Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Jan 2010

Kewajaran harga air minuman biasa?


(Gambar sekadar hiasan sahaja)
Kita kadang tidak ambil tahu pun air kosong yang kita beli dalam botol itu disebut sama ada air Mineral semulajadi (air galian) atau air minuman sahaja, yang hanya melalui proses penyulingan sahaja daripada Sumber air JBA, SYABAS dan sebagainya.Perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman Malaysia. Air mineral semulajadi ialah air minuman yang berpunca dari air bawah tanah yang telah ditapis. Ianya boleh dikenali dengan tudung botol yang berwarna biru. Bagi air minuman biasa yang berpunca dari air paip yang ditapis dengan bermacam cara, ia boleh dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.

Cuma disini saya ingin menyentuh, bab mahalnya harga air minuman biasa ini yang di jual secara runcit di mana Kedai-kedai runcit, Restoran dan Kantin-kantin mungkin diseluruh Malaysia dan saya lebih fokuskan perkara ini di bandar Jerantut. Bayangkan air tawar tanpa ada perasa dan warna jauh sekali rasa gulanya semata-mata air kosong dengan harga 500ml - RM 1.00 dan 1500ml - RM 2.00 dimana kemenesabahannya? walaupun perkara ini di satu ketika dahulu penah di tegur oleh pihak berkuasa namun semacam tidak di indahkan sahaja. Bayangan jika 5 botol yang anda beli untuk 1500ml - harganya RM 10.00.... dimana kewajarannya perkara ini.

Mungkin terkadang ada diantara kita malas membawa bekal air masak daripada rumah cara mudahnya kita beli sahaja air minuman biasa ini, namun jika diamat-amati ianya mahal dan satu pembaziran jua...sekadar utk perbandingan bayangkan jika bil air yang kita bayar jika pengguna kita hanya seorang hanya sekitar RM 3.00 sahaja macam-macam hal kita buat memasak, mandi, basuh kereta, basuh kain dan berbagai lagi agak berapa liter pengguna keseluruhannya ? tentu tidak terkira liternya dan bayangkan pulak jika 2000ml bagi air minuman biasa ini anda sudah perlu menjelaskan RM 3.00 untuk air minuman biasa ini. (sekadar air yang ditapis atau disuling sahaja)

Moralnya saya amat berharap juga pihak-pihak berkenaan dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya di manakah kebenaran dan kewajarannya  air minuman biasa ini di jual dengan harga sedemikian rupa.

Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang

10 ulasan:

  1. memang kita tak cakna sunggoh, kalo jba naik rega kita maroh, tapi beli air paip dalam botol ter sampei rm10 sikit tak kesoh ke

    BalasPadam
  2. Minum saja air paip besi..badan jadi sihat dan kuat..tak payoh nak tapis tapis..kot gitu nalor mgetea yang airnye datang dari paip besi..cuma guna tapis tea kain jer..

    BalasPadam
  3. Cemomoi - gini la nasib air paip. air botol juge dipandang orang hehehehe.

    En Syed - kawan nyokong amat cakap aok tu...mekala gitu moh laa kita ngetea lama doh x ngetea dgn aok.

    BalasPadam
  4. tumpang ngeteh sama...kwan dah lama tak puas hati dengan rege air botol ini...tapi beli jugak...malas nak bawak air dari umah

    BalasPadam
  5. En. Nuar - Moh kita bawak air masak drp umah aje...kawan dah praktikan bender ni, boleh jimat banje. Hehehehe...bukan berkira tapi ada kira-kira.

    BalasPadam
  6. teringat masa kecik dulu2, punye la susoh smpei slalu berangan nk jual air sungai dgn pasir je. xyoh kuar modal ngat, untung besor. rupe2nyer ler ni biase je mende2 gitu yak. jual air sungai, jual pasir smpai nk kena tngkap pun ande.

    BalasPadam
  7. piewahid - jauh taksiran aok tu...hehehehe

    BalasPadam
  8. salam abang yasin... harga air minuman kat kedai.. harga dia xsama .. itu yang pelik tu.... tai kebanyakan kita beli air sulin tu la.. tapi air tawar tok pawang laggi mahal...

    BalasPadam
  9. Abg lie - air jampi Tok Pawang doh campo pengeras dia caj dah jadi lain hehehe.......

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :