Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

21 Sep 2010

MELUKUT DI TEPI GANTANG


Hari ini saya nak nulis sikit peribahasa Melayu lama. Iaitu  melukut di tepi gantang. mungkin anda tahu apa maksudnya. Jangan main suka cakap je, kena tahu maksud dan penggunaannya.  Jika ada yang menyebut anda jangan main angguk-angguk geling-geling aje... hehehe
Bahasa asalnya adalah disebut 'Lemukut di tepi gantang', tapi dek sebabkan orang muda menjadi moden dan susah nak paham bahasa orang bahasa orang dulu-dulu, maka ditukarkan kepada istilah sekarang, “melukut di tepi gantang”. Pengertian bagi peribahasa ini adalah ‘Sesuatu yang tidak dihargai sangat.’ 
Bahasa yang digandingkan untuk peribahasa ini menjelaskan maksud adalah …. "Keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi" atau sama ada tiada atau ada tidak memberi makna dan kesan. Bahasa modennya adalah , “lu ada ke tak de, gua tak de hal, ada aku kisah” maksud MELUKUT ialah serpihan beras yang dah pecah-pecah. maksud GANTANG pulak ialah penyukat untuk sukatan.

Jika nak di halusi peribahasa ini ada ker org nak jadi beras yang pecah-pecah dan duduk melukut ditepi gantang? tentu tidak... yang pastinya kita berkeinginan yang sama, pada sesuatu yang hak bersama dengan orang lain namun apa daya nasib tidak menyebelahi kita. Bersabar aje lah :(

Wassalam. Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. Kalau dah rasa seperti 'melukut ditepi gantang' eloklah beredar . Jangan plak terhegeh-hegeh kat situ . Dah orang tak suka, cari jek yang lain kaanss...

    salam manis and ceria en yassin . Harap sihat ketika ini .

    BalasPadam
  2. Betul sangat tu bro..... gitulah juga dalam kehidupan kita bermasyarakat.... kalau dah ada yang baru, yang tua-tua tu macam melukut tepi gantang je... pandai-pandailah bawak diri... tapi kena ingat, si melukut ni tidak pernah luntur semangat walau tidak dipedulikan....

    BalasPadam
  3. "Melukut tepi gantang" sebuah peribahasa lama yg bakal lapuk. Di abad 21 nih ianya tidak berfungsi lagi. Sudah ketinggalan zaman. Jika ada lagi orang yg menggunakannya orang itu akan ketinggalan terus.

    BalasPadam
  4. salam,

    peribahasa ini lazimnya adalah pemerhatian mendalam masyarakat Melayu tradisional dahulu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas!

    BalasPadam
  5. salam yassin..
    begitu ke ceritanya?
    terima kasih kongsi
    ilmu..

    BalasPadam
  6. maknenye ander ke tak ander projek tetap jalan..

    sabor te lah yg terbaik

    BalasPadam
  7. Setuju dengan En. Hashim. Anak-anak muda sekarang tidak dapat menghargai peribahasa seperti ini kerana mereka tidak merasai dan mengalami ataupun melihat dan mengenal - apa itu melukut dan apa itu gantang. Perlukan nafas baru kepada peribahasa Melayu untuk dijadikan pengajaran dan pendidikan kehidupan.

    Berbalik kepada peribahsa : masalah utama ialah manusia ni tak merasa pun yang dia sudah menjadi melukut di tepi gantang. sendiri tak sedar atau buat tak tahu saja. Terus nak kekal di tempat yang sama walaupun tiada sumbangan dan produktiviti lagi.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...