Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO DARIPADA PENAJA KLIK PERCUMA

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Mei 2010

Menjawab TAG daripada Dewi..KK Sabah.


Terlebih dahulu saya berterima kasih diatas  TAG drp  Mychubby  (Dewi KK Sabah) jauh datangnya TAG ini...dek kerana Mak we manis tadi... saya jawab juge hehehe...agak berat juga nak menjawab 23 fakta yang di kehendaki.

a) Copy gambo kat atas tu.

(b) tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la .)
1. Anak Pahang Sejati.
2. Sudah berkeluarga...(isteri baru seorang)
3. Keje ngan gomen
4. Suka ramai kawan... tak pilih sesiapa asalkan ikhlas berkawan.
5. Kucing kurang minat sebab suka berak2 sana sini.....hehehe...
6. Suka citer lawak-lawak nangis tak suke..hehehe...
7. Berblog sekadar suka-suka melepas rasa tension duk berkeje aje...
8.  Paling bosan menanggung masalah org hehehehe...
9. Angan2 nak tengok Nuff boleh jadi ribu riban huhuhuh....
10. Abis mikir dah hehehe... tak larat nak jawab yang seterusnya.... mintak maaf huhuhu nampak gaya yang selebihnya itu kena  pospon lain kali hehehe....
(jika anda yang ditag sekiranya mampu memberi 23 fakta itu yang sebaiknya)


( c ) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang)

Cik Shinju
Cemomoi
Zulkbo
CekWa 
Relevan Sokmo.

(sebenar member tu ramai saya pilih secara rawak aje)

Nota : Untuk menjawab TAG ini bukan suatu paksaan jika tidak mampu abaikan sahaja. Hehehe....
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Campak dan pijak bayi.

Tidak pasti mungkin gambar sebenar


SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu. Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.

Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan. Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut. Sumber myMetro.com

Moralnya kenapa bayi itu di jadikan sasaran? pendek betul akal ibu ini. Apakah sudah hilang segala peradaban kita yang bergelar manusia? hilang kasih sayang hilang pertimbangan.... perbuatan tidak ditelus dek akal dan fikiran.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

30 Mei 2010

Pesan orang-orang tua...

Salam semua..
Hari ini kawan nok nulis sikit tentang pesanan orang-orang tua terdahulu untuk kita semua supaya mengambil perhatian tentangnya... akan tetapi, pesanan ini agak pelik juga.....jadi kalau aok me nok tahu tentang pesanan tersebut seperti dibawah ini:

Pertama : katanya jika ingin membeli kelambu jangan beli kelambu Cina. Kedua : kalau ingin membeli basikal jangan membeli basikal Keling. Ketiga : kalau nok cari Janda... jangan cari Janda Benggali.

Jadi rasa kawan tentu ada kebaikannya pesanan  ikhlas diatas itu. Jika kita tidak membeli, membuat atau mengambilnya perkara yang disebut......jika sekiranya dilakukannya juga.....  ingat anda jangan menyesal....hehehehe....



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

28 Mei 2010

Balik Kampung...

Jadi sempena cuti hujung minggu yang panjang ini kerana bersambung cuti Hari Wesak...sabtu  dan ahad ini... jadi kawan sekeluarga balik kampung (kampung org rumah ) di Serambi, Paloh Hinai,  Pekan...mmg menjadi rutin bulanan kawan balik kesini gi melawat rumah lakor  (rumah yang di tinggalkan) jadi  line bokband kat kampung ini azab ngat huhuhu...sekadar EDGE aje...  jadi mungkin kawan tak dapat nak beronline macam biasa dalam masa sesari dua nie dan nok berjalan-jalan ke blog deme semua.... dek kerana line bokband teruk sangat..... bak kata pepatah linenya disini hidup segan mati bila-bila hehehe...dalam gitu kawan ingat nok upload gambo Sungai Pahang kat Serambi nei.... apakan daye line sekadar EDGE aje... tak boleh buat bender... ok lah setakat nei dulu yang sampat kawan bercerita...nanti senang-senang kawan sambung semula kalau line bokband ini mengizinkan.....huhuhuhu..... Ok bye-bye...
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

27 Mei 2010

Imam ‘simpan’ kekasih



PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.
Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.

Seterusnya klik disini : Imam ‘simpan’ kekasih - Sumber myMetro.com



** Entahlah dunia kita hari ini macam-macam hal...

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

26 Mei 2010

Maut Curi Kabel.

Kejadian ini berlaku di Muazam Shah Pahang...bebarapa hari lepas....Gambo by MyMetro.

Pada hari yang sama adalah anok sedara kawan menelepon drp Felda Keratong...  dia kabor "kome panes het sineh".... "pasainya" kawan nanya.... dia kabor "ada org tersangkut kat kabel letrik....."

** Saranannya usahlah buat keje mencuri dan membahaya ini sememangnya mengundang padah. Semoga kejadian ini menjadi pedoman dan iktibar buat orang lain yang mempunyai hobi dan minat yang sama.

Wasalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

25 Mei 2010

Sape masuk kena tangkap...

Hari ini saya ingat nak tangkap gambo anda semua yang datang ke blog akuanakpahang. Oklah bila anda masuk aje dan terus membaca entri ini gambo anda dah saya tangkap dan telah disimpan dalam PC saya ini secara automatiknya. Ok sedia...duduk elok-elok sikit..jangan tak pakai baju sudah hehehehe........

Ok Standby and ready.... Klikkk..Klikk









Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

24 Mei 2010

Menjawab TAG HaiDa HiDa



Entri ini menjawab Tag  Cik Haida Hida  agak panjang juge soklan Tag ini kena jawab okeylah, aku teruskan ngan jawapan tersebut.. setakat mampu....
10 fakta tentang aku??

1- Nama aku akuanakpahang nama pena dlm blog.
2- Nama glamer yassinsalmanshah (hehehe.. nama itu ada hubungkait dgn nama mak dan ayah aku. )
3- Aku anak Pahang sejati
4-  Isteri baru satu hehehe......
5- Blog ini baru lagi....sajer suka-suka
6- Aku minat pada sesuatu yang ada unsur lawak jenaka...sebab itu blog ini ada unsur sedemikian.
7- Menghormati sesiapa juga .. jika dia hormati kita....
8- Suka berkawan dgn sesiapa sahaja tak pilih bulu.. jika ikhlas nak berkawan.
9- Suka pollow org hehehe... dalam blog aje kat luar sana tidak...
10- Keje biasalah ngan gomen... dah lama, tapi lama lagi nak pencen hehehe..


10 perkara menakutkan aku??


1- Semestinya yg pertama aku takut pada YANG MAHA PENCIPTA iaitu ALLAH s.w.t (takut dalam ertikata takut berdosa dan lain-lain perkara yang mendatangkan kemurkaannya kelak pada kita)
2- Mati ... (mungkin amalan masih tidak mencukupi)
3- Aku takut ada terbuat salah dgn ibu ayah tanpa sempat memohon maaf.
4- Aku takut jika aku terlupa terpinjam dan terpakai duit sesiapa sahaja dan terus terlupa membayor sebab hutang bawa sampai mati .. MATI?? tergantung disana esok....(kalau ada sila  minta halal... tak nak halal meh dtg mintak bimbang dah terlupa)
5- Aku takut nengok org disampuk syaitan
6- Aku takut terjumpe org giler nye lenkong kepala dpt feadah hehehe...
7- Aku takut org membebel ker aku yang mmg bebelan itu aku yang salah...
8- Kahwin sorang lagi hehehehe...

9- Nak kata lelaki bukan, nak kata pompuan jauh sekali. 
10- Banyak lagi perkara yg aku takuttttttttt……dan macam-macam perkara takut lagi...hehehe...
10 perkara yg selalu aku sebut??

1- Puji-pujian pada yg MAHA ESA
2. Aku sayang mak ayah aku dan al fatihah buat ayah aku.

3. Semoga Allah memberkati segala usaha aku.
4. Dimurahkan rezeki dan panjang umo.
5. Diberikan anak-anak yang baik 
6. Jangan ada org rasa benci dan sakit hati kat aku.
7. Aku selalu memaafkan sesiapa juga sblm tidor.
8- Nak siap kerje pada waktu yang ditetapkan
9- Up date blog
10 - Nak kurang main internet..sebab keje tak jalan hehehe...


10 perkara yang amat bernilai bagi aku??
1. Ibu ayah isteri dan anak-anak.
2- Jiran-jiran
3- Guru-guru
4- Pengalaman
5- Ilmu pengetahuan
6- Kerjaya dan tugas aku.

7- Semua sahabat, rakan setugas dan rodong blogger semua.
8- Blog AKUANAKPAHANG

Dan banyak lagi perkara lain yang bernilai dalam hidup aku.. tak manpu nak sebut hehehe.


10 “pertama kali” dalam hidup aku??


1. Alhamdulillah di lahir di dunia ini...
2. Pertama kali di khatan hehehehe...
3. Pertama kali berkahwin..hehehe....
4. Pertama kali amit lesen memandu..
5. Pertama kali di giler oleh artis hehehe... (aku tak minat artis nanti bercerai susah hehehe..)
6. Pertama kali diminati oleh mak jan...
Sebenar apa-apapun bender dalam dunia ini yang tak penah aku buat semua yg pertama kali.


7 ahli yg terpilih tuk menjawab soklan TAG ni ialah:
( Kepada sesiapa sahaja yg berminat boleh aje menjawab Tag ini... sebab saya byk kekawan serba salah nak pilih hehehehe...jika sekira ada yang sudi dan mahu menyahut cabaran TAG.. ini beliau adalah diantara org yg hebat diantara yang terhebat!)
(Ayat ini aku copy dan ejas sikit2 Cik Haida punya ) Perkara2 di atas adalah sesuatu yg terbaik dalam hidup aku.. sekadar tuk berkongsi dengan para blogger.. pada pengamatan aku juga, mereka2 anda semua adalah orang2 yg byk pengalaman.. aku pilih semua  mereka sebab TAG ni mmg sesuai untuk berkongsi pengalaman tersebut dgn anda semua.. hehehe… tapi mcm biasa la, xder sebarang paksaan.. ... apa yg penting kita sekadar suka-suka sahaja.
** peh lege aku... kerana berjaya juge menyiapkan entri ini.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Salam hari Isnin yang sibuk...

Salam hari Isnin semua....
Nampak gayanya kawan terpakse membuang segala jadual yang berkaitan dengan blog ini utk hari ini.... hehehe... bukan kawan jemu x de idea... byk idea dan ceritanya.... ada juga TAG yang kena di jawab..akan tetapi masa dan keadaan bergitu bercelaru..huhuhuhu..banyak keje... jadi kena bagi -bagi tugas dan masa itu sendiri. Bagi mengstabilkan keadaannya. Kalau tidak emboh kena hukum pancung nei....

* Jabatan lain minta lapuran tertentu.
* Kena menghubungi pihak tertentu. (macam2hal)
* Tugas sedia ada kat opis ini setinggi Gunung Tahan
* Masalah sendiri dan peribadi serta hal org lain ada juge.
* Macam-macam hal kena siap dan kena buat dgn kadar segera sabor ajelah.

Apa pun kalau tidak busy dan sibuk seperti ini tak best juga hehehehe....ok saya membizikan diri dahulu.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

23 Mei 2010

Mimpi langgor Babi...

 


Mat Kundur pagi itu agok bergese aje...lepas bangun tidor dia terus mandi dan keluar drp rumahnya... terus mencari Awang Pungkor...sementara itu dan lagi dia mengantor SMS ke Awang Punkor "aok dimana?" jawab dek Awang....." Kawas di Warung Jenak Sanggul."..." ok " balas dek Mat Kundor.

Sedang molek sampai  Mat Kundor pun terus tongkat motor dia kat Warung Jenak Sanggul....

Awang Pungkor : "Abender hel Mat? beria het...aok mencari kawas nie?"
Mat Kundor : "Kawas ada hel sikit nok kabor ...kawas semalam mimpi langgor babi...kata dek org kalau mimpi langgor babi... nombor boleh naik yaa ker?"
Awang Pungkor : "Peh cantikkk ... aok mimpi langgor babi....ada chan baik nie...aok langgor dengan bender? "
Mat Kundor : "Ahh..dengan motor kawas tu laa...."
Awang Pungkor : " Dah goner? kalau kita beli nombor mana tau kut mengena..." 
Mat Kundor : "Hehehehe kawas tak bese beli nombor Awang..."
Awang Pungkor : "Tak pe bender tu... aok seroh ke kawas je...hehehehe..."
Mat Kundor : "Orang islam mana boleh beli nombor Awang...."
Awang Pungkor :" Kawas tau tu....,kawas tak beli keknya kawas suruh ke budok Chandran tu beli .... hehehehe...."
Mat Kundor : "Aok mmg bijok Awang....hehehehe.....kalau mengena esok goner?"
Awang Pungkor : "ahh retilah kawan membahagikan hehehehe...janji mengena !"


Firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

22 Mei 2010

Mimpi di patuk ular

Mat Kundor yang terkejut dari tidurnya di pagi itu terus berbunyi dan berkata "Uuuuu....pehhh!!!!".... lalu disape dek bini dia Munoh Genggong.........."Nape Abang? lain benor bunyinya aok neh".... 

"Kawas..mimpi nok kena patuk dek ulor malam semalam... abender alamat nyer weh? soal di Mat Kundor kepada bininya....."abender aok mimpi nok dipatuk ulor????" dengan nada terkejutnya Munoh Genggong bertanya.


Munoh : "goner rupe  ulornya?"
Mat Kundor : "Ulornye Penik (pendek) aje keknya mulut dia besor....abender alametnya Munoh?"
Munoh : alamatnya adalah Janda ketot mana nok ker aok teeh...(kabor dek Munoh) 
Mat Kundor : "setahu kawas kampung neh teadeh Janda ketot..Janda lebor ade.....hehehe"
Munoh : ( dengan nada selamber berkata) ...."abender ker ulor aok dah matuk ker orang.....nok asu (berkeinginan)  mematuk orang lain"... kabor dek Munoh.
Munoh : "usoh nok beranganlah abg ada orang nok ker aok..lain lah kalau anok dare mimpi di patuk ulor adalah org nak menlamor dia. Sudoh laa abg gi bangun mandi!"


Mat Kundor terus bermenung panjang dan bertanya-tanya ulor mana yang hendok ker dia hehehehe...
U/p : Kata dek orang tua-tua kalau anak dara mimpi di patuk ular itu tandanya dia akan dilamar dek orang. Goner kisah Mat kundor ini yang anak dah 3 mimpi nok kena dipatuk ular?? Hehehehe....

Moralnya mimpi itu hanya sekadar mainan tidor usah mikir dan berangan sangat.


**Entri Edisi dalam Loghat Pahang.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Kemaruk Poligami



Ketagih ganti isteri.

KUALA TERENGGANU: Dia bukan saja kemaruk berpoligami hingga memiliki 27 anak hasil 11 perkahwinan, malah turut mengamalkan amalan jijik dengan memaksa isteri minum air kencingnya supaya menuruti segala perintahnya, selain amalan menjadikan anak dara sebagai koleksi terbaru teman hidupnya.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 52 tahun yang didakwa memiliki ilmu memikat wanita itu turut bersikap pelik apabila kerap bertukar isteri ketiga dan keempat seperti menukar baju, malah ada antara mereka hanya seminggu bergelar isteri sebelum diceraikan. Selebihnya klik disini : Kemaruk Poligami - Sumber : www.hmetro.com.my

U/p : Tak reti nok komen kawan kalau dapat sampai ke tahap ini sama-sama mikirlah. Paling utama org perempuan jika sudah mengenali lelaki jenis ini usah mendekati mereka. Mungkin benar di kata dek orang dikalangan manusia itu ada binatang. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

21 Mei 2010

Menjawab Tag Nerzhul



1. Berterima kasih dan link orang yang memberi lembu ni. (jangan lupa copy gambar sekali)

Dek kerana lembu dah di bagi maka nok tak nok kawan terpakse mengambil... walaupun kawan tak tau hidup ker tidak lembu ini dgn kawan, sebab kawan duk ditaman.... rumput soh dah tak ade... apatah lagi nok membuat kandangnya hehehehe..... Lembu ini diberikan oleh  Nerzhul   wakil nye berkata......Lembu ini telah didapati merayau rayau dan tersangkut dalam lubang ..... hehehe!


2. Bagi balik wasiat ini kat 7 bloggers yang paling aktif atau 7 paling tak aktif

Dek kerana lembu ini dah makin kurus... kawan sian nok mewasiat ker sape....hehehehe..

3. Bagi tau diorang ini yang diorang dapat wasiat daripada orang kaya kampung sepening lalat.

Jadi sesiapa atau ada orang kaya kampung Sepening lalat yang kehilangan lembu....anggaplah lembu deme dah hilang maka sedekohkan ajelah pada kome..boleh juga kawan jual dekat  bulan puase esok..hehehehe...

4. Cerita perkara apa yang anda selalu buat sambil tengok tv..

Kawan nie jarang amat nengok TV suka mengadap PC ngan labtob aje hehehehe....berblogger tahap jingga.

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan..

1. Biji getoh  (buat asam rom atau sambal rom) . 2. Kepala Ikan bilis. ( byk vitamin ) ... 3. Sarang semut (kuih).. 

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK.

Rasa tak ramai mana dlm 20-30 aje.  ( sebab kawan jarang layan FB akaun ada hehehe kata dik org haram hehehe entoh laa.. )

7. Feveret soalan ni... camner korang jumpe spouse/pasangan korang or pakwe or makwe..

Awek dirumah tu di kenalkan oleh seorang kawan..... dia suka kawan, kome nikoh laa.



Mintok maaf berbyk kelewatan yang amat kawan membalas TAG ini busy tahap Altroman TARO hehehe...TQ Nezhul.



Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Moh..mandi wajib...

Salam semua... Sempena Hari Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini moh kita mensucikan diri pakai lawo-lawo kita gi Masjid org pompuan pun boleh sama cuma tak yah gi Masjid dan disini moh kita ulang kaji balik cara-cara mandi wajib ini kut ada yang tertinggal.



عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.


Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani


Sumber drp Internet.

Moralnya ramai dikalangan kita yang tidak berapa sempurna mandi wajibnya, jadi bagimana dengan amalan-amalan kita yang lain?  dan ada juge yang bertanya apa beza mandi junub dengan mandi wajib...sama aje kut, kut cuma beza cara kejadian dia aje...hehehe...Selamat mensucikan diri.




Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Aku ikut pompuan atau pompuan ikut aku?


Salam sahabat semua...terlebih dahulu saya amat  berterima kasih kerana anda semua sudi menjadi sahabat akuanakpahang....setakat entri ini dicatat seramai 236 orang telah menjadi sahabat. Terima kasih banyak kerana sudi pollow blog ini. Dalam gitu saya duk perati juge banyak org pompuan pulak dah daripada org lelaki yang pollow blog ini hehehe jangan marah.... apapun saya rasa org pompuan nie rajin...banyak yang buat blog dan berblog agaknya...jadi dia org lebih ramai pada orang lelaki...apapun tanpa ada semua tak kemana juga blog akuanakpahang ini. Terima kasih berbanyak kerana sudi bersama menjadi sahabat akuanakpahang. Jutaan terima kasih untuk anda semua TQVM!

Moralnya biar ramai kawan jangan ramai lawan.
Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Virus Blogspot....



Virus blogspot.

Salam rodong semua... Hari semalam banyak Blog rodong dan sahabat diserang Virus... blog saya sendiri pun tidak terkecuali diserang virus seperti diatas. semasa saya melayan blog kat  PC dirumah... virus ini sudah menyerang....walaupun di blog saya sendiri.... jadi virus ini sama sekali tidak  bersumber drp blog sesiapa, mungkin ada pihak tertentu memasukkan virus ini melalui blogspot itu sendiri....Cara mudah yang saya lakukan terus menutup windows atau pangkah keluar sahaja..... setelah dicuba dua kali virus ini tidak keluar lagi. Peringatan jangan menekan OK....... apa yang perlu ada anda lakukan keluar terus klik pangkah di penjuru tertingkap.

**Jika anda ada menggunakan sebarang Sistem Antivirus bender ini sememang di kesan sebagai virus, namun sehebat mana virus ini tidak dapat dipastikan... cuma apa yang dpt dikesan virus ini  sebagai virus Trojan. Sekiranya anda lebih mengetahui perkara ini jom kita kongsikan sama.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

20 Mei 2010

Kalau dah tua ginie laa...


Salam semua ginie laa kalau dah tua... macam gambo kat atas tu..... yang bawah tu gambo zaman muda dia hehehe...apa pun kebijaksanaan  pelukis, gambo yang sama saja...cuma di terbalikkan sahaja. Gambo nie kawan dah lama tengok seingatan kawan masa kawan gi Krusus Bina Negara  anjuran Biro Tata Negara sekitar tahun 1990an....  masa tu kemnya kat Gebeng Kuantan....boleh sakit juga kala gi Kem Bina Negara ini kurang tidor banyak aktiviti......Cerita gambo kat atas tu...... adalah Fasilitator menunjukan gambo ini yang belum di terbalikkan..."siapa berkenanan ke org tua ini?" semua rodong kawan diam aje.... bila di terbalikkan gambo ini dia bertanya lagi " siapa berkenan ker gambor ini?" - semua angkat tangan...hehehehe....

Moralnya bila zaman muda semua lawo, semua org berkenan..dah tua abis cerita....jadi ingatlah masa muda kita sebelum datang masa tua kita.....


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Cerita ceriti orang-orang tua dahulu.

Gambar sekadar hiasan

Orang tua-tua dahulu bijak sangat mengandaikan sesuatu itu dengan alamatnya.

* Kalau terkenyit mata bahagian atas katanya nak melihat org jauh datang.

* Kalau terkenyit mata bahagian bawah di katakan kita bakal menangis.

* Kalau tergigit bibir atau lidah alamatnya kita akan bertengkar.

* Kalau gatal telapak tangan kanan kita bakal mendapat wang

* Kalau gatal telapak tangan kiri kita bakal mengeluarkan wang.

* Kalau gatal tapak kaki kita bakal berjalan jauh.

* Jika hati berdebar alamatnya yang kurang baik.

Moralnya semuanya hanya andaian semata-mata... ketentuannya hanya Allah yang menentukan

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

19 Mei 2010

Payah nak ditegur !



Terkadang orang lelaki ini ada juga perkara yang amat sukar untuk ditegur tak kira laa dia Bos ker sahabat atau sesiapa sahaja...serba salah kita dibuatkan bila bertemu dengan situasi sedemikian hehehehe......


Anda nak tahu apa perkara tersebut? 


1. Bila taik hidung terlekat kat lubang hidung dia.
2. Bila taik mata setongkah kat penjuru mata.
3. Bila kulit lada lekat kat gigi dia.
5. Bila banyak bercakap air liur lekat kat penjuru bibir.
4. Bila zip seluar tidak tertutup ( Tak berasa ker angin agoknya)


Agok-agok apa tindakan anda bila bertemu dengan situasi sedemikian? nak tegur salah tak teger salah....huhuhuhu....


Moralnya selalu- selalulah cermin muka dan lebih perihatin pada soal-soal sedemikian.Tips lainnya kalau org nengok kita semacam aje...ada lah bender tak kenanya itu.....hehehehe....


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

18 Mei 2010

Etika Ketika Berada di Rangkaian Laman Sosial



Etika ketika mendaftarkan diri di Rangkaian Sosial
1. Semuanya adalah rahsia :
* Pastikan anda tidak memasukkan segala maklumat ke rangkaian sosial kerana setiap perkataan yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada umum. Anda perlu sedar bahawa setelah anda memasukkannya ke dalam laman web anda pasti tidak dapat mengawalnya kerana dengan mudah orang lain dapat “copy and paste” maklumat tersebut ke ruangan lain. Secara tidak langsung, ia akan tersebar luas. Setelah ia dipindahkan ke ruangan lain, pastinya butang “backspace” tiada gunanya lagi.
2.  Segalanya dimeterai :
* Jika anda menggunakan rangkaian sosial walaupun menggunakan tanpa nama(anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.
3. Tidak semuanya jujur dan benar :
* Anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul. Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain di laman sosialnya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat segalanya mungkin berlaku di dalam internet. Perlu diingat bahawa personaliti di dalam laman sosial tidak sama seperti orang yang berada di hadapan skrin komputer.
4. Kawal Diri Sendiri :
* Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau menggugat orang lain. Jika anda tengah marah dengan seseorang, jangan sesekali paparkan di laman sosial kerana ia akan dibaca dan secara tidak langsung di ketahui oleh orang lain. Mungkin masalah anda semakin rumit dan memburukkan lagi keadaan. Nasihat saya, jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada individu tertentu. Berkias lah jika perlu… itu lebih baik dan lebih selamat.
5. Tidak semua perlu diberi tahu :
Anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web. Pastikan maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Fikirlah sebaiknya kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak publish? Apa akan terjadi? Fikir-fikirkan…
Jaga setiap perkataan yang anda masukkan di laman sosial. -  Sumber junaidisite.com


Moralnya jangan terlalu mudah memberi semua maklumat diri dan berawasilah sebaiknya hak kita dan semua data peribadi kita, di bimbangi akan disalah guna oleh pihak-pihak yang tertentu. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,


Sehelai kain batik dan sebiji kek.



Seorang suami telah menghadiahkan sehelai kain batik cop bunga taik ayam dan sebiji kek harga lebih kurang RM 30.00 hinggit di hari lahir isterinya.........lalu isterinya yang berangan nak ker gelang donat dan rantai leher......tidak kesampaian........ " laaa nei aje ker abanggg " teriak manje si isteri................suami diam saje..terus membisu....tanpa banyak bicara.........teriak sekali lagi dek isterinya abgggg!!! ..... lalu suaminya membuka mulut dan mengeluarkan ayat ini "KERANA DIRI MU AMAT BERHARGA." lalu si isteri terus tersenyum lebar........ dalam hati suami berkata juge "ada chan......"


Moralnya kata-kata itu lebih berharga drp barangan yang berharga.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA

RIMA memberikan senyuman semasa dia dimahkotakan sebagai pemenang Ratu Cantik USA 2010 di Las Vegas semalam.


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003. Selebihnya klik disini. Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA - Sumber -  www.kosmo.com.my

akuanakpahang - Moralnya tentu banyak persoalannya disebalik semua ini pandangan, tanggapan dan sebaginya terhadap dunia islam itu sendiri.  Sudah pastinya perkara ini ada agenda dan niat tersendiri pihak tertentu. Mungkin dunia sudah merentasi di akhir zamannya. 


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

Nuffnang 3

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Contoh Carian : Gambar Klasik Pahang, Pahlawan Pahang, Pawang Nong, Mat Kilau, Dato Bahaman.
Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...