Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Ogo 2009

Bunga Keladan


Bunga Keladan

Sejenis buah daripada pokok di hutan (keladan) yang gugur dan berkembang, ianya disebut bunga keladan bagi masyarakat setempat bunga ini sesuai dijadikan ulaman atau dimasak bersama petai atau jering didalam resepi sambal tempoyak masak, resepi ini bergitu popular sekitar kampung-kampung disekitar Jerantut jika kena pada musimnya bunga ini banyak sekali di jual dipasar tani atau di pekan sari di Jerantut.

Tujuh lubang ajaib di dunia

Great Blue Hole , Belize
This incredible geographical phenomenon known as a blue hole is situated 60 miles off the mainland of Belize ...
There are numerous blue holes around the world, but none as stunning as this one.
Sinkhole in Guatemala
These photos are of a sinkhole that occurred early this year in Guatemala . The hole swallowed a dozen homes and killed at least 3 people.


Mirny Diamond Mine , Serbia
I'm pretty sure most people have seen this one. It's an absolute beast and holds the title of largest open diamond mines in the world. At 525 meters deep, with a top diameter of 1200 meters , there's even a no-fly zone above the hole due to a few helicopters having been sucked in.


Glory Hole - Monticello Dam, California
This is the 'Glory Hole' at Monticello dam, and it's the largest in the world of this type of spillway, its size enabling it to consume 14,400 cubic feet of water every second.


Diavik Mine , Canada
The mine is so huge and the area so remote that it has its own airport with a runway large enough to accommodate a Boeing 737. It looks equally cool when the surrounding water is frozen.

Kimberley Big Hole - South Africa
Apparently the largest ever hand-dug excavation in the world, this 1097 meter deep mine yielded over 3 tons of diamonds before being closed in 1914.


Bingham Canyon Mine, Utah
This is supposedly the largest man-made excavation on earth. Extraction began in 1863 and still continues today, the pit increasing in size constantly. In its current state the hole is ¾ miles deep and 2.5 miles wide.
Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah, yang tidak manpu kita fikirkan dengan fikiran semata-mata, hanya dengan iman. Bertapa Allah itu maha berkuasa. Allah hu akbar.

30 Ogo 2009

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Ke 52


Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara kita yang ke 52
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
31HB Ogos 2009
Sesungguhnya erti kemerdekaan itu amat bermakna buat kita semua marilah kita hayati bersama. Salam Kemerdekaan dari pengarang Akuanakpahang buat semua warganegara Malaysia.
Artikel sempena bulan kemerdekaan ( penuh makna)
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?
u/p Catatan copy paste sahaja utk tatapan bersama.

29 Ogo 2009

Awasi anak-anak kita jika ke Pasar raya...

Sebelah pagi tadi kawan sempat ke sebuah Pasaraya di bandar ini untuk membeli sedikit tambahan persiapan pakaian utk anak-anak sempena hari raya ini, mmg org berpusu-pusu dalam pasaraya ...tiba-tba aku terdengar jeritan suara budak menangis kuat juge...tinjau punya tinjau budak lelaki sekitar 3-4 tahun pakai seluar pendek, warna coklat baju tshirt hitam tengah menangis ...bagai nak rak budak tu nangis mencari ibunya....kawan pun simpati juga tapi nak buat macam mana... sudahnya aku bagi tahu kat budak yang kerja kat pasaraya tu tolong bawakan budak ini ke kaunter dan tolong hebakan melalui pembesar suara...atau alat siar raya mereka...malangnya alat tersebut tidak berfungsi dengan sempurnanya...akhirnya aku pun dah siap beli pakaian anak2 aku...dan nak tak nak aku terpaksa juge beredar dari pasaraya tersebut sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

Kesimpulan buat ibu bapa jaga lah anak2 mereka disetiap saat dan masa, kerana atas kelekaan kita walupun sekelip mata budak2 tu dah hilang dari pandangan mata mungkin disebalik gayutan seluar baju yang bergantung itu...kita kelain anak dah kelain sudah hilang!! jangan hanya salahkan budak2, nama pun budak2 kala umo baru 3-4 tahun apa tahu sedang usia itu. Sebaliknya keprihatinan kita menjaga dan mengawal mereka sepenuhnya...ada baiknya jika boleh ditingngalkan dirumah kala ada yang menjaganya baiklah ditingalkan saja bagi mengelak risiko kehilangan mereka.

Namun nasib budak lelaki tadi aku pun tak tahu sama ada berjumpa atau tidak dengan ibu bapanya...namun harapan aku moga2 dapat dipertemukan dengan ibubapa mereka...terkadang aku pun duk bertanya juga macam mana boleh jadi sampai semacam itu asyik sangat kita?sampai anak dibiarkan berlari kesana kemari sudah hilang pada penglihatan...cuba bayangkan jika anak ini terus dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab....sudahnya kita juga yang merana sepanjang hidup.

Harapan aku juga jika bawa anak2 kepasaraya atau kemana sahaja ditempat2 awam jangan biarkan anak kita terlepas dari pandangan mata dan awasilah pengerakan mereka sesungguhnya malang itu tidak berbau...keprihatinan kita juga yang telah diamanahkan oleh allah untuk menjaga dan mendidik mereka.

** Disebalik hati...sian jugak nengok budak tu...harap-harap semoga allah jua dapat menemukan anak itu dengan dgn ibubapanya. Amin.

28 Ogo 2009

Bersabor laa getek weh...

Mula minggu ini hinggalah ke hari raya esok...bandor kita seme jadi sesok inilah masanya nok beli 1001 jenis bender dari sekecik2 bender sampai ke sebesor2 bender...seakan2 bandor ini kala boleh diangkut, diangkut sama pendek kata kala di sebut saje bab persediaan hari raya bagai halal semuanya...hehehe kena tengok juga bajet sikit weh jangan selok@ teruja ngat kata org tu......pakai baju ukor badan laa getek kata orang tu.....tapi lebih hamun saat akhir membuat persiapan hari raya ini bukan sahaja org ramai, tapi kena jage2 jangan sampai kita tertipu dan terpedaya...hari ni bender boleh ejas berlake rege dulu2 sebelum bulan pose 100-200 je silap2 embuh naik sampai 200-300 ratus ada potongan pulok tu 20% lagi konunnya, silap-silap lebih pada rege pada bulan2 lain kena tengok molek laa weh...bulan gini kawan tengok kat bandor tu.. tokey2 bagai kena sawan mempromosi barangan deme dgn niat boleh mendapat kaut keuntungan sebanyok mungkin....kita pulok kadang tu macam nak sewel nengok promosi tersebut...hehehe sebagai contoh karpet dirumah 5-6 bidang dah.. keknya terpedaya dgn tipu helok...terkene juge.. rege muroh katanya abis cair kita .... beli juge lageh maruuu laaa weh.

Kena inget2 sikit duit hok ada bukan nok mengadap raye je weh.. esok lepas raye terkulat2...jadi ayam tertelan getoh gelang...bersimpel dalam perut hehehehe....maru....lepas raya ini esok nak mengadap budok sekolah pulok... duit lagi mana nok cari duit weh deme! Seperkara keselamatan diri kena jaga2 jangan sampai kena ragut dik kerana leke sanget membeli beloh...kena sambor abis tersungkor kita....anok2 hok ngikut sama tu tengok laa getek weh... karang asyik milih bender!!! anok tau2 tea'adeh lagi maru nangis tak berlagu jangan sampai tahap itu.

Seperkare lageh... semua jalan akan jadi jem berlake kita kena sabor laa sikit... jangan ikut rase binase ikut hati mati kata org tu...seme org penat juge...seme org nak cepat berlake.. jadi tolok ansur laa sikit weh...pikirkan sama org lain macam kita juge...tau sama tau laa... hormat dan menghormati org lain sama. Apa-apa pun bulan pose ni org mmg cepat nok maroh...sebab dah laa panas campo lapor...maru tak naik angin dalam satu badan...namun itu semua menguji kesaboran kita semua, sebaiknya bagi hok yang tidak berkenaan yang tak de hal elok tak payah kemana-mana duk diam lagi bagus kat umoh jalan tak jem...skg kat bazar ramadhan pun entah macam apa dah, nak pulak lepas waktu pejabat kat bandor ini. sampai laa pukul 7 karang baru terang... silap menlintas emboh tersepit... Hari sabtu dgn minggu sesok juge dgn pasar malam dan pekan sarinya...tak de aroh laa kita. Kadang naik mual campo hamun juge kita dgn suasana gineh walaupun setahun sekali...akhir kata jaga diri dan hiasi peribadi...berjimat sebelum abis dan beringet sebelum kena.

u/p: artikel ini dicatat sedikit sebanyak menggunakan loghat Jerantut harap maklum.

Wassalam.

AIRMATA RASULULLAH SAW.

Walaupun kisah ini sering diulang-ulangkan utk pengetahuan kita bersama namun kita sebagai umatnya amat tersentuh hati bila setiap kali membaca kisah ini, bertapa hebatnya kasih sayang Rasullullah s.a.w pada kita yang bergelar umatnya. bergitu jua hendaknya kita sebagai umatnya amat kasih dan sayang pada Baginda Rasullullah s.a.w.

Kisah ini menceritakan dihari mana kewafatan baginda Rasullullah s.a.w .....Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu... 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi..... 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Artikel copy paste sahaja utk tatapan bersama.

27 Ogo 2009

Bazar Ramadhan Jerantut

Semalam lepas Pejabat kawan sempat laa gi ronda2 kat bazar ramadhan di bandor ini lokasi di hadapan Pejabat Majlis Daerah Jerantut, di Dataran Majlis ada laa seluas satu padang bola tu, org berniaga boleh tahan juga ramai tapi ramai lagi yang datang membeli....macam nika dema menjual dari air2, kuih2, lauk pauk dan macam2 lagi....antara lauk pauk atau menu masakan yang menarik disini gulai asam rom ikan kenarak / patin, gulai lemok pede, sambal tempoyok masok, gulai masam ikan patin, sayur keladi kemahang, sayur batang keladi dan banyok lagi laa puas mekala nok menyebetnya...kawan semlm sempat juga mencebet gulai rom ikan patin dengan gulai pede boleh tahan laa best juge satu lagi bender payah nak kawan tinggalkan air nyior kala tak kena mmg tak best heheheh...Sekiranya berkesempatan datanglah ke bazar ramadhan Jerantut ini memang meriah juga...mekala rasa nok makan martabak yang best tu kata deme kena awal sikit sebab pukal 5.00 abis dah....dekat Kg. Jerantut feri sana kata deme ada juga martabak best rasanya ok juge...keknya kena datang awallah mekala tidak dapat ayat power ni je laaa" dah abis dah jantan"....

Satu perkara kala nak gi ke bazar ramadhan ini cukup susah nak cari parking...alamat jere laa nok mendapat parking nok pulok hari dah lewat petang sikit...mmg jalan jem...sebab semua org malas nak letak kereta jauh2 pas tu kena berjalan kaki pulok...penat juge weh...pas tu karang nok musing kat bazar tu pulok alamat lenguh laa lutut ....boleh tak boleh deme nya parking merabang tu antara punca jalan abis jadi jem...

Tapi satu perkara kawan nok komen sikit aspek kebersihan sepatutnya org berniaga ini kena jaga atau kena amik berat juge jangan laa main bior je makanan mereka terdedoh gitu nampok juga tak bestnya...bila kita buat molek... org tengok best juga yang tentu ramai yang akan singgah ke gerai kita jadi utamakan kebersihan ...nie karang bila datang geng2 Pejabat kesihatan baru laaa huru hara baru nok mencari penutupnya....apa pun tak semua gitu ada hok yang bertutup juge....molek laa tu...apa pun bulan ini bukanlah bulan menjamu selere aje...tapi ibadah puase itu sendiri perlu kita hayati bersama...apa pun selamat berpuase dan selamat menjamu selere di bazar ramadhan Jerantut.

26 Ogo 2009

Andainya ramadhan ini terakhir buat kita

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas ehsan-NYA

**Artikel hanya copy paste utk tatapan bersama.

25 Ogo 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Salam Ramadhan....hapuskan dendam, bersihkan hati dan luruskan niat mulakan tekad...kerana ramadhan itu juga bermula dengan sahur, bersahur itu ada hubung kaitnya dengan ramadhan...jangan malas bagun sahur, kerana bersahur itu banyak kelebihannya.

Maksud Allah Siapa yang tahu.

Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang kawan untuk dikongsi bersama. Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saatini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahliselamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat..

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya," Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkaumenyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga padawaktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia denganmenyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:
Siapa yang tahu maksud Allah?
Wallahu'alam.
Hasil Karya: HambaAllah

24 Ogo 2009

Kenapa org masih tertipu dgn Skim Cepat kaya

Orang kita tidak abis2 dan serik dgn skim ini macam2 cara dan tipu daya menipu dan terus menipu namun org kita semacam tidak serik dengan semua ini, ada yang sudah hilang ratus ribu baru nak sedar...jangan sampai ketahap itu...kerana "sesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna" usah lah terpedaya dgn skim2 sedemikan kerana yang bulat tak datang bergolek yang pipis tak datang melayang tanpa usaha.

Apa-apa jua skim semmg diperingkat awal ahli akan diberi wang sebagai mana yang dijanjikan mungkin sekadar menarik perhatian yang lain sahaja. Tetapi bila mana eset telah mencapai sasaran compony terus hilang dengan mudah ditukar kepada nama yang lain....secara peribada juga saya tidak penah percaya akan skim seumpama ini ianya tidak lebih mencari keuntungan segera pihak2 tertentu dan ahli sekadar diberi angan2 utk di hayalkan.....dan memunahkan bangsa sahaja.

Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulangan yang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka. Selebihnya anda boleh rujuk disini : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kewangan/skim_cepat_kaya.htm

23 Ogo 2009

Kelebihan Solat Tarawih

Antara kelebihan menghidupkan malam Ramadhan bersama solat Tarawih.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.13. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigabelasIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsatu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhdua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhempat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhenam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Justeru itu marilah kita bersama merebut peluang keemasan ini siapa tahu mungkin ramadhan akan datang kita sudah tidak berkesempatan untuk bersamanya lagi. Untuk itu jadi ramadhan kali ini lebih bermakna dan sempurna pada ramadhan terdahulu.

Wa'allahhualam.

21 Ogo 2009

Marah-marah lagi...

Hari semalam ada satu keluarga suami, isteri dan anak2 datang ke pejabat marah2 sebab bekalan air ke premis mereka telah dipotong oleh JBA walaupun sebahagian jumlahnya telah dijelaskan tapi masih ada dalam RM200 ratus lebih lagi masih tidak dijelaskan langkah pemotongan dibuat mungkin ada sebab2 tertentu, apa lagi datang laa sekeluarga ini marah2 kat kaunter JBA bermula dgn isterinya, suami dan anak perempuan mereka pun turut sama mengeluarkan kata agak pedas di kaunter khidmat pengguna.

Perkara sebergini agak lumrah sahaja semmg org akan marah2 bila bekalan dipotong, bermacam alasan akan di adakan sumpah seranah semua keluar sekali, nak tak nak pegawai yang berkenaan menadah telinga aje laa...kadang2 aku pun pelik jugak org ini bil TNB sebagai contohnya reti pulak dibayar tiap2 bulan walaupun berapa jumlahnya kena ke bil air di biarkan sampai beratus sehingga 400-500 ratus.....persolannya kenapa boleh jadi demikan mungkin pihak JBA tidak seperti Jabatan lain yang agak bertegas, berlembut sikit agaknya...namun kelembutan ini jua yang diambil kesempatan oleh orang. Setakat tak bayar 2-3 bulan bil air pihak JBA tak kisah lagi, masih tidak diambil tindakan mungkin sebab ini agaknya org pun tak amik kisah dgn bil air mereka. Kadang2 bukan kita tidak mahu mengambil tindakan tetapi masih memberi kelonggaran namun ini semua sebagai pepatah melayu sudah bagi betis nak peha.

Sepatutnya jika terjadi perkara sedemikan jangan salahkan pihak JBA sahaja. Senang cerita perkara mudah jelaskan bil air anda jangan di biarkan bertunggak jika di lihat pada bil sudah jelas diterangkan : "SILA JELASKAN BIL INI DALAM TEMPOH 7 HARI UNTUK MENGELAKAN AIR TUAN DIPOTONG TANPA NOTIS" Jadi rasanya tidak ada isu atau sebab kenapa kita nak marah-marah sekiranya meter air kita di ambil untuk tindakan pemotongan oleh pihak JBA.

Wassalam.

Selamat Berpuasa.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan Hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada)* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalahRasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu SAYA, Yassin & Keluarga terlebih dahulu memohon ampun Dan maaf jika Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Saya juga memohon dihalalkan semuanya termakan dan terminum dan memaafkan kami sekeluarga.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

19 Ogo 2009

Gulai Asam Rom Ikan Kenerak Jerantut

Gulai Asam rom kenerak.
 
Ikan Kenerak
Asam rom merupakan masakan yang terkenal di Pahang, terutama di Kuala Tahan dan Ulu Tembeling, Jerantut. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti buah jambal, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Kuala Tahan.

Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan. Apa pun gulai ini asalnya bermula di sebelah Ulu Tembeling Jerantut. Menu gulai rom ini bergitu popular di bulan Ramadhan di bandar ini di Pasar Ramadhan.
Makluman ikan kenerak ini sejenis ikan sungai Pahang, resepi gulai rom jugak boleh diganti dengan jenis ikan yang lain seperti patin atau ikan laut tenggiri dll. Cuma bahan asas perlu ada dalam penyediaan menu gulai rom ini.

18 Ogo 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.



Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak daripada "Pengarang Aku Anak Pahang" Untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna.

Seseminggu dua ini agak sibuk sikit.

Seseminggu dua ini aku agak bz sikit byk keje dan hal yang perlu disiapkan dengan kesihatan agak tak berapa sihat musim org demam agaknya aku pun tak terkecuali turut demam sama, dua tiga buah klinik juga aku gi alhamdullilah skg dah sihat. Apa pun sempat juga aku kesini : http://www.pahangcommunity.com/ duk layan rodong2 disana, apa pun bagi org Pahang elok gak join forum disana ramai member geng pahang kita sambil layan loghat Pahang. Kalau bukan org pahang nak join forum ini tak salahnya utk mengeratkan silaratulrahim sesama kita. Tapi rasanya lebih ceria kalau kita sama org Pahang dapat berkumpul disana borak2 dan bercerita utk kebaikan Negeri Pahang kita.

16 Ogo 2009

15 Sebab Bencana Menimpa Manusia

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Wallahualam

Artikel copy paste sahaja. (sekadar utk renungan bersama)

15 Ogo 2009

Gadis melampau menerima padah.

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki....."nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal beradadi syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di nerakajahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadisyang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang anehmenimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segalasesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw denganmempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulahorang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikananda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

13 Ogo 2009

Kala tak sembahyang Jumaat...

JERANTUT 19 Jun - Pejabat Kadi Jerantut memandang serius sikap segelintir lelaki Islam di beberapa kampung dan mukim di daerah ini yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.Kadi daerah ini, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli jawatankuasa masjid setempat yang mengadu terdapat segelintir lelaki Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan itu.Ahmad Nizam berkata, mereka yang sengaja tidak menunaikan solat Jumaat, walaupun telah diberi nasihat, boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)."Di bawah Seksyen 135 enakmen berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan mana-mana lelaki Islam berumur 15 tahun atau lebih, tidak menunaikan solat fardu Jumaat di masjid mukimnya dan sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM500 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.Katanya, solat Jumaat merupakan perhimpunan mingguan bagi umat Islam untuk bertemu dan beribadat dan sewajarnya dihormati."Mereka tidak menunaikan solat Jumaat, sebaliknya melakukan urusan lain atau duduk sahaja di rumah pada hari berkenaan."Tindakan seumpama itu sebenarnya boleh mencemarkan kesucian Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Menurut Ahmad Nizam, Pejabat Kadi telah memantau perkembangan berkenaan dan akan meminta kerjasama imam-imam serta ahli jawatankuasa masjid supaya menasihati mereka yang meninggalkan solat Jumaat.Selain itu katanya, pihak beliau sendiri akan memberi nasihat dan panduan untuk meningkatkan pemahaman kepentingan solat wajib dan Jumaat di kalangan masyarakat Islam.Menurutnya, Pejabat Kadi daerah juga akan lebih kerap menganjurkan program dakwah dan ziarah sosial khususnya di masjid di kawasan pedalaman termasuk melibatkan saudara baru di kalangan Orang Asli.

Sumber daripada http://www.pahangcommunity.com/berita-semasa-info-terkini-f74/denda-rm500-tidak-solat-jumaat-t226.htm

Ulasan Pengarang : Mungkin RM 500.00 boleh dibayar soal dosa dan maruah macam mana? Kala 3 kali berturut2 tinggal solat Jumaat kira2 macam islamnya dah lucut...Deme pikir laa sendiri.

Kash hamun...

Dulu2 best juge mekala gi pekan sari neh sambil ronde2 cuci mata macam hal ada boleh kita tengok...keknya sekarang kas dah naik hamun nok gi pekan sari kat Jerantut. Deme nok tau bender sebabnya...sesekali kali pandang macam pekan sari kat indon, kat bangla, kat kemboje je....hehehehe...puak tu ramei bete...hingga tenggelam kita dibuatnya....kas pelik ngape puak neh makin hari makin bertamboh??? Geng-geng mengawal PATI neh haram tak menjenguk lalu agoknya kat jerantut neh.....kas mintok sanget2 laaa deme me datang sesekali jengok2 laa getek...peredap mana hok patut...geng pendatang asing neh mekala hari sabtu dan ahad macam ada pesta perayaan kat bandor neh....macam2 hal dibuatkan...hingga aku diberi tahu mekala hotel2 nei deme sewa 1-2 jam buat keje maksiat..yang untung aku tengok geng prebet sapu je mengakut geng neh hehehehe...jadi kas mintok laa kerjasama daripada pihak berwajib tolong laa nengok2 sikit. kawal selia laa sikit geng ini mana yang patut. Kala yang halal tu ok laa nei hok haram jadoh nei. Pening kash..

12 Ogo 2009

Kelebihan Membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

*BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* ........adalah sangat singkat namun kadangkala sangat payah untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
Barang siapa yang membaca *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM * setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Asasnya selalu membaca

*BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.
Sehingga dengan kebiasaannya tersebut si suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji si isterinya tersebut. Lalu suatu ketika si suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu si isteripun menerimanya dengan mengucapkan *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* dan membuka almari dengan mengucapkan * BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan * BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* dan menutup/mengunci almari dengan * BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.*
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu si isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
Melihat emas tersebut basah si isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu si suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan isterinya dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat Kelebihan dari kalimat *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:
Kita disarankan untuk membaca *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (Syaitan. Jin dll), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak selesa, Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada hakikatnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* adalah lebih untuk kaum wanita (anak gadis ) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan *BISMILLAHHIR RAHMANIRRAHIM* dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan *BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM* dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Saling ingat dan mengingati utk kebaikan bersama. Wassalam.

Bil Air JBA PAHANG.

Bermula bulan ini bil air yang di keluarkan oleh JBA Pahang akan mengatakan keterangan Caj seperti : Patut Bayar / SUBSIDI KERAJAAN NEGERI/ dan AMAUN Kena bayar. Sebelum ini keterangan ini tiada yang ada cuma Bil semasa dan tunggakan sahaja.

Apa pun anda tak perlu risau kerana kerajaan Pahang hanya ingin menunjukkan bab SUBSIDI itu sahaja tendang tolak amaun yang perlu dibayar serupa sahaja dengan penggunaan bil bulanan anda. Ini semua ada jugak kena mengena dgn cerita Subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan bagi negeri-negeri lain.

Apa pun bagi org kampung mmg pening jugak kalau terima bil air bulan ini sebagai contoh:

Penggunaan air 50(m3) dari: 06.07.2009 hingga 10.08.2009
Patut bayar : RM 67.50
SUBSIDI KERAJAAN NEGERI :RM 38.56
Kena Bayar : 28.95

11 Ogo 2009

Sering di ingat-ingatkan.

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih. Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah ,Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kita sama menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad.
Menjadi makanan cacing dan ulat. Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke pusara. Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'..Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan Izrail yang menakutkan. Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi. Beristighfarl ah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak di bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan.
Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah lalu menjadi seketul daging lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk , itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercuYang lebih agung dari malaikat. Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat. Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah "Dengan penuh rela dan bersediaSambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"Jalan kemenangan akhirat dan dunia. Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan anak Isteri , kad kredit dan kereta Kondominium ,saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Hayati lah selagi kita mampu, saling ingat dan mengingati...hidup hanya sementara...

Punyalah payah nak cari Isteri.

Apa komen anda?
Apa pun rasanya wanita2 berkenaan jgn mudah tertipu dan terpedaya kerana hari ini bagai-bagai cara org memperdayakan orang dengan niat yang pastinya tidak jujur.

10 Ogo 2009

Promosi Hebat Sempena Ramadhan

(Klik Imej Utk lebih jelas )
Sumber & Ehsan drp : Isuhangat.blogspot

10 Orang yang akan di muliakan di akhirat kelak.

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama. Wassalam.

9 Ogo 2009

Doa menjauhkan wabak penyakit.

(Klik Pada gambar utk imej yg lebih jelas)

Mantan Tuan SS Mufti Negeri Sembilan, Dato` Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggegarkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Tok Sheikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:
" Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`.

Rahsia Solat dan Fenomena Alam.

Rahsia Solat Awal Waktu *
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Sebagai contoh,

* **Pada waktu Subuh* alam berada dalam *spektrum warna biru muda* yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan *penawar/rezeki dan komunikasi. * Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi *masalah komunikasi dan rezeki*.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui *konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud*. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. *

**Waktu Zuhur* Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan *menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya*. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

* **Waktu Asar* Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi *sistem reproduktif*. Rahsia warna oren ialah *kreativiti*. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh *organ-organ reproduktif kita*


**Waktu Maghrib* * **Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua **agar tidak berada di luar rumah**. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini **bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga**kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

**Waktu Isyak* Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan *rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak*. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu *berada dalam kegelisahan*. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. * **Selepas tengah malam*, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya *bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.*w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

7 Ogo 2009

Main-main nombor

Cuba langkah2 di bawah ini.

* Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu
(bukannya 012,016 atau 019-***) ke kalkulator.

* Darab dgn 80

* Tambah 1

* Darab dengan 250

* Campurkan empat nombor terakhir telefon anda
(**** empat digit no. akhir)

* Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi

* Tolak 250

* Bahagi dengan 2

Cuba tengok kalkulator,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone anda?
Kalau tak percaya, cuba sekali lagi..

6 Ogo 2009

Pokok Gharqad / Boxthirn (Pokok Yahudi)






Pokok Gharqad / Boxthorn (pokok yahudi)

Hanya menyampaikan. ....kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysianie....harap2 dpt panggil majlis suroh tebang ok....Nama lain African boxthorn. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)...." Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. tazkirah ini tak lama, cuma dalam 5-6 minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu.malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu,kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini,dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam,tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini.selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut.banyak artikel yang terdapat dalaminternet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .halaman ini ialah Jewish National Fund.( < http://www.jnf. org/> )dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu danakebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!! bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di>samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. jnf ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain.wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu.tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."
Walaupun email ini sudah lama tapi utk pengetahuan bersama tak salahnya.

2 Ogo 2009

Memancing sambil mandi manda di kg Serambi Paloh Hinai Pekan.

 



 
 
 

 
Semalam memancing kat Kampung Serambi, port ok tapi dik kerana air surut sangat ikan abis lari kelubuk agaknya... dapat le sekor ikan kaloi je, mmg letih tapi puas hati seharian duk memancing chengkerik tak abis pun...sudahnya dok cari etok sambil mandi sungai pahang yang amat surut.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :