Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Jul 2010

Pentingnya solat.

Diceritakan dalam kitab Makzan al-Wa’izhin, “Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan mengeluh mengenai kemiskinannya. Rasulullah berkata kepadanya, “Mungkin kamu tidak melaksanakan solat.” Lelaki itu membalas, “Wahai Rasulullah, saya melaksanakan solat lima waktu bersama tuan.”

Rasulullah berkata pula, “Mungkin di rumahmu ada orang yang tidak mengerjakan solat.” Lelaki itu menjawab, “Wahai Rasulullah, mereka semua mengerjakan solat. Saya tidak keluar rumah selagi saya belum memerintahkan mereka semua mengerjakan solat.”

Rasulullah berkata lagi, “Mungkin ada antara tetanggamu yang tidak melaksanakan solat.” Jawab lelaki itu, Wahai Rasulullah, semua tetangga saya melaksanakan solat.”

Kemudian Jibril a.s. datang, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, di suatu jalan, ada orang yang meninggal dunia dan semasa hidupnya, dia tidak bersolat. Kemudian seekor gagak mematuk tulang kecil dari mayat itu dan meletakkannya pada pohon yang terletak dekat dengan rumah lelaki itu. Katakan padanya supaya mengambil dan membuang tulang itu, supaya rezekinya menjadi mudah.”


**Sumber dpt internet (copy paste sahaja) sekadar dijadi satu perkongsian dan iktibar bersama..

Moralnya :  Hanya Allah jua mengetahui segala sesuatu itu, pun begitu jika kita mengambil  iktibar drp cerita diatas jangan kata seluruh tubuh badan munusia itu tidak dirahmati jika tidak bersolat bahkan sudah meninggal pun tulangnya tidak membawa keberkatan subahanallah. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Salam hari Jumaat.

Salam hari jumaat semua...
Pagi-pagi hari jumaat nie kawan nak bawak satu teka teki yang tak perlu dijawab cuma sekadar direnungkan sahaja. Teka-teki dah lama cuma kawan ulang-ulangkan semula aje...ayat bunyi macam ini :

1.Kita menangis org bantai suka - mmg sakit hati
2.Kita suka orang pun suka - apa ke helnya?
3.Kita diam orang pulak yang menangis - suspen nei.

Sememang  teka teki diatas itu sebenarnya merangkumi kehidupan kita ini :

1 Ketika kita dilahirkan kita menangis, orang sememang suka sangat diatas kelahiran kita  sebagai anak dan cahaya mata mereka lalu ketika kita dilahirkan kita menangis sedangkan orang lain ketawa.

2. Ketika kita sudah dewasa,  kita di ketemukan jodohnya. Kita suka bukan main dapat isteri atau suami.  Orang lain juga tumpang  suka dan gembira diatas perkahwinan itu. - Kita suka dan orang lain pun suka.

3 Di akhir kehidupan ini pastinya kita akan menemui kematian ketika itu kita diam ( mati) orang lain terus meratapi kematian kita. - kita diam dan orang lain menangis.

Sama-sama kita muhasabah diri pada kehidupan ini . Semoga anda ceria sentiasa...

Entri pilihan bersama hari ini bersama award drp Jejaka Desa

Sebelum kawan terlupa ini ada award drp Jejaka Desa yang dihadioh ker kawan semalam terima kasih berbyk sebab kenang daku dalam doa mu hehehe... beliau seorg blogger yang hebat dan cool aje.. penuh semangat patriotik terima kasih byk sebab sudi memberi award ini khasnya utk blog akuanakapahang. Jika anda berkelapangan boleh menlawati blog beliau Jejaka Desa


Mengikut ker syaratnya award ini kena bagi ke 15 org blogger pulok adus...goner kan nok bagi semua aok dah bagi berlake...hehehehe (main aje) ... nanti kawan pikir2 semula...bab 7 perkara tentang diri kawan nei kawan dah byk kali bagi tahu keknya kawan nie tak de juga bender hok hebatnya ..malu campo segan laa pulok berkali kawan nok bagi tahu..hehehe...

Akhir kata.. kawan dengan rasa amat rendah diri dan amat berbesar hati menerima Award drp beliau Jejaka Desa terima kasih banyak sebab menyenaraikan nama blog ini di senarai pilhan anda TQVM.

** entri di edit semula kerana memberi ruang pada topik diatas.




Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

29 Jul 2010

LARANGAN BERJUDI DAN MEMBELI NOMBOR RAMALAN.


Pagi tadi sempat kawan snap gambo ini menggunakan handset murah kawan tu... dihadapan kedai nombor ramalan atau nombor ekor jika diamat-amati dalam gambor tu ada dua orang pakcik sorang pakai songgkok dan sorang lagi pakai topi putih, usia tidak kurang sudah melewati 60-70 tahun baru keluar drp kedai ramalan nombor ramalan tersebut. Yang lain kawan tak nak komen cukuplah kalau boleh kawan nak cakap... "Bila Pakcik nak berenti? sudahlah pakcik main judi tak akan kaya punya."

NOTIS LARANGAN MEMASUKI/ MELAWATI PREMIS PERJUDIAN

Sila ambil perhatian bahawa mulai dari tarikh notis pemberitahuan ini, rakyat Malaysia beragama Islam adalah dilarang melawat atau memasuki semua tempat atau premis yang digunakan sebagai rumah judi atau rumah perjudian terbuka 1953(disemak 1983) atau dalam bahasa Inggerisnya “Common Gaming Houses Act 1953 (revised 1983)” di negeri Pahang Darul Makmur. Ini termasuklah apa yang dikenali sebagai tempat-tempat jualan nombor ekor atas apa nama sekalipun. Perintah larangan ini adalah berkuatkuasa mulai 3 Disember 2008.

Sesiapa yang tidak mematuhi perintah ini adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 169, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No.8 Tahun 1982 dan jika sabit kesalahan boleh di kenakan denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya sekali. - Sumber : Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)


AAP -  Moralnya berjudi itu haram.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Masa cepat atau jam yang cepat?


Salam semuanya..hari nie nak citer sikit pasal masa ... dekat umah kawan tu ada jam antik lebih kurang macam gambo jam kat atas tu masih bernyawa dan berjalan dan masih berkeadaan baik ....sepuluh tahun lepas jam ini juga yang kawan tengok dan hari ini sebab dia masih hidup jadi tetap juga kawan tengok bagi menentukan masa... persoalan yang pelik kenapa jam hari ini (waktu) itu cepat benar berlalu  atau adakah jam hari ini yang cepat bergerak?  sedangkan dahulu tidaklah cepat hari ini......walaupun menggunakan jam yang sama.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua, dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

 "Masa itu amat berharga masa seperti emas" 
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

28 Jul 2010

Rupanya binatang dah lama sakit, demam dll.

Alkisah sebelum manusia sakit demam dan lain-lain rupa-rupanya.. binatang dah kena terlebih dahulu... kura-kura dah lama dah demam dia di sebut demam kura-kura.... babi dulu hanya mengidap sawan babi kini dia dah mengidap selsema pulak abis gempor satu dunia kena selsema babi...kambing rupanya dah lama membuat sedekah yang paling mudah dia disebut senyum kambing. Anjing dah lama kena penyakit kurap dia disebut anjing kurap. Kucing binatang paling pemalu rupanya dia disebut malu-malu kucing....Burung yang paling jinak tak lawan burung merpati... dia disebut jinak-jinak merpati....Cicak najis dia hitam separuh, putih separuh rupanya ada sejarah tersendiri dia penah tertelan kapur - jadi macam cicak tertelan kapur... Ayam tak tau sama ada dia dulu yang makan togel atau bergunting seakan botak lalu dia disebut macam ayam togel. Katak dah lama kena penyakit puru lalu dia disebut katak puru. Rupa banyak-banyak binatang tak lawan beruk yang amat cepat terkejut... lalu dia di sebut terkejut beruk Banyak-banyak bender yang sokmo tersengih adalah kerang sudah dia disebut kerang busuk.. Sebelum manusia gatal.. ulat dah lama gatal dulu... lalu dia disebut gatal macam ulat bulu.

Sekian melalut utk malam ini..hehehe ada nak sambung ?
Wassalam. Wa'allahhualam.
 

Lelaki Boroi


Keadaan fizikal memiliki perut boroi ini mmg tidak dapat tidak menjadi kerunsingan juga pada sesetengah lelaki... namun faktor penyumbang terjadinya perut boroi ini banyak juga mengikut kajian ianya disebab bebarapa sebab :

1. Tidak berkerje berat,  kerja banyak rehat... badan tidak berpeluh sudah pasti lemak didalam badan tidak di bakar dan dicairkan sudah jadi lemak tepu dalam badan.

2. Kurang senaman tak de masa malas banyak kerje konunnya...  yang pasti bila kurang senaman perut akan memboroi juga. Untuk  20 minit satu sesi seminggu 3 kali aje tak terbuat juge huhuhu...

3. Kuat makan,  makan dengan kadar yang banyak dan meminum air yang berlebihan juga menyebakan perut jadi boroi. Kadang semua bender selera...tolak batu ngan kayu aje...

4. Tidor - kuat tidur dan banyak tidur mata nok terlelap sokmo kejap pejam..kejap tidur, juga menyumbang terjadinya perut boroi. ada sesetangah pantang letak kepala terus lelap.

5. Faktor kehilangan Teruna - ini saya tak tahu katanya lelaki yang sudah berkahwin ttp akan mengalami perut boroi.-  entahlah... mungkin juga gamoknya.

6.  Selalu membongkok dan meniarap  betul ker hehehehe...lelaki yang selalu duduk di situasi di atas ( seakan meniarap ) bila bersama isterinya.....amat mudah mengalami perut boroi ini. - haru biru faktor ini.

Mungkin betul laa kut kajian diatas..tu.. anda ada nak komen?

** Moralnya perut kawan pun dah mula nok boroi huhuhuhu....
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

27 Jul 2010

Saya putar lagi Halim....

Kisah ini dah lama terjadi disebuah rumah bujang di waktu sudah hampir maghrib....tiba-tiba  terdengor suara "Saya putar lagi Halim... wang besor...wang besor" sedang TV dirumah tidak dipasang Salleh sedari tadi duduk melayan berSMS dengan awek dia.... tergaman hantu mana pulok nok main roda impian dirumah kawan nei......intai punya...intai rupanya Derus kawan dia tengoh mengigau..di senje buta......... "oitttt menatang kepala hotok aok hok besor" ...sergah dek Salleh... Derus lalu terkejut "oit...kawan mimpi laa tadi Salleh kawan masuk roda impian...hehehehe... mmg best aok tau... masa kawan sebut wang besar..wang besar tu tadi... kawan serba salah nok nengok nilai duit brapa kawan dapat nilainya dan awek hok comel tu hok tersenyum simpul ker kawan   hehehehe......."  aok usohlah maroh ker kawan Salleh hehehehe.... kawan tak dapat membayangkan pulok kalau aok pulok masuk rodo impian tentu awok sebut "KOI PUSINGGG LAGI ALIMM YEEK"...hehehehe Salleh tersenyum simpul sebab dia org Temerloh hehehehe.... pandailah awok Derus dah mengigau nok kena ker koi pulok....

Moralnya jangan tidor sibat hari (waktu senja) macam-macam hantu setan ada hehehe....

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Nama Cembungan...

Dalam Masyarakat Melayu kita di Negeri Pahang ini begitu banyak sekali nama cembungan atau singkatan panggilan... bukan nama sebenar seperti  didalam surat beranak sebaliknya nama manja atau cembungan yang di panggil seharian. Terkadang nama-nama tersebut ada asal usul maknanya. Dek kerana sudah dijadi singkatan... maka maksud asal nama tersebut hilang juga.... asal nama cembungan ini banyak di pengaruhi pada situasi, pengaruh suasana dan kenakalan anak-anak tersebut. Dibawah ini disenaraikan bebarapa nama sebagai contohnya :

Nine -  Betina,   Atan  Katan -  Jantan , Wook - katanya drp nama Beruk hehehe itu saya tak tau.. itu org tua-tua yang cakap. Bulat, Panjang, ketut, kitam, atom, bujal , longjung  , itam semuanya ada  makna tersendiri dan byk sekali....

Berbeza dangan nama cembungan yang biasa kita dengar dalam susunan keluarga seperti ini :
1. Long 2. Engah 3. Dee  4. Tam 5.  Teh 6.  Andak 7. Anjang 8. Chu  9.  Cik 10. Embong 11. We. Disesetangah tempat dan kawasan lain pulak susunan dan ada tambahan yang lain.


Moral usahlah kita memanggil nama atau gelaran yang tidak baik utk seseorang sesungguhnya perkara ini amat ditegah dan disarankan dalam maksud ayat Qurani : 



Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Hujuraat 49:11)
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Bahaya minuman 3 in 1





MINUMAN 3-in-1 menjadi kegemaran ramai kerana ia mudah untuk disediakan di mana-mana.




KUALA LUMPUR – Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini. Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
Moralnya minuman ini amat bahaya jika diambil dgn kadar berlebihan kerana minuman ini mengandungi gula yang tinggi , lemak tepu dan bahan kimia atau bahan awet yang boleh menganggu kesihatan kita. Nasib kawan haram tak minat lalu dgn  minuman seumpama ini. Untuk anda yang suka meminum minuman ini timbang-timbangkanlah sesekali sekali boleh agaknya. Pendek kata kalau bender segera ini semua tak bagus gamaknya.... sakit pun dtg segera juga.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

26 Jul 2010

Sekarang nie musim lalat gamoknya.


Sekarang nie musim lalat gamoknya,  mana2 pun ada lalat... kat rumah kawan tu banyak juga lalat... kat opis nie pun kadang ada juge sekor dua hak tersesat... kalau setakat sekor dua kawan lastik dgn getah gelang aje...mmg best lastik lalat dgn getah gelang tak caya? sila laa try.. hehehehehe... yang tak sedaknya kalau kita kena hurum dek lalat nampak sangat kita busuknya hehehehe... kata dek org lalat nie pun bermusim juga...jadi gamoknya sekarang musim buah... jadi dia pun makan buah agaknya...

Info tentang lalat : 
Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.

Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
Lalat hijau - langau (kata dek org kampung)
Lalat tsetse Dari Kamus Dewan -(s├ętsi) = lalat ~ sejenis lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
Lalat bunga - suka duduk kat bunga
Lalat buah  - musim buah sekarang byk lalat jenis ini.
Lalat askar hitam lihat Wiki English ...Black Soldier Fly (Hermetia illucens)
Lalat banjir - lalat nie terdapat sebelum dah selepas banjir aje.

Ada juga peribahasa lalat ini :
"Dimana ada bangkai disitu ada lalat, dimana ada lalat disitu ada berenger" maksudnya  lebih kurang dimana ada tempat mungkar dan maksiat, disitu tempatnya org akan membuat dosa dan keburukan.

Moralnya pastikan rumah anda dan kediaman kita tiada lalat, keknya sekarang nie muism dia gamok hehehe..


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Expo ini boleh masuk Guinness World Rekod...



Semalam kawan gi ke sebuah Pasaraya yang popular di Bandar ini terpandang ker Expo ini... terpikir sejenak tak silap kawan Expo ini telah berusia setahun...Expo ini bermula pada Ramadhan tahun lepas dan sekarang telah menghampiri bulan Ramadhan semula...hebat tu...boleh cipta rekod Guinness World Rekod utk Bandar Jerantut... Expo yang paling lama ....pun begitu dek kerana ada Expo ini juga Penjual tudung dan barangan seumpamannya, peniaga kedai yang lain berasa keluh kesah juga akibat  expo ini terlalu lama beroperasi disini... pun bergitu barang yang dijual bukanlah murah mana.... tambahan kualiti pun susah nak cakap macam stock lama aje.... dalam hati terpikir juga mungkinkah Expo ini akan berterusan sehingga Ramadhan ini pulak??
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

25 Jul 2010

Rupanya ada...


Tadi dalam boring-boring on facebook... cuba carik kekawan lama kut dia org terperuk didalam tu.... hapak entah kemana berlake... huhuhu.... tak tau kenapa saya ternakal tangan tertulis nama awek lama saya dalam facebook itu rupanya ada... terkejut beruk kawan huhuhu....pun bergitu walaupun pun suatu ketika dulu kita penah berkenalan... akan tetapi saya tak berani nak add kat dia.. karang sesajer kena marah di kedua-dua belah pihak bimbang disalah ertikan...sebab dia pun dah bersuami  hehehe...bender dah lama rasanya 20 tahun sudah berlalu....yang berlalu biarlah berlalu... usah di kenang usah di pikir bak kata Herman Tino dalam lagu dia tu.... dalam hati berkata juga kalau kat luar tentu haram tak berjumpa dah rasanya....ada juga kebaikan facebook ini dalam hati berkata... pun begitu saya tak mengambil kesempatan dah.... tak de maknanya dah..huhuhu.... kalau mikir kesedihan dulu-dulu nak makan nasi pun tak lalu dah... bak kata org tua mungkin ada pertemuan keknya tak de jodoh... kena redho aje lah.... usahlah dipikir amat. Semoga bahagia... jom kita bina kebahagian rumah tangga masing-masing.

Kenangan ttp kenangan... masakan boleh dibuang kenangan lalu huhuhuhu....
Terjiwang pulok tengah malam buta nie hehehehe........kalau aok me goner?
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Sape nak kenalan ngan saya?



Sape nak kenalan dgn saya? Nama saya Auni...selalu lepak kat umah pakcik nie laa... nak no tepon saya nak? nah amikkk...041...tekan-tekan tak dapat atau 013..tekan-tekan padan muka...hehehehe......nie sorang lagi anak jiran dekat umah saya yang selalu lepak kat rumah kawan nei... umo baru tiga tahun.. suara merdu rupa comey... saya  tak de anak pompuan huhuhu... sape-sape ada ada anak pompuan kalau nak bagi ker kawan tentu kawan suka amat.

Salam hari minggu semoga sihat ceria sentiasa.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

24 Jul 2010

Hari tanpa tembakau..


Jangan hirau sangat kat tajuk entri diatas itu "hari tanpa tembakau"...sebenar saya nak tulis tajuk " hari tanpa entri..."  hehehehe kalau letak tajuk hari tanpa entri itu tentu tak best sangat  bunyinya..disebabkan hari ini sibuk sedikit banyak benor hal jadi tak mampu nak mikir... apatah lagi nak membuat entri utk blog ini. Hari ini banyak kenduri kendara..mana jemputan kahwin..jemputan orang nak bertunang, doa selamat serta tahlil.. mmg banyak benor jemputannya sampai ke malam nanti. jadi semua kena pergi dan jenguk mana yang patut, tak buat apa pun... memadailah kita meraikan dah cukup.

Moralnya merokok itu membahayakan kesihatan utk budak2 muda kalau baru-baru berlajor merokok baik rentikan aje...mmg tak guna lalu..mengabiskan duit aje..pun begitu saya pun merokok nak buat macam mana dah jadi sebagai perokok tegar huhuhuhu.... Jika diimbau sekitar tahun 1980an rokok jenama popular 20 batang ketika itu hanya RM3.60sen sahaja dan di hari ini rokok yang sama utk 20 batang RM 9.30sen... cuba renung-rungkan 5-10 tahun akan datang berapa pulak harganya utk sebungkus rokok ? jadi utk budak-budak muda hari ini molek juga di jadi pedoman dan fikir-fikiran.

**Dulu rokok boleh buat kawan sebab dia murah hari ini dah jadi lawan.... huhuhu... Nota kecil : Dulu pada kotak rokok ada ditulis : Merokok membahayakan kesihatan amaran oleh kerjaan Malaysia. Kini diganti  Produk ini mengandungi lebih 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

23 Jul 2010

Sudahlah Pakcik...


Gambo ini adalah gambo, anak jiran dekat umah saya budok ini cerengel @ chengengen - mudah sangat menangis. Jadi saya saje suruh dia menangis sebab nak snap satu gambo yang paling manis... agaknya kalau dia boleh bercakap tentu dia kabor dah  " sudahlah pakcik saya dah tak tahan dah nei..."  usia anak ini baru tiga bulan. dek kerana dia montel sangat tu pasal saya geram amat dan selalu mengusik dia hehehehe........ pun bergitu budak ini jenis penyuka juga selepas dia  di agah dia suka semula.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Susah juga musim buah nie...

Kalau makan byk buah derian anda boleh kena macam-macam penyakit antaranya darah tinggi, kencing manis, pening, pitam dan sebagainya.....paling tak tahan sendawa dan kentut derian pergh ...mmg meloyekan. - agaknya sebab dia Raja buah, jadi penyakit pun macam-macam ada. Cuma kalau dah jadi tempoyak bolehlah anda bedal banyak mana pun hehehe........

Buah rambutan kalau makan banyak boleh mengakibatkan batuk, nak pulok kalau jenis longkah sangat di tambah kalau dimakan dgn selaput biji dia @ tembikar dia sekali mmg menjadi sangat batuk.

Langsat boleh membisakan badan kalau makan banyak... sengal-sengal dan berasa sakit badan tak kurang anda akan mengidap kencing malam yang kerap kalau makan banyak.

Petai jika dimakan banyak boleh mengakibatkan sakit perut dan penyakit angin tak kurang anda akan mendapat penyakit cirit-cirit dan bisa perut jika sekiranya perut anda jenis tak tahan hehehe....

Buah mata kucing atau buah bidara jika dimakan terlalu banyak boleh mengakibatkan pening kepala.

Tidak kurang dalam loghat kampung disebut "chike" (sakit kepala pening dan muntah) jika memakan buah-buahan yang bercampur baul dgn kadar yang banyak Moralnya buah-buahan tempatan kita mmg boleh dimakan cuma jangan dimakan terlalu banyak memang boleh memudaratkan.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Puisi : Jumaat yang mendung.


Jumaat yang mendung
tanah tidak lembab
rerumput di saluti embun
gersang tanah tandus tidak kelihatan
dasar tanah tidak ketahuan
tapak kaki berberkas jua
disaluti embun pagi
di lekati rerumput nan kering
langkah diteruskan 
sedang pokok terpaku
tanpa bayu...
dedaunan gugur jua...
jelas ada sambar cahaya kilat 
namun hujan tak jadi
keheningan pagi terasa jua
dingin pagi seakan terasa.
aku masih bermendung
di Jumaat ini.

- akuanakpahang Jerantut.

** Kawan pun tak paham abender makna puisi ini. Jangan mikir 
kelain hehehehe.. selamat hari jumaat semoga ceria semuanya.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

22 Jul 2010

Hantu malam jumaat.

Malam-malam jumaat nie sedak citer hantu...hehehe.. kebetulan tadi bersembang-sembang dengan rodong-rodong citer kisah hantu mmg dijadikan topik utama... macam-macam jenis hantu dan lokasi telah di jumpa... mmg best kisah hantu dialam org melayu kita....antaranya pochong, hantu bungkus, pontianak, langsuir hantu bajang, sermerpang dan lai-lain. Macam-macam rupa hantu dan macam-macam cara terjumpa dan tindakan yang telah diambil.

Tapi dalam citer mesyurat hantu tadi ada kesimpulan telah dibuat..... kata seorang pakar hantu, hantu ini telah wujud sekian lama mmg org dulu ramai dah yang jumpa hantu..tak kurang org dulu-dulu ramai yang membela dan menjaga hantu..berbeza org dihari ini jarang dah ada yang membela hantu apatah lagi menjaga hantu... justeru itu tidak mustahil hantu-hantu yang ada pada hari ini tidak bertuan dan telah tidak dijaga... sebab itu dema (hantu) tersebut banyak merayap. Panjang lebar juga mesyuarat citer hantu ini dibincangkan maka itulah kesimpulannya.

Jaga-jaga hari dah malam.... hehehehe....
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Abang tak mau beli gula?

Gambo ini sempat kawan snap di sebuah Pasaraya semalam, sempat lagi amoi nie nanya abg tak mau beli gula kaa? Kawan pun nanya brapa kilo boleh angkat? brapa kilo pun boleh maa... huhuhuhu.....
Gambo ini pulak kawan snap ditempat yang sama...bebarapa bulan lepas samasa krisis gula sampai kekemuncaknya, jika pun ada diketika itu, anda hanya boleh mengambil hanya sekilo seorang sahaja. Malangnya dimasa itu sekilo pun haram tak ada. Untuk makluman Bandar ini pernah kehabisan gula disorok sepenuhnya. Mungkin diatas tujuan utk kenaikan harga barangan tersebut.

Moralnya : Didalam hati kawan berkata juge base hampuras punya manusia buat keje menyusahkan orang aje... bila gula dah naik... berlabok-labok pulak ada. Memang base khainat huhuhu... kesimpulannya "kurangkan manis  dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman."


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

21 Jul 2010

Serba tak kena...bawak kereta.

Petang-petang nie mula laa mata mengatuk..huhuhu..jadi sambil layan mata jangan sampai terpejam apa kata aok me menjawab teka teki yang mudah ini.

Soalannya : Kalau orang tua bawak kereta muda (baru) mmg tak sesuai. Apatah tah lagi kalau orang muda bawak pulak kereta tua (lama) lagi tak sesuai.

Soalan dia kenapa tak sesuai ?

** oit entri ketiga dah kawan hari ini.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Jangan celupar mulut!

Salam semua... hari ini saya nak cerita sikit kisah perihal mulut...bergitu banyak sekali tegahan dan larangan buat kita semua berkaitan dgn mulut ini.. seperti peribahasa..."kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa..". "biar pecah dimulut jangan pecah diperut' ..semua ini mengambarkan bahawa mulut lembik, mulut celupar semmg mendatangkan keburukan buat kita...

Celupar mulut juga datangnya drp sikap suka berborak dan bercakap bohong tanpa mengira kebaikan dan keburukan daripada kata-kata tersebut. Lebih dibimbangi kecelupran mulut kita itu merosakan akidah dan pegangan kita pada Allah semoga perkara ini dijauhkan daripada kita.

Di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada sahabat Huzaifah Radhiallahu Anhuma telah berkata: "Saya mengadu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan jahat mulut saya," sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Di mana kamu daripada mengucap istighfar, yakni jangan jauh daripada istighfar, bahawa demi saya (Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mengucapkan yakni mohon ampun daripada Azzawajalla tiap-tiap hari 100 kali."

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Sabda  Nabi Muhammad s.a.w.:   'Tidak lurus seseorang hamba itu, melainkan lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya melainkan lurus lidahnya dapat memelihara daripada kata-kata yang keji dan tidak masuk syurga seseorang itu yang sentiasa tidak lepas daripada mengganggu gugat jiran tetangganya.'

Sumber diatas sebahagiannya di sunting drp Internet
Moralnya jangan celupar mulut. Salin ingat dan mengingati juga berpesan pada diri sendiri


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Hari ini nak masak lauk apa?


Kalau akak-akak makcik-makcik kat umah tu sokmo duk bertanya hari ini nak masak lauk apa?...kadang puas mikir nak buat lauk sedak-sedak keknya tak dapat ker bender huhuhuhu... jadi kalau tanya ker kawan pulak hari ini nak buat entri apa??? puas juge nok mikir entri apa kawan nak tulis untuk hari ini...mungkin ilham belum sampai lagi agaknya... tunggu le lepas mengetea nie karang kut boleh datang idea.. utk entri hari ini. Jadi utk akak-akak makcik-makcik kat umah tu elok juga kalau gi sapu-sapu sampah dulu lepas tu gi buat tea dulu lepas tu karang boleh laa mikir nak masak lauk apa utk hari ini.

Pagi-pagi kena gi minum dulu baru datang idea.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

20 Jul 2010

Sakit sebagai kaffarah Dosa.

Salam semua hari ini badan berasa tak sihat lenguh-lenguh, sengal-sengal semacam aje kut musim buah nei gamoknya demam buah kata dek orang tu.. nok aje rasannya kawan MC - mintak cuti hari ini dek kerana ketidak tentuan rasa.... nak kata demam tak deman, nak kata panas tak panas.... ayat powernya badan tak berapa sihat...bukan nok demam,  saya tak nak demam hehehe....terkadang terpikir juga dek kita sakit atau kesakitan itu, Allah tidak memberikan bergitu sahaja kepada kita sesetengah pendapat ada mengatakan sebagai kaffrah diatas dosa-dosa kecil yang kita lakukan seperti membaling anok ayam, lempor batu ke anjing, golek-golek perut katak hehehe... dan sebagainya.

Jadi jika anda berasa tak berapa sihat deman dan sebagianya moh kita baca sedikit bab kesakitan ini. Terdapat byk hadith yangg menerangkan bahawa kesakitan (ujian) dapat memadamkan kejahatan dan menghapuskan dosa..

Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..

Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yang kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”

Kesimpulannya kesabaran itu amat penting benarlah "sabar itu separuh dari iman" semoga apabila kita demam atau ditimpa sebarang kesulitan dan kesusahan kita renung-renungkan semula maksud hadith diatas.
Saling ingat dan mengingati utk kebaikan bersama... berpesan pada diri sendiri dan anda jua.


*Sumber Hadith drp Internet.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Ramai pelanggan pilih alat tiruan




WALAUPUN bengkel kenderaan bertauliah mengenakan caj perkhidmatan dan alat ganti tulen yang mahal, ia lebih menjamin keselamatan. - Gambar hiasan




KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Bengkel Malaysia (FAWOAM) mengakui kebanyakan bengkel menggunakan alat-alat ganti tiruan disebabkan permintaan pelanggan sendiri yang mahu berjimat ketika menyelenggara kenderaan mereka.
Presidennya, Kong Wai Kwong berkata, kebanyakan 2,700 ahli persatuan itu di seluruh negara mempunyai polisi memberi pilihan kepada pelanggan sama ada menggunakan alat ganti tulen atau tiruan berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.
"Ada bengkel hanya menggunakan alat ganti tulen tetapi pemiliknya akan dianggap penipu dan dicap sebagai bengkel mahal selepas pelanggan mendapati harga barang yang sama lebih murah di tempat lain tanpa menyedari ia barang tiruan,'' katanya ketika dihubungi semalam. - Sumber Kosmo.
AAP - Moralnya kita sebagai pengguna terkadang tertipu juga didalam membeli alat ganti ini mungkin juga disebabkan kita tiada pengetahuan dan tidak mengambil berat sama ada barangan tersebut benar-benar tulin atau tiruan. Rasanya jika kita meminta barang tiruan sah kita dapat barang tiruan. Sebaliknya belum tentu barang tulin yang kita minta kita akan mendapat barang tulin.... apa rasa anda jika barangan berharga tulin yang anda bayar sebaliknya bayaran tiruan yang anda dapat. Tidak mustahil teknologi  hari ini dapat menghasilkan barang tiruan setanding barang tulin. Mungkin situasi sebegini membuatkan pengguna lebih suka memilih alatan tiruan..kalau kena tipu pun sah dah ditipu.  Moralnya kalau alat ganti motorsikal drp Thailand mmg sakit jika di gunapakai hehehehe...tak dan balik kerumah dah lebur. 
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

19 Jul 2010

Pasal aok kurus sangat?

Dialog SYAITAN KURUS DAN SYAITAN GEMUK 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang. 

Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai." 

Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian." 

Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu. 


Moralnya bacalah Bismillah (dengan nama Allah) dimana jua dan apa jua yang sedang kita lakukan. Isyaallah Syaitan yang ada bersama kita makin kurus. Senang citer, kita pun "mengurangkan subsidi" untuk dia hehehe....

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :