Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Jun 2010

Hantu biadab dan sundal.

Gambar Sekadar Hiasan.

KUANTAN: Dua pengunjung karnival di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, menempuh saat paling menyeksakan apabila dicabul dua lelaki yang menyamar sebagai ‘hantu’ ketika memasuki rumah hantu, dalam dua kejadian berasingan, tengah hari kelmarin. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun mengunjungi karnival berkenaan masuk ke dalam rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.

Bagaimanapun, pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu berkenaan menyamar menjadi ‘hantu’ sebelum memeluk mangsa dari belakang.

Terkejut dipeluk `hantu’ biadab itu, mangsa kemudian menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit yang datang dari arah belakang.

Menurutnya, mangsa dikatakan meronta dalam usaha melepaskan diri sambil menjerit meminta pertolongan pengunjung lain sebelum suspek terbabit diberkas.

Katanya, dalam kejadian kedua, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa ‘hantu’ yang menyamar, tetapi suspek kali ini membabitkan seorang warga Bangladesh.

Kamaruzzaman berkata, suspek terbabit didakwa bertindak memegang dada mangsa ketika gadis itu berjalan di dalam rumah hantu.

“Mangsa yang terkejut apabila dicabul ‘hantu’ itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan sebelum cuba untuk memboloskan diri.

“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Sumber myMetro.com

AAP - Dah masuk rumah hantu mesti tujuan nak nengok hantu...singgah terjumpa hantu gatal sebab tak de berbini ambit peluang selalu... moralnya utk anak gadis usohlah nak gatal2 masuk ke 'rumah hantu' ini. Nasib baik tak jumpa hantu lagi ganas abis digigit terus dan hisap darah lagi teruk terkulainya. Terkadang tertanya juga apa tujuannya memasuki rumah hantu ini? .. nak tengok hantu ? nak jadi hantu? atau nak di kaco hantu? jawapannya usohlah buat keje mengarut macam ini. 

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

29 Jun 2010

Katak oh katak...

Cerita agak lama sekadar ingin bercerita...

Satu hari kawan berjalan ke Bandar ini kebetulan pada masa itu ada sorang Tokey Cina yang tengah menjual katak.. katak sungai atau katak batu entoh kawan pun tak tahu.  Org cina mmg suka makan katak... agak ralit juga kawan nengok Tokey Cina itu menyiang dan memotong katak ini. Sebab masa itu ada cina yang tengah order. Mulanya di toreh berlakang katak tersebut, sekadar di toreh kulitnya sahaja dan soyakkan kulitnya macam mengupas pisang aje hehehe..terkelik-kelik mata katok tu... sian juga kawan nengok katak tu huhuhu.......selepas itu di buang perutnya dan dipotong kecik-kecik.

Kawan pun bertanya pada Tokey cina itu......" ini katak bikin apa best?" " "goleng maa.. manyak sidap.... lu haa... olang melayu haa... talak lase.. kalu lu olang lase haa ini katak manyakkkk sidap ooo...lia laging haa manyak halus maa... manyak manis...." huhuhu..nok muntoh ada rasa kawan mendengor ker cakap tokey cina tu...gayanya pada ketika  itu Tokey cina ni macam berkempen ker kawan aje suruh beli katok hehehehe....... tak silap kawan masa itu regenya 25 hinggit sekilo...

Moralnya kita orang islam tak makan bender hidup dua alam ini haram.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

28 Jun 2010

Janganlah senyum...



Seorang pegawai polis masuk ke bilik
mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki
sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia
bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat
tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang
bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang
loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang
sedang ambil gambarnya...

Sumber : drp Internet.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Salam hari Isnin yang ceria.

Salam hari Isnin semua..moga anda semua sihat walafiat berlake hendaknya...hari isnin ini...hari mula kerje... jadi mohlah kita pakat buat keje dulu....kalau rasa malas dan masih dalam mood berehat tu duk diam tak salahnya, sebab ilham masih tak sampai lagi....hehehe...

Jadi anda boleh sahaja ambil sebatang Pen dan cuba conteng-conteng dahulu pada kertas macam kat atas tu...jadi  nampak dek orang macam anda tengah buat kerje dan penuh ketekunannya hehehe....selamat menjalankan tugas semua... buatlah keje dengan penuh amanah.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

26 Jun 2010

Aku dan motor kapcai


Ini motor kapcai kawan agok lama dah kawan bersama motor kesayangan kawan nei...drp mula di beli sekitar tahun 1992  sehingga sekarang. Keadaan masih ttp anggun.... kawan ttp setia dgn dia ...motor nie  ttp dalam keadaan baik... enjin tak penoh di buka, cat pun tak penoh di sembur semula ...motor kawan nie jarang ngat meragamnya mmg kawan puji... minyak pun jimat... sebelum minyak naik dulu kawan boleh guna RM 4.00 boleh tahan seminggu..sekarang jangan minpi...hehehe..

Nok jadi citer pagi ini... dia buat hal seratus lebih sekali makan...hehehe.. gamoknya dia tahu hari semalam kawan dapat gaji agoknya...sesekali dia nok bermanja.....dalam pada gitu ada juga org berkenan nok beli motor antik kawan nei, kek kawan teramat sayang utk menjualnya.. sebab dia juga menjadi kegunaan rasmi kawan kalau berseorangan keliling kotaraya hahahaha....plat motor ini CAG **** - maknanya CARI ANAK GADIS. keknya sekarang nei bukan musim nyer dah nok cari anak gadis. Oklah ada masa kawan sambung lagi citer motor kapcai kawan nie. Sekian.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

25 Jun 2010

Menjawab TAG drp CEMOMOI.

Tag ini saya dapat daripada blogger hebat juga CEMOMOI  jadi saya jawab le mana hak boleh. Terima kasih kerana sudi mengetag saya dan blog akuanakpahang ini.


1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?

Tak banyak perkara yang di fikirkan  sebab  hari ini hari jumaat dah lepas waktu pejabat esok sabtu, lusa ahad  duk rehat-rehat aje kat umah. (Esok lusa tak tau lagi... adalah projek yang tertangguh tu)

2. Apakah nama samaran anda ?

Nama samaran boleh kata tak ada... sebab kawan lebih suka guna nama dalam nama surat beranak hehehe... kut kalau pun ada nama pada blog ini sahaja akuanakpahang.

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?

Orang yang paling aku sayang pertama tentu ibuanda, isteri dan anak-anak, juga jiran tertangga dan semua sahabat di alam siber ini.

4. Panggilan untuk si dia ?

Panggilan utk si dia (isteri laa gamoknya yeek?) paling byk hehehe macam2 ada... keknya yang baik2 laa kan... kadang sayang.. ayang...ada masa kawan panggil embun.... (sebabnya mungkin embun... macam embun pagi tentu menyegarkan yang lain tetap rahsia hehehe......



5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?

Berterima kasih... menilai kasih sayang yang kita berikan kepadanya, bender lain kawan tak harap sangat.. cukup kesetiaan, kemesraan dan kasih sayang dan memberi keutamaan terhadap kita.

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
Blog yang berkisarkan tentang cerita umum.. tak minat juga kalau peribadi ngat.. macam nok jaga tepi kain org aje hehehe... yang penting ada ilmu yang bermanfaat serta ada  unsur2 lawak jenaka sikit kawan kenan..yang penting kita hepi sambil mencari rakan dan sahabat.



7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?

Sebenor nok jawab TAG kawan suka... keknya nok mengeTAG ker org lain nei segan sikit hehehe........ apapun rasa elok juga TAG ini di sambung oleh OZZY, PIE WAHID, EN SYED, MAZRU, ECHAM, SHINJU, LIPIS LADY, PENJEJAK MAYA, PAKCIK KORDI, NERZHUL, JEJAKA DESA, CIKGU MEDAN KUALA LANAR, dan CEKWA. Seperti biasa TAG ini tidak menjadi satu paksaan.


Terima kasih buat Cemomoi yang sudi memberi TAG ini pada kawan terima kasih byk-byk lega rasanya  kawan dah jawab  TAG ini heheheh. TQVM.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Menjawab TAG drp Ozzy.


Tag ini diberi oleh blogger  OZZY ....rodong dan sahabat baik  jadi tak jawab karang tak kena juga..... jadi kawan buatkan juge.


Jawapan dari soalan TAG tersebut..

1. Adakah anda rasa HAPPY sekarang?
- Kalau tak de masalah keje semua siap mmg kawan rasa happy ngat. Tak pening kepala bender kawan ini mengidap sakit kepala sokmo.


2. Kenapa anda rasa HAPPY?
- Happy sebab semua keje beres tak de org nok membebel ker kawan nie. 

3. Apakah yang boleh membuatkan anda HAPPY??
- Makan sedap tidur sedap...duk bilik kecik sedap....org tak marah , org suka kat kita,  blog ada entri baru hehehe...dan semua tanggunjawab kita sebagai hamba sudah siap terlaksana.

4. Nyatakan warna yang anda suka.
Hijau, Biru dan Putih. 

5. Beritahu 9 org yang anda mahu TAG.
    Hak nie yang paling payah..jadi akan kawan fikirkan kelak siapa insan yang bertuah itu.

** agoknya entri ini dibuat pada hari jumaat jadi tak berapa sempurna juga... Pozi tau laa kut..hehehe........akhir kata terima kasih byk2 pada beliau yang sudi memberi TAG ini pada kawan.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Skodeng anak dara.


Gambar sekadar hiasan
MALU... tertuduh menutup mukanya dengan baju ketika diiring polis ke lokap mahkamah.


Intai anak dara

KUANTAN: Dia sudah beristeri dan mempunyai lima anak, namun kerana nafsu seorang lelaki masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya mengintai anak dara mandi. Namun, perbuatan lelaki berusia 44 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis ketika mengendap remaja perempuan berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, di sini, pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 7.30 malam. 

Semalam, lelaki berkenaan, Eddy Che Din dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan dan dia mengaku bersalah. 

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda berkenaan. 

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai gadis berkenaan. Jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman denda sehingga RM100. 

Terdahulu, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengemukakan rayuan hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia menanggung isteri dan lima anak.  Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah, dia insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh.

Tertuduh memaklumkan itu kesalahan pertama dilakukannya membabitkan perbuatan mengintai. 
Namun, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan T Murugesu mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya dan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh. - Sumber myMetro.com

AAP - kawan ingat zaman ini abis dah org buat keje cam nie rupanya masih ada lagi yeek. Kalau zaman mandi di sungai atau di perigi dahulu jangan dibuat mmg ramai peminat yang buat keje cam nei. Kira tak lah besar yeek.. denda skodeng nie seratus aje atau 3 minggu di penjara jika gagal membayar denda tersebut. Apa pun bukan denda itu yang dipersoalkan  yang lebih utama moral dan kelakuan buruk diri teserlah jua.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

24 Jun 2010

Duit Maksiat jamu jemaah Masjid.

PUTRAJAYA: Dua beranak ditahan di sebuah kondominium di Puchong, dekat sini, kerana menawarkan khidmat urut badan ke badan kepada pelanggan lelaki ketagih seks beberapa hari lalu, mengaku menggunakan ‘wang panas’ hasil kerja haram itu bagi menjamu jemaah masjid di Petaling Jaya, pada setiap Jumaat.

Pengakuan mengejutkan ibu dan anak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun itu didedahkan selepas mereka ditahan dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kondominium milik wanita terbabit yang turut digunakan bagi menawarkan pakej seks dan urut badan ke badan selepas Maghrib sehingga tengah malam.

Wanita terbabit ditahan selepas dikesan sedang menawarkan pakej khas membabitkan seks dan urut ghairah berkenaan kepada seorang pelanggan yang juga kakitangan kerajaan berusia 30-an, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketika disoal siasat, mereka mengaku meraih keuntungan lumayan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap khidmat urut istimewa mengikut pakej disajikan kepada pelanggan kebanyakannya menghadapi masalah rumah tangga atau lelaki ketagih seks. Setiap hari, dua beranak dipercayai melayan beberapa pelanggan.

Malah, lebih mengejutkan si ibu mengaku kepada pegawai penguat kuasa Jais, bahawa mereka menggunakan wang hasil urut dan seks istimewa itu di jalan baik, iaitu dengan bersedekah dan menjamu jemaah masjid kononnya bagi menghapuskan dosa maksiat yang dilakukan bersama anaknya.

Ibu tunggal itu membuat pengakuan pelik kepada Pengarah Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, yang turut serta dalam serbuan di rumahnya didapati turut menyediakan bilik khas bagi memudahkan dua beranak itu melayan pelanggan. Sumber www.hmetro.com.my

AAP - Semakin haru dengan dunia hari ini bila ada segelintir wanita, bila akhlak memang sudah jauh tersasar kerana bagi mereka wang segala-galanya walaupun dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara walaupun untuk sumber rezeki tetapi caranya haram dan ia tetap haram. Perlu ingat setiap daging tumbuh hasil benda haram, maka api neraka yang akan membakar diri mereka. Nampak gayanya lepas ini bila ada org perseorangan khasnya orang pompuan kalau nok menderma dan memberi sumbangan duit atau seumapamanya. Pihak Masjid dan  Tok Imam kena siasat dulu terbimbang duit drp hasil keje maksiat marulah jadi ginei.in


Wa'allahhualam. Salam Hormat
 

23 Jun 2010

Tak tercapai akal mu...

Kisah selipar Jepun nei... kawan rasa Mamat nei rajin amat dah selipar dia hilang kat masjid masa dia gi sembahyang jumaat. Jadi nok tak nok, dia beriktiarlah sikit gamoknya untuk mengunci selipar dia drp hilang hehehehe...

Nie kisah line putih kawan pun tak tahu ngape boleh jadi bengkok... sebabnya hanya nok mengelak sebatang dahan kayu itu aje....kalau dia campok ke tepi aje tentu lurus line tu.....hehehe maka tak tercapai dek akal mu juge hehehe.........

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Lu olang mau tengok kaa... (Londeh suar)

SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam. - Sumber Kosmo. 
KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakan jurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis. - Sumber Kosmo.
"Lu olang wa cakap jangan tangkap gambar lu lagi tangkap kaa..manyak bolo.."
AAP - Kawan duk mikir juga apa rasionalnya dia melondehkan seluarnya  ini hingga nampok kebuntutnya itu... ada kemungkinan kut dia rasa buntut dia lawa...hehehehe...panas dan sebagainya hehehehe....apa pun tindakan sedemikan tak baiklah nyonya..agok kawan mmg keje dia dah  membuka suar aje kut... tak kira tempat nok sangat dah membuka suar agoknya maru...hehehehe....


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

22 Jun 2010

Nak 'gitu-gitu' pun payah musim Piala Dunia nie.

Pelacuran merudum di Piala Dunia




GAMBAR menunjukkan sejumlah peminat berhimpun di sebuah taman Piala Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.




JOHANNESBURG - Pekerja-pekerja seks di Afrika Selatan menyalahkan serbuan polis yang menyebabkan perniagaan pelacuran merudum semasa musim bola sepak Piala Dunia sedang berlangsung di negara berkenaan.
Golongan tersebut berharap kebanjiran pelawat asing akan meningkatkan pendapatan mereka tetapi pelacur-pelacur di sini memberitahu, 'gangguan' polis itu menyebabkan peminat-peminat bola sepak takut untuk melanggan mereka.
"Kasihanilah kami. Kami perlu menyara anak-anak kami," kata dua pelacur di sini kepada wartawan saluran berita televisyen, Sky News.
Selain operasi polis, kebimbangan berhubung penularan jangkitan HIV turut menyebabkan perniagaan pelacuran merosot.
Kebanyakan pelacur yang ditemui oleh Sky News mendakwa mereka mengamalkan seks selamat tetapi beberapa pekerja seks sanggup mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang enggan memakai kondom.
Pelacur-pelacur jalanan di sini mengenakan caj sekitar AS$4.50 (RM14) untuk perkhidmatan seks manakala pendapatan pekerja seks di rumah pelacuran cuma beberapa dolar lebih tinggi daripada mereka.
Pekerja-pekerja seks itu mendakwa polis bertindak ganas terhadap mereka semasa melancarkan operasi membanteras pelacuran.
Seorang pekerja seks di sini, Thandi menyatakan dia pernah dikasari dan dirogol polis.
"Mereka (anggota-anggota polis) mahu rasuah. Jika kami tidak boleh bayar, mereka mahu seks percuma. Pada pandangan saya, seks percuma sama dengan merogol," katanya. - Agensi - Kosmo

** Banyak org tak berkesempatan masa nok berkisoh bender gitu gamok kawan, nak "gitu-gitu" di musim Piala Dunia nie nengok bola lagi sedak hehehe mungkin juga tak cukup masa hehehe...jadi usahlah bergaduh. Moralnya melacur itu haram.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

21 Jun 2010

Usoh laju ngat sejuk weh, lemas kawan.

"Bang... usohlah laju ngat sejuk amat koi nei...."

" Lemas kash nei aboh"

Disebabkan hari ini hari Isnin kawan sibuk sampai ke larut petang huhuhu...naik hamun kusut pikiran duk mikir buat keje aje.... tak reti abis-abis.....naik kemamor mata sudohnya...jadi moh lah kita bersantai kejap dengan gambo lawak kat atas itu sebagai hilang tension petang-petang buta nie. 

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Aduhai Isteri...(Sempena hari Bapa)


Suami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa

PEGAWAI penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson semalam.


SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.
Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.
Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.
Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.
Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun. - Sumber Kosmo.
AAP - Apa dah nak jadi dengan segelintir Isteri pada hari ini yang bersikap curang terhadap suami mereka. Sesungguhnya amat simpati dengan suami tersebut ' hari bapa' dihiasi sikap haram jadah si isteri ini... beginilah bila sikap buruk hati menguasai diri ditambah dengan 'keinginan' bercampo dengan nafsu syaitan, yang tidak kenal halal haram dan tidak kenal dosa dan pahala. 

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

20 Jun 2010

Sunyi


Sunyi tanpa cerita
tanpa bicara
sekadar ada rasa
ada jiwa ada suara
tak mampu utk berbicara
kaku jiwa, kaku segala..
sunyi mengenal erti rindu
sunyi mengenal erti pilu
sunyi membisik rasa
sunyi jua terusik rasa
pada sunyi ku lepasakan rasa
pada sunyi yang kaku
bisu tanpa bicara.

Nukilan akuanakpahang


** Gamoknya sebab hari minggu jadi ginielah hehehe....

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

19 Jun 2010

Para suami dilarang bersendirian ke Pasaraya.



DUA pelacur ini menghabiskan masa dengan berbual sambil mata liar mencari 
pelanggan yang melalui kawasan pasar raya di Jalan Pudu semalam.




KUALA LUMPUR - Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini.
Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda.
Jika dulu golongan itu menjalankan kegiatan persundalan ini dengan berselindung tetapi kini mereka semakin berani menjual diri secara terbuka di hadapan tandas pasar raya berkenaan.
Menurut seorang pekerja di pasar raya tersebut yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 20, dia sudah lali dengan pemandangan itu.
Sumber -  KOSMO
AAP - Nampak gayanya susah berlake dah jadi macam ini jika disini jangan biarkan isteri anda bersendirian ke Pasar raya kerana mata-mata liar Mat bangla dan Mata Indon  amat tajam melihat dan memerangkap orang pompuan yang bersendirian ke Pasar Raya. Moralnya jangan bersendirian ke Pasar raya,  jika ada pasangan berjalanlah dengan pasangan anda atau ditemani keluarga anda elakan bersendirian.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

18 Jun 2010

Berpelukan

Gambar sekadar hiasan.

Petang tadi sempat laa saya buka TV kejap ... tekan aje TV terus kuar Drama Melayu. Slot yang tengah ditunjukan ketika itu adalah adegan berpelukan... tak laa lama kejap aje.... soal sekejap lama bukan persoalan. Disini  saya nak fokuskan kisah berpelukan itu...bila saya terpandang terus terlintas di fikiran apakah ada satu 'lesen besar' yang telah diberikan kepada mereka untuk berlakun dan boleh berpelukan seumpama itu....tiada org nak kisah ..dan tiada orang nak marah..apatah lagi kalau nak menengah....atas dasar dalam drama dan berlakun itu tadi...walaupun yang dipelukan itu bini orang, laki orang, hatta anak dara orang....perbuatannya seakan di halalkan...seakan kita bagaikan tidak kisah akan perbuatan tersebut... dalam masa yang sama kita tahu perkara itu haram dan tidak baik... seolah-olah bolehlah dikatakan perbuatan berpelukan mereka itu boleh menghalalkan caranya atas dasar berlakun konunnya.

Moralnya bagi saya adegan berpelukan itu ttp tidak amat sesuai sama sekali. Tambahan pula mereka yang berpelukan itu sah di nikah, lainlah jika hukumnya haram di nikah tak kisah sangat. Harapan bersama semoga ada pihak yang memandang serius perkara seperti ini.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

AWAS Wanita!!!., GAMBAR anda di Fb dalam Bahaya!!!. Pleasee baca... Sebarkan..

Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.




Baca Selanjutnya --> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html


[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!






ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.

Baca Selanjutnya --> http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/06/awas-muslimahku.html


[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).


Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.




Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Baca Selanjutnya--> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html

Demi Kasih dan Cinta PS kepada Antunna, Sekali Lagi PS pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, PS Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

Sumber : Copy paste sepenuhnya drp Halaman Facebook.

AAP - Sepatutnya perkara ini dipandang serius oleh anda semua khasnya pompuan melayu kita usah suka sangat mempamirkan wajah-wajah anda di FB. Kut nak tunjukpun... tunjuklah muka aje jgn satu body dibimbangi disalah gunakan nanti. Entri ini sabagai rasa tanggungjawab penulis utk sama-sama kita manfaatkan dan sebarkan.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :