Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO DARIPADA PENAJA KLIK PERCUMA

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Apr 2010

"Lihat Profil Lengkap saya."

Tadi masa kawan jejalan ke blog sape entoh... agok terharu juge kawan melihat profil seorang hambe Allah ini >> "Lihat Profil Lengkap saya" dia tulis ginie -  "Saya tidak gemuk tidak kurus (agok kawan gempal laa tu) ...kulit tak cerah taklah gelap sangat ..sedikit kekuningan (putih kuning laa gamoknya) mulut tak kecik taklah besar sangat, hidung taklah mancung taklah kembang sangat....rambut perang ...mata ku biru...kening ku halus, sikit tebal...bibir ku tidak tebal dan tidaklah nipis ( hok nie kawan haram tak paham).....orangnya penyegan tidaklah pemalu...." dalam hati kawan kalau lagi banyak dia tulis tentang diri dia lagi haru... dibuatnya... tentang mulut tu... besor, kecik, tebal nipis apa maknenya hehehe....

Komen kawan : apa pun kawan terhibur membacanya. hehehehe.........Profil aok me goner? Moh tulis sikit sini kawan nok tahu...heheheh.......


Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Jangan suka cakap BOBOK

Jadi sempena hari Jumaat yang mulia ini jangan suka cakap tipu-tipu tak baik ooo....jadi ayat-ayat kat bawah ini semuanya menjurus pada maksud percakapan tersebut.

Kalau orang Pahang ini banyak sekali perumpamaan yang di maksudkan dengan cakap bohong ini Cakap Pedo'ohCakap Kelentong, Cakap Pungkor, Cakap Bobok, Cakap Aryor, Tipu Atas Darat, Tipu hidup-hidup dan maca-macam lagi. Jadi sebaiknya hari Jumaat yang mulia ini jangan banyak sangat cakap BOBOK. Hehehehe........

Ada satu maksud Hadis Nabi berkaitan dengan banyak cakap ini, yang amat popular semoga menjadi renungan bersama " Orang yang banyak berkata-kata akan banyak silap,  orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa maka nereka lebih layak untuknya."


Moralnya kita kena kurangkan bercakap perkara yang tidak mendatang faedah ini tak gitu? silap-silap daripada percakapan kita itu mendatangkan kemarahan org lain terhadap kita sesajer kita dapat susah.

Salam Hari Jumaat yang mulia : 16 J'Awal 1431.
Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

29 Apr 2010

Hantu pun nak dengor Radio

Ini Radio yang di maksudkan. 

Hahaha..agok pelik aje bunyi entri kawan neh..antu pun nak dengor rodio... citer agok lama juga, dah sesetahun lepas gitulah, kawan mmg peminat rodio dari kecik lagi.... pendek kata tak heran kalu dulu sampai ker hari ini kalau ada radio yang kawan kenan, akan kawan beli..daripada hok besar sampailah ke rodio hak kenik (radio kecik) sebab mudoh nok di dengar dan dibawak kemana-mana sahaja, dan tak terkecuali kawan bawok rodio neh ke pejabat.

Kisah di Pejabat kawan ini, di suatu ketika dulu kawan suka layan rodio kenik nie, radio ini pakai beteri halus tu aje...3A..dua ulas aje...nok jadi ker cerita satu pagi tu kawan masuk aje ke opis radio kawan berbunyi "serettttttt" tanpa siaran semacam bunyi angin aje....hehehehe mula tu kawan ingat kawan lupa tutup suis dia gamoknya, kawan buat tak kisah aje...kawan ganti aje beteri baru..... selang beberapa hari selepas itu nyer jadi lagi........ hahaha memang kawan telah pasti suis radio itu telah ditutup suinya ....maka bertanya dalam hati "sape la pulok hok dengor radio nei malam-malam hari..." bila pagi aje kawan masuk opis rodio kawan tu nyer bantai berbunyi....... "serettttt" gitu.. tak dan sehari abis lagi beteri radio kawan tu..... nok gaduh ker sape? sebab kawan sorang aje dengor radio disitu pulak tu di simpan dalam laci meja.

Lepas tu kawan bantai membebel..."kalau dah nok dengor radio tu tolonglah tutup suisnya, tak lah rugi beterinya......... nei  nyer palor aje... kalau rajin membeli beteri tak pe juge hahahahaha.....sudohnya kawan campok aje beteri yang kawan beli utk kali keduanya itu  ke dalam bakul sampoh dan kawan malas dah nok layan radio tu...sampai ker hari ini kawan tak beli dah beterinya padan muka berlake... pakat tak dengor berlake hehehehe....kisah radio kawan  terpasang dgn sendirii tu tetap menjadi misteri juge....kenapa dan mengapa .....rasa kawan tentulah  hantu  punya kerja yang mint juga dengor radio kawan tu,  tapi tak reti nok mati suisnya.... buka pandai hehehehe....apapun kawan tak kisah semua itu sebab dia pun nok berhibur juga tak salahnya.

Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Pasar Besar Siti Nurhaliza Jerantut




Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah







Petugas Alam Flora Sdn. Bhd. dan kakitangan Majlis Daerah Jerantut melakukan operasi pembersihan di ruang niaga Pasar Besar Jerantut, semalam.





JERANTUT 28 April - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menaik taraf Pasar Besar Jerantut di sini setanding Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu, bagi menarik pelancong ke kawasan itu.
Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pasar itu juga akan diberi nama baru yang lebih komersial.
"Kita akan umum nama baru Pasar Besar Jerantut tidak lama lagi yang bakal memberi perspektif baru dalam bidang pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang.''Usaha secara berperingkat ini bertujuan memberi keselesaan peniaga dan pengunjung selain aktiviti perniagaan dapat dilaksanakan sehingga waktu malam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan operasi pembersihan Pasar Besar Jerantut hari ini.
Wan Norizan berkata, antara kemudahan yang bakal dinaik taraf di pasar berkenaan ialah longkang, pagar dan meja jualan selain menambah bilangan lampu supaya persekitarannya lebih menarik dan ceria.
Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membaik pulih tandas awam, mengecat semula bangunan dan pemasangan papan tanda perniagaan yang seragam.
Mengulas operasi pembersihan bersama Alam Flora Sdn. Bhd. itu, jelasnya, ia bertujuan memberi keselesaan kepada orang ramai termasuk pelancong yang singgah di pasar itu sebelum ke Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.
Operasi itu katanya, membabitkan semua ruang niaga termasuk longkang, tandas awam dan kawasan luar pasar.
Menurutnya, operasi berkenaan merupakan serampang dua mata untuk menyuntik kesedaran peniaga dan pengunjung supaya mengutamakan kebersihan serta keceriaan tempat perniagaan itu.
"Kita membuang peralatan lapuk dan terbiar di luar pasar yang boleh mencacatkan pemandangan serta menyempitkan ruang sehingga mengundang ketidakselesaan orang ramai.
"Selepas operasi ini, penguat kuasa MDJ akan memantau dan tidak teragak-agak mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan," tegasnya.
Katanya, peniaga yang mengabaikan kebersihan dan tidak mematuhi had meletak barang perniagaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

Sumber Utusan.



Setiausaha MDJ, Pn. Wan Norizan Wan Badaruzzaman


Tahniah dan terima kasih  juga di atas kesungguhan SU Majlis Daerah Jerantut yang baru ini kerana membawa perubahan utk Bandor kome ini. Kawan tertarik juga dgn berita ini, apa kata ...kalau deme nak letok pulak nama Pasar Besar Jerantut  ini nanti dengan  nama PASAR BESAR SITI NURHALIZA pulak ?....pehh...mmg gempor weh, kawan pun tumpang glamer ....sebab di Kelantan nun dah ada Pasar Besar  SITI KHADIJAH tak gitu? 



Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,


28 Apr 2010

Amalan Orang Melayu kita.(Menduduki rumah baru)

Dalam amalan orang melayu kita bergitu banyak sekali amalan tertentu yang di amalkan, hari ini kawan nak bercerita sedikit kisah ini, sekiranya kita ingin menduduki rumah baru,  rumah yang baru di beli atau baru siap dibina. Dahulu ada amalan tertentu atau langkah awalnya jika kita ingin menduduki rumah tersebut, maka amalan orang-orang tua dahulu mereka akan meletak perkara asas seperti beras, air, garam, kunyit, paku dan lada didalam bekas yang berasingan seperti piring contohnya, serba sedikit sahaja, lalu disusun didalam talam. Sebaiknya perkara ini dibuat setelah rumah tersebut telah siap dibasuh dan dicuci lalu perkara yang kita siapkan tadi hendak kita letakan di tengah-tengah ruang tamu sebaiknya barangan berkenaan dibiar bermalam utk satu malam. ( Perkara ini dibuat sebelum kita berpindah kerumah tersebut)

Lanjutan daripada perkara itu keesokan harinya kita pergi kembali melihat perkara tersebut...bukan sekadar dilihat sahaja,  perlu di ambil perhatian sama ada barang tersebut berkedudukan sama sahaja, macam kita letak sebelumnya atau seakan sedikit berselerak atau air yang kita letakkan itu adakah berkurang. Jika hasilnya kita lihat tidak ada sebarang perubahan maksudnya rumah tersebut bebas daripada gangguan makhluk halus jika sebaliknya (berselerak) maka rumah tersebut ada penghuni yang lainnya. Jadi tuan ampunya rumah perlu mengambil langkah seterusnya seperti  menepung tawar rumah tersebut. Sebagai usaha mengeluarkan makhluk tersebut atau didalam istilah disebut membersihkan kediaman tersebut. Difahamkan juge apabila kita meletakan barangan tersebut juge dijadikan sabagai satu tanda (didalam istilahnya)  bahawa rumah itu telah dimaksudkan utk didiami.

Kata orang-orang tua rumah yang telah lama disiapkan dan sudah lama juga ditinggalkan, disana ada penghuni yang lain yang menumpang mendudukinya. Apa pun perkara ini sudah tidak di amalkan lagi, pun bergitu sesetengah tempat dan kampung terentu masih ada lagi mengamalkan perkara sedemikan. Daripada sudut pandangan Islam akan hukum hakamnya Wa'allahhualam. Apapun ini ada salah satu daripada amalan org tua-tua kita terdahulu jika mereka menaiki rumah baru.

Wasalam Wa'allahhualam.

Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Pantang larang Orang Melayu kita.( Meminjam Barangan )

Hari ini mungkin perkara sedemikian sudah tidak diamalkan lagi, jauh sekali terkadang itu menjadi pengetahuan untuk orang melayu itu sendiri dan disini kawan nak bercerita sikit tentang pantang larang meminjam  dan memberi pinjam barang tertentu diwaktu malam, maksud waktu malam disini bila sahaja masuk waktu Maghrib itu sudah dikira waktu malam. Jadi ada tegahan dan pantang larang yang agak keras juga yang diamalkan oleh orang melayu kita iaitu memberi pinjam barang tertentu seperti beras, garam, lada dan kunyit. Sememangnya perkara seperti ini ditegah dan mungkin kerana ada sebab menesabah yang tertentu,  kawan pun tak tahu, apapun ini adalah satu larangan yang telah dipesan oleh orang-orang  tua terdahulu yang pasti ada hikmahnya tersendiri. Dari sudut pandangan atau hukum islam pula kawan tak pasti.

Di sini ada juga diberikan sedikit panduan atau syarat oleh orang-orang tua terdahulu jika kita ingin juga memberikan pinjam barangan tersebut walaupun sebanyak mana pun tidak dikisah, akan tetapi perlu diberi galang gantinya seperti parang, paku atau jarum, sebagai balasannya daripada yang ingin memijam barang tersebut. Sekiranya tidak diberikan galang gantinya kemungkinan yang memberi pinjam akan mengalami sedikit kesusahannya kelak Wa'allahhualam.

Moralnya jangan meminjam barangan tersebut diwaktu malam, sebaiknya kita mengambil perhatian di waktu siang hari lagi melihat barang tersebut ada atau tidak utk kegunaan kita di waktu malam nanti, disini mungkin soal keprihatian dan tanggungjawab itu sendiri mungkin telah diabaikan.


** Jadi hari semalam adalah rodong nok minjam barangan tersebut agok haru juge kawan nok memberikannya, bukan kerana kawan berkira atau kedekut keknya kerana ianya telah menjadi pantang larang yang selalu dipesan dik orang tua, yang membuatkan kawan juga terpikir dan bimbang  kalaulah kawan adalah diantara orang yang telah terlanggor pantang larang ini huhuhuhu.......


Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Moh la jawab teka teki...

Sebenar hari ini kawan agak sibuk sedikit dengan tugasan harian dan seperti biasa ditambah dgn satu dua perkara tambahan...menambahkan lagi kesibukan kawan, justeru itu ayat powernya yang dapat kawan sebutkan disini tidak dapat nak membuat dan memikir entri terbaru hehehe..sebab minda dan fikiran tertumpu kearah yang lagi penting.... jadi sebagai buat peralik aok me yang terus sudi datang ke blog kawan ini, kawan beri satu aje teka teki, banyak ngat karang boring laa pulak hehehe....cuba baca betul-betul lepas tu deme jawab, soklan dia..teka tekinya berbunyi bergini:

Sedang Pak mat ralik-ralik nengok TV Buletin utama gamoknya tiba-tiba datang anak dia nyer tutup ke TV tersebut...soklannya apa yang tinggal? 

Jadi hadiah untuk teka teki ini berupa bermalam dirumah sendiri berserta sarapan pagi kalau adalah disediakan utk sekeluarga.


Selamat meneka!




Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

26 Apr 2010

Lawo orang pompuan tu...


Sambil-sambil borok ngan rodong kawan pagi tadi tertibe-tibe nyer lalu sorang pompuan...kawan nengok mata rodong kash tu macam nok tanggal hehehehe........( dia bujang lagi tak pelah kalau kawan tak kena dah rasanya hehehe) tibe-tibe terkuar ayat drp mulut rodong kawan tu..."popalit lawo nyer org tine nie" kawan sesajer buat tak nampok.... "mana?...mana? " "tu laaa" kabor dik rodong kawan tu..( terjuweh aje mulut member kawan tu nunjuk arohnya heheheh...) 
Lepas itu seraya kash memandang (kerling-kerling hujung mate ) ker org pompuan tu nok mandang beria tak kena juge... mmg lawo laa ..keknya kawan nengok pompuan tu tergedik-gedik amat, kut dia perasan kome memandang dia agoknya...lalu member kash bertanya "aok kenel pompuan tu?" " entoh kawan tak kenal....tak kare bender gitu"..."aok boleh tolong kawan dak"..." tolong abender kawan tanya"..... "tolong ushar ke awek tu" "hahahaha maru apa ker aok nei suruh kawan mengushar anok dare org...hehehe"...... " karang menyinggoh ker kawan  baru aok tau"... lalu dia mengabor "aok pandai sikit kawan tak reti...." "aok tak reti ker kawan tanya" .. "kawan reti keknya kawan takut campo malu hehehehe".. sudah kerjelah kalau gitu kawan kabor ..."kawan nei dah tua weh kalau aok nok ajok kawan mengiringi rombangan meminang tak pe hehehe... dah nok gi minang goner kawan nie..." kabor dik member kawan tu mengushar pun tidak, sakitttttttttt ginei.


**Jadi kawan rasa ini juge salah satu punca ngapa kadang org lelaki lambat kawin nyer bantai takut ker org pompuan harap ke org mengushar dulu huhuhuhu.....

Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,
 

25 Apr 2010

Bila kena bebel...

Pagi tadeh sempat laa kash mengetea kedai mamak pada masa yang sama kawan terjumpe rodong kawan... nengok ker air mukenya sayu kelat aje tingkohnya, nok mengunyoh roti canai macam tak berapa laju nok mengunyoh aje.......hehehehe......sambil kash mendekati dia bertanya  kabor bendernya....lalu antara ayat yang keluar drp mulut dia " kash neh tak berape empok..." ( maksud empok nei macam tak berapa selesa dgn situasinya lebih kurang , ada bender yang tak kena laa tu ) lalu kash bertanya "met apa kebender helnya ?" lalu rodong kawan tu menjawab " tu laa bendernya kash kabor.... bini kash mengaru nok ker geleng mes........." laa beli laa aje lah...kash kobor" ... " maru nok beli abender dia ingat kash neh anok tokey mas hehehehe" ........" tu pasal kawan duk lepak sini tak tahan dah duk rumah asyik kena bebel "aje........ sian juge ke aok ......"dah berapa lama aok nok lepak sini".......  "ah..kejap lagi kash balik laa" ......"dah tu goner karang".... "ahh..tahan aje laa ke telinge "...huhuhuhu...."dah abender sababnya dia mengaru  nok het  ke gelang  mas nie"  kawan tanya..."ahh.. nyer bantai nengok ker kawan dia si Jenak tu membeli gelang baru ah..dia nok juge...laki org tu lain laa org berniaga duit masuk banyak...... kash dapat sebulan sekali maru gitu....ame ker nok makan mas aje..............kash simpati juge dgn aok...

Apa ker benor kabor di org...orang pompuan nei ada dua mulut tu pasal deme banyak membebel sementara lelaki ada dua kepala tu pasal banyak memikir diam aje...hehehehehe.

Moral janganlah memakse laki kalau dia tak mampu.

Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

24 Apr 2010

Panes weh...


Goner ditempat deme sineh popalit..panes ngat bukanlah kawan membebel tak baik juge gaduh ke panes nei...sebab esok di sana lagi panes yang pasti disana kelak amat bergantung pada amalan kita 100% ...pon begitu panes sekarang agok sedikit luar biase duduk diam pun boleh berpeluh bagai nok jas badan.... tak payoh gi jogging dah... peluh keluar sendiri....dalam gitu sedikit sebanyak bak kata orang  faktornya akibat pemanasan global...tapi org kampung dan org tua mungkin tak paham lalu bender itu...namun bak kata org tua-tua panas ini amat berkait rapat dgn amalan tidak baik sesetengah drp kita. Semoga kita sama mengambil iktibar juga kearah itu..... insyaallah semoga kita sama-sama akan diberkatiNYA jua.


Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Gambo Waris kash dekat Ulu Cheka






Sebenornya gambo ini lame dah kawan snap (tangkap) dan tersimpan dalam gerobok komputer kash neh. Gambo ini masa kash pegi meninggal enjang arif pada 02.03.2009, jadi utk makluman yang lain Allahyarham enjang arif ini adalah anak kepada  Pawang Nong di Ulu Cheka. Semalam kash sempat berborok dgn waris kash di Bandor ini ( waris ulu cheke) dia kabor "kash sokmo laa ke belok aok teeh" kabor dik dienya. Jadi kash kabor ke dia terima kasih berbanyok laa weh...mengkala bukan sabit aok me seme... apa maknenya blog kawan teeh..


Terima kasih juga pada rodong-rodong yang lain yang terus menyokong dan terus sudi bertandang ke blog akuanakpahang. Tanpa anda semua siapalah kawan dan blog kawan neh. TQ.

Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

23 Apr 2010

Dengar cakap Isteri



Kadang bila dengor cakap org pompuan nei ada baiknya, silap-silap jadi susah dan menyusahkan pun ada.

Kes 1

Seorang rodong mengadu sakit sengal-sengal badan gi ke Klinik lalu Doktor mengesyorkan sama ada nak makan ubat atau diberi suntikan.....

Suami - "dah goner kash neh nok cocok ker nok makan ubat aok?"
Isteri  - "alah cocok ajelah abang kut terus baik........"

Kesannya suami tak bangun tak kurang seminggu lebih... setelah diberi suntikan tersebut.

Kes 2

Seorang rodong kena sakit gatal-gatal macam penyakit gatal kulit gitulah gi jumpe Doktor diberi ubat antiboitik maka dibawak balik ubat tersebut.

Suami - "goner kash nei nok makan ker ubat neh......"
Isteri  -  "laa makan laa aok tu tengoh gatal beria tu..melecir abis kulit dah neh"
Suami - "hmmmm" ( suami pun tak banyak cakap terus ditelannya ubat hok diberikan tadi....)

Kesan suami tersebut tahanlah penyakit gatalnya keknya bantai berparut macam nok kekal aje haru mikirkan.

Kes 3


Sepasang suami isteri telah berkunjung ke pusat jualan kereta baru.

Suami - '" dah goner kita nok tukor dok kerete kita neh.......?"
Isteri   - " laaa tukor laa bagggg kerete kita neh gergal ( bergoyang ) amet dah"

Kesannya kerete tersebut tak mampu nok dibayar sudah kena tarik.



** Moralnya goner cakap org tine nei boleh pakai ker tidak ??


Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

Diwani - Subhanallah Walhamdulillah



Sempena hari Jumaat nie mohlah kita berzikir. Sambil-sambil buat kerje.
pepagi jumaat nie busy sikit jadi n3 baru tak terpikir lagi...jadi jom la dengor lagu nasyid ini dulu.


Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,

22 Apr 2010

Perkataan power kampung kawan daripada perkataan TER.

Perkataan Power kampung kawan moh bace.

Terteling - sesuatu keadaan kepala terpusing.

Terkanchot - terkejut yang amat sangat

Terpelehing - seakan terkeluar drp sasaran jugelah.

Terpelanting - tercampak

Terpelehot - sesuatu keadaan bengkok

Tersempen - duduk tersepit lebih kurang

Terkelebi -  raut wajah muka masam

Terkebil - terkelik-kelik mata

Tersombe - terkeluar atau melebihi muatan

Terkesot - beralih drp kedudukan asalnya.

Terkedu - diam tanpa bicara atau tergamam.

Terkernyi - senyum berlebihan seakan tersengeh ( sumbangan Nerzhul )

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

21 Apr 2010

Kisah cinta ku telah berlalu...


Peh !! tajuk untuk entri ini mmg jiwang sungguh.....

Apa pun semua org ada kisah cintanya dan hikayat cinta dia dan kawan juge tidak kecuali ...jadi entri ini sajer kawan suka juga kongsi sedikit kisah cinta ini dgn aok me semua..jarang org nak berkongsi kisah cinta dia tapi bagi kawan bender dah berlalu jadi biarkan dia berlalu...cinta pertama kawan masa sekolah lagi tapi bak kata org cinta beruk tak kemana...hehehe...

Kedua kisah cinta kawan dgn seorang gadis yang berkerje di Restoran ...agok maru juge kawan bercinta dgn gadis ini sebab dia tak tahu kawan suke ker dia jadi cinta dalam 'kesamaran" masa tu minuman  peberet kawan Nescafe agoknya kalau di tadoh atau disimpan air nescafe tu emboh tak kurang 3-4 tong dram kawan minum,  roti canai kalau di tepet ke muka abis tak nampok badan hehehe...agok lama kawan melayan cinta dalam kesamaran ini...sampai satu masa nok tak nok kawan berterus terang agar hilang kesamaranya... malang apa nak di kata aku yang terlewat.... dia dah ada pak we lain merane juga.

Cinta ketiga kawan pada masa itu seorang gadis yang bakal bergelar nurse (misi) masa tu kawan kerje kontrak aje (buruh binaan) agoknya dia pun tak memandang kekawan pada masa itu... apa pun dia layan juge disebalik hati siapa tau…tapi kawan tahu dia suke kekawan, nok goner kawan kerje tak pasal masa tu... banyak kerje keluar Daerah out stesen laa....kerje bernika-nika bender jadi jarang dapat berjumpe  …nok tak nok dia kabor kekawan cinta kita bagaikan bergantung tak bertali…..ambit aok putus juge kali nei….

Sampailah cinta kawan yang ke empat sabit putus-putus sokmo kawan pun dah tak lalu nak buat kerje asmara nei pedap pun ada…sudah kawan dipekenalkan oleh seorang rakan kepada seorang awek, cun laa juge bagi kawan…kawan pun bukan lawo mana huhuhu… masa tu kawan tak keje buruh binaan dah, keknya kerje kuli juga dengan kerajaan la…tanpa banyak bicara mungkin sabit kawan dah tiga kali merane hehehe…jadi kawan terima aje awek ini.....nak jadi ker citer kawan kawin dengan awek ini sampailah ke hari ini dia menjadi isteri ku jua….Tamat.

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Bilik Server terbakar

Di Perkarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Jerantut


Dey.. kawan aku gambar satulah nanti paper dalam keluar hehehehe...

Ceritanya petang semalam semasa kawan nak kuar pejabat waktu sudah hampir pukul lima petang tiba-tiba kawan ternampok pihak Bomba dan Penyelamat drp Balai Bomba Jerantut ini dah parking depan kompleks Pejabat ini.... nengok ke lampunya klik-klik bukan main.... nampok macam beria aje gaya terbakornya hehehe...jadi kome pun kuar semua ke lobi buat tinjauan apa bender dah terjadi, sebab tidak dimaklumkan... kalau tidak sesajer rentung berlake...hehehe.. rupanya ada kebakaran kecil sahaja di Bilik Server Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut dan diatas tinjauan kawan cuma nampok adalah asap kecil yang berbau hangit ada laa gamoknya wayar hok sut tu ...jadi pihak Bomba telah menutup berlake semua sumber elektrik yang ada jadi kawan baca hari pun dah pukul lima petang... kawan pun beransur balik ajelah nak tunggu tak de bender juga dah, nak buat kerje lektrik pun tak de...kawan pun bla aje lah.

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

20 Apr 2010

Jawapan TAG daripada ZULKBO

Oleh kerana kawan telah di letas dik ZULKBO maka nok tak nok nampok gayanya kawan kena juga membalas TAG daripada dia...terima kasih juga sebab di sudi meletas ker kawan hehehe...


Antara perkara yang perlu kawan buat:

1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.

2. Select the 3th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 3 blogging friend to do the same.



Gambo ini masa kawan gi ke Kelantan ( Kota Baharu) 25.04.2009 ada Majlis Perkhawinan rodong kawan disana nak citer banyak tak reti juge mungkin gambo itu telah menceritakan segalanya jua....



Gambo ini bersama seorang sahabat baik juga En. Rusdi  sekarang bertugas di Pejabat Daerah Kuala Lipis (Penolong Pegawai Daerah) gambar di rakam pada 13.06.2009 di hari Majlis Perkahwinan beliau di Kampung Mela.

Jadi untuk menyelesaikan TAG ini,  kawas  kenalah TAG balik bukan 3 orang,  sebab rodong ramai.. kawan buat  7 orang.  (Jadi hak mana-mana rodong yang tertera namanya di bawah ini sila ambil perhatian)


Piewahid 
Al Mankaraqi
Relevan Sokmo
Lipis Lady 
Pakcik Kordi
Cemomoi
Che Pit

(Heheheh susah juga sebab kawan ramai rodong jadi kena lebih laa sikit kuotanya kut hehehe)

Kalau rasa keberatan tak jawab pun tak ape,  apa pun dah tradisinya bergitu kawan kena passing kat org lain pulok.

Akhir kata serangkap pantun daripada kawan :

Buai laju-laju sampai pokok nangke
apa dalam baju seketul taik  unta
hidup ini usah la buruk sangke
usik mengusik bawak bahagia.

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Hujan Malam

Semalam hujan lebat amet
hari ini kawan tengok
tanohnya lembab aje
ada juge batang pokok hok terkulai
macam patah reboh lalu sujud ke bumi,
lalang tunduk berat terkena air ...
rumput  masih terlekat dik embun pagi
dedaunan berselarak jua sabit ditiup angin
sedikit ganas, keknya hari masih mendung
mungkin gersang di tanah tandus
tidak nampak air bertakung
namun lembabnya bumi terlihat jua,
jalanan masih lehet sabit laluan bertalu...
lopok air tak kelihatan sangat
yang pasti hari ini masih mendung
mungkinkah akan berulang perkara yang sama?

** Ini apa nie... sajak, seloke merapu apa ker ?

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

19 Apr 2010

Kemana hilang rodong blogger kita?

Kawan perati kebelakang ini ada dua tiga rodong blogger kita tak nampok bayang lalu... busy ker, kemana ker sakit demam ker risa juga kawan mikirkan..maklum dulu rancak juge borak kini nyer pane sepi, jadi entri ini sekadar nak bertanya kabor aje dulu.... mungkin kalau esok2 me kalau deme masih tak menjelma ( dalam petapaan apa ker )  akan kawan masukan nama blog rodong kawan tu.. apa pun kawan harap rodong2 blogger kita tu..dalam sihat walafiatlah hendaknya yeek.. kalau kurang rodong ni rasa juga sunyinya.... sebab dulu kita biasa dah bersama kunjung mengunjung ..... kawan selalu juga gi berkunjung ke blog rodong tu.....keknya langsung tak di update lalu macam gi kerumah tak bertuan sedih amat kawan.

Semoga rodong kawan tu dalam kesejahteraan juga kawan doakan.

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Pergh !! lapang fikiran kawan....

Ceritanya hari ini banyak sangat mungkin 2 dalam satu pertama broadband kawan hari ini line dah ok, mungkin hari sabtu dengan ahad linenya amat teruk sebab ramai yang menggunakan bender ini termasuk pelajar sekolah hak yang bercuti dan mak budak yang mempunyai kelapangan... jadi deme sama duk main internet menggunakan bender ini...sudah linenya jadi jem juge...hari ini budak dah sekolah kawan rasalah linenya sudah kembali stabil.



Kedua kisah Nuffnang untuk blog ini yang telah ditarik drp Status keahlian Glitterati kepada Status ahli biasa, kenapa dan mengapa kawan tak tau haru kawan mikirkan...dalam pada gitu satu mesej tunjuk sebab telah kawan hantar pada pihak berkenaan alhamdulillah akuan utk bolg ini telah di kembalikan pada sediakala iaitu akaun Status keahlian Glitterati, terima kasih juga pada pihak Nuffnang diatas kerjasamanya , kalau nak cerita tentang hasilnya amat menyedihkan dan memalukan hehehe.. apapun bukan hasil atau pendapatan itu yang kawan harapkan..yang lebih utama blog ini dapat dikenali dan dan iklankan di Nuffang jadi mungkin secara tak langsung blog akuanakpahang ini dapat dikenali juga. Nak cerita sikit kisah kalau duduk setakat ahli biasa di Nuffang banyak keistimewanya tiada antaranya  tiada Nuffnang Xchange dan ketiadaan keistimewaan yang lainnya.
Nuffnang Xchange

Terima kasih juga pada semua pihak yang telah melapangkan fikiran kawan hari ini.


Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

18 Apr 2010

Seharian ku ulit diri mu..

Sedari terbit mentari

sehingga terpacak mentari.....

dan sehingga mentari bagai terbenam di ufuk.........

aku masih meratah jiwa mu

seharian ku ulit diri mu yang longlai tidak bermaya...........

setelah ke cucuk dan ku cabut...kau sekan memberi lara segalanya.........

bagaikan  tersekat nafas lelah ku mengulit kaku diri mu.........

mata merah merah mu pejam celik tanpa menentu.......

mungkin telah ku tahu firasat jiwa mu...........

yang lemah dan tidak bermaya..........

aku paksakan jua agar diri ku ceria.......

Rupa terserlah tiada daya mu melayan 'keinginan' ku........

lalu aku lemparkan diri bersama panas hati ku....

aku sudah bosan jelak dan sedikit marah dengan tingkah laku mu...

lalu aku kau kecewakan....

Memang seharian hari ini broadband kawan line cukup azab sehingga
kawan tak laju dah nok melayan kerenah dia lagi huhuhuhuhu..............


 ( Ini lah bender yang kawan maksudkan itu ).


Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Rindu loghat Jerantut.

Kash baru neh ade laa mendapat mesej drp soreng rodong dia kabor dia rindu het nok dengor dan bace loghat kash sineh.. sebab kash puh... agok lame benor tak nulis cara loghat Jerantet neh.. banyok nulis bahasa melayu standet je..  kash risa oreng tak nyer paham haru deme...apa pun ame ker tibe-tibe gineh kash tak reti juge nok borok keknya kash cube juge sebab.... rodong punya pasal setidok-tidok hileng juge rindu die nok bace loghat kash neh moge entri neh memuaskan hati die juge.

Die neh kira rodong baik laa juge dgn kash...kek ehett.. duk di kolumpor nun...jadi anak dagang laa...konun nyer.. jangan jadi macam nasib budok Damok tu sudoh la.....masa dia gi ker Mersing dulu....nyer bantai berkelahi dgn budok Seri tuus...Pak Malau heheheh sabit nyer giler ker budok Seri tu hehehe...rodong kawan nie kadang tu dua tiga bulan sekali adelah dia balik ker Jerantet neh...neh... lama dah tak nyer balik... bantai mesej aje...ke kawas.

Antara mesej dia.... ada die  nanya ker kash goner Bandor kita...kash kabor gitulah makin kalut kelibet.. Bandor makin maju oreng makin ramei,  ame ker sesekali dateng sineh emboh sesat barat kash kabor ke die....die ade juge nanya musim bender di Jerantet... kash kabor musim kamarau juge... hehehe sineh gitu juge kabor di dia...keknye kadeng hujan juge sineh.... buah derian tak menjadi dia nanya kash, kash kabor sikit teeh ada laaa...keknya tak banyok...rege boleh tahan 3 butir 10 hinggit.

Jadi kash rase cukuplah setakat neh dulu kash merapu esok die balik sineh boleh kash sambung semula borok dengan die....apa pun moge rodong kawan tu terhibur juge nak membace homeh loghat Jerantet neh. Insyaallah ada kelapangan esok me... akan kawas tuliskan semula loghat Jerantet neh..dalam gitu kash bimbeng juge ada orang tak paham lalu nok membacenya.... letih kash nulis ame ker gitu entakk.

Amaran : Entri ini 100% menggunapakai loghat orang Jerantut

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

17 Apr 2010

Rahsia Tahi lalat.

Semua orang ada memiliki tahi lalat pun bergitu didalam amalan orang melayu kita ada kepercayaan tertentu dengan tahi lalat ini, namun bagi Penulis perkara ini hanya sekadar suka-suka sahaja jika pun benar mungkin sekadar kebetulan sahaja.

(Gambar sekadar hiasan)


TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana

Kesimpulannya usah terlalu percaya dengan ramalan ini jika sekiranya sesuatu itu berpihak pada anda usahlah terlalu bersenang hati  dan begitu juga disebaliknya jika sesuatu itu tidak berpihak kepada kita usahlah terlalu bersusah hati...perkara ini tidak lebih sekadar ramalan semata-mata dan bersuka-suka sahaja selebihnya semua ketentuan itu datangnya drp Allah jua.


Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Hanya Mimpi.

Semua daripada kita bermimpi namun sejuah mana mimpi itu mempengaruhi kehidupan kita. Ada sesetengah pendapat mengatakan mimpi yang boleh ditaksir atau di gunapakai hanya  pada 1/3 malam lebih kurang kul  1.00 - 3.00 pagi selebihnya hanya di igauan atau hewan sahaja, ada juga sesetengah pendapat mengatakan  mimpi hanya mainan tidur, dalam bergitu ada juga mimpi yang boleh mendatang petanda dan sesuatu alamat untuk kita.

Dibawah ini sedikit amalan dan kepercayaan orang-orang tua berkaitan dengan mimpi.

Jika bermimpi - gigi tercabut alamat ada diantara keluarga atau saudara terdekat yang akan meninggal.
Jika bermimpi - najis, berak atau terlihat -  maksud ada mereka atau org tertentu sedang mengata perihal keburukan kita.
Jika bermimpi - berkaitan dengan rambut bulu dll berguting atau bercukur alamat kita akan mengalami sedikit kesempitan dan kesusahan.
Jika bermimipi - berkaitan dgn Ikan - alamat putih mata.

Sebaik-baik mimpi bertemu dangan Rasulullah seperti mana sabdanya.
Abu Hurairah ra. Meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda:
‘Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar - benar telah melihat diriku kerana setan tak dapat menyerupaiku’ (HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)  ** Bermimpi melihat Rasulullah bergitu banyak sekali kelebihannya namun hanya amalankan kita menentukan segalanaya.


Apapun semuanya diatas ketentuannya jua kita hanya boleh meramalkannya sahaja.

Wa'allahhualam
Salam hormat daripada Pengarang,

Nuffnang 3

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Contoh Carian : Gambar Klasik Pahang, Pahlawan Pahang, Pawang Nong, Mat Kilau, Dato Bahaman.
Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...