UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

1 Jun 2010

Ramalan dan Petanda Orang tua dahulu.

Di dalam dunia kita org melayu terdahulu bergitu banyak sekali ramalan yang di jadikan petanda bagi menentukan sesuatu alamat itu, di antara petanda yang tidak baik seperti berikut:

1. Jika terdengar Siamang (wak-wak dalam loghat tempatan) atau Burung Gagak bagi di sesetangah tempat, berbunyi itu tandanya bakal ada di kampung itu... akan berlakunya kematian.

2. Jika ayam berkokok di waktu senja hari itu... petandanya Tuan punya ayam bakal ditimpa kesusahan.

3. Jika Biawak memasuki rumah juga mempunyai petanda yang tidak baik.

4. Jika guruh ditengah hari itu tandanya bakal ada Pembesar di Negeri itu akan meninggal dunia.

5. Jika pinggan atau mangkuk terlepas daripada tangan juga mempunyai petanda yang tidak baik.

Moralnya :  Perkara di atas sekadar di jadi suatu ramalan, alamat atau petanda semata-mata. Sekadar pertanda yang bukan ada ketentuannya... kerana semua ketentuan itu datangnya daripada Allah jua.

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada Pengarang,

16 ulasan:

  1. Bro yassin..kekadang tu scara kebetulan berlaku...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, nok tambah satu,
    kalau mimpi gigi tercabut tandanya ada keluarga terdekat nok meninggal...

    BalasPadam
  3. salam Yassin
    amalan orang tua2
    selalunya ada rahsia
    tersembunyi..yang baik kita
    amalkanlah..yang tidak kita
    jadikan sempadan hidup..
    terima kasih kongsi..setengahnya
    koi pun dah lupa..he he

    BalasPadam
  4. Cikgu Medan - bete het teeh..kadang x sengaja aje.

    LL - Wmslam bete juge teeh dulu kash adadah nulis bender tu...

    Zul - wmsalam..semmg semuanya itu ada rahsianya zul.. mungkin diatas pengamatan mereka yg terdahulu akan terjadinya sesuatu itu.

    BalasPadam
  5. jika malas berblog, tandanya????

    BalasPadam
  6. sahromnasrudin - tanda kalau malas berblog mudoh aje... bila tak boleh nok mikir..ada berbunyi hmmm.. hehehehe alamat blog tak ber update laa...huhuhu...

    BalasPadam
  7. Salam...

    mimpi gg tercabut dah 2x benar berlaku...1st,koi mimpi gg tercabut,x lama pastu kazen meninggal...kali kedua kazen sorg lg mimpi gg tercabut, x lama pastu ayah koi meninggal...org kata,kalau pas mimpi kita trus citer kat org,xkan berlaku ape2...

    BalasPadam
  8. Kawan salu het tergigit bibir bila nok makan atau mula bercakap, apa tandanya....?

    BalasPadam
  9. Shinju - gitulah kabor dek org kalau mimpi tercabut gigi.. mimpi tercabut gigi ini ada maksud tertentu di bahagian mana… di atas atau dibawah ada maksudnya berlake...

    Pak ngoh - tu alametnya nok berkelahi hehehe.. dok pon kabor dek org tua2 nok makan daging kerba hehehe...

    BalasPadam
  10. salam,

    yang ramalan tu tak percaya kalau terjadi pun kebetulan sahaja tapi kalau petua orang tua boleh juga jadi amalan asalkan tidak bertentangan dengan agama..

    BalasPadam
  11. tokleh caye sangat bende2 gitu...kalo berlaku, mungkin kebetulan kot...

    BalasPadam
  12. Ramalan ku benar belaka.. < -- antara lirik lagu dizaman Rock kapak dulu..

    BalasPadam
  13. Jangan tersalah masuk rumah sudahlah. Itu tandanya nak kena belanja makan luar nampak gayanya

    BalasPadam
  14. hok molek kita amalkan yg tak moleh x payah amalkan...

    BalasPadam
  15. P/maya -itulah haikatnya.

    Cikgu jang- agoknya gitulah weh ...

    En syed - kawan lupe dah lagu tu cer aok nyanyikan getek hehehe..

    Pn ida - jangan tak pasal sajer kena pukul hehehe...

    AUC - itulah sebaiknya hok molek kita ikut hok tak elok jgn dibuat.

    BalasPadam
  16. salam encik yassin..

    kalau rama2 masuk rumah tandanya ada tetamu nk dtg.. kalau besar rama2 tu maknanya besar lah tetamu tu nnti.. hehhee..

    mmc2 kan.. apa2 pun yg baik kita ikut.. semua tu cme panduan yg diberikan org tua dulu2..

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading