Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

12 Nov 2010

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

AAP - Baik juga jika dijadikan amalan bersama terima kasih Ustaz :) kut-kut kalau ada macam tak berapa bahagia, kurang bahagia, tu elok juga kita baca sama agar rumah tangga kita terus bahagia dan aman damai.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

7 ulasan:

  1. Doa terbaik !
    akan saya amalkan ...
    tkasih :)

    salam jumaat en yassin . Moga sihat and ceria bersama keluarga ..

    BalasPadam
  2. moga kita dan isteri-isteri kita sokmo dalam kemuliaan dan kebahagiaan anugerah Ilahi

    BalasPadam
  3. Salam...

    molek la tu...koi x reti nak ngomen mende..huhuh :P

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Baguslah tu, molek sangat untuk diamalkan, bukan panjang sangat pun..

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat wehhh. Terima kasih krn kongsi doa te...

    BalasPadam
  6. itulah yg semstinyer bg setiap pasangan, jgn lupa sentiasa mengamalkan doa kebahagiaan dunia akhirat!

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :