Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Jun 2009

Aku naik hamun ngan broadband huhuhuhuhu.....

Citer dia ...aku order broadband je dekat 2 bulan baru dapat....ya laa aku order pakej kerajaan punya murah sikit padan laa tu RM100 je ....pas tu try guna tak dapat2... dapat kejap hilang dpt kejap hilang....errrr...pas tu ada member cakap kena guna kabel panjang sikit kut...sebab x dpt liputan aku berkejor ke kedai komputer beli yg panjang ada kat tiga depe kut 3 meter lebih kurang laaa...pas mula pakai ok laaa kejap rupanya hanya sementara je, dapat la pada x dpt langsung, lepas seminggu abis x dapat kebender dah.....chek punya chek kepala kabel tu macam leh pakai dah....ada wayar putus...nasib wayar aku sendiri x putus huhuhuhu......tadi aku baru gi kedai komputer beli kabel baru pendek sikit 1 meter kut....supe ya je....last sekali aku pakai jugak kabel asal yg diberi oleh celcom dapat pulak....tu pun aku x tahu brapa lama boleh tahan....kadang kat opis dapat kat umah x dapat....maru betul laaa...kadang dia bertukar pulak sebaliknya ....huhuhuhu sedih betul aku.....nak je sekali pikir aku campak aje broadband ni ke sungai pahang.....setakat ni aku x tahu dimana sebenar puncanya celcom ker pc aku ke liputan... mmg liputan kureng kat sini ker... yang pasti aku betul2 bosan guna bender ni...( nanti aku sambung citer tengah busan ni) apa2 pun "sertailah kami" kata iklan celcom huhuhuhu cam ner nak serta asyik putus2 je....hehehehehe.....bil kuar juga adus....bendernya entah kemana.

Satu perkara lagi kita tidak diberitahu broadband ini adakah hanya sesuai untuk laptop sahaja atau boleh diguna pakai antara kedua-duanya PC dan laptop rumusan bagi aku broadband ini lebih sesuai utk laptop sahaja (aku rasa la)...sebab bila aku cucuk kat laptop jalan.. bila aku cucuk kat PC tarak apa2 jadi.. dan bila aku guna kat PC, alamat sampai kecerahlah hari internet x dapat-dapat huhuhuhuhu kala nak kata PC aku dah buruk PC aku baru beli 5 bulan lepas............sepatut celcom kena amik tau semua nei....dan buka sekedar amik tahu seterusnya bagi-bagi lah tau...jangan buat tak tahu je.....fikir2kan sama bil kena bayor juga! Jgn duk mengira untung sebelah atau menang sebelah...sepatutnya istilah menang - menang itu perlu ada. Kita sebagai pelanggan rasanya kala macam ni la keadaan mmg berasa tidak berapa puas hati.

Aku amat berharap jugak lah pihak celcom sendiri memandang serius bender ni...perlu upgred sikit kala mmg bender ni macam jalan tak jalan je.....kena ada permantauan sendiri drp pihak celcom.

Terima kasih.

28 Jun 2009

Duit syiling 1sen berani beli ker?



Price: -
sapa2 yg tercari2 duit syiling Rm0.01Sen,..saya ada seratus Lima Puluh Satu [151] KEPING duit syiling 1sen ne..2 je lah yang tinggal..Harga 1keping Rm1,apa2 pun kita masih boleh runding lagi.call segera,sapa cepat dia dapat..hehehehehe...


Ulasan pengarang : macam-macam cara org nak dapatkan duit yang nie lawak juga....janji halal hehehehe....

Roslan Madun - Mengilir di sungai pahang


Roslan Madun - Mengilir di sungai pahang
Klik lagu kat bawah:

Kenali geng putar alam..

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Apa pun bagi aku kaki pede'oh memang betul bangang hahaha...yang padahnya bila berbohong itu telah menjadi tabiat...susah nak komen laaa...payah nak berubah...Bak kata pantun melayu siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri.

Suka duka memohon tanah kelompok...

Aku antara ribuan mereka yang memohon tanah kelompok sekitar jerantut semmgnya tanah kelompok ini boleh di jadikan isu semasa setiap mereka yang memohon ada cerita tersendirinya dan disini penulis tidak terlepas dari dilema tanah kelompok ini dan ingin juga berkongsi sedikit cerita dgn anda semua antara isu panas tidak dapat membeli borang, borang dah abis..borang dijual disana dan disini ada yang berkejar kepejabat daerah, pejabat penghulu yang ada "power" mungkin terus kerumah tok penghulu dan bermacam2 lagi.

Kisah aku simple je... tapi cukup menjadi kenang-kenangan dalam kehidupan aku yang bergelar aku anak pahang, untuk makluman anda semua aku tinggal didaerah ini bersama usia aku yang ada sekarang lebih kurang 42 tahun ( lama tu ) kerana ayah aku adalah antara mereka2 yang seawalnya berkhidmat dengan lembaga bandaran jerantut kini MDJ. ( Juga anak pahang jati)

Sebelum ini rasanya bukan sekali dua bertemu dengan YB, byk kali dan bermacam urusan dan hal dari anak sekolah hingga itu ini utk mendapat pengesahan walaupun YB bukan YB yang sama tapi YB tetap YB...

Tapi rasanya bagi aku cukup terasa nak kata terhina tu tidak laa (kerana aku bukan anak dagang dinegeri orang) ....bilamana surat permohonan tanah kelompok aku tidak disokong maksud tidak disokong disini Yb tidak mahu utk menandatangi bahagian Pengesahan, diatas alasan aku bukan org kampung tempat tanah kelompok tersebut. Tapi tanah tersebut masih didaerah ini. ( ya laaa apa nak cakap) YB dah tak nak sain...no komen....

Bagi aku yang berfikir di permikiran tahap kelas ke tiga ini apa salah dia sain pas tu nak buat apa pun aku bukan tahu... sain abis cerita tul tak? Nak panggil temuduga atau tidak tu bukan urusan kita jauh sekali nak dapat tanah tu.....bagi aku tidak lebih sekadar hanya mencuba nasib kala ada rezeki dapat, tak dapat pun tak kisah aku tetap macam ini juga.

Bila aku terjumpa slogan ini macam2 pulak rasanya, pengertiannya namun mungkin ada diantara kita yang masih kabur.......apa dia pengertianya slogan ini, kerana ianya merangkumi semua aspek yang amat bermakna buat kita sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih Perdana Menteri kita!

"SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENYAMPAIAN DIUTAMAKAN"

Namun aku tetap akur semua itu....

Terima kasih,

"AKU YANG BERGELAR ANAK PAHANG"

Musim Durian kembali di Jerantut


Musim buah durian kembali di Jerantut apa pun minggu ini sudah byk kelihatan penjual buah durian di sekitar bandar ini tapi rege boleh tahan juga 3-5 biji RM10.00 yang timbang pun ada tapi rasanya bagi aku rugi benor membelinya kulit durian ini hehehe... kadang tu dik kerana terlior tu beli juge...nak buat goner. Apa pun durian ce ya nun alif org kita kureng..nak beli sebab macam bender di letakkanya...abis tupai pun x nok usik buah tu, itu pertandanya durian tu ada yang x kena....abis kita hentam je dapat le pe'adohnya....tapi yang pelik gitu byk derian regenya ttp mahal juga...sampai tersengeh dah buah tu semacam jual mahal....hahahaha....

SEKITAR PEKAN SEHARI JERANTUT

 
 
 
 
 
Sedikit info berkaitan dgn pekan sehari di Jerantut - Pekan sehari di Jerantut dahulunya di adakan pada setiap hari sabtu seawal tahun 80an kenapa hari sabtu? mengikut sejarahnya pasar besar dijerantut (sekarang dah jadi pasaraya aktif lama) telah dirasmikan pada hari sabtu oleh KDYMM Sultan Pahang sekitar tahun 1980an dan bermula pada hari itu ianya diikuti pada minggu2 seterusnya.

Sehinggalah pihak PBT mengubahnya pada hari minggu disamakan hari pekan sehari bersama bandar-bandar lain diseluruh negari Pahang. Pekan sehari Jerantut sudah banyak kali berubah tempatnya dan seingatan penulis dahulu pekan sehari di jerantut begitu meriah ketikanya di adakan disekitar Pasar besar Jerantut sekarang sudah jadi pasaraya aktif lama) Realitinya pekan sehari di hari ini sudah tidak semeriah dahulunya kenapa?

Pekan sehari dibandar ini serupa juga dengan daerah2 lain di negeri pahang pada hari ahad 8.00 sehingga jam 1.00 t/hari antara barangan lazimnya sayuran kampung, ikan air tawar sungai pahang dan pelbagai jenis barangan lain. Apa pun Pekan sehari Jerantut ini tetap unik jika mahu tahu datang lah sendiri.

Jom berkunjung ke pekan sehari di Jerantut. :)

27 Jun 2009

Bukit Istana Jerantut

Permandangan Bukit Istana dari Jejantas keretapi Jerantut.
(Nampak pencawang... tu lah bukit istana)

Istana dari jarak dekat.
(Jangan tengok beria sangat karang nampok hantu hahaha....)

Dari jarak jauh sikit.


Permandangan Bandar Jerantut dari atas BUKIT ISTANA.


Bukit ini mengambil nama sempena adanya sebuah Istana diatas dibukit tersebut. Wujudnya bila aku pun tak tau sekitar tahun 60-70an kut, sebab masa aku kecik2 istana tu dah ada...Istana ini dahulunya hanya sebuah istana hinggap Sultan Abu Bakar bila mana Tuanku berkunjung ke Jerantut. Untuk mencari Bukit istana ini mudah aje kala di lihat daripada bandar Jerantut nampak Pencawang RTM , TV3 dan TELEKOM diatas bukit itulah terletaknya Bukit Istana tersebut.

Hari ini Istana tersebut sudah tidak berfungsi lagi hanya dibiarkan semak samun dah hutan berlukar sahaja sekiranya krew seekers atau misteri nusantara nak cari imej hantu2 untung2 boleh jumpa setakat nak tunjuk jalan aku boleh uruskan nak jadi sukarelawan sorry la....hehehehe...mmg tempatnya keras... kala sorang2 rasanya tak berani nak masuk. Apa sebab org kata istana tu berantu aku rasa sebab org dah tak duduk jadi biarlah dia duduk, geng ni mmg susah nak bayar sewa heheheheh suka duk free je. Maka kini kekalah nama bukit istana disitu.
Sekian seadanya.

26 Jun 2009

Nikoh di Siam.(Thailand)

Sekali dengar mmg lucu giler...hahahaha

Klik link:
http://www.youtube.com/watch?v=5OBiEJAv0G4

Rafeah Buang & Omar Suwita - Suka Sama Suka

Rafeah Buang & Omar Suwita - Suka Sama Suka

Klik link kat bawah ;

http://www.youtube.com/watch?v=lDbqgLe8lLo

Kampung Pulau Tawar Jerantut


HARI BERSEJARAH MAT KILAU
MEMPERKENALKAN DIRI NYA.

Masjid Pulau Tawar yang merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Dari bandar Jerantut ke Pulau Tawar, kira-kira 30 minit perjalanan, suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau, dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembanganinstitusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu. Disitulah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim,Imam Daud dan Imam Yahya.Menurut Ismail, masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.

Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ padakurun ke-18.Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itudilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu PulauTawar pada awal tahun 1880-an. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, HughClifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar.
Sedikit serba ringkas berkaitan dengan Kampung Pulau Tawar Jerantut.
Catatan pengarang : Apa pun kalau kebandar ini ada satu Perkampung namanya kampung mat kilau 1, 2 dan 3 masuk melalui masjid lama ke Perumahan LKNP dan terus ke kampung tersebut. Nama kampung ini sempena mengambil nama pahlawan terkenal tersebut.

Pulau Chekas Ulu Dong


























































Pulau chekas (chekas - ni kalau di sama ertikan dalam bahasa melayu bermaksud cerdas atau pun cergas dalam loghat pahang sebelah barat chekas maksudnya berdaya, handal , laju dan manpu lebih kurang le maksudnya.) tempatnya mmg best kat atas ada air terjun "lata jarum" dan pulau chekas ni kat bawah sikit pada lata tu....agak lama jugak aku tak kesini...best gak kat sini mandi mande & beriadah ...sesuai utk bawak anak-anak... sedara mara dan kawan2 banyak juge kat sini...apa pun masa kecik2 dulu aku penah lemas di sini huhuhuhu....(lokasi aku pun dah lupa)...tapi sekitar sini le...nasib umo panjang alhamdulillah. Last sekali gi kat sini masa kawin anak Pok de Jamin dan Pok de Jo'in. Geng lama kat sini Pian , ambong dll. Moge org Kampung Pamah kulat ceria sokmo!

Bendera Pahang & Lambang Negeri Pahang

Satu hari ada member aku, gi temuduga nak jadi citer penal temuduga tanya apa maksud bendera Negeri Pahang tu.. haru laaa member tu nak bagi jawapan... bendera negeri pahang itu hitam tu apa dan putih tu apa??? Heheheh kadang yg tukang tanya tu x berapa tau jugak...:)

"Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat."

Lambang Negeri Pahang.
"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna."

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Jun 2009

Gambar Sultan dan Pembesar Negeri Pahang

Gambar ini ada yang mendakwa Persidangan di Kuala Kangsar antara Sultan dan Pembesar Tanah melayu sekitar tahun 1878 dan ada yang mengatakan yang berada didalam gambar terrsebut antaranya Sultan Ahmad Pahang, Sultan Abd. Samad, Sultan Perak, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Orang kaya Purba Jelai dan ramai lagi.

U/P: Apa hal perjumpaan dia org kita pun tak tahu :)

Orang Tamak Tetap Rugi..

Keje elok atau tak elok kala dah tamak ttp rugi....

video

Subject: Khutbah Nabi Mengenai Dajjal.

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.... Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir.... Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan..... Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.... Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan pendudukkampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepadamanusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

Adab Beristeri...

Petua menjaga hati isteri Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupunperbuatan seperti pelukan.
Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipundalam keadaan marah
Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawaldiri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semulasegala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbinganisteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangikembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makandi tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yangindah.
* Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
* Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
* Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
* Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dansebagainya.
* Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil beratperasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
* Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar iabertambah semangat dan bermotivasi.
* Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
* Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allahdan hormat pada suaminya.

Apa pun sifat wanita itu sendiri lebih suka dipuji berbeza dengan lelaki suka diberi.
Untuk kebahagiaan bersama wanita juga kena memahami sifat lelaki itu sendiri yang bergelar suami.

24 Jun 2009

Mengapa resah di jiwa?

SECARA umum jiwa yang resah membabitkan kemurungan, susah hati, sepi, gelisah, tidak tenteram, rasa rendah diri, menyepi, menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang ramai.

Manusia makhluk yang takut kepada kesepian, tidak dapat berdikari, mengharapkan orang lain untuk menghilangkan kesepiannya, memerlukan kasih sayang dalam hidup dan ingin memberikan cinta kepada orang lain.

Semua ini membabitkan hati dan jiwa. Jika hati dan jiwa tidak tenang dan tenteram seseorang akan menghadapi hidup dengan penuh dukacita.

Mendidik jiwa senang diungkapkan tetapi dari segi realiti bukan perkara mudah dilaksanakan. Kajian berkaitan soal kejiwaan belum mampu menjadikan pengkajinya memiliki ketenangan jiwa atau kerehatan rohaniah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah).
Jelaslah, mewujudkan jiwa sihat dan sempurna menepati kehendak dan tuntutan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Seorang pengkaji ilmu jiwa, James F Clark menyatakan, di bawah naungan yang Maha Pelindung, jiwa dapat beristirahat dengan tenang dan tenteram.

Imam al-Ghazali, pernah menyatakan menerusi karyanya Ehya Ulumuddin: “Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota, akal yang dibekalkan Allah itu adalah kekuatan dan sebagai raja yang menguruskan hal ehwal kota. Alat tanggapan terdiri daripada pancaindera zahir dan batin seperti tentera dan pegawainya. Seluruh anggota badan itu seperti rakyatnya. Nafsu serta syahwatnya adalah musuh yang bertarung untuk menguasai kerajaannya dan untuk merosakkan rakyatnya.

“Jadi badan itu seperti kubu serta tempat kawalannya dan dirinya sebagai pangkalan yang mempunyai pengawalnya. Jika ia berjihad menentang musuhnya dan dapat mengalahkan serta menguasainya seperti yang sepatutnya, kesannya adalah kebaikan yang layak menerima pujian. Sekiranya ia kehilangan tempat pertahanannya dan mengabaikan rakyatnya, maka kesannya adalah keburukan padahnya yang layak menerima balasan daripada Allah s.w.t sesuai dengan keburukan yang dilakukannya.”

Oleh itu, manusia dikehendaki berjihad untuk melawan keinginan nafsu. Sementara hidayah Allah hendaklah diterima sebaik-baiknya demi memastikan dirinya mampu memikul tugas dan amanah yang berat sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Kerana itulah Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Bagi memandu manusia ke arah kebaikan dan mencapai tingkat kehidupan aman sejahtera dan harmoni, Allah mengutus rasul dengan membawa mesej yang sama iaitu membawa manusia ke jalan kebenaran.

Kajian pakar psikologi mendapati beberapa tanda kemurungan seseorang antaranya kesedihan atau putus asa, cepat marah, suka bermusuh, sering menangis, menyisihkan diri daripada rakan dan keluarga serta hilang minat dan tumpuan dalam pekerjaan.

Selain itu, terdapat perubahan makan dan tidur, gelisah, fikiran terganggu, rasa diri tidak berguna dan perasaan bersalah, kurang bersemangat dan motivasi, keletihan dan tidak bertenaga, sukar menumpukan perhatian, sering memikirkan mati atau hendak membunuh diri.

Kajian, Carl Jung mendapati sebahagian besar pesakit yang datang menemui doktor jiwa adalah mereka yang menderita sakit kerana kehilangan pegangan agama.

Sementara itu, James Gordon Gilkey menyatakan sekiranya seseorang enggan bersikap wajar sesuai dengan keperibadiannya, ia akan menderita sakit saraf dan sakit jiwa.

U/P : Catatan ini tidak di tulis oleh pengarang hanya copy paste sahaja.

BANDAR JERANTUT DARI UDARA


 
 
 
 

Permandangan sekitar bandar Jerantut dari udara apa pun terima kasih pada kredit pada arjunadewa.blogspot.com dengan ehsan dan izin tuan ampunya gambar ini kerana bersusah payah merakam gambar ini dari udara untuk tontonan kita bersama di akuanakpahang. Minta maaf le gambar yang masuk sini kena daftar @ cop sikit huhuhu..

22 Jun 2009

ASAL NAMA JERANTUT

1) Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".

2) Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke "Jeram tu"..."Jeram tu" lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.

3) Cerita ni saya dengar dari lisan.. kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang.tak semena-mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat..sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).

Ulasan Pengarang

Nama Jerantut ini bolehlah dikatakan amat berkait rapat dengan perkataan asalnya JERAM dan TUT itu sendiri byk taksiran dan pendapat orang lain yang mengaitkan dengan sesuatu yang lain. Bagi saya yakin dengan cerita no 2 itu.

Apa pun tidak ramai yang tahu dari mana sebenarnya perkataan itu diungkap ditempat asalnya, (Cerita lisan ini saya dapati dari org tua-tua di Jerantut feri) sebenarnya perkataan ini diungkap seawalnya di disebuah pekan kecil iaitu di Jerantut Feri kerana feri itu sejenis pengangkutan di air apa pula nama tempatnya ?? pasti JERANTUT dan kini pekan itu disebut Jerantut feri sehingga kini dan disinilah asal sebenarnya JERANTUT itu. Sebelum berpusat di bandar Jerantut. Jarak diantara Kampung Jerantut Feri ke bandar Jerantut sejauh 8 kilometer lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kenderan ke pekan kecil itu.

Entri Berkaitan :  SUNGAI JERANTUT ATAU NAMA JERANTUT, MANA TERLEBIH DAHULU?

Wassalam.
Walllah wa'alam.

Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Kampung Tanjung Besar dibuka pada 1722 bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir. Pembukaan kampung ini diketuai oleh Tok Hamid yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim dan pengikut-pengikutnya. Pada masa tersebut beliau turut dibantu oleh seorang kaum asli sebagai pemandu arah yang bernama Kutek semasa dalam perjalanan dari Lechok menuju ke Sungai Kong. Asal-usul nama Kampung Tanjung Besar telah dicadangkan oleh Hamid Ketot Abdul Rahman seperti yang terdapat dalam buku hasil tulisan beliau. Beliau merasakan nama asal kampung ini ialah ‘sawa besar’ yang diambil sempena spesies seekor ular sawa yang besar dan ditemui semasa pembukaan kampung. Ular sawa ini ditemui penduduk kampung ketika sedang berkubang pada musim panas di sebuah tasik yang bernama 'Danau Asah' yang terletak di bawah kaki bukit tersebut. Ular sawa ini berlingkar di sepanjang Sungai Rengai sehingga ke Sungai Kepung iaitu di sepanjang tanjung yang terdapat di sungai-sungai tersebut. Maka setelah bersepakat, mereka bersetuju untuk menamakan kampung tersebut sebagai ‘Tanjung Besar’.

Maklumat Am

Kampung Tanjung Besar terletak dalam Daerah Kuala Lipis dan berada di bawah Mukim Benta. Jarak dari kampung ini ke Bandar Kuala Lipis ialah kira-kira 40 km manakala jarak dari Pekan Benta pula ialah kira-kira 15 km.Sebelum tiba di Kampung Tanjung Besar, pengunjung akan melalui Pekan Benta terlebih dahulu. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk penduduk seperti stesen minyak, deretan kedai menjual pelbagai barangan, balai polis, dan beberapa kemudahan lain untuk keselesaan penduduk. Keadaan kawasan perkampungan yang sunyi dan aman mampu menarik pengunjung untuk mengenali kampung ini dengan lebih dekat. Walaupun terletak di kawasan pedalaman, namun Kampung Tanjung Besar mempunyai keistimewaannya tersendiri. Pengunjung yang datang tidak perlu khuatir kerana di sini terdapat kawasan pelancongan dan riadah yang menarik untuk dikunjungi. Walaupun tidak setanding dengan kawasan pelancongan lain, namun ia sudah cukup memberi keseronokan terutama kepada pengunjung. Kawasan pelancongan tersebut adalah Air Terjun Lata Cenderong yang terletak di Kampung Kemesar, dan Hutan Lipur Ulu Jeransang yang terletak di Kampung Jeransang.

Kampung - kampung sekitarnya.

Kampung Tanjung Besar Hulu, Kampung Tanjung Besar Hilir, Kampung Bukit Belau atau Kadok, Kampung Rengai, Kampung Jerangsang Hulu, Kampung Jerangsang Hilir, Kampung Kemahang Hulu dan Kampung Kemahang Hilir merupakan kampung rangkaian yang terdapat dalam Mukim Tanjung Besar. Manakala Kampung Jerangsang pula ialah kampung sekitar yang berdekatan dengan Kampung Tanjung Besar. Hubungan yang terjalin antara kampung-kampung ini begitu erat. Perhubungan mesra yang terjalin antara mereka dikekalkan sehingga kini. Sebarang majlis yang dianjurkan akan melibatkan semua kampung-kampung ini, terutama ketika berlangsungnya majlis perkahwinan yang semestinya akan disertai oleh penduduk kampung sekitar.

Populasi

Kekal Rumah Tradisional Anggaran penduduk Kampung Tanjung Besar seramai 703 orang di mana keluasan tanah ialah 5,352 ekar. 340 ialah lelaki dan yang selebihnya wanita iaitu seramai 363 orang. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penduduk masih lagi tinggal di rumah-rumah tradisional dan dalam masa sama turut membina rumah moden memandangkan penduduk kini sudah ramai merasai kesenangan hidup disebabkan terlibat dengan pelbagai sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan. Cara hidup yang diamalkan penduduk pula lebih bercirikan kepada gaya hidup kampung di mana jika dapat dilihat penduduk lebih mesra antara satu sama lain terutama berkaitan dengan jiran tetangga. Hubungan antara jiran terjalin begitu erat terutama ketika berlangsungnya sesuatu majlis. -  Sumber drp Internet

Catatan Pengarang:
Sasilah keluarga : Sebelah Ayah : Saya (Yassin) Bin Ayah (Haji Sulaiman) Bin ( Haji Muhammad) Aki @ Aki Jabuk Bin Mukim Sam (Moyang) - Endor - Sedikit Sasilah sebelah aki Jabuk . Mak Aki Jabuk - Lembut - Abdullah - Mas Pekan. Jika anda ada kaitan dengan Salasilah diatas jom kita berkongsi maklumat.

Apa pun saya sendiri sebagai anak jati Kampung Tanjung Besar ( sememang ibu dan ayah saya anak kelahiran Tg Besar). Saya sekadar dilahirkan sahaja di Tanjong Besar dan seterusnya dibesarkan di Bandar Jerantut. Kerana pada tahun berkenaan juga ayah saya telah mendapat pekerjaan di Bandar ini iaitu di Majlis Daerah Jerantut sekitar tahun 1960an. Jadi saya sendiri jarang-jarang sekali pulang ke tanah tumpah darah saya ini kerana keluarga telah menatap di Bandar Jerantut ini. Mungkin sudah tiada lagi apa-apa yang dapat dibuat setelah ayah saya sendiri telah berhijrah ke Jerantut dan membina kehidupan disini yang tinggal mungkin saudara waris sahaja aki dan wan pun telah tiada. Namun kenangan tetap tinggal dalam kenangan yang pasti kampung ini tetap menjadi kampung kemegahan saya jua.

21 Jun 2009

Program Gotong Royong Perdana Taman Pedah Jaya & Taman Mawar.

Maaf gambar telah tiada berlaku kesilapan teknikal :( Program Anjuran Bersama Jabatan Perpaduan & Kawasan Rukun Tetangga Taman Mawar dan Pedah Jaya. Telah dijayakan bersama Jabatan Kesihatan Jerantut, Perbadanan Sisa Pepejal dan bersama penduduk Taman. Program ini mendapat sambutan baik daripada penduduk Taman dan telah menepati tujuan dan sasaranya syabas pada Urusetia KRT Taman tersebut. Semoga Program ini dapat diteruskan daripada masa ke masa.

20 Jun 2009

Indahnya loghat orang jerantut.

Artikel ini saya terjumpa pada satu website, saya pasti pengarangnya itu mungkin bukan anak tempatan jerantut tetapi dia muji cakap org jerantut.

"Satu hari saya sempat ke jerantut......
Diantara keindahan daerah Jerantut ialah loghat bahasanya yang menggabungkan pengaruh Pahang sendiri dan juga sedikit pengaruh Kelantan, selain daripada bahasa Melayu standard. Berbicara dengan orang Jerantut akan membolehkan kita mendengar perkataan-perkataan yang tidak diungkapkan oleh penduduk Pahang yang lain."

Contoh perkataan loghat Jerantut ialah:
Kash / Kaweh = Saya / aku
Awok / Di = Awak
Pedo’oh = Tipu / Bohong
Bobok = Tipu / Bohong
Pepalih = Terlebih / terlalu
Habat = Pengotor
Mat nya = Kenapa nya
Kek nya = Tetapi
Berambi = Senonoh / berhati-hati
Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
Kerayai = Takut / cemas / bimbang
Rodong = Kawan / teman
Linyar = Permukaan yang licin
Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
Meretoh = Tidur
Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
Pandir = Bodoh
Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
Mantol = Pening-pening
Pepoh = Pukul,hentam
Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga “biarkan”
Mentekedaghoh = makan
Deme = korang
Sapai = habis
Hamlor = riang
Ghobe = terlalu/teruk
Nyonyeh = basah lenjut
Lodek = lumpur
Konyo = riak wajah
Lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil

bergitulah seadanya...

KAMUS @ LOGHAT PAHANG

(Khusus loghat ini sebelah jerantut lipis dan kawasan yang sewaktu denganya).

A
Aok - awak Aok me kamu semua Ampuh - sempat ambender - apa benda anggu- kesepian /sunyi

B
Babir - degil -Berderau - gotong royong Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih. Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer Berlemin - berminyak Biroh - gatal Buas - lasak Buboh - letak Boyaih - boroi Berambi - berhati-hati,berwaspada Borok - borak Bobok - Menipu Cth ayat : budak itu bercakap bobok sangat. Berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu? Beringor - memberitahu Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin Bertonyeh - gaduh mulut Bertonjeng - berlawan cakap

C
Cakne - ambil hal ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu Cemuih - bosan Cenekang - kuku cekam tu le Cekut - cakup/beritahu Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing Chika - mual/muntah/perut memulas Cokei - cukai cokeng - tegak Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung
D Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker? Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker? Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke Daur - sebaya,berkaitan dgn usia Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
DI - (saya) ganti nama saya - (pulau tawar jerantut sahaja)

E - Emboh - mahu - empuk-lembut

F

G Gohek - kayuh Godei - kacau kacau air, dodol Goge - hingar bingar Gebor - selimut Gonyoh -
Sental kuat2 Getik - geli,meluat Gamoknye - agaknya Gasok - suka hati awaklah Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
H Habat/habad - pengotor Hantoi - lembap,slow pergerakan Hampuras - Tidak berguna / tidak sempurna Hampuk - Menghempas. I J Jabir - plastik Jenih - jenis Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la) Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala Jolong - tinggi

K kas - saya (jerantut, lipis raub) koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je) Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail Kome - kami Kulo - warna kelabu tahi anjing kehut,kehot,kehak - letih..sengal Kerang - menangis dengan sepenuh hati Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling Kupik - kedekut Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek Kecah - Lecak karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat Kememe - sama cam tembe gak kekalu - emping dibuat dari padi pulut kerajat - taktau (kena tanya tihani ni) komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye ) kepok - tempat simpan padi kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan kodi/kudi? - ketinggalan zaman keknya - tetapi kipai - letih /lenguh tangan kahat -(jarang digunakan) kenit - kecil kederat - upaya
L lat - tenggang/jarak masa lantak aok - suka hati awak lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan lehet - dipakai bagi bagi buah labu Lece - Tilam, lengit - kalah teruk ledut - pekat Lejut - basah teruk(lencun) Lepe - cuai lecoh - becak leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan) lembang(berlembang) - sepah, berterabur lensung - keletihan, terlalu lemah lebam birat - lebam2 akibat dipukul

M Moh - jom,mari Mok - mak Mengelice- mengelupur Menikei/kenikei - buah tembikai Meleweh - bercakap mcm nak tak nak Mereloh - tido Meronoh - buang air besar Membute - tido Mencayak tu - laju sangat bawak moto Mengelentat - mengada2 seksi Merohong - wangi sangat Melantong - busuk sangat Merebang/mengerebang - rambut tak terurus Merening -benda yang nak pecah(bulat) Meraban - tak tentu hala Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan) Mengkone - kemana-mana Merarau - tanya orang tembeling..makna Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni? Merahang - (jarang digunakan) Masam Menaung - Masam Sesangat Masam mencekut - masam sesangat Merepih - mencangkul rumput Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam melukah - (kain yang dipakai terbuka) menganjing - mengada..hehe Motong - (menoreh getah) Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?) Manis meleting - teramat manis Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya. Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama. Merawei - satu lagi cara menangkap ikan. Mengoloh - tolak balik/undur Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat Melepam - pahit/.masin/masam sangat Mencanak -laju sangat(mencayak?) Mek nye(matnya) - kenapanya Malaih - malas Mombong - penuh Mengkane - telekung sembahyang

N Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan. Ngonyoh - gosok dengan kasar Nyeraya - suruh

O Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni! Omis- kuat berletir

P Pane - sunyi sepi Penek @ pandok - Pendek Pedooh' - tipu Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir) Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb Pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni Perintan - Keadaan,masa Polok - gelojoh Palor - Biar

Q

R Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong Racik - jerat ayam hutan Ralit - kusyuk Rege - harga Rompung - abis sebahagian cth ayat : kerete itu rompung beloh (bahagian) hadapan. Rabet - koyak Rebat @ merebat - hujan mula2 @ lari semua.

S Sesemut -kebas kaki Senyour- kebas kaki juga Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal Semonyeh - makan makanan tidak cermat atau kerja tidak sempurna. Sempelit - kotor cth ayat: budak itu sempelit dengan tanah. sangei - tudung saji sengkawang -(tak tau makna dia ni) Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang Sempelet - kotoran di badan Se'eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se'ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh! Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie! Setoho - di sana, Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan. sepolit - tinggal sedikit Sekeceng - tidor sekejap sangat Sokmo - selalu Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

T Taruk - letak Tea'endok - Tidak mahu (jerentut, lipis raub) tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan. Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air) Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu) Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur Tembe - lembek, lemah, manja Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie, Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

U
V

W Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
X
Y Yas - kata seruan - macam itu
Z

Sumbangan: moderator: akuanakpahang.

(Apa terkadang bacaan tidak sama dengan sebutnya kerana ayat diatas ada nahu sebutan tersendiri jika ingin mengetahui lebih jom kepahang)

Sekolah kebanggsaan Padang Saujana Jerantut


Aku adalah antara pelajar terawal memasuki tingkatan satu disekolah ini sekitar 1980-1984 dahulu sekolah ini dikenali Sekolah Menengah Jerantut (2) dimana pada masa itu hanya ada 2 block bangunan sahaja dan kantin yang lain-lain masih tiada atau masih diperingkat cadangan dan tambahan, apapun terima kasih pada semua guru-guru sekitar tahun tersebut.
Dan guru yang amat popular pada masa itu Cikgu Jara Deraman (telah kembali kerahmahtullah - alfatihah) Dan guru Besarnya ketika itu Dato' Haji Shaharuddin Bin Samsuddin.

Sekolah terawal ku... SKBJ JERANTUT

Sekolah kebanggsaan bandar Jerantut adalah sekolah terawal aku dahulunya. Sekolah ini hanya ada 1 block bangunan kayu sahaja, sausana mungkin agak suram tetpi bagi kami tetap ceria disitulah ditempatkan semua pelajar dari darjah satu hingga darjah enam sekitar tahun 1974- 1979 sekarang wajah sekolah ini telah jauh berubah sepadan dengan arus pembangunan . Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada guru-guru yang telah mendidik kami semua dan jua al fatihah buat guru yang telah kembali ke rahmatullah. Jika masih dapat diingati nama guru-guru tersebut Cikgu Mat Amin, Cikgu Mat Awang, Cikgu Daud, Cikgu Zaitun dan lain-lain. Sini jua terukir seribu kenangan pahit manis bersama teman-teman dan para guru semua.
Jasa guru-guru tetap dikenang. Terima kasih. akuanakpahang.

Pejabat Pos Jerantut dahulu.


Sambil-sambil mencari sedikit gambar sejarah sekitar di jerantut saya terjumpa gambar ini tapi bila tarikhnya gambar ini dirakam saya kurang pasti rasanya tidak kurang atau sebelum tahun 60an mungkin setahu saya inilah Pejabat Pos terawal dibandar ini sebelum di pindahkan ke bandar baru jerantut kerana dahulu disini (bandar lama) menjadi pusat bandar berhadapan pejabat pos ini terletaknya stesen bas dan teksi bersebelahanya pula ada pondok polis kini telah dijadi Balai IPD Polis Jerantut, dan lain-lain deretan kedai berhampiran yang dibina sekitar tahun 1937 keatas.

19 Jun 2009

INFO DAN GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANDAR JERANTUT

 
 
 
 
 
 
 
 

Jerantut merupakan sebuah bandar di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :-
  1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
  1. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
  1. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
  1. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
  1. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
  1. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
  1. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Wassalam, Wa'allahhualam.

Sekadar suka-suka sahaja...

Tujuan lain saya membina blog ini untuk mencari sahabat lama yang hilang entah kemana dengar khabar mereka telah jauh menjelajah keseluruh perusuk nusantara ini namun rasanya jika mereka terjumpa blog ini mungkin saya rasa dapat berjumpa semula dengan semua sahabat lama tak kira semasa zaman persekolahan...masa bujang...dan sewaktu denganya.

Namun rasanya kenangan bersama banyak terukir di sekitar bandar Jerantut ini sekitar tahun-tahun 80an...apa pun kenangan bersama kalian semua tetap terpahat dihati...suka duka bersama dan disini saya juga mendoakan agar kalian semua berbahagia dan berjaya didalam kerjaya dan kehidupan semua.

Namun terkadang jauh disudut hati ingin rasanya ingin kembali kezaman itu namun masa telah merubah segalanya kita ada tugas dan tanggjawab masing-masing. Namun kenangan tetap tinggal dalam kenangan.

Akhir kata budi baik kalian semua tetap dikenang jua.

Selamat datang ke blog akuanakpahang

Apa pun maaflah sebab blog ini baru sahaja diwujudkan apa pun saya sikit sibuk nak letak itu ini kat blog ini, senang citer blog ini dalam proses pembikinan nanti la ada masa lapang akan saya masukan apa yang patut kat sini. ok jumpa lagi nanti. Terima kasih diatas kesudian anda kerna sudid singgah ke : http://akuanakpahang.blogspot.com/

akuanakpahang

Masjid Tengku Abdullah Jerantut



Masjid baru Jerantut Masjid Tengku Abdullah Masjid ini juga menjadi mercu tanda bandar ini terletak dipersimpangan keluar dari Temerloh ke bandar jerantut berhampiran kawasan industri Jerantut.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :