Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Jul 2009

Perjalanan Ke Kuantan dan Pekan...(LPT)

Tengok betul-betul...sape dia nei heheheh?


Pintu Gerbang Temerloh.



Jalan Menghala ke Kuantan dekat Gambang
(antara permandangan yang indah kat LPT ini) lawa-lawa jugak keknya bawoh jambatan kat depan tu kena jaga2 selalunya geng tu suka main teropong kat bawah jambatan tu. (speed trap)

Kawasan rehat R&R LPT


Hari ini aku ke Kuantan dan terus ke Pekan seperti biasa aku guna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ...kala guna jalan lama jaraknya lebih kurang aje tapi tak tahan byk sgt lori dan bas jalan lama ni ...kala nak selesa naik highway selesa sikit kut cuma jalan saje lurus tapi dari segi lain payah nak komen highway pasang siap kata org laa aku tak cakap, tak abis-abis ngan repair sana repair sini.... kadang-kadang kita sebagai pengguna amat membosankan guna LPT ini, kalau kita masuk je ke LPT ini payah nak cakap laa sebab jalanya yang bergelombang di sepanjang perjalanan, tak sudah dgn itu jalan ini rasanya tak berenti dari pada kerja baik pulihnya dari dulu kini dan****** heheheh....tak sudah ngan org yang jaga bendera, patung disuruh jaga juge hehehehe bila abis beteri ngan dia-dia terlentuk sama ...nak tak nak ini le sesatunya highway yang ada..redho je laa....harap masa-masa akan datang LPT dapat le diperbaiki sepenuhnya. Kalau bayar kureng sikit ok je atau free lagi bagus...tapi berbayor deme! Satu laluan drp Jerantut ke Tol Gambang RM 11.10....pergi balik 22.20 kala tambah 30sen dpt bayar mas kawin sorang org pahang hehehehe.....pikir jangan tak pikir.
Namun semalam aku lalu kat LPT ini dah ok sikit dari tol Temerloh hingga ke Gambang jalan ok je tiada sebarang kerje-kerje baik pulih dibuat so ok le tu...

Wasslam.

30 Jul 2009

Majlis ringkas makan tengah hari kakitangan JBA

Group pompuan.
Tangkap laa gambo kawan sekeping...juruteknik komputer JBA Jrt.
Sempat lagi tepon rodong dia kut....hehehehehe
Nie CC kawan .....
En. Mat CMR bersama ustad Amran Jba Jerantut.
Sorry gambo kelabu....incharge kanan ni....(Tengah minum air)

Geng Pulau Tawarr dii....
Rodong2 berlake....

Majlis makan tengah hari sempena meraikan Anugerah Cemerlang, kira macam majlis tutup je...heheheh untuk member2 yang dapat seribu sorang tu dia org kongsi sikit sorang bagi menjayakan mini majlis ini, majlis serba ringkas telah dibuat di kantin kompleks pejabat. Tanpa Pengerusi tak ada pembuka dan penutupnya terus ngap je... jadi lepas laa kome seme makan tengah hari, lauk gulai masam ikan patin dan banyak lagi mmg best laa... terima kasih.

29 Jul 2009

Disini mungkin ada 1-2 Barisan Disana ada 12 barisan..

12 barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya... ..

Wallahua' alam.WASSALAM..

Sekolah Men. Keb. Padang Saujana Jerantut.


Sekolah Menengah Keb. Padang Saujana Jerantut.

Bila aku tengok lencana ini mesti aku ingat masa aku sekolah kat sini. Dulu-dulu tak de lagi nama Sekolah Padang Saujana ni hanya di sebut Sekolah Menengah Jerantut 2 sahaja. Tahun sekitar 1980-1984, aku antara mereka yang terawal yang menduduki tingkatan satu disekolah ini hehehehe....seribu kenangan telah terukir disini bersama guru-guru dan rakan taulan yang best. Semuanya abadi dalam lipatan kenangan. Kalau sape-sape yang penah sekolah kat sini nak kongsi cerita boleh aje. Masa aku sekolah kat sini dahulu tak de yang jahat cuma sikit nakal je....dan aku adalah antara mereka yang nakal sini dulu-dulu.

28 Jul 2009

Sticker "aku anak Pahang".

Sebab aku anak pahang mesti ada sticker ini...
kala nak boleh dapatkan kat kedai runcit sementara stok masih ada...hehehe...

Kompleks Pejabat dah jadi Pasaraya.





Apa sudah jadi?? Bila kompleks Pejabat Kerajaan dah jadi Pasaraya...mungkin Penjual ini mengambil kesempatan sempena hari raya kut...apa pun puasa belum lagi...apa-apa pun aku no komen awk org pikir laa sendiri.....bagi aku macam lagu tak kena ngan tari je....tapi ya laa org nak menari jugak lantaklah. Sepatutnya pihak pengurusan kena amik kira juga baik buruk dan kesannya kelak untuk jangka masa panjang. Bagi saya sekadar boleh komen bende ini macam tak kena pada tempatnya. (apa pun jualan ini hanya sehari aje)

Projek Naik Taraf Jalan Jerantut - Benta

RM50 juta naik taraf Jalan Jerantut-Benta.
Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Jalan Jerantut-Benta sejauh 59 kilometer di sini. Projek bermula awal tahun 2009 di jangka siap sepenuhnya Jun 2010.
(Sumber: Keratan Akhbar Utusan Malaysia : 15/10/2008)
_____________________________________________

Apa dah jadi??

Persoalannya projek jalan ini terus terbengkalai sehingga ke hari ini papan tandanya jugak telah rebah kebumi, jalan ini katanya mempunyai fasa-fasa tertentu jika di lihat fasa 1 dari bandar ini yang terbina cuma satu jambatan yang telah menjadi gajah putih dan sebahagian lereng bukit yang telah ditarah. Mungkin kita sebagai rakyat tempatan ingin jugak tahu kenapa projek bagaikan terus terhenti bergitu sahaja. Jika di imbau sejarah lampau Jalan Jerantut - Benta ini dibina sekitar tahun 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri Pahang dengan bandar diraja Pekan. Selepas itu jalan ini hanya diselenggarakan sahaja sekadar tutup lubang gali lubang untuk rekod jalan ini tidak penah di naik taraf sehingga ke hari ini.

Bayangkan jalan ini dibina sebelum merdeka lagi sehingga ke hari ini, mahu tidak mahu penduduk kampung tempatan tetap terpaksa menggunakan jalan ini kerana tiada jalan pilihan untuk kebandar Jerantut. Disini kita menyeru pihak-pihak tertentu dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi keselesaan semua pihak, terutama penduduk sekitar kampung yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini. Cuba renung-renungkan... Jalan ini telah berusia 91 tahun dan bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita ke 52 tahun.


" SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"

27 Jul 2009

Sedikit catatan Kemalangan.

Kita saban hari bawak kereta namun saban hari jua kita di hidangkan dengan berita2 kemalangan tak kira ditempat orang atau ditempat kita sendiri berbagai kempen telah dan sedang terus dilaksanakan bagi mengelakan kemalangan ini berlaku namun malang tetap malang, malang tidak berbau. Apa pun jua kempen yang dirancang dan di buat namun kalau sikap kita khasnya dan umunnya sikap rakyat malaysia masih tidak berubah masakan perkara ini dapat dibendung. Satu sikap yang paling buruk saya kira diantara sikap pemandu kita "jalan aku jalan aku" maksudnya kalau seseorang itu bawak kerata jangan diganggu atau dihalang mesti kena punya. Satu lagi sikap kita kala bawak kerata tidak mahu bertolak ansur dan kurang berhati2 serta perihatin. Lebih hebat "kurang ajar" dan tak ada displin langsung tidak menghormati orang lain...macam jalan mak ayah dia aje...hehehehe.

Disini aku nak cerita jugak kisah kemalangan di sekitar Jerantut ini iaitu jalan dari Temerloh ke Jerantut sekitar kampung Bukit Dinding hingga ke Sekolah TAHAP. Kemalangan disini kerap berlaku kalau terjadi bukan ringan2 mesti berat punya kalau sebut sahaja kemalangan terjadi disini tetap meragut nyawa rasanya bergitu serum mendengarnya. Keadaan jalan kira ok lah agak luas tapi sikit tak sempurna, keadaan jalan yang rosak dan bergelombang juga menyumbang kepada kemalangan. Faktor utama lain mungkin kecuaian sendiri, memandu laju, jalan tidak di selenggarakan dengan sempurna, haiwan ternakan yang dibiarkan dan lain-lain faktor penyumbang.

Jadi saranan bersama jika hendak ke Jerantut berhati-hatilah dilokasi tersebut kerana jalan tersebut amat berbahaya dan telah banyak mengorbankan nyawa. Kita juga amat berharap pihak berwajib dapat memantau keadaan jalan disini dan perlu di naik taraf bagi mengelakan kemalangan maut terus dan terus berlaku disini.

"Berhati-hati dijalan raya ingatlah org tersayang."Kerana orang lain jugak amat menyangi kita. Mungkin jika kita semua lebih berwaspada dan perihatin, pasti sedikit sebanyak perkara ini dapat dibendung.

**U/P Semalam aku ke Temerloh, lalu jalan ini aku tengok geng JBA kita tengah repair paip pecah kat jalan itu sekitar seri muda kut...apa pun aku rasa cara mereka itu dapat jugak menyumbang kepada kemalangan sebab apa..sepatutnya pihak tersebut perlu menletakan papan tanda setidak-tidaknya papan tanda tersebut kurang 100-200 meter ke... baru org boleh tahu ada kerje2 sedang dilakukan dihadapan jadi kita boleh mengambil tindakan awal.

26 Jul 2009

10 amalan terbaik tapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati.

2.Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Mungkin perkara ini telah diulang2 tapi tak salah jika kita membacanya semula...sebagai peringatan bersama.

24 Jul 2009

JASA IBU.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.


Orang kata kita lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibuBila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… IbuBila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga IbuBila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. IbuYang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IbuYang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasangan ku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasangan ku Bila berduka, aku peluk erat Ibu ku Bila nak bercuti… aku bawa pasangan ku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat akuBila..bila… aku akan talipon pasangan ku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibu ku Renungkan: Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Hargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, balaslah sedaya mampu akan segalanya jasanya jika hayatnya masih ada dan doakan utk mereka jika mereka telah kembali ke rahmahtullah.

22 Jul 2009

Cerita ketam elok juga di jadikan pengajaran.

Suatu ketika dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjukmana ketam melayu, mana ketam cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dankasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas.

Nanti lama-lama semuak etam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran: Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Sebab kenapa org melayu kita tak maju..

Wassalam.

Kadang-kadang membosankan...

Ada masanya kita ini bosan, kadang-kadang bosan ini bukan sesaje nak jadi bosan tentu ada penyumbang dan penyebabnya....sini aku nak citer sikit bab keje, walaupun aku dah berlumut berkerje kat tempat aku ini, tapi bukan nak puji atau mau angkat bakul sendiri, tapi itulah hakikatnya aku jarang sekali mengulor atau ponteng keje...aku tetap taat dengan keje aku, keje aku jarang sekali KIVnya tentu siap punya dalam waktu yang telah ditetapkan...sekarang ni aku bukan nak citer bab keje aku, tapi kisah org lain dalam pejabat ini...kala nak bandingkan aku yang dah berbelas-belas tahun yang keje ini rasanya tak laa macam dia org buat...senang-senang nak gi merayau-rayau, senang-senang lepak sana lepak sini....ronda sana ronda sini..bagi aku keje ttp keje. Sudahnya keje dia org....... tak pasal-pasal kita pulak yang kena tanggung itu nama membosankan.

Kadang-kadang kalau kita tegur atau berbunyi sikit tentu tak best jugak. Kala kena kat aku sendiri pun tak minat kena tegur ni...sendiri pikir laa, tapi kala dah ditegur mula tarik muka masam kedut 1000 menyusahkan aje....kat sini aku nak kasi tau laa pada budak-budak baru keje ni...jangan lebih sudu dari kuah...kadang tu lebih taik gigi pada gigi....kadang tu sikap dia org ni mmg sakit mata nengok...aku rasa bukan apa, kerana mereka ini amat di manja-manjakan tambah-tambah pulak geng-geng awek gerdik ni...hahaha..mmg byk kumbang menyape....sudahnya keje entah kemana asyik nak mengedik aje.....tak menyusahkan org tu....kita jugak yang kena buat.

Sudahnya org macam aku jugak terpaksa menanggung keje dia orang diatas ke 'gerdik' kan mereka....tak ker membosankan namanya. Aku pun dah keje bebelas tahun tapi rasanya tak penah menyusahkan org. Saranan aku... aku minta lah dia org prihatin sikit dengan keje ada rasa tanggungjawab sikit. Pikirkan sama kita dibayar gaji untuk buat keje.. Bila kita berkerja cara kumpulan kala sorang tu tak buat tentu ada org lain yang akan menyudahkan pikir arrr sikit. Keje itu juga satu ibadah buat tentu dapat pahala punya...tak buat mmg tak apa2 tapi macam makan gaji buta laa....kala timbang lambung angkat buang kira macam haram jadah jugak tu.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Akhir sekali beramallah seperti kita akan mati esok hari dan berkerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi...Sakadar renungan bersama...Tiada maksud tersembunyi...Allah maha mengetahui... wassalam.

Aku masih mencari tema Template utk blog ini.

Sorry laa jika blog ini berubah-ubah bentuk templatenya...sebab aku masih tercari-cari bentuk yang paling sesuai bukan sahaja sesuai dengan ciri-ciri yang sedia tapi sesuai jugak dengan citarasa aku, apa pun susah jugak nak cari yang betul sesuai sebab...atas alasan memilih sangat tidak juga.....terkadang mungkin banyak pilihan jadi kita mudah rabun mata...rambang mata kata org...apa pun aku harap template ini dah sesuai kut....mintak-mintak aku tak tukar lain dah...apapun kadang tu aku mmg suka sesuatu yang baru... kala macam tu je macam tak de perubahan tak bagus jugak duk di tahap tu je....macam tak kemajuaan...kalau you all datang kat blog ini sekali biru sekali hitam usah heran laa...hehehehe mmg aku suka tukar-tukar kasi segar mata sikit...apa pun aku harap kamu semua boleh lepak2 kat blog aku ini.

20 Jul 2009

LATA BATU BEREMBUN, BENTA.

Sudah sekian lamanya aku tidak pulang ke kampung halaman tempat tumpah darah ku...setelah semua tiada lagi...yang tinggal cuma kenangan silam sahaja dan disini jua banyak sekali kenanganya bersama sanak saudara dan kawan-kawan disuatu ketika dahulu, kalau dahulu sememangnya meriah jika pulang bercuti ke kampung halaman tak kira musim buah-buahan atau majlis perkahwinan kerana dahulu masih banyak rumah-rumah dan sanak saudara di sana tapi kini semuanya telah tiada... silap2 hanya tinggal nama terlakar didalam peta sahaja aku masih teringat bagai mana meriahnya aku bersama kawan-kawan duduk berkelah dan mandi manda kat Lata Batu Berembun dan ke ulu Rengai bersama kawan-kawan mencari buah durian.

Hari ini kampung ini bergitu suram sekali dengan suasana yang amat menyedihkan hati....kalau dahulu parit dan alornya mengalir indah...hari ini parit tersebut sudah tiada lagi...alornya bagaikan amat lusu....kala dahulu payanya terbentang luas hari ini di penuhi hutan...kini kampung kelahiran aku ini bagaikan telah bertukar wajah kepada sifat azalinya dipenuh hutan belentara. Penghuninya sudah tiada lagi yang tinggal hanya rumah lakor (rumah buruk yang telah ditinggalkan) dan kebun buah-buah yang sudah tidak terurus lagi....

Terkadang jauh disudut hati ingin kembali menikmati keindahan kampung seperti di masa lalu namun apakan daya masa telah merubah segalanya....yang tinggal hanya coretan kenangan yang terus terpahat dihati....bertapa indahnya kampung halaman aku...hari ini kalau kita menlalui kampung ini hanya ada sebilangan kecil rumah sahaja itu pun hanya di luar berhadapan dengan jalan besar sahaja, bahagian kedalam sikit sememangnya sudah tiada orang lagi.

Apa pun aku tetap berbangga dengan kampung kelahiran aku biarlah rupanya sudah tidak seindah dahulu namun namanya tetap terukir indah....bersama seribu kenangan terindah dimasa lalu. Kenangan tetap tinggal kenangan salam buat mereka yang masih setia yang terus berada di kampung kadok, rengai dan kampung-kampung sekitarnya.

Wassalam akuanakpahang.

19 Jul 2009

Permandangan Indah di Kg. Serambi Paloh Hinai Pekan



Gambar ini aku rakam pada 02/05/2009 di kampung Serambi Paloh Hinai, Pekan ditepi sungai Pahang. Waktu sudah hampir menjelang senja, aku namakan photo ini "senja diserambi". Permandangan bergitu indah sekali. Lantaran indahnya photo ini aku abdikan untuk blog aku ini. Nak tahu kenapa aku kesana seperti biasa balik kampung isteri. Sememangnya sebulan sekali mesti balik kampung isteri kala ada kelapangan gi jenguk-jenguk rumah peninggalan ayah mertua pastu jumpa waris dan orang kampung sambil bertanya khabar... aku biasanya kasi hilang boring amik kesempatan duk tepi sungai memancing.

18 Jul 2009

Jerantut hari ini...

Hari ini sabtu 18/07/2009 sebelah petang ini bermula seawal 4.00ptg org ramai akan berpusu2 di pasar malam jerantut di berlakang pasar besar jerantut, dan berakhir sekitar jam 9.00mlm jalan boleh jadi jem jugak kala bawak keta aku biasa gi ronda ngan motor kapchai aku je senang nak mencelah-celah, pasar malam ini supa jugak ngan pasar malam tempat lain aktiviti dan jualan agak sama sahaja dari ikan sayuran makanan dan hasil kampung. Kala sesekali datang mmg best bagi aku saban minggu gi tak bender nya saje gi cuci mata je...keesokan harinya hari ahad pekan sehari di Jerantut tempat yang sama, jualan barang yang supe je....tahan le dia buat hari ahad kala tak bandar jerantut ni macam tak bermaya je...hehehehe...

Kala tengah2 bulan macam ni mungkin org kureng...sikit kut...sebab kat sini mungkin 80% org duk keje makan gaji ngan goman termasuk le aku sendiri...duit tu ada, tapi banyak hal lain lagi nak nak buat...faham2 aje laa... apa pun bagi yang tak penah datang tu elok gak jugak gi sesekali, tapi sekarang ni aku boring jugak nak gi pasar malam ni sebab sesekali pandang macam duk kat jakarta pun ada... kat kemboja pun ada dan lain negara di asia ni hehehehe...geng-geng dia org saje...bosan jugak kadang tu... sudahnya macam tenggelam kita dibuatnya...mmg boring lah senang citer...

Tak kurang jugak kalau ke Jerantut ni geng mat saleh @ org putih pun banyak macam kat London laa pulak...pelancong mat salleh mmg byk jugak kadang tu, maklum la Jerantut ini pintu masuk ke Taman negara jadi geng ni byk le merayau-rayau kat bandar ni. Apa pun bandar ini tetap ceria sokmo datang lah bercuti-cuti malaysia...hotel banyak tmpat tido pun banyak sediakan duit je... kala dari kolumpo tu (KL) kurang 2 jam setengah je ke Jerantut, sekarang ini musim buah-buahan di Jerantut mungkin buah durian dah hujung2 sikit kut...apa pun... jumpa disiniiii.......by.

Sempena Israk dan Mikraj 1430 Hijrah 20/07/2009

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada
Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

SIAPA KITA?

1. Ada antara kita datang pejabat hanya memenuhi tanggungjawab* DATANG**KERJA** tapi* hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.
2. Ada kala kita rasa kita* **BUSY** giler*** rupanya kita hanya 'KELAMKABUT'.
3. Adakala kita rasa kita* **PRIHATIN*** tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita* OPEN**** MINDED*** and* OUTSPOKEN*** tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran* **KRITIS*** rupanya kita hanya lebihkepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi* LEBIH** MESRA*** tapi rupanya kitadi lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya* KENAPA DIA NI MCM TAKDE** KEJE* adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKANPARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dantingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki ..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

*"mengkritik tidak bererti menentang, * * menyetujui tidak semestinya menyokong, * menegur tidak bermakna membenci, * * dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"*

17 Jul 2009

Kisah Facebook lagi...

Artikel ini aku copy paste dari laman : http://www.rohaizad.com/

Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!Sila lihat slide flash ini:http://albumoftheday.com/facebook/
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Cuba bayangkan!!!Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Mungkin lebih banyak fakta disini : http://www.rohaizad.com/2009/01/30/facebook-dark-side-fakta-yang-perlu-kita-tahu-mengenai-facebook/

Saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan anda semua. Andainya perkongsian itu kelak memberi manfaat untuk kita semua. Sekiranya anda ingin mengambil keputusan utk memberhentikan akaun FB walaupun butiran peribadi telah diberikan dgn gambar sekali mungkin termanpu kita deletekan semuanya sebelum menutup akaun FB tersebut. Wassalam.

14 Jul 2009

Catatan mereka mengenai Facebook...

Artikel ini aku hanya di copy paste sahaja harap maklum.
(Sumber dari email)

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U
__________________________________________

Hari ini 16/07/2009 dengan rasminya aku telah menyahaktifkan akaun facebook aku, kerana telah aku pikir dalam-dalam dan mengambil kira buruk dan baiknya FB ini setelah aku cuba search "keburukan facebook" dan mencari sedikit maklumat berkaitan apa yang aku dapat tentang FB ini nyatalah bender ini tak baik bagi aku, kalau ada kelapangan nanti aku akan copy pastekan keburukan FB ini nanti. Terkadang kita kena akur juga bila dikhabarkan tentang keburukan akan sesuatu itu ada baiknya kita berenti dahulu cuba selidik pastu buat keputusan...bagi pendapatan aku setelah banyak keburukanya yang aku dengar tentang bender ini aku amik keputusan untuk berenti dan menyahaktifkan akaun FB. Untuk anda yang lain aku tidak memaksa apa pun cuba lah selidik dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal diambil.

Bangunan dalam Pembinaan Di Jerantut

Kompleks Penjaja kecil Jerantut (Bandar lama Jerantut)

Bangunan Baru Jabatan Bekalan Air Jerantut
(Berhampiran Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jerantut)

Bangunan sedang dalam pembinaan disekitar bandar Jerantut dijangka siap hujung tahun atau seawal tahun hadapan katanya. Apa pun dengan adanya bangunan baru ini kelak lebih memberi kemudahan serta menceria bandar ini.

Kecuaian mungkin membawa padah...



Kecuaian yang mungkin membawa padah...terkadang diatas kecuaian kita jugak yang memudahkan kerja pencuri jika dilihat motor ini telah di lock tayar dan handle nya namun disebab kecuaian kuncinya masih tertinggal dimotor...kala hilang motor ini nak salahkan siapa?? lu pikir laa sendiri....

13 Jul 2009

Terima kasih diatas tindakan segera.




Terima kasih diatas tindakan segera Jabatan berkenaan.
Sebelah pagi tadi saya telah mengubungi dan membuat aduan kepada Perbandanan Sisa Pepejal Daerah Jerantut dan memaklumkan "permandangan yang amat menyakitkan mata" seperti tajuk dibawah. Dengan kerjasama Majlis Daerah Jerantut, kurang 12 jam perkara tersebut telah dapat diselesaikan dan dibersihkan. Bagi pihak saya amat berterima kasih diatas keprihatinan dan tindakan segera yang telah diambil oleh Jabatan-Jabatan berkenaan. Terima kasih tidak terhingga serta boleh juga dijadikan contoh untuk Jabatan berkenaan yang lain. Disini kita semua sepatutnya lebih prihatin dan sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar dengan penuh rasa bertanggujawab. "Cintai alam sekitar, kerana alam ini anugerah tuhan ianya akan di warisi oleh jenerasi akan datang."
Terima kasih.

12 Jul 2009

Permandangan yang amat menyakitkan mata....


Perbuatan tidak bertanggungjawab... sisa-sisa bahan binaan ini telah di longgokkan dihadapan persimpangan jalan masuk utama ke Taman Pedah Jaya Jerantut. Perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang tidak beretika dan tidak berdisplin sama sekali, sudah tentu perkara ini amat menyakitkan mata dan juga mengundang seribu macam hal lagi dikemudian hari. Saya amat berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala ini daripada berterusan. Insyaallah saya akan menghubungi pihak2 berkenaan.

11 Jul 2009

Aku masih mencari kawan lama.....

Semmgnya aku buat blog ini sekadar suka2 aje...namun antara lain tujuan aku buat blog ini untuk mencari kekawan lama-lama x kira masa kecik2 dulu sampai dah sekolah dalam negeri dan luar negeri, kut dah lepas ke luar negara aku pun tak tahu, (kawan baru leh join jugak tak salahnya) tapi kala dia org terjumpa blog ini aku harap sangat boleh email aje kat aku...bukan apa sekadar mengeratkan semula silaratullrahim...ada sesetengah tu dah puluhan tahun tidak mendengar khabar berita mereka....apa yang aku harapakan mereka itu masih ada huhuhuhu...jadi aku menyerulah mana2 member aku dulu yang penah bersusah payah bersama sewaktu waktu dahulu...moga2 dapat bertemu kembali.

Jalan lurus je...tapi...jangan pandang berlakang..

(Sekadar Hiasan... mungkin wajah ini yang selalu bermain dijalan kat bawah ini yang selalu di cerita orang......)
Jalan menghala Sekolah Padang Saujana Jerantut

Jalan hadapan kompleks Pejabat Jerantut
Jalan ini nampak cam tak de apa2 tapi kata org kala pukul 12.00 mlm ke atas jangan nak mengada2 ramai dah yang berjumpa huhuhuhu....untung2 kalau nasib anda bolehlah berjumpa...gi laa time malam2 sikit....rupanya macam gambo kat atas tu lebih kurang...ada yang ikut sampai balik kerumah nak berkawan kut.... ada yang dah pengsan errr...dan macam2 cerita lagi.

Seorang kawan penah bercerita dia terkena dekat jalan ini lah katanya hantu tu boleh melekap kat cermin kereta haru betul....biru dah muka dia bawak kereta tak tengok meter dah huhuhu...apa pun dakwaan mereka ini aku rasa benar sebab geng ni mmg suka jalan malam heheheh...kala di lihat pada tempat ini mmg keras pun...bersebelahan kompleks pejabat ini dahulu ada kubur lama yang telah diratakan...dijadikan kebun buah naga (Dragon fruit) ... dihadapannya ada mini tasik (tempat takungan air) org kampung saya menyebut  'caruk'.

Kalau di amati lokasinya mmg amat sesuai utk geng2 ini datang bertandang. Last sekali berhati-hati lah dijalan raya. Kalau merembang bulu tengkok lalu kat sini jalan terus jangan pandang berlakang huhuhuhu....


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

PO KOK KITO MATI....

Cerita ini sebenarnya sudah agak lama tapi bila dikenang-kenangkan menjadi nostalgia silam yang lucu juga...kisahnya satu hari aku gi bergunting rambut kat kedai geng kelantan...
mmg tokey kedai ni suka benar berborak sambil layan berguting rambut orang.... sampai le giliran aku gunting rambut aku terus duduk atas kerusi tu dia pun amik le kain sambil mengibas kain tersebut nak menutup badan aku.......pas dengan semangat tokey kedai itu memberi tahu aku.....

"weh...awe po kok kito mati......aku pun balas jawab pokok mati?? ho laaa po kok kito mati.....(dalam hati aku duk berkata pokok apa yang mati bila dia tanam) lepas itu kerana tak ada ayat aku nak tanya aku punya bertanya lagi...mati kat mana? dia jawab....mati kat bowoh pokok laa....,oit..aku lagi pening pokok mati bawah pokok....aku masih bingung lalu aku bertanya bila matinya dia jawab pete (petang) semale matinyo, aku dengan bodohnya menjawab oooo....selepas itu aku masih bingung dengan cerita tokey kedai itu aku bertanya sekali lagi utk kepastian....dan cuba memahami sebenar ceritanya....aku mengulang percakapan dia... pokok mati bawah pokok dia pun jawab hoo laa pokok mati bowoh pokok.....lepas tu dia.. bercakap dengan nada pelahan sikit agak2nya dia suruh aku faham laaa agaknya...."po kok kito matiiii....matinyo kat bawoh pokok.....ehemmm.....aku jawab, last sekali dia baru bagi klu po kok kuba ( pak yakop kerbau) pok ko kito tu hok jual kuba tu mati....matinyo kat bawoh pokok sambil duk kelih kuba dio, dio mati sore (seorang) situ sian .... aku rasanya macam nak suka terbahak2 mendengar penjelasan dia....rasanya kat kedai tu juga aku nak ketawa besar tapi aku selamber je balik umah baru aku aku lepaskan hahahahaha.....(mmg cerita ni sedih kisah org mati...tapi mungkin kerana penyampian sikit tak betul, campo pulak kefahaman yang tidak berapa dapat fahamkan)

10 Jul 2009

Hari ini aku terhidu Gas Durio zibethinus rasa macam nak pengsan.

Hari ini aku terhidu Gas Durio zibethinus, gas ini tidak mendatangkan kesan sampingan jugak tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang lain tidak mencemarkan udara dan kualiti cuma baunya aje...adus....memang amat menyesakkan nafas....3-4 juga aku terhidu gas ini walaupun tidak beracun tapi baunya hemmm...jangan cakap laa...kalau antibody tak berapa kuat mau pengsan jugak...walau bagaimana pun aku masih ok.....

Ceritanya aku terhidu gas ini kat masjid daerah semasa nak menunaikan solat jumaat semasa khutbah aku dan kena pun...tapi aku selamber je...buat macam tak de apa yang berlaku...tapi org sebelah kiri aku tu nampak juga macam "sempor " je bila aku pandang dia.....setiap kali gas itu naik dan berlegar-legar ke udara memang amat mual sekali, apa boleh buat aku nak beralih ke tempat lain susah jugak karang apa kata org pulak...aku redho je lah menerima gas Durio zibethinus demi gas nya.....aku bimbang jugak org disebelah kanan aku pulak akan terperasaan gas yang sama aku bimbang jugak kala dia sangka yang bukan-bukan..... tapi raut wajahnya sedikit gusar...err...

Sehingga abis solat jumaat aku masih diselubungi gas ini kala ikut rasa hati mmg tak sempat imam nak baca doa dah, nak je aku cabut terlebih awal lagi tapi aku jugak masih redho...dengan gas ini....tak kurang 5-6 kali aku terhidu gas Durio zibethinus ini.

Sebelum itu aku nak tanya kamu, kamu tau tak apa dia Gas Durio zibethinus ....kala tak tau terus membaca hehehehe....tiba-tiba dalam hati aku mula berkata-kata macam nak sumpah seranah... alangkah gampangnya org sebelah aku ini nak makan durian itu makanlah, bedal lah lepas jumaat ni karang ni makan pagi tadi apa lagi... tengah hari duk keluar lah sendawa buah durian haru betul laaa.....nak muntah loya mual dan berbagai rasa lagi....

Saranan aku laa...bagi pengemar buah durian (aku pun suka juga), tolong laa... elak la jangan makan kala nak berhimpun kat khalayak ramai khususnya kala nak gi masjid cam nei....betul-betul menganggu orang betul laaa...nak je rasanya aku halau org macam ni tak tahan aku diganggu dan terus di ganggu gas ini.....Durian ini nama saintifiknya Durio zibethinus.

Dalam kenangan

Tanggal 12Hb.Julai 1990 tetap abadi dalam kenangan, sehingga ke hari ini 12 julai setiap tahun tetap mengamit hati dan perasaan kerana kepergian ayah kesayangan ku ke rahmahtullah di Tanah Suci Mekah pada tanggal tersebut jam 9.35pagi dan di kebumikan disana 2 hari sebelum jadual penerbangan pulangnya ke tanah air. Rasanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata bila orang tersayang telah pergi meninggalkan kita namun itu semua Qada dan Qadar ketentuan dan kehendaknya. Mahu tidak mahu kita tetap redha dengan semuanya. Namun setelah 19 tahun berlalu rasanya kenangan itu tetap abadi dalam ingatan. Jasa-jasa dan pengorbanannya tidak terbalas mendidik dan mendewasakan kita, termanpu kita hanya mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama insan-insan yang mendapat kemulian dan keredhaan allah jua.
Amin..
Alfatihah buat ayah......tersayang.

9 Jul 2009

Hobi ku yang bagaikan telah berkubur....

video

(VIDEO INI HANYA HIASAN)

Memancing adalah satu-satunya hobi aku dari kecik sampai besar, namun apakan daya masa telah merubah segala. Setelah aku sendiri teramat sibuk dengan rutin harian tambahan pulak geng kaki pancing ( member aku laa) banyak yang dah merantau ketempat lain yang ada 2-3 kerat itu tak empuk pulak ada yang dah kawin dan bz dengan tugas masing2, mungkin sesetengah tu sebab baru kawin layan isteri lagi bagus daripada duk layan pancing sudahnya, hobi aku ini bagai terbiar aje...apa pun aku amat minat memancing sesekali balik kampung isteri layan jugak kasi hilang gian je... sebab rumahnya berhampiran Sg. pahang...nasib dapat org yang tepi sungai dapat juga memancing kala dapt org duk di bukit tanam jagung je laa aku.... jorang pancing aku masih terbiar tersangkut di dinding je....hehehehe...nanum hobi ttp hobi kena masa kena gaya mesti memancing punya!

Awas!! anda berada di zon perokok tegar.

Mungkin papan tanda yang ini jarang anda jumpa....apa pun aku penah jumpa...




8 Jul 2009

Peranan Internet..

Rasanya kala sehari je x de internet kat opis ni mmg amat mendatang kesusahan bagi kami yang amat bergantung segala urusan kerja dengan menggunakan sever dan internet, kala bende ni kong...maka kami jugak turut sama kong jadinya... masuk hari ini aje dah dekat 3-4 hari internet kong sebab sever mengalami sikit kerosakan tengah repil katanya bila siap tak tau laa... perlayar internet tegar yang tidak berlesen juga turut sama tersadai hahahaha...mana tidaknya email x leh tengok...dan seribu satu macam bender lain yang dibuat menggunakan internet dari urusan keje hingga ke urusan peribadi....abis x leh tengok ada sorang kawan aku tu macam " kera jatuh anak je" huhuhu....apa pun andainya internet ini kelak tiada di pejabat (ditutup) aku rasa mungkin ramai yang tak duduk diam dipejabat dah..andainya ura-ura katanya pihak atasan nak block bender ni...tak mustahil pejabat jadi padang jarak padang terkukur hahahaha....kerana ada bender ni jadi jugak peraliknya.

Aku sendiri mengalami masalah disebabkan sever KO ini apa tidaknya segala data dan maklumat tidak dapat dihantar ke HQ geng kat atas tu mungkin beranggapan macam aku x buat keje je.....kami dah bagi tau...dia kata x kan sampai 3-4 hari sever KO....ni yang payah nie...org kata atas tu reti bercakap je....apa pun keje-keja aku sema dah siap key in tapi kerana sever je kong ...x leh nak up load data...sabor laa weh....kala dia rasa dia payah org lain payah juga tak gitu??

Apa pun sebelah tengah hari tadi geng unit IT (EN. KUDIN) dah baiki bender ni nampaknya dah jalan molek TQ pada you all sema....susah-susah je....hahahaha...

7 Jul 2009

Aku kira citer Broadband ini cukup disini sahaja.

Sudah sekian lama aku bawak citer bokben ini kesana dan kemari masuk blog kuar blog masuk forum kuar forum tepon Celcom dan ajen bokben cari maklumat berkaitan dgn bender ini... akhirnya aku penat hehehehe...itu semua mungkin jugak kerana RM 50.00 bukan mudah nak tanggung bilnya beb! zaman ekonomi global merudung tak pasal ni...besar juga nilainya......nampaknya letiran aku semua itu walaupun tidak semua diberi perhatian sedikit sebanyak mendatang kesannya bila aku dapati hasilnya tidaklah seteruk diperingat awal penggunaan bokben ini.

Apa pun mungkin aku mewakili pengguna bokben yang lain, jadi bila aku buat fardu kifayah org lain buat org lain x payah nak buat....dah...tak gitu? cuma aku harap pihak celcom kena prihatin laa sikit kat pengguna macam kita ini jangan buat ded je...apa pun setakat ini aku pujilah jugak celcom kerana amik berat juga TQ laa...

Harapan aku celcom perlu up gred bender ini dari masa ke sama jangan dibiarkan melara je...yang susahnya kita jugak...kala free tu x kisah juga redho je laa...permantauan perlu ada senang citer kata-kata yang terkuar kat iklan itu jangan semata-mata iklan...yang terluas..terpantas dan berbagai ter lagi....cuma kita jangan ter rugi sudah laa....apa pun aku kira setakat ini sahaja citer bab bokben ni...tapi rasanya kala ada yang tak kena lagi tak mustahil akan aku coretkan lagi.

Wassalam.

Pawang Haji Mohammad @ Aki Jabuk ( Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis)

Pawang Haji Mohammad Bin Mukim Sam
1884 - 1983
Haji Mohammad Bin Mukim Sam juga antara mereka yang tersohor dan terhebat di Kampung Tg. Besar Benta, Kuala Lipis Pahang. Beliau juga di kenali sebagai Aki Jabuk. Seorang Pawang terkenal juga sebagai Tok Mudin, Beliau di antara Ketua kampung terawal di kampung Rengai jawatan sama yang penah di sandang oleh ayahnya Tok Mukim Sam Bin Endor Bin Tok Dollah sebagai ketua Kg. Rengai, kehebatan beliau juga sukar dicari ganti dengan ilmu kebatinan dan kepawangannya.
Gambar bersama penduduk Kampung Tg. Besar sebelah kiri Aki Wahab, Mohamed Bin Sam (Aki Jabuk ) Semasa beliau memegang jawatan Ketua Kampung Rengai, Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis.
Beliau telah banyak berjasa pada kampung halamannya. Anak-anak beliau diantaranya Malek, Hj. Sulaiman, Bidah dan Yang Jeriah. Beliau telah kembali ke rahmahtullah pada tahun 1983 berusia 99 tahun kerana sakit tua. Dan telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mat Kilau Jerantut. Untuk makluman juga beliau ada sepupu dengan Haji Pawang Nong di Ulu Cheka. Al Fatihah buat mereka.

 Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SEJARAH PAWANG NONG ULU CHEKA, JERANTUT

Mungkin sekadar tau nama tapi tak penah tengok wajah Pawang Nong, jadi sini saya sertakan gambarnya sekali. Pawang Nong ini antara pawang yang amat terkenal sekitar Jerantut dan Kuala Lipis, penuh dengan berbagai ilmu kebantinannya. Kehebatannya sukar dicari ganti.

Sedikit info nama Cheka - asal dari perkataan cheke (loghat dari daerah) iaitu mengalami muntah2 kecil akibat tersalah makan daripada makan yang bercampur baul dengan yang lain yang menyebabkan muntah kecil disebut cheka. Sedikit sumber yang penah dicerita secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu tentang kehebatan Pawang Nong.

Pawang juga bermakna seseorang yang pandai , berkebolehan dan banyak ilmu kebatinannya termasuk mengubati org dan juga mempunyai kelebihan ilmu kebatinan yang lain hilang ghaib dan sebagainya sehingga berhubungan dengan makhluk lain jin dan seumpamanya. Antara lain kehebatan beliau yang penah diceritakan secara lisan beliau dapat memagari kawasan kampung daripada kelihatan oleh tentera Jepun dengan kata lain perkataan pihak musuh tidak akan nampak dimana kampungnya. Sehingga pandangan mereka nampak hutan sahaja. Cerita lisan yang penah diceritakan akan kehebatan beliau bila mana beliau penah di tangkap oleh tentera komunis diikat dengan rantai bersama anaknya ketika belia hanya membiarkan sahaja sehingga beliau dibawa kesatu tempat mungkin sudah melewati batas kesabarannya beliau dengan sekali sentap sahaja rantai besi yang mengikatnya telah lucut drp tangannya.

Kehebatan anaknya ketika tidak kurang hebatnya dengan sekali tepukan pada meja yang dibuat daripada kayu telah seakan hancur berkecai. Pada masa yang sama juga komunis sudah tidak berkata apa-apa semuanya meninggalkan dua beranak tersebut. Kehebatan lain yang penah diceritakan bagaimana beliau dapat menghapuskan syaitan yang bergelar org minyak yang dengan ilmunya itu. Serta bagaimana kisah beliau boleh meminjam peralatan seperti pinggang mangkuk daripada org halus (org bunian) utk kegunaan penduduk kampungnya bila mana mereka ingin membuat majlis kenduri dan sebagainya.

Malang tradisi ini tidak dapat diteruskan walaupun ketika hayat beliau masih ada kerana perjanjianya dengan makhluk tersebut telah dilanggar, pinggang mangkuk yang pecah masti dipulangkan macam mana sekali pun keadaanya, ada diantara penduduk tidak mengindahkan perkara ini ada diantara mereka terus membuangkannya sahaja lantaran mereka sendiri yang menlanggar perjanjian ini walaulupun telah dinasihatkan oleh beliau.

 
 
Diatas jasa-jasa dan kehebatan serta penghormatan kepada beliau pihak Inggeris ketika telah menganugerahkan dua Bintang kebesaran Kerajaan Britsh kepadanya. Anugerah bergitu tinggi nilanya kerana tidak semua org mampu untuk memilikinya. dan diatas sumbangan bakti beliau sebuah sekolah telah mengabadikan nama beliau sekolah di kampungnya di beri nama Sekolah kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut .

Wassalam. Wa'allahhualam.
Salam hormat daripada : akuanakpahang

Semalam di kedai mamak....

Pagi semalam dan le aku lepak kat kedai mamak....perkena teh tarik onel...ngan roti canai peh...pas tu kena rokok sebatang hilang dunia kejap....sedang duk layan paper kat kedai mamak tu aku dengor lah seorg perempuan umo sekitar 50an laa kut... tengah berborak ngan sapa aku pun tak tahu org lelaki laa...pompuan tu duk mengadu....anak dia dah 2-3 kali dah termuduga minta keje kat pejabat sini laa...tak dapat-dapat kata dia....antara lain dia merugut... ikut geng puteri dah lama ...hehehe pas tu jadi kerani undi dah 2-3 juga pilihanraya kata dia laa....tapi keje masih x dapat2 juga (sekali imbas dengor macam ada niat lain je buat keje-keje tu).....aku senyum sorang je...sambil kelat je muka makcik tu nengok aku...tapi aku senyum juga...sambil dengor keluhan ibu itu....sambil lelaki itu mengambil point mana yang patut duk buat catatan sikit....pas tu aku dengor lagi...ibu itu berkata tolong tengok2 sikit... kabor laa sikit kat org kat atas tu amik laa anok aku berkerje...ok..ok kata lelaki tu.....

Pastu aku pun duk mikir kejap....org lain mungkin puluhan kali dah gi termuduga termasuk aku sendiri dulu2 nak boleh dpt keje ni pun puas....keje amal lain yang dibuat jgn kira laa tapi rezeki masih tak ada aku redho je....balik kisah ibu tadi...kala atas tiket tu laa dia nak suruh org amik anak dia keje, susah nak cakap laa....mungkin ini laa yang di katakan guna kabel hahahaha....apa pun itu lah hakikatnya dunia hari ini ada kebel ada kira...x de kebel duduk lah terkebil-kebil kat situ....tapi mungkin untuk jangka masa panjang kala ada org macam ini atau budaya semacam ini susah jugak...sebab yang betul berkelayakan tak dapat tempat sebab mungkin tak de kabel huhuhu, moralnya apa pun biarlah berbuat sesuatu itu tidak mengharapkan habuan...biarlah ikhlas sikit dengan kehidupan ini. Tuhan tetap memberi ganjarannya.

Wassalam.

2 Jul 2009

Jerantut Feri 1949

Gambar ini katanya dirakam sekitar tahun 1949 zaman penjajah lagi. Masa itu pengakutan feri ini telah digunakan. Namun jalan yang digunakan itu masih ada hingga ke hari ini, tapi sudah tidak diguna lagi setelah Jambatan Jerantut Feri siap di bina. 

Jambatan Sultan Abdullah di Jerantut Feri Dalam Fasa Akhir Pembinaan 1978.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :