Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Dis 2010

Andai kitalah si anak ikan kecil itu…

Salam semua, sekiranya diumpamakan berblog ini jika diperingkat awalnya, kita seperti seekor si anak ikan,  Si anak ikan kecil kenalah menumpang dilubuk yang besar. Tidak dapat tidak tumpang bermain dan mencari sedikit sumber makanan. Sambil mengutip lumut-lumut yang ada disitu utk dijadikan makanan. Sambil berkawan dengan ikan yang besar dilubuknya. Bukan sekadar inginkan makanan, namun yang lebih hebat kita inginkan kesesuaian. Sementara kita pulak akan jadi ikan besar juga satu hari nanti jika rajin berusaha Insyaallah.

Sememang nasib sianak ikan kecil ini peratusan utk hidup tidak banyak…pasti akan mati jika tidak bersesuai dgn air, arus kuat sikit pun tak tahan juga…namun begitu pandai-pandai berlindung  untuk kesejahteraan diri. Seumpama pepatah berakit-rakitlah kehulu, berenang- renang ke tepian bersakit-sakit-sakit dahulu bersenang-senang di kemudian.

Perlu diingat tidak ada ibu dan bapak ikan terus tinggal selesa dilubuknya. Sebelum ianya dahulu… juga di kenali sebagai seekor anak ikan yang kecil :) Semangat ini dilontakkan bersama… untuk anda yang baru menerjah dunia seorang Blogger termasuk saya sendiri... jangan mudah lemah semangat dan patah semangat. Usaha tangga kejayaan anda tentu berjaya :)

Banyak org membuat kesilapan namun sejuah mana kejujuran kita mahu mengaku kesilapan itu dan begitu juga ramai org yang inginkan kejayaan namun sejauh mana kita berusaha utk memilik kejayaan tersebut.

Selamat berblogger utk anda semua.
... saya selalu duk tumpang dilubuk ikan yang besar :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

13 ulasan:

  1. salam

    ikan kekek mak iloi,iloi.. ikan gelama mak ilai,ilai... huhu
    setuju dgn entry awak ni...

    BalasPadam
  2. MLD - TQ, secara perumpamaannya sahaja untuk diri sendiri juga :(

    BalasPadam
  3. Jom pancing ikan Sin..ikan kelisa lawa2..

    BalasPadam
  4. salam...

    koi x peduli ikan kecik atau ikan besor..biarlah koi jadi ikan puyu walau kecik tapi berduri.. jarang dijadikan perhiasan tapi berani lawan hantu setan..

    BalasPadam
  5. hhmmmm...saya ikan bilis.....tumpang kat sini la dulu sementara nak beso....:)))) boleh???

    BalasPadam
  6. Salam tuan...Ikan kecil tapi bernilai tinggi seperti ikan kelisa @ Arowana...

    BalasPadam
  7. salam Yassin..
    koi ingat anak ikan mende tadi..
    "anak ikan" selalu di bela mak datin
    kaya raya you..keta sebijik..kondo
    sebuah..duit belanja ribuan..he he

    BalasPadam
  8. usaha tangga kejayaan,
    itulah amalan kita.

    BalasPadam
  9. Salam tuan, saya pun anak Pahang, duduknya di perairan ikan patin Temerloh, sekolahnya pun pernah di ABS Temerloh tuh..hehe, Bagusnya entry tuan nih, saling mengingati bahawa kita semua x kira besar atau kecil sebenarnya ada kelebihan tersendiri dan saling menumpang antara satu sama lain....teruskan berkarya!

    BalasPadam
  10. penuh makna ayat-ayat ni....!

    BalasPadam
  11. Salam,

    Saya pun anak ikan dari Jerantut Pahang. Masih ikan kecil nak numpang teduh di lubuk ikan besar huhuhuhu...

    Nice entry indeed. Penuh makna tersirat

    BalasPadam
  12. salam tuan - saya berblog saje suka2 tp suke dgn n3 tuan....

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<