Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Okt 2009

Duit beli duit.

Gambar sebagai hiasan (sumber drp internet)
Duit zaman aki kawan nei bender deme membeli dgn duit 1/4 nei.






(Gambar sekadar hiasan sahaja duit bukan saya punya)

Kisah duit syiling lama, baru-baru ini ada rodong datang berjumpa dengan kawan bertanyakan kisah duit syiling lelama kut kawan ada.. mana le tahu kut peninggalan ayah, tok aki kawan dulu-dulu...kut ada kawan menyimpan, kawan cakap lah ke dia tak juge weh...ada sekeping dua hari tu entah koner dah...macam hampe je muka rodong kawan tu...rupenya dia baru mendapat hobi menyimpan duit syiling lama lepas tu kawan nanya juga ke dia mekala ada berapa aok nok bayor...ah.. boleh berkira lah weh....mekala ada teeh kata dia.... agak lama selepas itu kawan biarkan kisah dia tu baru-baru ini kawan try mencari nilaian duit ini rupanya bila kawan cuba usha-usha dalam internet neh...nilai duit 1 sen lelama neh mencecoh rega tidak kurang RM100- RM250 sekeping dijual org... dengan nilai 1 sen itu, tu belum yang 1/2, 1/4 sen, lepas tu kawan teringat ke rodong kawan tu... mekala ada nok ker dia membayor sebanyak itu.... maru regenya....dalam hati berkata.. mekala ada 4 keping emboh dapat RM 1000 hehehehe...sakit juga mekala dapat hobi gini keknya makala berduit tak jadi masalah duit beli duit.

Sedikit pautan tempat dema menjual duit lama klik : DISINI

*Mekala dipikir sekali imbas bagi kita tak de maknenya membeli semahal itu, tapi kalau dah minat tak de arah laa..weh...ker dema bawak gi "menurun' istilah duit panggil duit , entoh laa mintak jauh laa bender gitu.


Mutiara kata Islam


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini
kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan
kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan
bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa
dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati
suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki"
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia
untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud
kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan
Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling
baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya
,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya"
(Hadis Riwayat At-Tizmizi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya
Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada
harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat
kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan
carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat
menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
(surah Al-Asr Ayat : 1-3)

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana
dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya"
(Hadis Riwayat Al-Khatib)

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda
sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum
sempit dan hidup sebelum mati"
(Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala
kenikmatan hidup,iaitu MATI"
(Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Mutiara kata ini terkadang elok juga dihayati dan di jadikan pedoman.

Persekolahan dihari sabtu

Saya terpanggil jugak nak menulis satu topik berkiatan persekolahan di hari sabtu ( sekolah ganti) disebabkan cuti sebelumnya telah diambil. Tidak kira ganti tu kenapa cuti perayaan dan sebagainya yang perlu diganti. Jadi anak-anak kita diarah hadir kesekolah mengikuti jadual yang telah ditetapkan bagi mengantikan hari yang perlu diganti itu. Namun timbul persoalan sejauh mana dan apa perlunya jika anak-anak kita yang konunnya disuruh hadir kesekolah pada hari sabtu dengan memakai baju xtvt sekolah terkadang tidak membawa beg dengan membuat xtvt diluar kelas..murid-murid yang hadir jugak agak berkurangan bahkan terkadang guru-guru berkenaan pun tidak hadir...sudahnya persekolahan cuti ganti itu bagaikan tidak menepati kehendak sebenarnya. Jika pun tiada xtvt, pemberlajaran tidak akan berjalan dengan sempurna kerana kekurangan pelajar serta ketiadaan guru-guru yang berkenaan jadi guru-guru yang lain juge hilang semangat sudahnya cuti ganti yang dimaksudkan itu hanya sekadar mengisi nama sahaja sebagai cuti ganti namun pengisiannya jelas tidak mendatang manfaatnya.

Ada baiknya permantauan dibuat oleh pihak-pihak berkenaan sejauh mana keperluaan membuat cuti ganti ini dan sejuah mana manfaatnya utk anak-anak kita. Jika sekadar utk memenuhi syarat dan manfaatnya tiada rasanya amat merugikan kos sahaja. Utk makluman sekolah tmpt anak saya berlajar membuat cuti gantinya pada hari ini. Apa yang saya lihat pagi tadi jumlah kedatangan pelajar amatlah berkurangan...mungkin ibubapa malas nak bagi mudah kerja tukang kebun kut..

Untuk rekod kelas anak saya pagi tadi yang hadir seramai 7 org drp 27 org bila di ditanya berlajar apa kat sekolah hari ini? anak kecil menjawab tak berlajar pun abah.. kelas adik ada 7 org aje cikgu pun ada yang tak ada...hari ini.

30 Okt 2009

Kehidupan ini diduga, terduga dan menduga.


Kadang kita ini tidak faham jugak dengan sikap, perangai dan hati seseorang itu nak diikut tak jadi, nak biarkan salah, nak ditegur tak kena. Kadang ikut jugak mana yang mampu di ikut sudahnya tidak terikut jua...lantaran berbunyi jugak kita ini sebab mungkin kalau dibiarkan aje mmg tak kena...namun teguran itu berkias jua tidak main bantai aje... namun apakan daya dia terasa hati jua... kita bengkak juga hati kadang tu dgn perangai dia namun kita redha aje...biasalah org tak akan sedar kesalahan sendiri kesalahan org jua yang dinampak. Kadang rasanya nak aje di bedal masa itu juga tapi memikirkan suasana tidak sepatutnya kita buat gitu....memikir jugak ke member kadang tu...terkadang tahap kesabaran kita ini bagaikan tercabar jua..... tahap mana boleh bersabar kadang tu ...jika perangai macam apa entah bercakap celupar bagai dia aje yang hebat....dia aje yang tahu semua....haru jumpa org macam ini. Bagi saya kesabaran itu tetap ada dalam kehidupan ini cuma bezanya dimana tahapnya sahaja kesabaran itu. Namun keikhlasan hati tetap ada dalam diri....terkadang mulut mungkin berkata itu ini namun hati tidak sampai ketahap itu. Kerana kita amat faham apa itu erti hidup dan kehidupan...ianya amat memerlukan kesabaran, kehidupan ini tidak lebih sekadar diduga, terduga dan menduga hanya mereka yang sabar sahaja akan merasa lapang dada dan tetap berada didalam keredhaanNYA jua.

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

Moralnya bersabar jua... jika kita berjumpa dengan kerenah orang yang pelik-pelik.

29 Okt 2009

Semangat kejiranan.

Cerita dah agak lama juga kisahnya.. saje kawan nak mencerita ke halnya aje kata org tu,
kisah semangat kejiranan tolong membantu ada satu taman perumahan dekat kat bandar ini semangat kejiranan dema disitu sekali pandang mmg ok lah boleh bagi 4 bintang mekala ada 5 bintangnya rasa kawan...punya bagusnya oit...berkerja sama tolong membantu semua kira baguslah jika tahap itu yang dema tunjukan itu kira sejuk mata memandang kata org tu....majlis yang saya gi tu majlis perkahwinan kira majlis besor la dikalangan masyarakat melayu kita ini.

Dipendekan cerita kawan dtg awal juga dan segala persiapan memasak dan sebaginya kawan tengok (tolong nengok aje lah) nok campo tak reti juga maklum tempat org...jadi kawan tengok goner cara persiapan daripada masakan dan lain-lainnya....rupenya segala anggapan awal saya tadi macam nok lebur juga dah bila lauk pauk dah siap dimasak...geng-geng akak-akak, makcik disitu telah berubah rupa...macam keselok membungkus lauk pauk utk di agihkan sama geng dia kalau yang memasak itu tidak hairan dah mmg ada bahagian dia dan dua tiga org yang lain tu nei yang tidak berkenanan pun di bungkus sama puluh bungkus juga telah siap dibungkus... lalu lalu terdengor lah di kawan ...weh jenak bagi dah... meloh suruh tolong bawak balik, ani suruh bagi ke atan bawak balik riuh rendoh (bekok) juga jadinya masa tu...sedang majlis tersebut belum bermula lagi dema dah membahan semahunya....khabarnya juga ada stok yang disorok sebagai simpanan mereka selepas tertamu sudah pulang kelak dan stok ini sekali lagi di agihkan utk kali keduanya sesama geng dia huhuhuhuhu....

Bila para tetamu dah datang dalam sejam dua lauk pauk bagaikan sudah tidak mencukupi...hakikkatnya bukan tak cukup daripada plan asalnya tapi kerana di bungkus dan telah disemaga awal lagi oleh geng-geng makcik-makcik dan akak-akak disitu...nok tak nok tetamu makan lah bender yang ada...dalam pada bergitu kawan ingat abis setakat itu aje rupanya ada lagi episod seterusnya....membawab balik apa-apa jua yang masih boleh diambil seperti gula,susu, garam, rempah ratus dan seumpamanya....melarat minyak kampit yang lebih pun dibungkus sama dibawa balik huhuhuhu...........maruuu kabor kash ginehh....dalam hati berkata juga mekala nok membetul ker dema 4 ekor kerbau pun tak cukup mekala buat kelakuan gineh...dalam hati kawan berkata juga.... ini baru semangat kejiranan betul tolong membantu dan memunah...keknya rasa kawan kat taman ini sahaja buat kelakuan buruk gini...kawan tak jumpa lagi taman perumahan yang lain macam ini.

Saranan kawan elok juga jika penduduk taman nie kalau nak buat kenduri semacam ini elok di buat secara katering dan bufet bagi menjamin keselesaan tuan rumah dan juga keselesaan para tetamunya... jika amalan semacam ini berterusan boleh haru juga tuan rumah....harapan kawan org di taman itu berubah lah sikap semacam ini.

Moralnya kawan rasa taman yang kawan maksudkan ini bolehlah kawan kabor maruuuu.....tahap jingge.

Berhati-hati dengan barangan kulit babi!

Titik 3

Sendal kulit babi.

Kasut Perempuan

Beg Tangan wanita.

Kulit babi bahagian dalam dompet lelaki.

Sepatutnya kita sebagai org islam kena lebih peka dan prihatin dgn masalah ini kena ambil tahu kalau dah tahu jangan buat tak tahu...sekarang ini barangan yang berasaskan kulit babi ini amat berleluasa di mana jua termasuk ditempat kita sendiri, jadi kita kena mengambil berat permasalahan ini boleh dikata kulit babi ini banyak sekali di pasaran terutamanya dompet duit, kasut, sendal, beg tangan , tali pinggang hatta apa jua barangan yang berasaskan kulit cara utk mengesannya cukup mudah kulit babi mesti ada 3 titik seperti gambar diatas itu.
Jangan kata sekiranya ingin membelinya sahaja tetapi ada lebih baik periksa terhadap barang-barang yang telah di beli dan telah di pakai utk sekelian lamanya. Baru-baru ini saya sendiri mahu membeli dompet duit lelaki di pasaraya besar, harga boleh tahan tapi bila saya amati kebanyakan dompet duit ini di bahagian dalamnya semua kulit babi tidak di bahagian asas ( luar) tetapi bahagian dalamnya. Boleh dikatakan dompet duit lelaki jika berharga sekitar RM10.00 - RM 15.00 kebanyakanya bahagian dalam itu diantara pelapik tersebut kulit babi.
Kebanyakan kulit babi ini diletakan dibahagian dalam sebab dia sejenis kulit yang lembut bagi apa jua jenis barangan, jadi anda disarankan lebih berhati-hati dan berwaspada seadanya.

**Kasut kawan 2 pasang dah kawan sedekah kat Alam flora hehehehe....sebab kulit babi.

Kelkatu dan kehidupan kita.

Serangga ini boleh di lihat selepas hujan kalau ada kilat petir kata org tua serangga ini akan keluar dan kelkatu ini juga berkait juga dgn cendawan (kulat tahun) jika ada dia berterbangan maka akan ada cendawan di sekitar kawasan itu.

Pun bergitu sekiranya kita mengambil iktibarnya menlihat Kelkatu ini boleh jugak kita serlahkan maknanya dalam kehidupan kita... bila dah elok-elok duduk dalam tanah memohon pada tuhan agar diberikan kepak kepadanya, maka mungkin doanya di makbulkan berterbangan ia di udara rupanya tak lebih sekadar di jadi makanan berburung yang berterbangan, jika jatuh kelak kebumi akan jadi habuan sang katak jua.

Jika difikir-fikirkan dan dia tahu apa nasibnya kelak mungkin kelkatu itu tidak akan berbuat demikian. Sedikit coretan yang boleh juga kita fikir-fikirkan.

Moralnya : Jika kita memohon sesuatu yang kita perlukan mungkin sesuatu itu tidak mendatangkan kebaikan untuk kita.

28 Okt 2009

Tahniah atas Pengurniaan DIMP




Sumber : jba.pahang.gov.my


Sekalung Tahniah kepada Pengarah JBA Pahang Dato' Mohd Zahari Bin Md.Isa. DIMP., AAP. Atas Pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Daripada Pengarang Blog akuanakpahang dan Warga Kerja JBA Jerantut. Sempena hari Keputeraan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'azam Shah pada 24/10/2009.
Ulusan tidak diperlukan sekadar paparan.

Antara mereka yang tersohor (akuanakpahang)


Nama penuh ialah Haji Nong bin Santan, lebih dikenali sebagai Pawang Nong. Dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874. mempunyai isteri dua, pertama bernama Palam Mat Sama, dengan memperolehi lapan anak lelaki,iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama hajjah Halimah Mk Long dengan mendapat tiga orang anak iaitu satu lelaki dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977 ( pada usia 103) di Kampung Ulu Cheka.

Jasa beliau adalah membuka kampong Ulu Cheka pada tahun 1907 dengan seramai tujuh orang kawan. Menjadi pengasas kepada masjid Ulu Cheka. Menjadi Pengasas kepada sekolah Pawang Nong Ulu Cheka.
Sebagai Pawang pertama Ulu Cheka. Sebagai pendekar Silat Cekak. Merupakan penentang penjajah Komunis di Pahang yang terbilang.

Mendapat penganugerahan pingat daripada British iaitu dari Sir Gerald Templer dengan British Empayar Medal (B.E.M) Kerajaan Persekutuan pula mengenang jasanya dengan memberi pingat AMN, manakala kerajaan Pahang menganugerahkan pingat PJK dan PKT.

Menjadi ketua Kampung pertama di kampong Ulu Cheka, sejak mula pembukaan sehingga 1966. Merupakan Sahabat kepada Pahlawan Mat Kilau. Pernah menjadi Pawang Di Raja semasa zaman kegembilangnya.

Cerita berkaitan :
Pawang Nong atau juga dikenali dengan gelaran Awang Nong adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai ilmu persilatan Melayu serta ilmu perubatan tradisional yang tinggi sehinggakan pernah dicerita menerusi cerita lisan orang-orang tua dahulu bahawa beliau mempunyai ilmu kebal dan ketika penjajah ingin menembaknya peluru senapang hanya sekadar memasuki poket beliau sahaja tanpa dapat mencederakannya walau sedikit pun.

Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.
Makam beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.

Sedikit sumber yang penah dicerita secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu tentang kehebatan Pawang Nong. Pawang juga bermakna seseorang yang pandai , berkebolehan dan banyak ilmu kebatinannya termasuk mengubati org dan juga mempunyai kelebihan ilmu kebatinan yang lain hilang ghaib dan sebagainya sehingga berhubungan dengan makhluk lain jin dan seumpamanya. Antara lain kehebatan beliau yang penah diceritakan secara lisan beliau dapat memagari kawasan kampung daripada kelihatan oleh tentera Jepun dengan kata lain perkataan pihak musuh tidak akan nampak dimana kampungnya. Sehingga pandangan mereka nampak hutan sahaja.

Cerita lisan yang penah diceritakan akan kehebatan beliau bila mana beliau penah di tangkap oleh tentera komunis diikat dengan rantai bersama anaknya ketika belia hanya membiarkan sahaja sehingga beliau dibawa kesatu tempat mungkin sudah melewati batas kesabarannya beliau dengan sekali sentap sahaja rantai besi yang mengikatnya telah lucut drp tangannya. Kehebatan anaknya ketika tidak kurang hebatnya dengan sekali tepukan pada meja yang dibuat daripada kayu telah seakan hancur berkecai. Pada masa yang sama juga komunis sudah tidak berkata apa-apa semuanya meninggalkan dua beranak tersebut. Kehebatan lain yang penah diceritakan bagaimana beliau dapat menghapuskan syaitan yang bergelar org minyak yang dengan ilmunya itu.

Serta bagaimana kisah beliau boleh meminjam peralatan seperti pinggang mangkuk daripada org halus (org bunian) utk kegunaan penduduk kampungnya bila mana mereka ingin membuat majlis kenduri dan sebagainya. Malang tradisi ini tidak dapat diteruskan walaupun ketika hayat beliau masih ada kerana perjanjianya dengan makhluk tersebut telah dilanggar, pinggang mangkuk yang pecah mesti dipulangkan macam mana sekali pun keadaanya, ada diantara penduduk tidak mengindahkan perkara ini ada diantara mereka terus membuangkannya sahaja lantaran mereka sendiri yang menlanggar perjanjian ini walaulupun telah dinasihakan oleh beliau.

Diatas jasa-jasa dan kehebatan serta penghormatan kepada beliau pihak Inggeris ketika telah menganugerahkan dua Bintang kebesaran Kerajaan British kepadanya. Anugerah bergitu tinggi nilanya kerana tidak semua org mampu untuk memilikinya. dan diatas sumbangan bakti beliau sebuah sekolah telah mengabadikan nama beliau sekolah di kampungnya di beri nama Sekolah kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut .

Nama-nama lain yang juga tersohor:


Nama penuh ialah Haji Muhamad Bin Mukim Sam, lebih dikenali sebagai Pawang Haji Muhammad ( Aki jabuk) Dilahirkan di Kampung Rengai, Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1884 -1983

Beliau meninggal dunia pada tahun 1983 ( pada usia 99 tahun) di Kampung Mat Kilau, Jerantut dan kebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau Jerantut. Beliau juga mempunyai pertalian saudara dan satu perguruan dengan Pawang Nong, juga mempunyai ilmu pawang dan kebatinannya, seorang Tok Mudim dan Ketua Kampung Rengai yang amat di kenali dikampungnya, jasa-jasa dan pengorbanan beliau juga amat membanggakan sekitar Mukim Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis Pahang.

Cerita berkaitan :
Cerita lisan yang penah diceritakan beliau juga berkebolehan memagari kawasan kampungnya drp di ceroboh olehTentera Jepun , Kehebatan lain jika org tidak berniat baik atau berbuat perkara tidak baik di kampungnya tidak akan dapat keluar daripada kampungnya tanpa keizinannya terlebih dahulu. Pernah diceritakan, ada penduduk kampung yang saja-saja mahu menguji ilmunya pura-pura sakit lutut dgn menletakkan buah pinang dicelah pelipat (bahagian dalam lututnya) dengan kehebatan yang dikurnia allah jua beliau mampu mengeluarkan buah pinang tersebut dari atas lutut orang kampung tersebut.

Al fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat jua hendaknya.

Untuk makluman sahaja Haji Mohammad Bin Mukim Sam adalah ada Datuk (Aki) pada Pengarang akuanakpahang.blogspot.com

"Bila Nasi dah jadi Bubur"

Jambatan Runtuh

Bas sokmo nok berlanggor je

Ada bukit habis runtuh sokmo.


Bangunan tinggi gini lah nasibnya.


Mungkin peribahasa diatas amat sesuai digunakan bila memperkatakan soal kemalangan, tanah runtuh, jambatan runtuh dan sebagainya bila sesuatu trajedi sudah berlaku barulah Jabatan-Jabatan, dan badan-badan tertentu memukul canang mempersoalkan itu ini seterusnya siasatan , soal siasat, bedah siasat dan siasatan demi siasatan baru dibuat berbagai Jabatan berkenanaan barulah tindakan turun padang dibuat dan bermacam hal lagi termasuk menubuhkan tribunal, Suruhanjaya dan sebagainya. Jika diamati perkara tersebut tidak lebih sekadar membuang batuk ditangga. Persoalannya kenapa perkara ini tidak diambil tindakan sedari awal kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Apakah perlukan bagaikan tukul dengan pahat? sekali diketuk sekali masuk? Kita tidak mempersoalkan soal tanggungjawab, sikap dan peranan sesetengah Jabatan berkenaan cuma kita mempersoalkan kenapa bila sesuatu perkara buruk telah dan sudah berlaku barulah Jabatan berkenaan mengambil sikap utk mengambil tindakan, siasatan dan berbagai tindakan lainnya kenapa tidak diambil tindakan sebelumnya bagi mempastikan sesuatu itu ditahap yang sempurna. Sepatutnya soal permantauan, keprihatian dan mengambil tindakan serius itu bermula dari awal-awalnya lagi bagi mempastikan tahap keselamatannya, mungkin sesuatu sudah tidak bermakna jika dalam peribahasa melayu kita ada menyebut "Bila nasi sudah menjadi bubur"
Moralnya : kita juge berasa takut juga bila rehat-rahat kat rumah di lereng bukit, lepas tu nak naik Bas, lalu kat jambatan lepas tu naik ke bangunan tinggi-tinggi.

27 Okt 2009

Ayat pelik dalam bahasa melayu kita

- Saya nak turun kebawah sekejap...
(ada ke org turun keatas?)

- Saya nak naik katas kejap...
(ada ke orang naik, kebawah)

- Nombor satu semua salah satu, tak ada salah dua atau tiga.
Contoh ayat dibawah ini:
(saya suka salah satu perangai dia macam tu laa.. penyabar orgnya)
(salah satu perkara dibawah nei betul kecuali)
Jadi perkataan salah satu ini rasanya pelik juga.
walaupun pun bender tu betul atau tak betul disebut salah satu.

- oit lama tak nampak!
Jangan cakap macam ini
(jangan sebut gitu lelama buta)
sebaiknya sebut oit lama tak jumpa.
ada ker sebut lama tak nampak. Hehehehe...

- Dah jatuh kebawah nampok??? (biasanya nada nak maroh kalau keluar ayat gini)
ada ker bender jatuh keatas hehehehe

Hak lain nanti kawan pikirkan lagi banyak lagi keknya dah lupe.

Hakikat Masa



Masa itu kalau dibiarkan atau tunggu bodo je (tak buat benderlah kiranya )
memang lama sangat rasanya. Masa kalau dikejar (istilah mengejar masa sibuk dengan
tugasan atau sewaktu dgnnya) popalit tak dan kebender perasaanya.
Kala nak mudah malas nak buat keje, malas itu ini rasa tak de guna dengan masa jadilah istilah membuang masa, buang masa mmg mudah gi borak-borak..ronda-ronda istilah buang masa itu memang mudah.

Lalu jadilah istilah tak cukup masa, buang masa , merugikan masa , tak de masa , paling tak paham " masa-masa" hehehehe..... apa pun masa itu amat berharga. Hanya mereka yang bijak sahaja dapat membahagikan masa. Apapun perkara seperti dibawah ini selalu dingatkan kepada kita:

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.

26 Okt 2009

Antara tugas dan cemuhan orang.


(Gambar sekadar hiasan)

Sebelum kawan menulis bender lain kawan amat faham antara tugasan dan tanggungjawab pada sesuatu tugasan itu, pun bergitu kita tidak dapat lari drp cemuhan orang ramai tambahan sesuatu tugasan itu memerlukan berbuat bergitu. Jadi lah abg pengawal keselamatan ini (gambo sebagai hiasan sahaja tidak kena mengena hok hidup atau pun dah tiada) Kalau kita ke hospital sebagai contohnya geng ini mmg ada...jadi kawan kerap juga nengok, terdengor dan terkena kadang tu dengan deme nei, betulah berkerje tapi cara kerja agak kasor juge...kasor maksud kawan tak pakai bahasa hok lembut sikit dalam erti kata bersopan sikit...kadang-kadang maroh ker org suruh keluar daripada wad macam menghalau kambing je..hehehe....(kawan faham kerje dema tu) keknya apa salah bersopan sikit jangan sampai org membenci...saranan kawan compy tertentu perlu juga membuat kursus olahan bahasa atau perhuhungan bahasa untuk pengawal keselamatan ini jangan sekadar di hantar berkursus tau selok belok kerja guna senapang dan sebagainya tahu perhubungan bahasa dengan org ramai juge penting.

Kawan lebih menjurus Pengawal Keselamatan kat hospital tu....cakap lembut, sopan sikit dah cukup tak payoh lah cakap kasor-kasor...org pun faham juga kerje dema ce cakap gini Encik masa dah cukup minta keluar yaa....masa utk lawatan dah tamat. Apa saloh sejuk juge hati org.....(org pun tak nak gi situ mekala tak ada yang sakit hehehehe) nie tidak dalam nada yang garang dan tegas bunyinya OKK....masa dah cukup keluar semua sekarang.......masa melawat dah abis dan lain bahasa bla...bla.... heheheh Kalau cakap lembut lain juga bunyinya walaupun ayatnya lebih kurang aje....bahasa menunjukan bangsa...jangan jadi sampai hilang bahasa terus mencemarkan bangsa. Kesimpulannya kawan tak mencemuh kerja dema tapi bahasa dema tu ada sorang berdua kasar amat bunyinya.

u/p : Kash ada juga rodong keje gini ...bila jumpa nok nengok pun malas apakan nok menegor... kalau kat hospital tu dia lah orangnya hehehehe.....xsen sungguh.

Jalak kash dah mati....


Sehening sebelum subuh tadi kawan terdengor lagi dia mengepok dan berkokok seakan bingit juge telinga kawan mendengor jalak berkokok dalam terataknya kawan masih tidak faham alunan kokokannya itu mungkin dia ingin memberi sesuatu pertanda akan terjadi sesuatu......lalu kawan ngabor dalam hati hari dah nok subuh dah nei....keknya kawan masih menlelapkan mata...utk sekian kalinya jalak berkokok dan mengepok kawan pun bangun mandi dan menunaikan solat subuh...sesudoh solat subuh kawan tengok juge kut dah keluar ke belum jalak itu...mmg pintu teratak nya tidak di kunci...sebab mudah dia keluar masuk....rupanya jalak dah keluar.... patutlah suasana tidak sebingit sebelumnya....lalu kawan buka pintu hadapan...tiba-tiba kawan tengok sebujur badan bersama bulu yang berteraburan diatas jalan raya kawan tidak menyangka lalu jalak kawan.......aku hampiri sebujur badan itu....alangkah terkejutnya kawan rupenya Jalak kena langgor di kereta... semasa itu dia tengah azab tinggal nyawa-nyawa ikan kes langgar lari rupanya...tapi jalak masih berbunyi dengkurannya seakan dia ingin memberi tahu yang dia akan pergi buat selama-lamanya....alangkah sedihnya hati kawan kerana jalak ini hensem sangat....kawan bagi makan pagi petang...kawan carikan teman hidupnya...agar dia tidak kesunyian....namun apakan daya yang hidup tetap akan merasai mati....maka tinggal jua jalak ku dalam kenangan. Mungkin rindu jua kawan pada kokokannya itu....
Moralnya walaupun dia hanya seekor ayam tapi kawan tetap sedih juga.
(sedikit coretan kisah benar dihari ini : 26/10/2009)

JIKA TELEPON BIMBIT ANDA HILANG.

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.

Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya..Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut:- * # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash) dan send.

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Kira macam nombor surat beranak laa kut.

Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.

Sebaiknya no siri IMEI ( handset) itu dicatat/simpan terlebih dahulu sebelum apa-apa hal terjadi.

AKU ANAK PAHANG

25 Okt 2009

Sejadah dah berdiri kita bila nak berdiri?

Sumber drp Email


Sekali tengok macam org tengah duduk tahyat je..

Gambar ini saya tidak pasti sama ada sejadah itu bergerak atau tidak.
Semasa rakaman gambar ini dibuat.

Cuma saya bimbang ada antara mereka2 berniat nak bermain-main wa'allahualam

MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas.

Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku diPermatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu. Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana.

Ramai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini. Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu.


Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini. Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah. Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.

Sebelum ini , kejadian sejadah berdiri hanya melibatkan sehelai sejadah sahaja. Namun, maklumat terbaru yang kami perolehi terdapat satu kejadian lebih menakjubkan berlaku beberapa hari yang lalu iaitu selepas kejadian di Permatang Pauh baru-baru ini.

Kemudian heboh pula cerita sejadah berdiri ini di sebuah surau sebuah pejabat yang dirahsiakan semasa salah seorang kakitangan pejabat tersebut hendak menunaikan solat Asar, dia ternampak tiga helai sejadah berdiri dan seolah2 sedang solat berjemaah. Dia pun terjerit2 balek kepejabat memanggil kawan2 lain untuk melihat. Bila kawan2 lain datang, seorang kawan sempat mengambil gambar2 sejadah2 tu....! Elok lepas 5 minit gambar2 diambil...sejadah2 itu pun dengan sendirinya terjatuk balek asal....! Pelik kan...! Tak lama nak kiamat ni...!". Lokasi kejadian ini dirahsiakan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini.

Moralnya: agok kawan org sekarang banyak yang tak buat solat atau mengabaikan solat itu sendiri jadi sejadah itu membahasakan ke kita suruh mengambil iktibar dan pedoman aok me tak sembahayang diatasnya baik dia sembahyang sendiri mekala kala boleh bercakap mungkin sejadah tu dah bercakap haru juge... jadi sebaiknya sejadah itu menggunakan bahasa isyarat. - kalau tak paham juge entahlah...andaian kawan semata-mata. Jadi solatlah kita sebelum kita disolatkan. Kerana solat itu tiang agama, jadi kemana kita nak letakkan dindingnya sekiranya tiangnya tak ada. (dinding itu bermaksud amalan baik yang lain)

Sejauh mana kebenaranya kisah Sejadah berdiri ini Wa'allahhualam

24 Okt 2009

Arap juge nok ke bonus..

Arap juge nok kebonus hari semalam ramei juge rodong-rodong nunggu depan TV, dengor radio pendek kata pasang telinge ngan mata berlake....mana hok terlepas tengok, dengor bantai nanya org kut ada khabor gembira, kut ande ngabor kisoh bonus rupenya mmg tak boleh diharap padi seberang abis makan di tikus...balik lak rodong tu ngan guni kosong (hampe) berlake heheheh....namun bergitu usoh sedih ngat ada rezeki lain weh...mekala tak dapat hok nei ada esok nyer dapat hok lain pulok.... apa pun namannya dah bonus duit terpijok juge tu...mekala dapat tu lapang juge dada...kala tak dapat nok goner sempit sikit aje rasanya dada hehehehe....

Jadi kala tak dapat usah berasa hati ngat bawak dengor lagu..jalan-jalan gi taman kut ada pasar malam gi ronde-ronde hilang tension tu heheheh.....banyakkan minum air sejuk penawar dalam tu hehehehe...mana hok ada awek tu bawok gi dating hehehehe lepas juge rindu....

Arap - loghat pahang bermakne hampa.

23 Okt 2009

Soal Hati


Dalam pertuturan dan peribahasanya melayu kita telalu banyak di perkatakan soal hati, bila sedemikan maksudnya hati ini amat memainkan peranan dalam kehidupan kita, jadi banyaklah peribahasa dan kata-kata bidalan dan seumpamanya seperti : Patah hati, panas hati, sakit hati, terasa hati bengkak hati , susah hati dan bermacam-macam lagi soal hati semuanya lahir daripda ketidakpuasan hati , bosan dan sebagainya. Kesan langsung dari semua ini membuatkan seseorg itu hilang minat dan keyakinan diri utk berbuat, menlaksanakan sesuatu tugasan dan pekerjaan itu. Lebih buruk sekiranya perbuatan tersebut boleh membangkitkan kemarahan seseorang itu.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya didalam jasad manusia ada segumpal darah/daging, apabila segumpal darah/daging itu baik maka baik pula sekalian anggota tubuhnya serta perbuatannya, sebaliknya apabila segumpal darah/daging itu buruk maka buruk pula sekalian anggota tubuhnya dan perbuatannya".

Jadi soal hati ini perlu dijaga dan dipandang serius bukan hati sendiri malahan hati org lain jangan sampai terasa hati dan sakit hati kerana kesannya agak besar walaupun sekecil mana persoalannya namun bila hati sudah tercalar jiwa tetap terasa jua tentu soal kesempurnaan, keselesaan dan keindahan sesuatu apa perkara itu bagaikan hilang jua.

Moralnya:Jaga diri, hiasi perangai, indah diri sempurna jua hati.

Peminpin dengan kereta.


(Gambar sekadar hiasan sahaja)
1. Ada org reti bawak saje kereta itu bab nak jaga segala keperluannya dalaman dan luaran kereta itu zero pendek kata keretanya amat tak kena. Dari dalam hingga kebahagian mana pun semua tak kena mmg lebur habis yang ni silap-silap jalan tak sampai mana, beberapa kilometer org yang numpang dah mual muntoh bagai nak rak.

2. Ada org jaga bahagian luaran saje luar nampak cantik body solid cantik dgn cat dan lain-lain perkara tambahanya kala kita tengok mmg berkenan lah nak naik kereta tu...hakikatnya diluaran sahaja dalam jangan cakap lebur...tu belum buka bahagian enjinnya lagi... kala kita menumpang boleh jadi terbersing juge....silap-silap muntah-muntah anak tu jadi juge. Tapi tahan le pada kereta yang pertama tu.

3. Last sekali yang menjaga semua keperluan kereta itu dari luaran dan dalamannya. Kereta bukan sahaja cantik diluar tetapi didalamnya lagi cantik... enjin jgn cakaplah kalau luar dalam cantik enjin pasti best punya...mungkin kita agak selesa kalau dia mengajak menumpang keretanya nak pulak tempat duduk yang best tambahan pulak ada DVD/VCD kat dalam tu dan lain-lain perkara tambahannya peh...naik highway pun tak terasa tau-tau dan sampai ke utara nun....

Moralnya kereta lama tak apa tapi kena jaga segala keperluan didalam dan diluar kereta tersebut yang penting juga enjin kena molek.

Citer hal Bajet juga.

Kawan nei bukan pakar ekonomi dan terniat nak mencemoh sesape...keknya kawan nok bercakap aje sebab ada mulut bercakap ada telinga dengor....jadi kawan nok juge bercakap. Setiap kali pembentangan bajet bender yang amat mengharukan org kampung juge org bandor yang mengisap rokok (perokok tegar) istilah perokok tegar merokok yang tak boleh berenti dan dema penoh mengeluarkan kata-kata yang amat hikmat katanya " biar takde bini sesari dua jangan sampai tak berokok" maknenya rokok lebih hebat drp bini.

Jika diamati harga rokok kalau dulu setahun sekali naik kini setahun sampai 3-4 kali naik mmg amat mengharukan...kadang tiada alasannya tau-tau rokok naik aje...kalau dalam pembentangan bajet tu ada juge disebut ayat yang dah tak power buat org kampung kata " bagi mempastikan tahap kesihatan rakyat terjamin dan mengurangkan gejala merokok ini harga rokok di naik pada sekian-sekian katanya....mahu tidak mahu bagi org kampung mmg rokok itu telah menjadi kawan setianya di ladang sawit, ladang getoh, kebun koko hatta dimana jua dia berada...rokok juga yang menjadi temannya sebab tujuan lain meghalau nyamuk ...nok tak nok berapa pun rege rokok tetap di beli juga...kadang-kadang bini risau nengok laki tuh air lior cair takut pulok jadi bender ker dia...mana la tahu sabit tak de rokok bininya empuknya...bagi juga dik bini tu kelakinya suruh membeli rokok.

Secara perbandingan rokok sekitar tahun-tahun 80an dahulu, ada kotak berisi 6, 14 dan 20 batang cuma hari ini sudah tiada kotak yang berisi 6 batang tu....harganya yang 6 batang itu cuma 55sen, 14 batang RM 2.30 sen dan 20 batang RM3.60 sahaja....namun saban tahun harga ini terus naik terkini 20 batang rege rokok RM 9.30sen namun tidak mustahil selepas pembentangan bajet dengar khabarnya rokok 20 batang ini berharga RM 10.00 ringgit.

Satu situasi yang amat mengharukan bagi perokok tegar...perlu diingat org mencemuh org hisap rokoknya KONONnya namun jangan lupa cukai rokok juga antara cukai yang tinggi secara tak langsung cukai ini dapat menjana ekonomi negara kalau pakat berenti berlake org merokok dan kilang rokok semua ditutup rasa kawan kita pun tidak sesedap mana bawak kereta kat highway tu.....jadi kena pikirkan juga...jgn mengambil kesempatan pada sesuatu yang kononnya dikata tak baik dan kita pulak yang mengambil kesempatan kononnya drp bender tak baik itu.

Moralnya Merokok itu membahayakan kesihatan. Tapi lebih bosan jika saban kali bajet, rokok ini dinaikan. Aok me tak merokok boleh cakaplah...hehehehe.....cuba naik rege gincu @ bincu tu setiap kali bajet nyer naik tak ker mengamuk org pompuan hehehehe....

22 Okt 2009

Hakikat kehidupan.

Kerana kita Insan biasa
Sejauh mana pun kebaikan diri kita ini
orang tetap akan mencari keburukannya
Sejauh mana kehebatan diri kita
orang tetap akan mencari kelemahannya.

Sejauh mana pun keikhlasan hati kita
orang tetap mencari kesangsiannya
Sehebat mana pun rasa cinta kita
orang akan akan mencari dimana bencinya.

Sejauh mana kasih sayang
disana jua kebencian di curahkan
Seindah mana perasaan
Seburuk itu jua kesangsian di taburkan.
Kerana kita yang bergelar insan biasa
ada kelemahan dan kekurangannya.

Nukilan By. Akuanakpahang 22/10/2009

UNIK JUGA NAMA TEMPAT INI CHARUK MEMBEBEK


JALAN CHARUK MEMBEBEK.
Lokasinya di kampung Relong Kuala Lipis Pahang. Kawan pun tertanya-tanya juge goner deme dapat nama seunik ini Charuk Membebek Mekala ada hok memberi nama nei nok juga kawan bertanya apa ker maknenya sebab kalau ikut taksiran kawan lain ngat maknenya heheheh....apa pun Charuk ini dalam loghat Pahang bermakne satu tempat atau lembah takungan air. BEBEK nanti kawan buka kamus Pahang. Kalau ada org Lepih nun boleh juge memberi komen.

Sedikit pengertian membebek ini dalam loghat Negeri Pahang :
"aok nei atan...doh besor keknya membebek lagi"
"jangan main tengke senje gini karang nyer sorok di hantu bebek"

21 Okt 2009

Ada serupa tak ada...

Manusia ini terbahagi pada 3 jenis golongan:

1. Ada, serupa tak ada.
Manusia seperti ini ada dengan tak ada serupa aje tak mendatangkan apa2, ya pun tak tak ya pun tak...senang citer macam buat ded je...dengan lain2 perkataaan mengabiskan beras aje.

2. Ada tidak mendatang kebaikan.
Manusia jenis ini adanya tidak mendatangkan kebaikan bahkan menyusahkan org aje...pendek kata kalau ada dia mmg tak jadi apa2 menyusahkan aje...huhuhuhu..

3. Adanya mendatang kesenangan.
Sebaiknya ini lah jenis manusia yang terbaik dikalangan terbaik, adanya menyenangkan dan menceriakan orang lain serta memudahkan urusan org lain.

U/p : yang nombor satu tu banyak kat mana2 pun leh jumpa...hehehe...

Ragam di Kaunter Bayaran.

(Gambar sekadar hiasan)

Kadang bila org nengok aje Kaunter secara umumnya org akan mikir tempat membayar bil sahaja atau berurusan yang sepertinya sahaja, namun bergitu jika anda ingin ketahui kaunter jugak tempat orang melepas geram, dendam, berfikir dan berlawak.

Bayangkan seorang yang hendak membayar bil contohnya duk memikir dekat lima minit dihadapan kaunter baru nak buat bayaran bil... Kerani terpakse menunggu dia membuka mulut dan menyerahkan bilnya dgn masa yang agak lama. Sekali tengok macam saat itu dia baru menerima bil tersebut. Org marah-marah dan menlepaskan geram dekat kaunter sebab bekalan ke premisnya telah dipotong sambil menunjukan bilnya.... yang naya kerani kat kaunter tu juga yang tak tau menau... tak pasal-pasal kena..... Ada jugak yang berlawak seperti memberi bukan bil atau bil yang sudah dibayar untuk dibuat bayaran, terkadang dia saje-saje duduk dihadapan kaunter gaya nak membayar rupanya haram ketidak..... buang masa betul.

Nama org zaman sekarang.

Hari ini mungkin ramai org menamakan anak-anak mereka dgn nama yang cantik-cantik dan nama-nama yang agak panjang bukan apa, nyer cantum nama mak ayah tok nenek semua ada dalam satu nama anak atau cucu mereka itu dan terkadang ada nama yang di mulakan dgn PUTERI, INTAN dan sebagainya sebagai contoh namanya Puteri Intan Nor Adila Yanti Bt Mamat Nor. Apa yang pasti dengan nama yang agak panjang ini bukan sahaja susah jika mahu berurusaan secara rasmi seperti nikah kawin dan sebagai ketika mati pun disebut nama sedemikian maksudnya nama itu kita tak tahu lagi, kalau-kalau ada taksirannya dan maksudnya jika baik ok lah jika sebaliknya macam mana? jika diamat-amati nama ini jika digunakan semasa usia kanak-kanak atau seawal 20an ok lagi tapi kalau dah tua-tua rida esok tak kena rasanya.

Sebagai contoh kala dia gi Hospital disebut oleh jururawat nama macam kat atas tu tiba-tiba bangun org tua yang dah umo 60tahun bonggok siap pakai tongkat lagi goner tu?? Puteri Intan...peh...sekali ingat sape rupanya tok wan doh....haru juge...apa pun sebaiknya biarlah jika ingin memberi nama anak-anak ini nama sepanjang zaman maksudnya sesuai dgn apa jua zamannya. Nama juga amat memainkan peranan dalam kehidupan seseorg itu dan tanggungjawab ibubapanya jua memberi nama-nama yang baik dan sempurna.

U/p: nama kat atas itu sebagai contoh sahaja tiada kaitan yang hidup atau pun dah tiada.

Asal usul terkejut beruk

video
Asal usul perpatah terkejut Beruk

Mungkin disebab ini jadi pepatah terkejut beruk.

20 Okt 2009

Panggilan Baitullah

Sesungguhnya hati kecil juga amat terasa sayu, sedih dan segalanya disebalik keriangan aku melihat abg kandung ke tanah suci mekah, hari ini 21/10/2009 beliau akan bertolak drp sini jam10.00 pagi ke Kelana Jaya dan menaiki penerbangan pada malamnya 12.30 malam berlepas drp KLIA. Termanpu aku hanya mengiringi doa jua semoga beliau bersama isterinya selamat pergi dan selamat kembali dan dipermudahkan segala baginya urusannya disana kelak dan memperolehi haji yang mabrur jua hendaknya. Amin

Insan

Ada kala resah menyapa
ada kala rindu terbawa
ada kala riang bagai teruja
ada kala sedih datang bertandang
ada kala harapan tidak terjangkau

Lalu kita himpunkan didalam satu
rencah kehidupan kelak menjadi satu adunan
menlahirkan satu rasa satu jiwa
kenal diri kenal pencipta

Usah leka pada apa kiranya
kelak semuanya hanya sementara
pasti kehidupan satu kitaran
aluanan pasti tidak seindah impian.


Nukilan -akuanakpahang. 20/10/2009

Cuti umum bertambah lagi

Daftar Cuti Negeri Pahang

- Tahun Baru - 1 Jan
- Tahun Baru Cina
- Awal Muharam
- Hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w
- Hari Pekerja - 1 Mei
- Hari Hol Negeri Pahang
- Hari Wesak
- Hari kebanggsaan / Merdeka 31 Ogos
- Hari Keputeraan SPB Yang di Pertuan Agong
- Hari Keputeraan Sultan Pahang
- Hari Nuzul Quran
- Hari Penubuhan Malaysia - 16 September
(mengimbau sejarah penubuhan Malaysia 16Hb Sept. 1963)
- Hari Raya Aidilfitri *
- Hari Raya Aidiladha*
- Hari Deepavali*
- Hari Krismas 25 Disember

Jumlah 18 hari cuti umum.

19 Okt 2009

Buang Kucing


Naye laa .... pagi tadi masa kawan nak gi keje ada makcik duk chengking guni berat juge gayanya kawan ingat ke bender rupenya kucing dengan anok-anok kucing selember je dia buang kat tepi jalan tu.....macam tak bersalah je...dia....kawan nok nengor karang tak kena juga...keknya perbuatan itu kira sumbang juga...apa lah nasib kucing tu lepas ni .....kadang payoh juga membela kucing nei hok jantan duk beramuk je.... hok tine keje beranok sokmo...tak sudoh dgn itu taiknya , muntoh dan air kencing kita tukang cuci....melantong rumah jgn kabor laa....agak kawan nei lah sebabnya makcik tu membuang kucing nei....dalam kawan tengoh terpandang2 keberlakang kawan dengor juge makcik tu beromis....haa...amik aok keje beranokkk je ......tak laju dah kash membele deme....weh kesitu pulok.... dalam hati kawan berkata....kawan pulas minyok motor terus ke pejabat.....kawan tinggalkan makcik tu dgn kucingnya itu.....
Haruuu....maruuuu....

Pepatah kian moden...

Alang-alang mandi biar guna sabun.

Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.

Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

Lembut gigi pada taik gigi.

Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi ayam togel

Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggal dunia.

Berat mata memandang bahu tak tau apa.

Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang lama bisu.

Hidup segan mati ditanam.

Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.

Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.

Patah tumbuh hilang report polis.

Tiada rotan pelempang berguna juga.

Orang tamak selalu untung!

Org lurus jadi kurus

Bila makan hati cari lah ulamannya petai, jering ok la.

Bersatu teguh bercerai kawin lah lain.

Menarah bukit lama-lama pamah
Jangan cari pasal sajer kena ngan Jabatan alam sekitar.

Apa jadohnya gini??

Apa jadohnya gini...ni baru maruu......

8 sebab org pompuan nangis sabit lelaki.


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas, kaki gusti (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Kerayan -Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Ketor - Gabra.. (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. Ketor tak pasal je maru juge...hehehehehe..
5. Kejantanan tiada Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan,dsb)Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.PEDE'OH - (Loghat Pahang- Menipu) Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda..hikhik

Derian isi meroh






Kash tak penoh jumpe apa toh lagi mengenya (kenya) buah derian isi meroh nei keknya ada weh nun kat saboh katanya popalit laa jauh nye...goner nok gi mengsape gi kesana nok juge kash kirim sebutir mekala ada.......hehehe dapat butir nya buleh juge semei...hehehehe....mekala buat tempoyok goner jadi gamoknya?? kash bimbang nyer mabok je makan buah derian meroh nei....

18 Okt 2009

TABIK SYAITAN

Forward Message by email
Orang kita melayu amnya dan golongan artis khasnya yang pening ini hanya
tahu ikut dan mengikut, hantu org hantu lah dia syaitan org syaitan lah dia hehehehehe......
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN
SEKARANG NI.... Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang
mendapatkan kemerdekaan. . kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan. .
kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA
BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN. ..??????

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...bodoh tahap hampuras...

A Satanic RitualAbove: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the
Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)

Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.Above: Anton LaVey, founder of
the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand"
(also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back
cover of The Satanic Bible.

Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.


Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above

Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Firman Allah SWT :[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
(Hadis riwayat Muslim)

Moralnya jika tidak tahu mungkin boleh dimaafkan, jika sudah tahu sila tinggalkan amalan dan budaya syaitan ini.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :