Malaysia.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 Septemberpada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia - Sumber http://ms.wikipedia.org

Selamat Hari Malaysia.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

15 Sep 2010

Cerita sebelum dan selepas raya.


Sebelum hari raya dulu peniaga daging dengan kelapa bapok exsennya di Bandor ini. Kalau setakat kita minta beli daging sekilo tak memandang dek demenya..gitu juga kalau kita nak beli kelapa biji...boleh dia kata kat kawan "kita tak jual abg kelapa biji kalau nak santan bolehlah tapi ke beraturlah...." selepas di minta nak beli kelapa biji ttp tidak dilayan.... pergh!! exsen sungguh...nok tak nak kawan terpaksa mencari pilihan yang lain utk mendapatkan barangan tersebut.

Lepas raya nie pulak restoran dan warung  masih banyak yang tutup nak mengetea pun susah... ada satu dua restoran aje yang buka ..nak masuk kaki pun payah...kalau order pun sejam belum tentu sampai lagi... agak-agaknya kebanyakkan daripada kita tengah kemaruk nak mengetea di kedai berlake gamoknya.

** Moral tokey-tokey kedai usahlah exsen sangat musim-musim ginei. Kalau agak-agak penat  tak larat tu.. tutup aje kedai jangan marah-marah... Selamat hari raya maaf zahir dan batin  :)

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

14 Sep 2010

PERSARAAN SEKTOR AWAM UMUR 60 TAHUN?

Isu persaraan anggota sektor awam kepada 60 tahun bukanlah perkara baru. Ia mula dibangkitkan oleh Ceupacs dalam memorandum kepada kerajaan pada tahun 2001. Sejak itu, kerajaan telah meminda dari 55 tahun kepada 56 dan kemudiannya 58 tahun dan yang terkini cadangan ke 60 tahun. Ada pro dan kontranya perkara sedemikan yang pastinya bagi kawan sendiri tak reti nok komen panjang-panjang ... nampok gayanya kalau 10-20 tahun lagi kena tambah powerlah cermin mata kawan nei hehehe...  elok juga jikalau kakitangan kerajaan yang nak sambung sampai 60tahun. Namun harus diberi pilihan.... kalau bermampuan kesihatannya baik, mempunyai keinginan berkhidmat untuk negara dan produktivi yang cemerlang.  boleh buat keje lagi... sihat tubuh badan ok aje.. pada kerje jadi pak guard tu kan.... dok pon nyer bantai keje atenden pam  di stesen minyak ke... baik juga di lanjutkan ke usia persaraan sedemikian. Entri juga merujuk pada Buletin TV3 1.30 tengah hari tadi. 

** yang baik tu ttp kawan sokong :)
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Nombor yang anda dail tiada dlm perkhidmatan.

Agak-agaknya kalau boleh kawan letak bunyi dalam nada handset kawan itu bila panggilan berstatus anonymous atau prebet nombor yang menelepon ke handset kawan tu dia kuar ayat berbunyi macam ini "nombor yang ada dail tiada dalam perkhidmatan atau nombor yang anda dail sudah tidak dipakai lagi terima kasih" hehehehe...

Keberlakangan ini banyak benor anonymous, prebet nombor yang tiada dalam simpanan yang masuk... bertanya soalan-soalan yang pelik2 ditambah suruh buat kad kredit, pasang astro...cari lembu hilang, bini hilang.... macam2 aduss...sakit kepala kawan dibuatnya.... jadi sebagai jalan penyelesiannya lepas ini kawan minta maaf banyak kepada anda yang tidak ada nombor dalam simpanan handset kawan, kawan malas nok angkat dah....pening kepala kawan melayan....Moralnya kawan tak mampu nok melayan bender merapu gitu huhuhu........ "Harap maaf nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan terima kasih. :)"

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

13 Sep 2010

Hari ini dah masuk kerje...

Orang lain masih layan mood hari raya... keknya kawan dah kena masuk keje dah hari ini apa ertinya huhuhu.... nak buat itu ini pun macam tak semangat aje... semangat nak berkerje entah kemana semangat nak beraya adalah hehehe...pendek kata minggu ini ramai lagi sahabat yang masih bercuti... cuma kawan insan yang terpilih yang di wajib berkerje sambil menunggu opis ini....kat opis ni macam 'pane' aje masih lengang aje.... lalalala.....

Mungkin ayat ini sebagai penambah semangat -“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok harinya" 

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

12 Sep 2010

Baler deme neh...

INILAH cara dua gadis ini meraikan 1 Syawal iaitu dengan menunggang motosikal secara berbahaya. Selain masih berbaju kurung, pemboncengnya juga tidak memakai topi keledar. Kejadian itu dirakamkan di sebatang jalan raya di bandar Kuala Lipis, Pahang pada Hari Raya pertama, 10 Sept. - Utusan/HARIS FADILAH AHMAD

Anok sape lah neh gamoknya? maru aok me neh semacam aje merempitnya musim raya gineh...  siap pakai baju kurung pasal... keknya tak pakai topi keledar bahaya met wook kala jatuh terlentengg... rembas motor ayoh dema.... embat nok kone kerh laju het giteh? - Berhati-hati dijalan raya pandu cermat jiwa selamat.

Wassalam. Wa'allahhualame. Salam hormat daripada Pengarang,

Tak paham bahase.

Jangan cakap org luar drp Pahang aje tak paham, loghat Pahang sebelah kawas (saya) nie....sesama orang Pahang pun tak faham sama hehehe ...org muda sikit laa..  mungkin sesetengah perkataan tersebut jarang keluar (ditutur) dan ada juga diantara mereka tak penah dengar apatah lagi utk memahaminya. Jadi yang mana kawan ingat kawan cuba catatkan disini ;

BOBOK, PEDOOH - Membohong atau menipu

KENYA - Merasa, atau menjamah makanan.

MENTIK -  Kekenyangan ( perut buncit sedikit)

SENGE - Tudung Sajian

MEDU -  Manis terlampau

HEBEL  - Tawar (seperti air kurang gula)

Perkataan klasik ini biasanya akan keluar semasa kita bertutur secara sepontan sahaja. Jadi kalau nak dicatatkan disini mungkin terlupa juga - ayat-ayat diatas terkeluar semasa kawan berborok dgn  rodong-rodong (teman-teman) semasa perjumpaan hari raya. Agoknya kalau kawan cakap pekat ngat loghat kawas (saya) nie.... deme haram tak paham jadi macam ayam ngan itik lah :)

Selamat hari raya catatan 03 Syawal 1431

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Jom Bersama FB Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading