Saya pun tak pandai juga tapi ada sikit2 pengetahuan tu bolehlah di kongsikan bersama. Saya lihat ada sesetengah blog kekawan tu... cara kita nak balas posting atau komen agak berbelit-belit jadi saya syorkan anda mengikuti langkah ini dan permudahkan urusan rodong yang lain kelak, semasa mereka mahu membuat komen atau ulasan di blog kita.
Caranya mudah sahaja pergi kat Papan Muka > klik Reka letak > klik Tetapan > Klik Ulasan dan pilih * Tetingkap popup (seperti gambar kat atas ) dan SIMPAN, itu sahaja mudah dan senang jadi org lain pun akan lebih senang jika mereka ingin membalas entri yang kita postkan kelak. Jadi hasilnya serupalah anda membalas komen di blog ini. (cuma komen berbentuk kelulusan drp tuan punya blog tidak sesuai itu maksud ini)
Hari ini berkesempatan saya balik ke kampung halaman saya dan inilah rumah Tok saya di kampung Bukit Angus, Tanjong. Besar, Ayah sebelah Mak saya, rumah ini cuma tinggal ibunya sahaja. Bahagian lain habis runtuh nak buat macam mana, sudah di mamah usia... rumah ini sudah puluhan tahunnya berdiri disini. Namun rumah ini amat mengamit memori saya juga kerana suatu ketika dahulu saya kerap balik kesini semasa Tok dan Wan saya masih ada, namum hari ini rumah ini terus menjadi rumah buruk atau rumah lakor loghat kampung saya. Namun kenangan tetap tinggal kenangan jua. Rumah ini rasanya bila-bila sahaja akan runtuh disebabkan sudah terlalu usang dan buruk.
Nampok gayenyer esok kash kena kulu lageh....tak abis lagi kisoh orang nikoh...dua minggu lepas kash naik dah kulu nun hari esok sabtu ada lagi waris nikoh..... jadi tak gi karang tak kena het...hehehe jadi..... nok tea'endok kash kena balik juga.. masaloh besor anak kawan tak emboh ikut deme kerayan jalan konar-konar gitu start kampung anok gajoh sampai laa ke tembesor nun jalan konar2 dema tak tahan...esok ada dua tiga jemputan orang nikoh mana satu kawan nok kejor tak tau...jadi mana dan kawan gi insyaallah...jauh juga jaraknya tu mengkala nok gi balik....apa pun tempat jatuh lagi kenang ini kampung sendiri....jadi selalu jengok kampung sendiri molek juga sambil jumpe waris molek het teeh... hari panes gineh hamun juga nok jalan-jalan ame ker tak ade aroh laa lalu ajelah kawas.......
** Catatan di atas sepenuh menggunakan loghat kampong kawas.... kala deme tak paham nasib laa...hehehe...
Tadi masa kawan merayau-rayau kat mana entoh terjumpa satu blog tu......hehehe agok kawan dia seorang isteri yang amat setia dan terlalu merindui suami dia...suami nyer pulak... entoh keje jauh, lama tak balik agaknya.... macam-macam hal laa gamoknya...lalu hanya ayat diatas tu aje yang dia tulis.........apa pun kata org menulis semacam itu pun boleh juga melepaskan rindu itu....tak salah tu.... utk suami sendiri hehehe..
Kalaulah resit seperti diatas dijadikan sandaran sebagai bukti pembayarannya, saya rasa mungkin tidak dapat diterima kerana cetakanya yang kelabu terkadang langsung tidak nampak apa-apa, yang pasti satu dua bulan jika disimpan terus hilang segala butirannya. Saranan saya untuk Bank berkenaan lebih prihatin didalam soal ini, amatlah di harapkan kerjasama pihak berkenaan dapat mengeluarkan resit yang lebih sempurna dan berkualiti. Kerana kita sebagai pengguna tiada bukti lain, selain resit diatas sebagai bukti pembayaran di Mesin Tunai Bank berkenaan.
U/p : Resit di atas merujuk pada pembayaran pinjaman kereta di sebuah Bank di daerah ini.
Saya tak tau bezanya yang pasti kad tersebut mengajok kita ke Majlis tersebut, akan tetapi kata di rodong kawan "aok jangan bagai...cer aok perati molek-molek kad itu abender yang dema tulis" sama ada "Undangan Majlis Perkahwinan" atau ada di tulis "WALIMATUL URUS" lalu kawan nanya ke "dia apa bezanya" dia kabor...Hak ada tulis "WALIMATUL URUS" itu "tak boleh makan free hehehe" lalu kawan kabor ke dia kawan bersalam berkokut sokmo kalau gi Majlis gini... tapi rodong kawan tu kabor kalau ditulis "WALIMATUL URUS" tu terang-terang dia suruh berkokut katanya hehehehe.......
Moralnya : Saya amat memerlukan pandangan rodong-rodong disini utk memberi pandangan. Jadi jika begitu maksudnya maka kita kena faham maksud sebenar kad Perkahwinan tersebut.
Kawan takut juga menjadi TV tu hehehe tak pasal kena nengok dik org sokmo pagi petang siang malam naya badan...... tagged dari seorang rodong........beliau memang kawan hormat sokmo.
ADAKAH ANDA RASA HOT?
Musim skg mmg payoh tidor sebab mmg hot nak jalan pun malas hot punya pasal.
UPLOAD WALLPAPER PC ANDA.
Kawan ada 2 PC dan1 labtob jadi tak tau mana se kawan nok ambil... bender sama aje
keknya labtop kawan pakai Windows 7 goner gaya nok ambil gambo kawan x berlajor lagi hehehe....
CERITA PASAL GAMBAR?
Gambo pada semua PC dan labtop tu hok ori aje... sejuk mata kawan memandang bernika ngat pening kepala kawan.
BILA KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA.
Bab makan pizza kat bandor kawan x de bender ini jadi jarang amat kawan makan 30 tahun lepas tak kurang dah rasanya hehehehe tambah duit tak ada. Padan roti cania sudoh hehehe..........
LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR.
Semalam dan kawan dengor lagi Hindustan tajuk kawan tak tau...... kat Manis FM.....
APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAGGED INI.
Hari-hari kawan mmg busy ngat, macam hal kawan kena siapkan maka nok, tak nok kawan terpaksa memberi ruang juga utk perkara ini.
SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA.
akuanakpahang nama zaman kecik dulu achin hahahaha
TAG LAGI LAPAN ORANG.
Nanti kawan pikir dulu sape orgnya tu..... keknya kawan sian juga ke dema duk kena mikir bender nie....jenis kawan tak suka nyusoh ke member hehehehe.......
BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAGGED ANDA.
Hebat berlake...terer , byk idea cemerlang, germilang dan terbilang hahahaha apa pun member... kawan tu semua ok berlake....
PERSAMAAN ANTARA KAMBING DAN LEMBU.
Dema binatang berlake ada kaki empat makan rumput sesama.
PERASAAN ANDA BUAT TAG INI.
Kawan happy aje tak de masalah keknya mula kawan tak paham juga apa sebenar kehendaknya huhuhuhu...
last kawan rasa gembira aje...campo happy...tersenget tanpa sebab.
GAY OR LES?
Kawan tak reti bender gini sebab org kampung kawan tak buat bender ginie heheheheh
Rasa kawan selesai juga dah tugasan yang dituntut oleh En syed ini, kut tak betul.... sila kabor ! hari nie sibuk kalut kelibut aje...hehehehe...ada masa kita mengtea heheheh hari nie busy sikit........
Jerantut disuatu masa dahulu hanya Pekan kecil sahaja mempunyai bebarapa deretan Kedai batu pembinaanya sekitar tahun 1930 - 40an, jika di imbau kembali sekitar tahun 70an Pusat Bandar hanya di Bandar lama sekarang di persimpangan masuk ke Stesen Keretapi terletaknya Stesen Teksi dan berhadapan Pejabat Pos (gambar diatas) terletaknya Stesen Bas, Pondok Polis ketika itu dibahagian bawah Balai Polis sekarang kedudukannya agak hampir dengan Pejabat Pos tersebut, sekitar Jalan berlakang di Bandar lama sekarang dahulunya agak sibuk juga kerana disini terletaknya kedai setinggan dan ada penjaja kecil ketika itu.
Di bawahan Pejabat Telekom Jerantut sekarang dahulunya ada Warung kedai makan cina, warung tersebut telah terbakar sekitar tahun 1970an rasanya kalau tak silap. Terus tidak di bangunkan lagi hanya diletak Pencawang TNB sahaja. Di seberang jalan tersebut ada rumah kedai setinggan cina yang mengusaha berbagai perniagaan , antaranya kedai alatan minanan, kedai jahit dan macam-macam lagi.
Suatu ketika dalulu Pekan kecil ini bergitu banyak rumah dan kedai setinggan di sekitarnya antaranya tapak kedai yang sedang dibina di Bandar lama sekarang (bersebelahan kedai singer dibandar lama ) dahulunya Pasar Jerantut disitu dan diatas sikit penempatan setinggan China. Berhampiran Jalan keretapi dan di pintu Pagar keretapi juga terdapat kedai runcit dan kedai Gunting rambut India Persimpangan Jalan masuk ke Sungai Jan juga terdapat banyak rumah kedai setinggan.
Tapak Pasaraya Aktif (baru) dahulunya terdapat rumah Kuarters Jabatan Hutan, lain-lain kawasan boleh dikatakan masih hutan. Pejabat kerajaan dahulu kebanyakannya sekitar Pejabat Kesihatan sekarang. Disana terdapat Pejabat JKR, Lembaga Bandaran Jerantut dan lain-lainnya. Panggung wayang rasanya telah dibina sekitar 70an juga di Bandar ini antaranya Panggung Sri Pedah dan Panggung Sri Jerantut. Namun Panggung wayang ini sekarang hanya tinggal nama sahaja. Ketika itu Bandar baru masih hutan sekitar tahun 1970an. Pasar Besar Jerantut dibina sekitar tahun 1980an sekarang dah jadi Pasaraya aktif (lama).
Namun sekitar tahun1970an Bandar ini masih masih "kawasan hitam" kalau jam 12.00 mlm keatas jika ada urusan mesti mendapat permit keluar drp ketua Polis Daerah terlebih dahulu. Begitulah serba sedikit sepintas lalu Jerantut ini disuatu ketika dahulu sekitar tahun 1970an
(Sekadar Hiasan antara jenis rumah kuarters lama).
Coretan ini adalah sepanjang jalan kenangan saya semasa kecil. Kisah sekitar tahun 1970an saya dibesarkan di Kuarters LBJ - Lembaga Bandaran Jerantut ketika itu. Kini Majlis Daerah Jerantut, kini Kuarters tersebut telah lenyap, tanpa batu nisannya... kawasannya sekarang telah dijadikan Kuartes JKR baru bersebelahan kantin JKR sekarang. Disini dahulunya terletak satu deretan rumah bangunan kayu Pekerja LBJ dan sebahagiannya Jabatan Kesihatan dahulu di sebut MDC, di sebarang jalan tersebut terletak dua buah rumah Jabatan Hutan, disebelahnya ada pokok ara yang amat besar 10 org memeluk belum tentu sampai tangan. Di tapak ini sekarang telah didirikan Kompleks Pejabat Hutan Daerah Jerantut yang baru. Di sekitar kawasan ini dahulu banyak sekali rumah daripada agensi Jabatan kerajaan yang lain termasuk Jabatan POS MALAYSIA, Jabatan Telekom, dan Jabatan Kesihatan. Dahulu disini amat popular di sebut KAMAN JKR bukan TAMAN.
Suasana di Kaman JKR ini suatu ketika dahulu amat hirup pikup, ramai sekali penduduknya yang mendiami Kuartes tersebut, maklum sahaja untuk boleh mendapatkan rumah kerajaan menjadi rebutan di ketika itu. Macam-macam hal ada kat sini, tak ubah macam dalam cerita ' Seniman Bujang Lapuk' - P. Ramlee. Ada yang berkelahi, memadu kasih, mengintai anak dara orang, sembang sampai tengah malam dan macam-macam hal lagi. Bangunan dan rumah lama yang ada sekitar Kaman ini telah dirobohkan sepenuhnya sekitar tahun 90an boleh dikatakan di hari ini cuma ada satu dua sahaja kuarters lama yang masih wujud kebanyakkannya hanya Kuarters JKR sahaja.
Apa pun kenangan tinggal kenangan, di sepanjang jalan kenangan ketika zaman kecil saya tinggal di sini. Alfatihah juga bagi yang telah tiada. Sesungguhnya kenangan tetap tinggal kenangan. Tanpa kenangan hidup juga menjadi sepi. Salam juga buat mereka yang pernah tinggal disini sekitar tahun 1970an ++
Semuanya bermula semasa Aki saya meninggal dunia ketika itu sekitar tahun 1983. Ketika itu mereka yang membuat kerje menggali kubur ini agak sudah tua dan kurang bertenaga, jadi tenaga muda amat diperlukan utk menggantikan tempat mereka. Jika di imbau ketika itu ketua menggali kubur Allahyarham Haji Akop, Haji Akop telah mengajak saya dan rakan-rakan yang lain menolongnya utk menggali kubur tersebut dan selepas itu secara tak langsung saya telah membuat kerja ini secara tetap dan sambilan kerana ada kerja lain, selain menggali kubur yang menjadi sumber pendapatan tambahan dimasa itu, apa pun kerja menggali kubur tetap diutamakan.
Bermula pada tahun 1983 sehingga hujung tahun 1990an agak lama juga saya membuat kerja ini tidak kurang ratusan mayat yang telah kami kebumikan. Berbagai rupa jenis mayat dan cara kematian yang telah saya jumpa antaranya mati sakit tua, kemalangan, terbakar, bunuh diri, dan berbagai lagi. Kubur juga berbagai rupa telah saya temui antaranya sempit walaupun sudah dibesarkan, berair, digali tidak dalam, berbau busuk, tak kurang satu kubur yang saya temui seakan pasir jerlus (menyedup). Antara kenangan yang saya rasakan amat melekat di ruang ingatan saya, ketika saya menguruskan mayat warga Indonesia bersama Haji Akop, saya bersama Haji Akop sahaja menguruskan mayat Indonesia yang masih fresh di bawa... daripada hospital Jerantut terus ke surau Kampung Mat kilau, dimasa itu kami berdua sahaja menyempuranakan mayat ini daripada membuka pakaianya dan memandikannya, mengkafankannya dan solat jenazah seterusnya mengkebumikan jenazah tersebut...yang amat ngerinya mayat ini, beliau terlibat dalam satu kemalangan di langgar jentolak sebahagian mukanya remuk gigi dan matanya terkeluar kepala pecah....bila saya menjiruskan air di kepalanya kepingan otak beliau keluar bersama darah....rasanya ini pengalaman saya yang amat ngeri selama saya membuat kerja-kerja menggali kubur namun mayat ini kami sempurnakan juga walaupun penat hanya berdua sahaja menguruskan jenazah ini.
Kembali pada kisah kubur menyedup tadi...satu hari ada seorang perempuan pertengahan umur yang meninggal dunia, ketika itu musim hujan... seperti biasa saya bersama rakan-rakan yang lain diamanahkan utk membuat kerja menggali kubur. Kira-kira pada kedalaman 4 kaki....air telah keluar dengan banyaknya...kami meneruskan kerje-kerje seperti biasa...sampailah giliran saya utk membuang tanah tersebut mula-mula kaki saya berasa amat ketat seakan disedup saya cuma mendiamkan diri sahaja. Selepas bebarapa ketika saya menyuruh ketua penggali kubur Haji Akop turun dan merasai apa yang telah saya rasakan, setelah memberitahunya beliau, beliau pun turun ...." betul yassin" kata aok...kubur ini menyedup...namun kami teruskan juga kerje tersebut tapi ternyata kubur itu tidak dapat di gali lagi... bukan sahaja kerana sedutan itu tapi tanahnya amat keras...dibakuh atau di cangkul tak lepas....sudah liang lahat tidak dapat dibuat. Setelah berbincang kami syorkan mayat tersebut di letakkan didalam keranda sahaja, pihak keluarga bersetuju....dan kami menletakkan keranda tersebut hanya satu hasta dari tanah, keranda berukuran tinggi lebih kurang 3 kaki sedang kedalaman kebur hanya 4 kaki sahaja, jika siap ditimbus lebih kurang 5 kaki sahaja. Masa itu kami 100% menyerahkan urusan ini pada allah dan apa yang terjadi pada mayat tersebut walallahhualam, keesokan harinya saya datang semula ke kubur ini tiada apa kesan yang aneh seperti biasa sahaja.
Rasanya berbelas tahun juga saya membuat kerje menggali kubur ini sehingga satu ketika saya di tawarkan berkerje di Jabatan Kerajaan selang setahun lebih itu saya ditemukan jodoh, kerana tugas saya dengan Jabatan sepenuh masa kerja waktu Pejabat dan cuti di hari Ahad sahaja ketika itu mahu tidak masa saya tidak mempunyai masa utk bersama rakan-rakan yang lain, jadi secara tak langsungnya saya kurang berkesempatan utk bersama mereka akhirnya kerja menggali kubur ini terpaksa saya tamatkan. Pun bergitu jika ada kelapangan saya masih membuat kerja ini sekiranya ada kelapangan dan di panggil oleh kekawan utk menolong mereka.
Sesugguhnya bagi saya amat insaf bila melihat kematian dan bagaimana sesetengah mayat tersebut yang mempunyai berbagai rupa dan keadaan, mungkin sedikit balasan yang ditunjukkan olah Allah terhadap kita yang telah menlakukan kesalahan didunai ini. Semoga menjadi peringatan dan pengajaran juga buat kita yang masih hidup dan masih diberi peluang utk terus beramal.
** Untuk makluman kerja ini bukan bersandarkan pada wang semata-mata kerana ada masanya kami tidak diberi sedikit pun sagu hati, jika pun diberikan diwaktu itu sekadar RM10.00 - RM 20.00 sahaja. Bagi saya tetap ikhlas sebab wang bukan menjadi taruhan tapi lebih pada fardu kifayah itu sendiri ikhlas kerana Allah. Hari ini kos untuk menggali kubur di fahamkan tidak kurang RM 400.00 ringgit.
Sebahagian Coretan kenangan sebagai Penggali kubur 1983 - 1990an ++
Kisah terjadi semasa saya di sekolah menengah sekitar tahun 1980an. Saya mengalami deman panas yang agak teruk selama seminggu terlantar di rumah, setelah menerima nasihat drp Doktor Private yang dibawa oleh ayah saya kerumah, Doktor menasihati Allahyarham ayah saya agar terus membawa saya ke Hospital Jerantut kerana keadaan saya agak kritikal juga dimasa itu, setelah itu saya terus dimasukkan ke Wad Hospital Jerantut selama satu minggu lebih di Wad Hospital Jerantut demam saya masih belum kebah semakim bertambah mahu tidak mahu saya terpaksa dirujuk ke Hospital Mentakab... selama hampir dua minggu lebih saya disana menerima rawatan.
Dalam saya masih menerima rawatan di Hospital Mentakab satu perkabaran telah diterima oleh keluarga saya di Jerantut mengatakan saya telah meninggal dunia di Hospital Mentakab...perkhabaran menlalui telepon yang telah di sampaikan daripada Hospital Mentakab menlalui Ibu Pejabat Polis Jerantut. Maka satu statement kematian telah di keluarkan oleh IPD Jerantut terus kerumah saya yang membawa statement tersebut anak angkat pada Allahyarham ayah saya Koperal Zainal semasa itu, telah menyerahkan telegram tersebut pada ibu saya...katanya emak adik dah meninggal.....bila..kata emak saya pagi tadi...aok biar cakap betul nal.. kata mak saya ...nei mak telegramnya....maka terdiam mak saya bila melihat telegram tersebut.
Didalam situasi yang tidak menentu itu sedang saya masih dijaga oleh Allayarham ayah saya ketika itu kami tidak mengetahui apa-apa. Satu rombongan telah tiba daripada Jerantut untuk menuntut mayat di Hospital Mentakab ada bersama ketika itu Allahyarham Bapak saudara saya dan saudara mara yang lain telah sampai ke Hospital... kebetulan Allahyaram Ayah saya sedang berehat-rehat di luar bilik Hospital ketika itu....dengan nada yang agak sedih pak saudara saya bertanya pada ayah saya " Dah bila nak bawak balik budaknya" ayah saya cakap "Doktor tak bagi keluar lagi' ....."dah bila boleh bawak keluar" soalnya. kenapa ayah saya tanya, katanya "Yassin dah mati"....terkejut besar ayah saya mendengar berita itu...bila pulak matinya? ada kat bilik tu kata dik ayah saya...kami di Jerantut dapat telegram mengatakan Yassin dah mati....jadi semua kelengkapan telah di sediakan cuma kubur sahaja belum di gali katanya.
Di fahamkan kutipan derma telah diterima dan org telah ramai berkunjung kerumah menunggu ketibaan jenazah saya, tempat letak mayat di rumah semua telah di sediakan hanya menunggu ketibaan jenazah sahaja. Selepas itu.. setelah diterangkan dan saya masih hidup rombongan tersebut pulang ke Jerantut dgn kadar segera dan memberi tahu pada kaum keluarga dan sanak saudara di Jerantut saya tidak mati. dan ada juga yang mengatakan saya tak jadi mati. Selepas di selidik perkara ini rupanya kematian tersebut merujuk pada nama yang sama tapi bukan saya.
Kebetulan pada hari yang sama ada seorg tua telah meninggal dunia pada hari yang sama jadi segala derma dan apa jua yang telah disediakan utk saya telah di hadiahkan pada beliau.
Secoret kenangan, di sepanjang jalan kenangan saya. Disember 1980.
Bayangkan jika kubur telah digali siapa pula yang akan disemadikan disana.
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur saya.
Masjid Kampung Tanjong Besar, Benta , Kuala Lipis.
(Di Kampung Masjid)
Pemandangan daripada luar Masjid.
Tanah Perkuburan Kampung Pekan Sari, Tanjong Besar
Benta, Kuala Lipis.
Semalam berkesempatan kawan balik ke kampung kelahiran kawan setelah agak lama kawan tidak menghadirkan diri ke desa ibu ayah kawan ini, hari semalam kawan balik kesini ada dua tujuan utama, kerana memzairahi waris kawan meninggal kat kampung Pekan Sari, salam takziah buat semua keluarga dan selepas itu kawan terus ke kulu lagi.... kampung Kadok kerana menghadiri Majlis Perkahwinan waris kawan anak Allahyaraham Tok Empat Ali, agok sedih bila kawan nengok panorama kampung kawan ini banyak hutan pada terang rumah dah makin kurang, bila paya dah jadi hutan , org dah makin tea'edeh sunyi sepi aje...yang tinggal rumoh lakor yang bakal runtuh termasuk rumah Tok kawan sebelah emak...sedih amat kawan nengok tapi nok di gonerkan...nok ambit gambor pun tak de tempat hok lawo...nangkap gambo hutan aje tak jadi kebender. Jadi sebagai paparan dalam dairy kenangan, kawan ambit gambor Masjid aje di Kampung Masjid Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis.
Hari ini kawan ada juga menerima sedikit buah tangan daripada kekawan China sempena "Gong Xi Fatt Chai' jiran setaman macam-macam ada buah limau tak tinggallah... hok lain kacang, makanan ringan dan sebagainya terima kasih juga untuk itu...nok jadi cerita ada dua tiga jenis makan ringan kawan nengok pada pembalut makan tersebut haram tak de tulis Bahasa Melayu tapi logo halal Jakim ada...timbul juga was-was nak makannya walaupun kacang tanah biasa, lepas tu kawan cuba semak kod halal Jakim klik disini hasilnya kawan dapati dinyatakan SIJIL TAMAT TEMPOH untuk makan tersebut,jadi kawan rasa kita kena prihatin jugak bak makanan ini status halal haram dan was-was perlu diambil kira. Jadi kalau pepatah melayu ada menyebut " Orang berbudi kita berbahasa" boleh ikut tapi "Orang memberi kita merasa" jangan buat tak pasal tengok dulu mana yang patut halal haram atau ada bercampo perkara yang tidak sepatutnya.
Apa pun Selamat Tahun Baru buat kekawan China "Gong Xi Fatt Chai' juga daripada saya dan Pengurusan Blog akuanakpahang amnya.
Semeah agak pening juga mikirkan anak dia dah ada sebelas org, hok kecik sekali umonya kurang pada setahun...setelah dinasihatkan oleh Bidan kampung dia "aok Semeah baik laa gi ajok abg Tawang aok tu jumpa Doktor kut ada cara boleh tak beranak dah.... dok pun dapat di tenggangkan sikit tahan dah aok muda lagi..."....kata dik Bidan tu. Selepas mikir lama dan berbicang dgn Tawang satu hari dema berdua gi ke klinik dekat Bandor J, utk membawa masalah dema ke pengetahuan Doktor Z .
Ok kata Doktor Z gini....... Tawang saya bagi awak bender ini masa awak nok bersama isteri awak, awak pakai yaa...kata di Doktor Z caranya macam nie ...lalu doktor Z menggunakan jari telunjuknya bagaimana cara untuk memakai alatan tersebut Tawang hanya memerhatikan sahaja Doktor Z membuat demo...semasa memasang bender itu awak buat macam ini.....Doktor Z menggunakan jari telunjuknya...awak faham ker Tawang soal Doktor Z...saya faham Doktor kata di Tawang.
Lalu Tawang bawa balik bender yang diberikan oleh Doktor Z tadi....malamnya semasa mereka nak bersama, Semeah bertanya bender di beri Doktor tadi mana? ....ada nei haa...laa pasang lah kabor di Semeah...yaa..kawan tengoh pasang dah laa nei...dengan selamber Tawang memasang alatan itu pada jari telunjuknya dan bersamalah dema abis satu games malam tu....bergitulah pada malam seterusnya. selang sebulan lepas itu Semeah loye semula tanya ke Bidan, soh Semeah mengandung.
Maka Tawang dengan dengan perasaan hampa dia gi sorang aje ke klinik Doktor Z.....Ciss haram tak mejadi petua Doktor beri hari itu, pompuan saya mengandung juge kata dik Tawang.....awak pakai macam mana soal di Doktor Z, alah macam mana Tuan doktor buat, tulah saya buat...awak pasang kat mana? tanya di Doktor Z ....saya pasang tempat Doktor pasang laaa........ kan dekat jari Doktor pasang .....saya pasang kat jari telunjuk juga laa..... awak pakai kat jari aje kondom yang saya berikan hari itu. adusss sakit .... kata Doktor Z
Hehehe..... maru mekala saya nak tunjuk cara betul pakai bender ini kata di Doktor Z.
Dalam hati Tawang kawan ingat suruh letok dijari aje hehehehehe....
Moralnya bertanyalah kalau tak tahu, jangan buat tahu.
Kisahnya dipersimpangan lampu isyarat ada sebuah Ambulans berada di deretan kereta lain sambil membunyikan sirennya, pemandu kereta yang berada dihadapan sekali tergamam dan hura hara memikirkan bagaimana, sama ada ingin meneruskan perjalanannya atau mendiamkan dirinya sahaja, atau menunggu sehingga lampu hijau ....sedangkan diwaktu yang sama siren daripada Ambulans diberlakangnya itu terus memekik bagaikan meminta laluan diberikan. Sudah dengan rasa serba salah nak tak nak kereta yang berada dihadapan sekali bergerak dan terus dirempuh kereta lain....maka satu kemalangan telah terjadi di lampu isyarat tersebut. Kejadian seumpama ini pernah terjadi di lampu isyarat di Jerantut. Jika anda berada di barisan hadapan sekali apa tindakan anda? dan apa pandangan anda tentang cerita ini. Mungkin kisah ini boleh juga dijadikan pedoman dan iktibar untuk anda.
Moralnya siapa yang hendak disalahkan dalam hal ini?
AAP - Ada baiknya pemandu Ambulan itu mematikan seketika sirennya bila berada di lampu isyarat tersebut.
KAJANG - Pengguna lebuh raya di negara ini akan diberi pengecualian bayaran tol dan diskaun kadar tol di 17 lebuh raya sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.
Sebagai penghargaan kepada penggunanya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1) akan mengecualikan bayaran tol pada 11 dan 15 Febuari mulai jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
Selain itu, pemberian diskaun tol antara lima peratus hingga 20 peratus pula ditawarkan di beberapa lebuh raya. Dipetik drp Sumber Bernama.
AAP - Ingin juga berkongsi pandangan diatas kewajaran memberi tol percuma ini waktunya bermula daripada 11.30 malam hingga 4.30pagi. Cuba bayangankan mungkin pengguna akan berebut-rebut utk menikmati tol percuma ini dimasa yang sama sudah tentu berbagai perkara tidak di ingini mungkin akan berlaku dengan kesibukan, kepenatan dan keletihannya di tambah pula mungkin dengan rasa mengatuk dan sebagainya pastinya situasi ini lebih mengundang kecelakaan dan kemalangan di lebuh raya. Kewajaran memberi Tol percuma diwaktu ini sepatutnya di kaji semula oleh pihak tertentu, untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna dan mengelakkan kemalangan yang kian meningkat.
Kebelakangan ini banyak sekali kenderaan yang melanggar bahagian sisi mahu pun di bahagian berlakang lori panjang seumpama ini, bila kenderaan ini memberhentikan kenderaan mereka di lebuhraya atau di jalan-jalan biasa yang mana perbuatan ini mengakibatkan kemalangan, terbaru 6 sekeluarga maut merempuh lori dan sebelum ini Pegawai Polis juga maut, merujuk kepada kemalangannya yang hampir serupa.
Justeru itu sepatutnya sudah tiba masa satu tindakan penguatkuasaan memasang besi halangan seperti gambar diatas di laksanakan dengan serta merta oleh pihak yang berwajib, mewajibkan keatas setiap jenis lori seumpama itu memasang besi halangan tersebut. Sekurang-kurang dapat juga menyelamat pengguna kenderaan lain daripada tidak terus terperosok kebawah lori jika sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, mungkin setidak-tidaknya dapat juga kita mengelakkan kemalangan maut. Seandainya besi pengadang atau besi halangan ini dipasang sepenuhnya di bahagian lori tersebut.
Namun di negara luar perkara ini telah lama di praktikan. Disini kita amat mengalu-alukan perkara ini dapat di laksanakan dengan serta merta bagi mengelakkan kemalangan maut seterusnya.
Jauh berjalan luas pandangan, malu bertanya sesatlah jalan, jika terlajak perahu boleh kebelakangan, terlajak kata mungkin buruk padahnya.... mungkin kerana pulut santan pun binasa lantaran lembut gigi dari lidah, bila tak pandai menari usahlah lantai disalahkan kerana mungkin irama tidak kena dengan tarinya... sumbang lagu punah jua irama...kalau bergitu usah kelambu dibakar jika nyamuk disalahkan, kerana menanam tebu dibibir mulut, kerana mulut manis bak madu pahit hati bak hempedu... usahlah bagaikan enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing... usahlah memukul anak jika mahu sindirkan menantu... lalu bila bercakap malam dengar-dengar cakap siang pandang-pandang... usahlah kerana kerbau seekor membawa lumpur habis terpalit kerbau sekandang... bulat air mungkin kerana pembetong sepakat kita kerana muafakat.. sesungguhnya sepakat membawa berkat, tidak tumbuh masakan melata kalau tidak sungguh masakan dikata, usahlah lempar batu sembunyi tangan, apakah kerana lurusnya jari lalu kelingking berkait... kerana sekilas ikan di air sudah aku tahu jantan betina.
Disini Sekolah terawal kas sekitar tahun 1970an++, kas bersekolah disini daripada darjah 1 hingga darjah 6. Ketika itu Bangunan Sekolah ini hanya ada satu Blok deretan bangunan yang dibuat daripada kayu sepenuhnya, Hehehe mintak maaf cakap dulu dema kabor macam Sekolah reban kambing aje....sungguh pun bergitu alhamdulillah kawan jadi manusia juga.
Masa kas masuk darjah 6, ada satu bangunan tambahan telah di tambah dibahagian hadapan sekolah ini, bangunan batu sepenuhnya tak silap 3 tingkat... malang tak dan, sempat nengok tapaknya sahaja. Hari ini sekolah ini berdiri dengan gahnya bergitu banyak sekali blok Bangunan baru didirikan.
Semasa kas bersekolah disini dahulu Guru Besornya tak silap En Abdul Ghani Guru-guru yang lain Cikgu Mat Amin, Cikgu Mat Awang , Cikgu Zaiton, Cikgu Bachok, Cikgu Nasrul, Cikgu Mat Daud, , Pn. Magedesen, Pn Bibi dan yang lain kawan tak ingat nama dema dah, Antara kenangan yang kas tak leh lupa disini bila mana pondok kantin sekolah ini terbakar... bila pihak bomba sampai, kantin ini telah menjadi abu sepenuhnya.
Kome ramai-ramai pakat boooo.... ke Bomba tu hehehehe...naya ker kome, pengusaha kantin masa itu nak tak nak terpaksa menjual makanan bawoh pokok ceri. Masa tu nasi lemok 20sen aje, kuih 10sen aje air sirap 10sen hehehe jimat belanje sebab tu ayoh kawan bagi duit tak lebih 30sen aje. Ada masa kadang tu bawak 20 sen aje jawabnya minum air paip la hehehe....
Teman persekolahan ketika itu Abd. Rashid Baki, Sapri Nasir, Sugumaran, Azman Hussin, Azmi Salleh, Zainuddin Mat Kudap , Zakri, Syed Zahabi Syed Ibrahim, Ridwan, Zarina Ismail, Rohana Nawi, Sharifah , Norma Mat Nor, Jamilah Chek, Normala Jalil, ramai lagi keknya kas dah lupa nama dema.
Apa pun segala kenangan tidak akan dilupakan terima kasih buat guru-guru yang mengajar dan memberi didikan kepada kami dan Al fatihah juga buat guru-guru yang telah kembali kerahmahtullah. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tetap saya kenang dan sanjungi. Hanya allah jua yang membalasnya.
AAP - Ada juga awek cun yang menjadi pujaan cinta monyet zaman sekolah dahulu disini :)
Agak haru juga kebelakangan ini di Bandar ini telah diserang oleh geng "Pak Tam" yang menjual spray kilat kereta. Jadi kawan juga tidak terkecuali antara mereka yang didekatinya........"Encikkk spray kereta ada mau kaa?" kilat Encik tengok srikkkk...nye spray pada kereta sape entoh....walaupun berbagai alasan sebelum ini kerap kali dah kawan bagi sebab tak emboh membeli bender itu, namun sikap tidak putus asa mereka ini bagus juga dicontohi.... pun bergitu sedikit membosankan juga bila setiap kali kita ke Bandar didekati oleh mereka. Jadi kawan mencari satu helah dan jawapan yang dirasakan amat sesuai..........."saya kereta tarak adikk basikal juga angkat" "ayooo..kereta tarak yaaa...tarak pa..." ada basikal juga yaa...tarak pa... ada kereta kalu jumpa saya yeee" oookey"...aku cakap.... lalu beredarlah dengan hampe Pak Tam itu meninggalkan kawan....hehehehehe........
Dua tiga hari lepas ada seorang rodong memberi soklan yang berbunyi begini :
Apa beza daun betik dengan tangan pompuan?
Haii...kawan cakap lain benor soklannya aok nei..........tu laa mekala aok bijok laksana sila jawab, lepas tu kawan ngabor kedia hari nie kawan tak dapat nok jawab....x pe koi bagi aok 3 hari 3 malam mikir kebender nei.....maka mikir la kawan 3 hari 3 malam haram tak dapat ker jawapannya.
Lepas tu kawan SMS ke dia, aok tak leh bagi klu sikit ker kawan nei, pening doh kawan mikir tak de kaitan lalu daun betik dgn tangan nei...heheheheheh dia jawab, bila ada soklan tentu ada jawapan... ginilah kawan bagi klu ke aok sikit .... apa klu nya kawan tanya dia balas - DAGING - aok jangan antor sms dah hari dah malam nei koi malas nok menjawab doh....hehehehehe......
Hari ini dia jumpa kawan aok dapat dah jawapannya...kawan cakap, kawan dah pening doh mikirkan ke jawapannya..... tak emboh doh kawan menjawab soklan aok nei..........hehehe sebab dah 3 hari 3 malam aok mikirnya maka kawan sian juge ker aok.....hehehe...
Maka inilah jawapannya : Daun betik tu dapat melembutkan daging ya dok ? ya kawan kabor...sementara tangan orang pompuan pulok dapat mengeraskan daging hahahahaha itu laa bezanya .......maruuu aok nei hehehehehe.
Rodong kawan tu nama dia Saiful, rodong Temerloh... harap dia dapat lagi memberi teka teki hok sensasi ginie hehehehe.
Seorang sahabat berborak pagi tadi dia kata "Hmmm...tak de lah kawan...deras cucuk deras lah abisnya" oit kawan cakap lain benor bunyinya...tu laa.... tak cocok bender dah ada......tak cucuk tak jadi dan cucuk tak kena pulok...mengelepor kawan nie...haii...makin berat nei kawan cakap aok nei.....memang berat kadang nok aje kawan lempor bender nei................jangan lempor tak baik weh....pulok kadang tu kita nei tak boleh dengor bender masuk...nok aje terus mencucuknya....... oit...makin tak paham kawan dengor cakap aok nei... cer aok belik kelender tu....haa..nape kawan tanya 08 hari bulan hari bender? Isnin kawan kabor haaa... tul aa pasalnya ngape aok nok mencucuk ker hari tu kawan seloroh nanya dia....itu lah hajat nya kawan mana boleh tangguh...huhuhu ganas aok nei....mmg laa ganas kek bulan depan tanggung laa pulok... ahh!! jauh lagi bulan depan tu .....sebab jauh tu laa kawan kena nangguh kerje mencucuk kawan nei....hehehehehe........ah maru gitu pulok kawan cakap........... ginie cer aok dengor molek Cina raya 14 haribulan nie...gaji bayor 08 hari dok ke susoh tu...kita nei bender kering sokmo mana masa nok ada lembabnya hehehehe.........emboh kala kawan cucuk ini lepas pantang esok baru dapat pulok....hehehe berapa hari kawan nanya 40 hari tak kurang...............hehehehehe.
Rupanya rodong tadi berkisoh ker gaji bulan nie bayar awal 08.02.2010 Sempena Tahun Baru Cina. " Ingat ! cepat cucuk cepat abis"
Hari-hari saya memang sibuk lapan jam sah dah dengan tugas hakiki dekat pejabat ini, sambil berkerje saya sempat juga membuka tiga kotak email saya itu setiap hari. Terkadang ada urusan penting yang telah disendkan oleh member-member yang rasmi dn tidak rasmi, mana surat kabar dari Berita Harian , Utusan, Sinar Pahang, Metro, Kosma dan lain-lain kena jenguk dan kena baca kena ambil tahu juga maklumat terkini dan perkembangan semasa sebagai pengetahuan.
Dalam pada gitu ada berpuluh blog member saya kena gi jenguk setiap hari sambil bertanya kabar dan membalas topik-topik mereka dan ada 88 rodong yang berdaftar setakat ini di blog saya (terima kasih juga), ada yang aktif ada yang tidak, jadi semua rodong itu saya ambil berat, sebab dah jadi rodong akuanakpahang. Penulisan didalam blog sendiri perlu di aktifkan tanpa ada cerita tentu blog jadi kurang menarik tak best pulak diam aje, nanti tiada pulak aliran trafik ke blog saya, aliran trafik amat perlu ada ke blog sendiri bagi menceriakan suasana blog. Dalam pada gitu topik sebelumnya saya kena pastikan sudah menjawab dan membalas segala pertanyaan dan maklum balas daripada rodong-rodong. Hahehehe.. itu hanya sepintas lalu sahaja kalau saya senaraikan semua kesibukan hari saya harus sampai ke malam pukul 12.00 malam saya tak tidor lagi.
Jadi tidak mustahil ada hari-harinya saya terlepas pandang kerje yang sepatutnya saya siapkan dan ada juga blog rodong yang tertinggal untuk di zairah minta maaf banyak-banyak... seandainya saya tak sempat masuk ke blog anda itu tandanya saya sedang kalut.....apa pun saya rasa amat happy buat kerje gini.... biar ramai kawan jangan ramai lawan....jadi terima kasih buat rodong semua yang sudi datang ke akuanakpahang kedatangan anda amat dialu-alukan dan saya ucapakan ribuan terima kasih diatas kedatangan dan sokongan anda semua.... terima kasih.
Hari ini kemuncak kemarahan aku dekat satu Medan Sembang Maya....rasanya sebahagiannya telah aku telah lepaskan...pada seekor Mamat kerana kelangsungan dan keceluparan bahasa dari mulutnya yang langsung tidak memikir buruk baik kesan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau postingnya bagaikan Medan itu dibuat oleh bapaknya sesedap hati dia aje nak cemuh nak kata orang.....lebih malang dia mengaku anak Pahang, bagi saya tiada anak Pahang yang sebiadab ini bila menuturkan bahasa...kerana kita telah diajar adab berbahasa bak kata bidalan Bahasa menunjukkan Bangsa, halusnya bahasa melayu kita usah dipertikaikan lagi kerana nilai-nilai murni ini telah dipupuk sedari kecil lagi....saya kurang pasti jika dia tidak sempat untuk berlajar adab ini atau ibubapanya tidak sempat berpesan kepadanya utk menjaga tutur kata dan adab untuk menjaga bahasa dan hati orang lain. Amat malang jika memiliki anak seumpama ini.
Secara peribadinya saya rasa jika ada manusia semacam ini ada baik jangan bercampur dengan orang, yang pasti dia tak kena marah di orang dan kita tidak bersusah payah nak marahkan dia. Kerana kebiadapannya yang diluar batasan nilai orang melayu. Bagi saya perkara ini amat tidak kena pada tempatnya , saya juga diantara mereka yang selalu hadir ke Medan ini sudah acap kali di cemuh dan dikata berbagai gaya tidak tertanggung dgn keceluparan mulutnya itu. Kesebaran jua ada batasannya. Kerana kita juga ada adabnya dan jangan ajar cara tidak beradab...dan kita juga sopan jangan ajar cara kurang sopan.
Sememangnya Mamat in telah lama menuturkan kelantangan kebiadapannya sememang tidak ada org yang mahu menegur mungkin dia ingat org takut dekat dia, cuma org malas nak panjang-panjangkan perkara remeh...tapi sikapnya semakin menjadi-jadi membuatkan saya sendiri hilang batas kawalan kesabarannya. Lalu terkeluar juga kata-kata agak kurang sopan daripada jari jemari saya dengan tujuan utk menyedarkan dia...walaupun kata-kata itu hanya sebahagian drp luahan ketidakpuasan hati saya jika ingin dibandingkan sebenar kemarahan saya mungkin lebih daripada itu, namun setidak-tidak dia sedar perbuatan dia itu tidak kena pada tempatnya dan ada juga orang yang berani menengurnya. Lantaran terjadi tikaman lidah tanpa kesudahannya setidak-tidaknya bahang kemarahan saya terlepas jua.
Jika ini di jadikan sebagai suatu perbandingan kalau macam inilah adab yang ditunjukkan, kita sesama org Pahang pun dah nak lebur macam kala kita ingin menjalinkan sebuah persahabatan yang lebih besar sifatnya daripada ini. Bila ada orang yang ingin menunjukkan kehebatan dan mengaku dia lebih baik, lebih mulia dan tahu segalanya drp org lain dan lebih menjadi kemarahannya bila ada orang lain menlebihi daripadanya, ini semua satu sikap hipokrit yang perlu kita buang sama sekali dalam peradaban nilai orang melayu kita.
**Saranan saya jika ada manusia seperti ini usahlah bercampur dengan orang lain, mahu pun didalam forum atau pun diluar sana. Memang jenis ini tidak boleh bercampur dengan orang, duduk aje sendiri pasti tidak menyusahkan dirinya dan orang lain. Saranan saya juga pihak Pengurusuan kena mengambil tindakan tegas dalam soal ini jika pihak Pengurusan tersebut inginkan keceriaan dan kestabilan forum ini kelak di kemudian hari.