Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

11 Ogo 2010

Denda tidak berpuasa.


Jika diimbau sedikit waktu dahulu di antara lain hukuman bagi mereka yang tidak berpuasa di Daerah ini mereka akan di bawa bersiar-siar keliling Bandar dengan menaiki Van Jenazah setelah diwar-warkan - ini adalah mereka-mereka yang tidak berpuasa.  Rasanya hukuman seperti ini perlu di teruskan bagi menyedarkan mereka yang tertentu yang tidak mahu berpuasa,  belum mati pun dah diusung naik kereta jenazah.

Moralnya kut mahu insaf,  jika sekadar denda mungkin semua orang boleh bayar denda tersebut... tapi kalau menjatuhkan maruah mungkin org akan berfikir banyak kali. Ada baiknya hukum seperti ini diteruskan semoga memberi kesan yang baik utk mereka... agar tidak sewenang-wenang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

Puas juga saya mencari apakah denda bagi mereka yang tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran. Dibawah  : Seksyen 190. Tidak berpuasa. Negeri mana punya atau di guna utk Semua Negeri Wa'allahhualam dijelaskan.

Seksyen 190. Tidak berpuasa.

Barang siapa, yang tidak harus berbuka puasa, pada siang hari dalam bulan Ramadan, memakan sebarang makanan, meminum sebarang minuman, atau menghisap sebarang hisapan di khalayak ramai atau di mana-mana tempat awam, dan barang siapa yang bersubahat menjual barang makanan, minuman, atau hisapan kepada yang tertegah dari memakan, meminum, atau menghisap seperti yang tersebut itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

AAP - Secara peribadinya saya amat jelak nengok org tidak berpuasa dia rasa, dia lah yang hebat...terer dan sebagainya seakan dia bermegah dgn tidak berpuasa. Moralnya kita sebagai umat islam tetap berasa kecewa dan teramat malu pada bangsa lain apakah ini cara agama Islam kita? Saranan saya kalau tak mahu puasa juga.. duduk dirumah bantailah nasi empat periuk pun dan keluarlah drp rumah seakan anda sedang berpuasa.tidak-tidaknya moral umat islam yang lain tidak tercemar daripada tanggapan serong bangsa lain diatas sikap tidak bertanggungjawab segelintir drp merka ini.


** Jika salah tolong betulkan.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

8 ulasan:

  1. Dirumah tak leh makan jugak..

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    molek juga di adakan
    semula naik van jenazah, beserta pinggan mangkuk masa makan di khalayak ramai tu..bukan nak memalukan pesalah tapi memberi kesedaran secara tak langsung

    BalasPadam
  3. betul tu!

    btw, salam ramadhan

    mohon maaf andai pernah melakukan kekhilafan sepanjang mengenali anda di bdunia blog ini!

    semoga ramdahan kali ini lebih bermakna

    BalasPadam
  4. dia org bukan xtau... tapi tak peduli :(

    BalasPadam
  5. Orang islam kena puasalah weh!. Bukan bulan ramadhan pun orang Islam berpuasa. Ada orang yg berpuasa sepanjang tahun kecuali 2 hari...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :