Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Sep 2009

Anak, Ayah, Penjual Belon, Org Tua dan Aku.


Semalam berkesempatan kawan gi ke bandar dekat sebuah pasaraya kawan
terserempak dengan kisah ini.....

Anak : abah...abah nak laa beli belon ni....regetan anak usia dalam 3-4 tahun
Ayah : Cis ...buat bender beli belon nei 6.00 ringgit (belon yg berisi gas) mahal tu.. kata ayah
Penjual Belon : alah beli laa abang satu bukan mahal mana....utk anak...
Ayah : tak mahal aok kabor!! 6 ringgit kala tambah sikit lagi boleh beli KFC lagi bagus
Anak : abah nak laa...beli laa abah...rayuan anaknya lagi.....
Orang Tua : Sian ker budok tu beli laa utk peralik dia buat main....esok awak menyesal kata org tua itu ( kawan tak paham apa maksud org tua tu)
Ayah : tak payoh...abah kata tak payoh...lalu ayohnya mengeret motor tuanya didukung dan di kelik anaknya di atas motor lalu pergi. (senang citer anak itu tadi tak dpt juge belon yang dimahukan)
Aku : Mikir dalam berbagai sudut....Anak yang tak tahu apa-apa, ayah yang mungkin kesempitan wang terasa membazir membeli belon, penjual hanya memikir keuntungan sahaja dan org tua yang memikir panjang dan penuh dgn kasih sayang dan aku yang memerhati segalanya dan memikir segalanya.

Sembang-sembang di Forum

Kawan nie kadang tu minat juga join member berforum kat tempat berforum mmg dari dulu kawan suka sembang kat mana-mana forum pun byk tempat juge kawan layan bukan bender asing bagi kawan dengan berforum atau di ruang chat nei, tapi banyak tempat yang kawan gi tak dapat tidak isu agama dan politik ttp mendapat tempat utk dibahaskan...mmg best kala bertekak bab politik...tapi sudahnya kata maki, cacian semua kuar tu.. itu yang buat kawan tak minat dan tak tahan sudah bukan nak menyuarakan pendapat menyuarakan mencarut err.. tak jadi laa gitu kawan tak minat buat keje gitu bagi kawan politik ini kawan tak sokong mana pihak cuma sekadar amik tahu perkembangan semasa dunia politik kita.

Satu perkara lagi yang amat suka dibahaskan oleh mereka isu agama sebenar kawan paling bimbang membahas isu agama ini sebab akibatnya terlalu besar bender ini bila mana kita terpesong tanpa sedar drp landasannya..silap-silap akidah pun boleh lebur, silap boleh jadi kufur munafik dan sebagainya kerana kata-kata kita tidak berlandaskan al Quran dan hadis atau bercakap tidak menlalui syariat islam dan hukum hakam islam itu sendiri....sesungguhnya drp percakapan dan tulisan kita juga akan terjadi baik buruknya kita ini maka benar sabda nabi "Orang yang banyak berkata-kata itu akan banyak silap, orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa neraka lebih layak untuknya" kerana percakapan dan perbuatan kita sendiri tak pasal-pasal boleh out iman err..jangan bagai...kawan juge bimbang yang amat tersaloh koner sebab duk ikut dema main koner-koner......manpus kita, dahlah amalan kurang, ilmu pulak sedikit tak jadi bender...sebenarnya kawan juge teramat bimbang main ngan hukum hakam nie...tersaloh faham silap faham tak pasal-pasal hilir kita. Kerana kita boleh menjadi kafir melalui 3 cara: 1-Dgn niat 2-Dgn perbuatan (Wlpn tanpa niat) 3-Dgn perkataan (Wlpn tanpa niat) sedar dan tanpa sedar sesajer free musnahnya islam kita.

Jadi kawan rasa cara yang lebih selamat kita jangan terus menlayan dan membalas topik-topik yang berkaitan dgn isu agama ini kalau mmg ilmu kurang dan tidak arif bab agama ini didalam forum tertentu. Kerana niat org bermacam-macam yang pasti kita tidak tahu niat mereka...jika di imbau pengalaman kawan dahulu kawan aktif juga berforum web site cari .com memerhati pembahas isu agama ini bagai cara helah dan muslihat yang telah di bahaskan...jika di amati ilmunya bukan calang-calang org namun permikiran tetp bercanggah dgn hukum hakam islam itu sendiri...bila kawan cuba mengenali siapa sebenar penulis itu rupa dia seorang KRISTIAN boleh kata bergitu arif bab islam tapi dia seorg kristian tujuannya tidak lain hanya inigin menimbulkan was-was, syak wasangka dan memecah belahkan org islam tu sendiri dengan hujah serta helah mereka sudah jika kita layan kita juga akan hanyut bersama mereka.

Jadi saranan kawan sambil memesan pada diri sendiri dan org lain juga jangan terlalu taksuh pada sesuatu isu dan membalas isu-isu tersebut, yang cuba di putar belitkan oleh org tertentu bagi tujuan tertentu sudahnya kita sendiri akan lebur drp tindakan bodoh kita. kerana melayan topik-topik bodoh mereka. Moralnya : Jangan membiarkan orang dikalangan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap bahasan dan hujah kita lantaran kebodohan kita melayan hujah mereka.

wassalam.

28 Sep 2009

Selepas cuti raya

Hari ini kawan mula berkeje, dah seminggu kawan bercuti...naik mual kawan nak ngabiskan keje...hari ini pun tak abis lagi emboh seminggu juge kawan kena qador balik keje kawan tu hehehe hari ini pun dah dekat pukul 6 kawan balik kerumah kerana nok menyudahkan keje mana hok patut...emboh dalam minggu nei kawan tak angkat kepala lalu dan tak menang tangan menyudahkan kerja kawan tu nok buat goner bender kita dah menerima ayat SYMP saya yang menurut perintah heheheheh...

Hari ni pulak seharian duk melayan member kat PCC sambil buat keje...hilang juge boring....kala tidak emboh juge beku otak duk menengok nombor aje...kat opis nie...apa pun terima kasih pada aok me kerana sudi datang ke blog kawan nei....cerita baru kat blog nei kawan kena refresh semula sebab masih layan mood raya banyak bender hilang punca sebab banyak ngat bender nak difikirkan dan diselesaikan. Ok laa kawan rehat kejap mentara nak nunggu idea baru.

17 Sep 2009

Pejabat kita dah lenggang

Hari ini kawan masuk je pejabat kawan tengok opis kita dah lenggang weh....kala ada pun tak ramai....pendek kata ramai juge dah mula bercuti raya...mana nok mencari buluh lemang, mencari daun itu ini utk buat ketupat dan bagai2 lagi laa....kuih pun dah kuar masuk pejabat mana hok bertempoh nok antor nok bender...hari esok embuh tinggal kerusi meje je...walaupun ada yng tak bercuti keknya supe bercuti juge...nok goner...HARI RAYA....macam2 bender nok disaipkan kurang2 gi cari daging....beras pulut dan lain-lain.

Urusan pejabat mmg kurang amat dah abender pon rasa kawan sema kena pospon lepas raya laa weh...org tak de mood nok buat keje sebab bahang raya dah dekat amat dah... mekala ada hak penting tu kawan rasa baik selesaikan dalam minggu ini esok je lastnya hari jumaat...mekala ada umo senin depan baru jumpe weh....kawan pun cuti juge....tak cuti karang macam tak nok beraye je....jadi kawan amik juge cuti macam org lain kala tak cuti karang tak pasal jadi jaga pulok kita kat opis nei tidak laa kawan....hehehehehe....

Apa pun selamat berhari raya dan bercuti panjang laaa pada deme seme...jadi kawan pun hari ini mmg keje dalam cuti juge hehehehe...."SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Jemput laa dtg kerumah kawan kuih kering ada laa kala nak basah bila-bila masa je boleh cicoh ngan air hehehehehe.

By: Pengarang akuanakpahang.

Kisoh Bantuan Khas Hari Raya

Mula pada diumumkan hari tu sampai hari semalam rodong kawan duk berembat sokmo ke bank sampai 3-4 kali....sian ada juge ker deme...nak kata tak berduit mmg tak berduit juga agak kawan x mudoh juge ke dema anak ramai weh...macam2 bender nok buat dan dibelikan...tapi mekala dipandang sekali imbas abenderlah boleh dibuat dgn duit sebanyok itu...musim sekarang neh tapi alhamdulillah juga pada tak de tu dapat sikit tahan juge...pagi tadi kawan acu laa tengok kat cimbclick.com ada dah nyer masuk di demenya RM 250.00 tu... pagi neh agok kawan embuh sesok kat bank tu berlake...apa pun terima kasih pada kerajaan kita diatas sumbangan ini. Mekala tak bagi memang jadi sumbang sungguh raye nei.

Haa...deme me apa lagi moh laa ke bank cocok laa mana hok patut...keknya kene ingat sama gaji bulan depan mmg cepat juge tak kisoh laa sabab raya andia keknya gaji bulan November esok maru deme...nya tamboh pulok itu ini maru...jgn borok dgn dinding sudoh laa.....sekian selamat hari raya seme weh......

15 Sep 2009

Niat sama cara berbeza...

Semasa solat perbuatan kiam meletak ke dua-dua tangan kebadan...ada yang letak atas dada..tengah2 dada..kadang tu kat pusat je.... Sesudah sembahyang selepas bagi salam ada sesetengah org raut muka aje, ada dtg dari tengkuk ke muke...ada yang cium tangan je..... Masa mengangkat doa atau menadah amin ada yang angkat tangan tinggi sampai lebih pada kepala, kadang ada kat muke...ada kat mulut...lepas tu ada sapu dari atas kepala kemuka...kadang padan raut kat muka sesetengah cium tapak tangan saje... Kalau bersalaman ada yang letak tangan kiri kekepala...lepas bersalam ada yang tekap tangan kat dada, kadang tu dicium tangan kat mulut.... Ada yang nak komplen bender ni apa realitinya?

Broadband buat hal lagi....

Saya dulu penah juga kompelen bender ini agak tahap maru juge menggunakan bender ini diperingkat awalnya dah lama-lama ok laa....tapi hari ini (dah seminggu) dia buat hal semula yang saya pelik broadband ini kat opis ini boleh dapat (ada liputan HPDA /3G) walupun putus2 dapat juga tapi kala kat umah haram hilang entah kemana EDGE pun tak dapat... jarak drp opis kerumah kurang 500 meter sahaja.

Sesekali pandang macam geng celcom ini suka main silap mata je....terkadang membosan menggunakan juga bender ini .... utk maklum aku lebih suka guna broadband ini kerana mudah dibawa kemana-mana berbanding pasang streamyx kat umah hanya terlekat kat umah saje penggunaan agak terhad......jadi tak yah rekemen laa...streamyx tu...sebab kat opis pun dah ada sever.

Cuma saya nak persoalkan kenapa boleh jadi macam ini? tentu tak lain tak bukan jawapan liputan....kalaulah bab liputan mustahil juga kerana duk dibandar... jadi kala org kampung tu yang tak ada menara celcom kat kampung tu rasanya tak yak gunalah bender ini alang duk kat bandar pun macam hidup segan mati tak mau.... disini saya amat mengharapkan dan mengalu-alukan bender ini dapat di up gredkan oleh pihak celcom sendiri dan memikirkan sama perkhidmatan itu kita bayar bukan free.

U/P Bil tiap-tiap bulan kena bayar juga kena pikir-pikirkan sama!

14 Sep 2009

Astro bang!!!

(Gambar sebagai hiasan)


Kawan naik hamun dgn geng astro ini kala ke bandar... deme duk mempromosi astro je...kadang tu...kala sekali dua tak pe juge .... ni sampai 3-4 kali duk mengulor @ memberi risalah astro tu....bosan betul aku...tak kira jantan bertina....betul2 punya tension kawan.....

astro bang......x 1
>>> terima kasih dah ada....(lembut lagi bahasa...ada bahasa laa jawab tu)

astro bang.....x 2
>>>...dah ada.... (kasar dah sikit )

asrto bang.....x 3
>>>>> DAH ADAAAAAAAAA ( Mata macam nak terkeluar, mulut macam nak menelan dgn muka haram senyum )

Kala ke empat kalinya emboh makan penampor agok kawan budok tu....
( bulan-bulan puasa ini jgn buat bagai sangat hahahaha)
Saranan aku kala macam ini lah keadaannya baik deme buka satu kaunter... nak daftar, nak apa lagi senang kawan rasa tak payah nak buat keje macam ni menyampoh dik org ada faham tak?

U/P : agok kawan dia ingat kawan tak de Astro lagi...nok kabor puluh tahun tu entoh laa keknya kawan rasa beribu doh duit kawan bayor bil ke astro tu....hamun dan maruuu geng ASTRO ni.

10 Sep 2009

Kalimah Allah di langit.

Kalimah Allah di langit..jam 7:00 petang Lokasi :Keramat Kuala Lumpur 08/09/2009
Sesungguhnya setiap apa yang telah allah tunjuk atau jadikan itu ada hikmah tersendiri maka berutunglah bagi meraka yang mahu mengambil iktibar bertapa kebesaran allah itu jua melebihi segalanya. Allahu akhbar.

Syaitan Membantu Ke Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, lagi , berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab "Aku adalah IBLIS (setan)"
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masj id , Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuat mu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Moral: Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Cis..nak samseng konun...

Kawan nengok geng-geng indon berlagok hidup betul laa...ada hati nak mengusir apa tah lagi nak tikam pulak rakyat malaysia dengan buluh runcing di Jakarta nun...dia org lupe agoknya kat sini berjuta2 rakyat dia duk menumpang di negara kita yang merempat pulak tu (PATI)...kala pun ada rakyat kita kat sana sah bukan pendatang haram kala kita pulak usir pak indon dari malaysia ini rasa negara kita aman jugak....yaaa pak indon semua silakan berambus yaa... dari negara kami (malaysia) kalo tidak kamu jugak nanti kena buluh runcing disini kok yaaa apa lagi minggil!!! hampuras laaa puak nei....kawan rasa tu geng-geng hok maroh sebab penah kena antor balik semula tu gamoknya hehehe....

Bantuan khas Aidilfitri

Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang. Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini. Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta, Bantuan khas ini hanya utk kumpulan sokongan sahaja.

Jadi alhamdulillah...pada tak dapat lalu dpt sikit pun tahan juge...tapi katanya ini bukan bonus hanya disebut Bantuan khas...harap-harap bonus akan menyusul nanti.

8 Sep 2009

Ramalan kita

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Artikel copy paste sekadar utk renungan bersama apa pun ketentuan Allah jua menlebihi segalanya kemampuan kita hanya sekadar meramalkannya sahaja. Wallahhualam

5 Sep 2009

Mahal macam gampang hehehe...


Artikel ini aku sunting drp blog seorg member http://bengang.naza-biz.info/2009/09/mahal-cam-gampang/ aku suka jugak nak kongsi sama.

Anda percaya?? Ayam seketul 2x lebih besar dari ibu kaki gua ni berharge RM3.00 . Cam gampang mahal… gua rase nak tumbuk-tumbuk je muke penjual tu. Nasib baik pompuan. Mentang-mentang bulan pose depa ambik kesempatan pulak. Gua rasa depa tu nak g mekah kot lepas raya nanti.. Maklumlah untung banyakkk … Tak caya cakap gua datang le beli kat Bazar Ramadan kat Kuale Lipis neh..

Kala kat jerantut ini dlm RM2.00- RM 2.50 rasanya seketul apa pun aku rasa penjual tu nak balik hari gamoknya kemekoh nanti... hehehehe...naza kirim salam kat penjual tu?? sana ayam berapa sekilo?? kat sini 6-7 hinggit gitu laaa..apa pun jgn mare geng bawak byk sabor bulan pose ini.

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ... Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus. Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Bantu pendidikan seorang anak.
4. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
5. Bagi CD Quran atau Do'a.
6. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
7. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
8. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
9. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Aminnnnnn

3 Sep 2009

Bau Mulut di Bulan Ramadhan

Sebelumnya itu mari kita baca petikan hadits Rasulullah tentang bau mulut di bulan puasa yang di ceritakan oleh sahabat Abu Hurairah.

Abu Hurairah r.a, berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Allah berfirman, (dalam satu riwayat: dari Nabi, beliau meriwayatkan dari Tuhanmu, Dia berfirman 8/212), “Setiap amal anak Adam itu untuknya sendiri selain puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Ku (dalam satu riwayat: Tiap-tiap amalan memiliki kafarat, dan puasa itu adalah untuk Ku 8/212), dan Aku yang membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila ada seseorang di antaramu berpuasa pada suatu hari, maka janganlah berkata kotor dan jangan berteriak-teriak (dan dalam satu riwayat: jangan bertindak bodoh 2/226). Jika ada seseorang yang mencaci makinya atau memeranginya (mengajaknya bertengkar), maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ (dua kali 2/226) Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yg berpuasa di sisi Allah adalah lebih harum daripada bau kasturi,bagi orang yg berpuasa ada dua kegembiraan yg dirasakan yaitu: apabila berbuka,ia bergembira dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya ia bergembira kerana puasanya itu.

Semmg tidak dapat dinafikan bau mulut bagi org yang berpuasa ini tidak berapa menyenangkan terkadang lebih hebat jika org itu atau kita sendiri memakan makan yang mengeluarkan bau-buaan yang memualkan...seperti petai, jering dll. Namun itu semua utk didunai ini sahaja, jika kita baca hadis diatas ada mengatakan harumnya bau mulut org yang berpuasa ini di akhirat kelak lebih harum daripada kasturi. Sebaiknya kita juga boleh jugak mengambil langkah-langkah perlu bagi mengurangkan bau mulut ini dgn tidak mengambil makanan yang berbau, jaga kebesihan diri, mencuci gigi dan sebagainya jika perlu gunakan sapu tangan ketika berurusan dengan org lain utk menutup sedikit mulut kita bagi mengelakkan bauan yang kurang nyaman itu.
Langkah perlu agar mulut tak bau:
1. Buatlah permeriksaan doktor gigi secara teratur. Setidaknya enam bulan sekali.
2. Banyak minum air putih dapat mengeluarkan partikel makanan dan bakteria juga merangsang produksi air liur.
3. Jaga amalan permakanan kita . Rajinlah gosok gigi, sekurang2nya dua kali dgn berus gigi yg sempurna dan cara yang betul . Jangan lupa gosok sikit juga lidah anda. Ganti berus gigi setiap 2-3 bulan sekali. gunakan flos dan kumurlah dengan antiseptik.
4. Khusus di bulan puasa ini biasakan menggosok gigi setelah sahur atau sebelum solat subuh dan setelah berbuka puasa.
Kita juga kadang2 berurusan juga secara langsung dgn org atau org lain berurusan langsung dgn kita jadi sesekali terkeluar bauan yang kurang menyenangkan ini tentu menganggu sedikit urusan seharian kita. Jadi langkah-langkah diatas mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan tips dapat membantu menceriakan urusan seharian kita di sepanjang bulan ramadhan al mubarak yang mulia ini.

~Selamat berpuasa~

EGO

Kita sering mendengar org bercakap ego..ego..kadang2 kita juga ada juga menyebut utk org lain...perkataan ego ini namun jika kita mencari pengertian EGO ini dari sudut bahasa melayu kita mungkin menjurus pada berlagak atau mengada-ngada semata-mata tidak kira dari sudut yang mana bila berlagak atau xsen gitu org akan kata egolah. Terkadang saya juga tercari-cari apa sebenarnya EGO itu, pagi tadi saya mendapat jawapan yang agak ringkas tapi padat dari ustaz melalui takzikrahnya... EGO ini sebenarnya datangnya daripada sifat dari seseorang itu, pengertian ego menurut pandangan islam "Tidak menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain" itu sebenarnya pengertian EGO ini. Perlu diingat sama org EGO ini amat berkaitan rapat dengan sifat Iblis dimana seperti telah disebut di dalam Al Quran dimana Allah telah memerintahkan Iblis supaya sujud pada Nabi Adam dengan angkup Iblis tidak mahu sujud pada nabi Adam kerana keegoan dirinya disebabkan kejadianya dari api sedangkan nabi Adam daripada tanah,lalu kerana sifat EGO ini yang menyebabkan iblis tercampak dari syurga.

Kesimpulannya jauhi sifat EGO ini kerana sifat ini sebenar milik sifat iblis. Jika iblis itu Allah telah usir daripada syurga kerana sifat EGO ini, maka mampukah kita memasuki syurga Allah jika kita ada memiliki sifat buruk ini. Sama-sama kita muhasabah diri carilah kebaikanya diri, hiasi diri dan peribadi, insyaalah walaupun kita tidak dihargai namun kita tetap punyai harga dari yang terpuji dan Allah lebih mengetahui.

2 Sep 2009

Ada Bonus Raya?

Kawan suka juge mendengor cerita ini keknya rodong kawan bagai nok rok dah kabor kita dapat bonus tahun ini, selidik punya selidik rupe-rupenya baru URA-URA je weh tunggu jelah sampai masanya mekala ade rezeki ada mekala tak dapat usoh laa beromeh berlete tak tentu hala...hehehe sapa tak nok duit weh mmgnya tak empuk sokmo....rujuk utusan malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

1 Sep 2009

Al FATIHAH BUAT SEORANG SAHABAT

Saya sebenarnya merasa amat dukacita, diatas kembalinya ke rahmahtullah seorang sahabat dan juga jiran setaman pada pagi tadi jam 8.05 pagi (01/09/2009) di Hospital Jerantut. Pagi semalam pukul 2.00 pagi saya sempat bersama beliau menghantarnya ke Hospital Jerantut kerana beliau mengadu sakitnya agak berat pada kebiasannya, setelah semua pemeriksaan dibuat dibilik kecemasan dan beliau masih ditahan dibilik tersebut... hari dah pukul 3.00 pagi bila saya lihat semua masih seperti biasa saya pun mengambil keputusan untuk pulang kerumah...mungkin pagi esok saya akan datang semula... keesokan ( hari ini) seperti biasa aku ke pejabat sebelum sempat punch card org rumah bagi tahu samsurin tengah kritikal aku bergegas ke hospital Jerantut, ketika itu doktor dan jururawat tengah bertungkus lumus memberi rawatan kecemasan melalui alat bantuan pernafasan...hati aku terasa amat sebak melihat situasi ini...lantas termanpu aku hanya mengajar mengucap kalimah sahadah ditelinganya, sempat tiga empat kali aku mengulang-ulang kalimah tersebut beliau telah kembali ke rahmahtullah apabila monitor jangka hayat telah tidak berfungsi lagi dan beliau telah disahkan meninggal dunia.

Al fatihah dan salam takziah buat Allahyarham Samsurin bin Senusi dan Keluarga, beliau bertugas sebagai IK di Pejabat Kesihatan Jerantut. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Jenazahnya telah disempurnakan di Hospital Jerantut dan di kebumikan di Mentakab pada hari yang sama 01/09/2009 bersamaan 11 Ramadahan 1430. Sesungguhnya dari dia kita datang pada dia juga kita akan dikembalikan

~~~Al fatihah~~~

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :